~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, July 5, 2012

DAP dibidas beri maklumat bercanggah status pelabuhan!



Kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas kerana memberi maklumat bercanggah daripada jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini berhubung status pelabuhan bebas di negeri itu.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Cheng Liang berkata, ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow telah memberi kenyataan yang mengelirukan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina semalam, mengenai jawapan Perdana Menteri tersebut.

Menurutnya, Perdana Menteri menjawab soalan yang dikemukakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 19 Jun lalu, bahawa kerajaan Pusat bersedia memberi pertimbangan serta bersikap positif dan terbuka.

"Bagaimanapun, DAP tidak memaklumkan dalam sidang akhbar pada 27 Jun yang dihadiri dua Ahli Parlimennya , Liew Chin Tong dan Chong Eng yang kemudiannya diteruskan dengan kenyataan mengelirukan Kon Yeow.

"Ini kerana maklumat itu memihak kepada pembangkang sedangkan rakyat di kawasan Parlimen yang diwakili mereka berhak tahu perkara yang sebenarnya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat BN negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu, Cheng Liang mahu DAP memohon maaf kerana tidak bersikap telus seperti yang sering mereka laungkan selama ini.

Katanya, kenyataan yang diberikan Kon Yeow iaitu status pelabuhan bebas tidak lagi wujud selepas pulau itu dimasukkan dalam Kawasan Utama Kastam bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa ia boleh dilaksanakan dengan adanya sokongan rakyat negeri ini.

Menurut Cheng Liang, pada masa sama Kon Yeow berterusan mencari salah kerajaan negeri terdahulu dan menuduh BN tidak melakukan apa-apa untuk kebaikan rakyat di negeri itu.

"Kalau ini tahun pertama atau kedua mereka (DAP) memerintah, kita mungkin boleh terima dan anggap ia sebagai tahun bulan madu tetapi setelah masuk empat tahun, apa manfaat yang dibawa kepada penduduk Pulau Pinang?

"Adakah cukup dengan memberi RM100 setahun kepada warga emas yang tidak semuanya dapat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, empat Ahli Parlimen DAP juga membuang masa dan membazir wang rakyat kerana menyuarakan soalan sama di Parlimen.

"Adakah tidak ada masalah lain di Pulau Pinang sehingga soalan sama dikemukakan dan mereka tidak berbincang terlebih dahulu, ini hanya menunjukkan kelemahan sendiri," katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment