~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, March 23, 2012

'Jutawan muda' Azmin, isteri didesak isytihar harta!


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin didesak mengisytihar keselu­ruhan harta bagi membuktikan mereka tidak mempunyai saham mencecah RM2 juta.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, 42, berkata, ia adalah kerana semasa Azmin bekerja dengan Anwar pada 1992 hingga 1994, gajinya tidak melebihi RM2,000 sebulan.

Menurutnya, oleh sebab itu beliau mendesak Azmin menjelaskan dari mana beliau mendapat saham dan wang tersebut dalam akaun pada waktu itu.

“Saya membuat laporan polis pada 17 November 2009 berhubung pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR dan isterinya. Saya juga telah menyerahkan salinan dokumen asal,” katanya.

Katanya, Azmin tidak mungkin mempunyai wang sebanyak itu kerana setahunya, isteri Azmin tiada kerja tetap dan tiada kerja sambilan lain.

Sebelum ini beberapa akh­bar melaporkan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, SA Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Taharin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Anuar pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada Mei 2007.

Penang Wasabi..

Wednesday, March 21, 2012

Anwar saman Nalla, Utusan RM100j!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang ke atas Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung penyiaran berita ‘Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang-Nalla’ di akhbar ini hari ini.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran, Anwar melalui firma Edwin Lim Suren & Soh hari ini menghantar surat tuntutan bagi meminta UMMB dan Utusan Malaysia menarik semula berita itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta ekoran penyiaran artikel tersebut.

“Notis serupa telah dihantar kepada Nallakaruppan dan Anwar mengambil tindakan ini demi kepentingan awam,” katanya.

Surendran berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi blog Anwar di http://anwaribrahimblog.com hari ini.

Nallakaruppan bagaimanapun sehingga kini belum menerima writ saman tersebut.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Nallakaruppan secara terbuka mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak untuk mengetuai pembangkang di negara ini.

Penang Wasabi..

Monday, March 19, 2012

" Saya Boleh Dedahkan Di Mahkamah Siapa BUDAK Yang Anwar Liwat"...!!!


Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi' dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, "kata Nalla.

"Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah," tambah beliau.

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? " tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri, "katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengatakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya...!!!



Sumber - Agendadaily

Peanang Wasabi..

Sunday, March 18, 2012

Isu Amah : Ketua AMK marah gajinya lebih murah dari RM700!


Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan memperincikan semula butiran perbincangan yang telah diadakan dengan kerajaan Indonesia berhubung soal pengambilan pembantu-pembantu rumah dari negara itu di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dicapai tahun lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya juga mahu Malaysia mengkaji semula peraturan baru ini agar rakyat dan golongan muda berpendapatan sederhana khususnya tidak terus tertindas.

Shamsul Iskandar mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, antara lain menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia berhubung hal ini.

"AMK berpandangan, dasar ini mempunyai ruang yang besar untuk dipertikaikan. Ini kerana kadar tersebut, yakni RM700 untuk satu tugasan spesifik, adalah jelas tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah khususnya golongan muda yang berpendapatan sederhana," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Menurut beliau, keadaan kos sara hidup yang semakin meninggi di Malaysia mendesak suami dan isteri bekerja bagi menjamin pendapatan isi rumah keluarga boleh menampung kos sara hidup harian.

"Justeru, khidmat pembantu rumah ini seakan menjadi satu keperluan khususnya bagi golongan muda berpendapatan sederhana," kata beliau.

Oleh itu katanya, sesuatu yang menimbulkan keraguan bagaimana JTF yang ditubuhkan tidak mengambil kira maklumat-maklumat asas mengenai pendapatan isi rumah majoriti masyarakat di Malaysia dan bandar-bandar utama seluruh negara.

"AMK melihat ini berpotensi berlaku atas kegagalan kerajaan untuk melihat isu dan permasalahan sebenar sehingga membawa kepada konotasi yang salah dalam perundingan yang telah dilangsungkan dengan kerajaan Indonesia," katanya.

Wei..Syam Ketot..tak payah le kamu nak tunjuk baik untuk menjuarai isu amah ini kerana semua tak bersetuju dengan apa yang pihak Indonesia tuntut! Sepatutnya kamu kena jawap mengapa komplot PKR bersubahat dengan kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada? Jangan nak divet isu...!!!

Penang Wasabi..

Saturday, March 17, 2012

Bertindak segera hentikan campur tangan pro-Yahudi dalam PKR!


Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak supaya bertindak tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk bantuan dan campur tangan kumpulan pro-Yahudi terhadap pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, adalah sesuatu yang malang apabila kementerian itu masih gagal menangani perkara itu sedangkan campur tangan kumpulan Yahudi dikesan sebelum 2004 lagi.

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu mengambil iktibar daripada kemusnahan dan perang saudara di negara Arab akibat percaturan tangan-tangan ghaib Yahudi yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008.

"Soalnya kenapa sehingga sekarang tiada tindakan? Ini soal keselamatan negara, bukan soal perjudian politik. Kenapa kita harus takut untuk bertindak terhadap PKR dan kumpulan NGO asing ini? Jangan nanti apabila nasi sudah jadi bubur baru kita hendak menyesal.

"Jika wakil NGO ini masih berada dalam negara, usir mereka dengan segera. Sekat segala pengaliran wang dan bekukan mana-mana aset yang 'didermakan' kumpulan pro-Yahudi ini kepada PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mendedahkan kemenangan besar pembangkang pada 2008 adalah hasil rancangan agensi perisikan antarabangsa yang berselindung di sebalik NGO antarabangsa selepas diminta oleh Anwar sendiri.

Dua hari kemudian, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed pula mendakwa mempunyai bukti PKR menjalin kerjasama dengan sebuah NGO antarabangsa iaitu Konrad Adeneur Foundation bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Konrad adalah pertubuhan yang membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang turut mempunyai kaitan dengan Anwar.

Penang Wasabi..

Wednesday, March 14, 2012

Khairy buat Anwar tersentak!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tersentak apabila menerima serangan balas daripada seorang penyokong kerajaan yang membuktikan bahawa sokongan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika mendedahkan perkara itu berkata, ia jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh The Wall Street Journal (WSJ) bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel, sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau sebaliknya.

Menurut beliau, kenyataan Anwar seperti disiarkan di WSJ pada Januari lalu terbahagi kepada dua iaitu pertama mengenai sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel dan kedua, pengiktirafan negara Israel.

"Saya baca semula kenyataan Ketua Pembangkang di dalam WSJ. Kenyataan ini ada dua bahagian, maksud yang disampaikan tadi iaitu 'to support all effort to protect security Israel' tidak ada contingent (syarat), yang ada contingent merujuk kepada iktiraf kerajaan dan negara Israel," katanya.

Beliau mencelah ketika Anwar sedang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada 26 Januari lalu, WSJ menyiarkan kenyataan Anwar. Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Bagaimanapun, Anwar bingkas bangun dan tidak membenarkan Khairy meneruskan celahannya apabila Ahli Parlimen Rembau itu berjaya membuka mata wakil rakyat mengenai contingent (syarat) itu.

Anwar sambil memperlekehkan kelulusan Universiti Oxford yang dimiliki Khairy terus mempertahankan bahawa kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel itu tetap tertakluk kepada syarat.

Dakwa Anwar, media yang dikuasai oleh UMNO sebenarnya telah memutarbelitkan kenyataan beliau mengenai isu tersebut sehingga ia disalah tafsir oleh semua pihak.

"Malah, seorang pemimpin Hamas, Khalid Mashal ketika saya temui di Doha tahu mengenai syarat yang telah saya tetapkan ini," ujarnya.

Khairy yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Anwar kemudian bangkit dan mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai maksud kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seperti mana disiarkan oleh WSJ.

Bagaimanapun Anwar tidak mahu memberi laluan dan meneruskan perbahasan meskipun sebelum itu beliau membenarkan Ketua Pemuda UMNO itu mencelah.

Khairy yang masih tidak berpuas hati cuba sekali lagi mencelah tetapi Ahli Parlimen Rembau itu kemudian diminta duduk oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidy Tuanku Jaafar.

Penang Wasabi..

Monday, March 12, 2012

Benarkah Pas memanjakan 'pemberontak'?


Nampak benar Pas Pusat menuruti hawa nafsu dalam menangani isu pemberontakan politik dua Exco Kerajaan Pas Kedah. Ketika ramai orang khususnya ahli Pas Kedah mengharapkan Pas Pusat bersikap tegas tetapi sebaliknya mereka ternampak lebih memanjakan kumpulan pemberontak itu.

Bagi Pas Pusat, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh adalah manusia istimewa. Exco kanan ini yang terang-terang menentang dan memusuhi Menteri Besar dipandang mulia dan dilayan seperti pahlawan menang perang.

Walhal Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah orang yang sepatutnya mendapat layanan sedemikian rupa. Azizan orang nombor satu di Kedah, ketua tertinggi badan eksekutif negeri. Azizan juga adalah Pesuruhjaya Pas. Azizan perlu diutamakan dan didahulukan sesuai dengan kedudukannya selaku Menteri Besar dan ulama.

Begitu saktinya Phahrolrazi sehinggakan kemahuannya perlu dituruti oleh Pas Pusat. Begitu sekali kuasa Phahrolrazi yang melampaui kekuasaan seorang Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas.

Setakat ini, Phahrolrazi berada di pihak yang menang. Betul, sebagaimana ditegaskannya semasa memasuki bilik mesyuarat perundingan bersama kepimpinan Pas Pusat bahawa beliau yakin akan menang.

Tak cukup isu itu dibincang di peringkat Pusat, beliau berjaya membawa kepada campur tangan kepimpinan tertinggi terus ke Seri Mentaloon. Yang datang berbondong-bondong cuba menjadi orang tengah bukan sebarangan orang.

Setelah Naib Presiden, Salahuddin Ayub, barisan kepimpinan Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergegas ke Kedah untuk misi mendamaikan dua nakhoda dalam satu bahtera ini. Tetapi campur tangan peringkat tertinggi itu pun dianggap gagal.

Hanya kemudian, Pas Pusat melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu. Untuk apa? Alasan mereka ia untuk menasihati pentadbiran kerajaan negeri.

Tetapi bagi empunya jawatan Menteri Besar sendiri menegaskan: “Kita ikut apa Perlembagaan Kedah kata. Jawatankuasa Pemandu itu, dia hendak bagi pandangan atau nasihat. Secara peribadi saya dengarlah, sesiapa pun boleh bagi nasihat,”.

Phahrolrazi pula melihat matlamatnya 'supaya Kedah ditadbir secara berjemaah' tercapai.

"Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," kata beliau seperti dipetik Harakahdaily.

Aneh, semasa para pemimpin Pas menguar-uarkan krisis pentadbiran Kerajaan Pas Kedah selesai dengan kedudukan menang-menang, timbul pula tuduh menuduh antara dua kubu - Azizan dan Phahrolrazi.

Kubu satu lagi menuduh Azizan berikan projek bernilai RM60 juta setahun kepada kontraktor UMNO. Ada juga tuduhan ia ada kaitan dengan projek jalan pesisir bernilai RM600 juta.

Kubu satu lagi pula kononnya menuduh Phahrolrazi menerima wang daripada seorang tauke. Semuanya masih dalam bentuk tuduhan yang tersebar luas dalam blog dan portal.

Tiada siapa berani membuat laporan polis mahupun kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Cuma kubu Azizan menafikan projek RM60 juta punca perselisihan Azizan-Phahrolrazi.

Selepas isu dikatakan selesai, Azizan masuk hospital untuk rawatan mata pun dijadikan isu besar sehinggakan kubu Menteri Besar meminta bantuan agar khabar yang memburuk-burukkan kesihatan Azizan dipintas.

Yang menimbulkan tanda tanya apabila Azizan dalam membela dirinya menyatakan, `apa dosa saya. Saya tidak ada skandal perempuan, tidak sapu projek, tidak ambil balak,”.

Siapakah orang dalam Pas yang ada skandal dengan perempuan, menyapu projek atau ambil balak? Orang Pas tentu tahu siapa yang dimaksudkan oleh Azizan.

Sekarang jelaslah. Ini rupanya cara Pas mengatasi masalah - sorok dan terus sorok di bawah permaidani. Sebenarnya, dari awal mereka tidak mengakui ia satu masalah apatah lagi krisis. Ia sekadar berbeza pandangan, hanya ribut dalam cawan, kata mereka.

Sebab itu ada orang menyebut Pas kini dibelenggu dengan sindrom penafian yang cukup tebal.

Semua ini dulu penyakit UMNO. Lucu, ketika melaungkan slogan parti pengganti UMNO, mereka turut adaptasi perangai lama UMNO itu. Memanglah perubahan dalam UMNO belum ketara sangat tetapi sekurang-kurangnya ia berada dalam kedudukan lebih baik berbanding parti berlabel Islam ini.

Di akhir kekuasaan Azizan, beliau dianiaya dan di aibkan sedemikian rupa, oleh anggota keluarganya sendiri. Jika beginilah mereka melayan orang seperti Azizan, bagaimana pula agaknya kepada orang kebanyakan?

Mereka tak peduli soal rakyat dan pembangunan negeri. Waktu yang tak banyak ini sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat dan kemakmuran negeri. Sudahlah tak banyak pembangunan dibawa, saling bercakaran pula.

Cara Pas dan pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini begitu kental dengan kepentingan kekuasaan. Apakah pembangunan yang boleh dibanggakan dibawa oleh mereka? Tiada.

Sebab itu cara mudah ialah melencongkan perhatian umum dengan menyerang apa juga kelemahan Kerajaan Pusat. Kelemahan Kerajaan Pusat kalau mahu dicari-cari memang ada, kerana mereka banyak melakukan perubahan dan pembangunan.

Sebaliknya apa yang pakatan pembangkang suka buat? Apa sahaja yang ada kepentingan untuk meneruskan kekuasaan dan menyebabkan kerajaan Barisan Nasional nampak lemah, akan dieksploitasi serta dimanipulasi sehabis mungkin.

Bekas imam, Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara satu tahun kerana menghina mahkamah setelah membaling selipar ke atas hakim itupun diangkat jadi isu besar untuk memburuk-burukkan sistem kehakiman.

Aneh, kenapa mereka membela dan memanjakan 'orang yang angkuh, biadab, riak dan ganas ini? Tidak mengapa rasanya jika mahu mengumpulkan dana bagi membantu lelaki yang mempunyai enam anak ini tapi janganlah dibangga-banggakan perbuatannya itu.

Apakah mungkin ia dilakukan kerana bekas imam ini yang mengaku ahli Pas tegar boleh meraih simpati ahli-ahli Pas dan juga rakyat, lantas melonjakkan imej mereka yang sudah semakin terhakis ini? Agaknya apa reaksi mereka jika Presiden atau Mursyidul Am nanti dibaling selipar?

Berpada-padalah jika mahu membela dan memanjakan orang. Pas bukan parti yang baru semalam ditubuhkan. Jangan nanti ia dilabel parti untuk para pemberontak pula. Klik di sini.

Mat Sabu jangan dok pura-pura pening kepala pulak no...!!!











Penang Wasabi..

Saturday, March 10, 2012

Di Sebalik Sepucuk Surat Bank Dunia Kepada Anwar!


Sepucuk surat dari Bank Dunia yang menawarkan jawatan perunding jangka pendek telah dihantar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Januari 2006, ketika Paul Wolfowitz menerajui kepimpinan bank berkenaan.

Surat dihantar oleh Akhila Narayanan dari Pusat Perkhidmatan Sumber Manusia, Bank Dunia, Washington DC kepada Anwar yang beralamat di Amerika Syarikat (AS), 11920 Sugarland Rd. Herndon, VA 201700000.





Sila klik pada gambar untuk imej besar

Menurut kandungan surat itu, tawaran jawatan perunding jangka pendek adalah tugasan sementara yang tidak boleh melebihi 150 hari atau 1,200 jam, termasuk kerja lebih masa.

Meskipun surat dihantar bertarikh 24 Januari 2006, namun surat itu menyebut jika Anwar memberi jawapan persetujuan dalam tempoh 24 jam, jawatannya akan efektif bermula pada 25 Januari 2006.

Anwar ditawarkan berkhidmat selama 30 hari di antara 25 Januari 2006 hingga 01 Mei 2006, sebagai ahli kakitangan Kumpulan Bank Dunia dan akan tertakluk kepada Peraturan Staf terkini institusi tersebut.

Surat itu menyebut “jika anda bukan warganegara AS yang menjalankan mana-mana bahagian tugasan ini di AS, anda mesti memiliki visa yang sah dan kebenaran kerja yang sah yang membolehkan anda untuk menerima pekerjaan dengan Kumpulan Bank Dunia di AS untuk tempoh tugasan ini dan apa-apa pelanjutan daripadanya, di mana visa dan kebenaran kerja itu boleh dipohon di Kedutaan atau Konsulat AS”.

Visa J1



Menurut rekod di atas, Anwar memiliki Visa J1 yang bermaksud visa untuk pertukaran pelawat dan scholar. Menurut rurusa.com untuk mendapatkan Visa J1 perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Negara AS.

Laman itu turut menyebut pemilik Visa J1 boleh bekerja tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada INS (Immigration and Naturalization Service).

Menurut wikipedia , Visa J1 boleh dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Persekutuan AS kepada sesiapa yang dikehendaki untuk bekerja dalam sesebuah projek atau kepentingan AS dan boleh menetap selama dua tahun di negara itu.

Satu dokumen yang diterbitkan Government Accountability Project (GAP), sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS bertajuk "The Foundation for the future : What FOIA Documents Reveal" yang memetik sumber dari WorldBankPresident.org mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim menerima upah sebanyak $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak yang bermula pada 25 Januari hingga 1 Mei 2006.

“Anwar Ibrahim menerima $21,000 dari Bank Dunia untuk kontrak bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006 untuk kerja ‘meningkatkan permintaan bagi tadbir urus yang baik’..Namun menurut WorldBankPresident.org, ‘sumber daripada Bank Dunia tidak menerima sebarang laporan kerja daripada Anwar’.

“Kurang daripada sebulan selepas berucap di Bank Dunia itu, Anwar telah dipilih sebagai Pengerusi FFF, walaupun dia bukan dari kawasan itu..Kemudian, pada 13 Jun 2007, Anwar telah menghantar surat kepada Condoleezza Rice di mana dia ‘menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden FFF secara sukarela’ dalam tempoh peletakan jawatan (Bakhtiar Amin, Presiden lama FFF), sehingga calon yang sesuai dapat dipilih”, dedah GAP.

Laporan GAP itu turut diulas oleh laman Asia Sentinel dengan tajuk ."Anwar Ibrahim and the Bush Neocons".

Sumber AIDC

Penang Wasabi

Monday, March 5, 2012

Imuniti DAP...?


Ketika Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dan denda RM400,000, kelmarin, suasana tenang. Di luar mahkamah, tiada situasi tegang mahu pun demonstrasi. Para pengikut menghormati keputusan mahkamah meskipun ada yang kecewa dan kurang berpuas hati.

Ahli Parlimen dari Barisan Nasional itu dan pembantunya didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan empat tahun lalu.

Kes mereka hampir sama dengan kes membabitkan mendiang Teoh Beng Hock yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Anehnya, kes Beng Hock dijadikan isu politik dan perkauman yang dahsyat. Kematian Beng Hock digunakan oleh DAP untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan SPRM. Seperti biasa - kerajaan dituduh melakukan konspirasi. Sehingga hari ini isu tersebut masih dimainkan walaupun inkues mendapati mendiang tidak dibunuh mahupun membunuh diri.

Kita nampak semua ini adalah muslihat DAP yang mahu mengalihkan perhatian daripada hal sebenar iaitu siasatan ke atas dakwaan rasuah melibatkan ahli mereka. Parti itu bimbang akan hasil siasatan kerana ia mampu mendedahkan salah laku dan penyelewengan yang cuba ditutup.

Menghairankan apabila salah laku di kalangan pemimpin parti kerajaan, boleh disiasat dan dijatuhi hukuman. Tetapi jika melibatkan pemimpin pembangkang terutama DAP, ia tidak boleh disentuh seolah-olah mereka ada imuniti.

Apakah ini bermakna pemimpin dan aktivis pembangkang bebas melakukan penyelewengan tanpa dikenakan tindakan? Pada kita, ia memberikan mesej yang salah kepada rakyat dan mencerminkan DAP parti yang tidak berintegiriti. Cakap tak serupa bikin.

DAP bapak RASIS!!!










Penang Wasabi..

Saturday, March 3, 2012

Parti Asyik Serabut, Parti Kalut dan Ribut, Depa Ambil Peluang!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas kini menjadi ”Parti Asyik Serabut” yang sering menyusahkan rakyat kerana pemimpinnya kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah.

Katanya, beliau sendiri tidak faham dengan hala tuju perjuangan parti berkenaan dan sering menyerabutkan pemikiran rakyat.

"Mula-mula dia kata negara Islam, kemudian negara berkebajikan dan kata bukan Melayu boleh jadi timbalan presiden, tapi Musyidul Am kata tidak boleh.

“Banyak menyusahkan rakyat, banyak bagi serabut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, dekat, sini hari ini.

Katanya, dalam isu Pas di Kedah di mana dua Exco tidak mahu dilantik semula, kemelut yang tidak selesai telah menyusahkan rakyat Kedah.

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai “Parti Kalut dan Ribut”.

"Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula ”Depa Ambil Peluang”, dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN),” katanya. – BERNAMA

Penang Wasabi..