~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Tuesday, July 3, 2012
Betty enggan ulas Phaik Kheng?
Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng mengelak daripada mengulas isu seorang wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Lim Guan Eng.
Ketika ditanya oleh wartawan selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.
''Itu saya tak tahu kes, kalau nak tahu eloklah suruh YB (Yang Berhormat) yang gulung usul itu, bercakap dalam akhbar dan televisyen," ujarnya.
Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan pada 28 April lalu.
Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.
Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Tian Loo berkata, penduduk di Kota Laksamana berminat mengetahui status Phaik Kheng.
''Dalam Internet dan blog ada tulis ADUN Kota Laksamana ada pukul, sepak dan macam-macam terhadap dia.
''Ini kena jawab. Dulu Phaik Kheng kerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tapi sekarang sudah ditukarkan ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang," katanya.
Soalan itu menimbulkan kemarahan Poay Tiong dan sekali lagi mencabar Tian Loo untuk mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Bagaimanapun, Tian Loo terus menyoal Betty dan bertanya sama ada ADUN Kota Laksamana itu mengenali Phaik Kheng.
Betty kemudiannya bangun menegaskan: ''Saya tak nak cakap di dewan yang mulia ini, kalau dia nak, suruh dia ulang di luar, cakap di akhbar saya pun boleh jawab tak payah cakap dalam dewan ini."
Sementara itu : Phaik Kheng minta Betty jawab
Bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ng Phaik Kheng melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.
Malah, wanita itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.
Menurutnya, adalah lebih sesuai isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sendiri menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo dalam persidangan tersebut.
"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan urusan saya.
"Sekiranya soalan tersebut ditujukan kepada Betty, suruh beliau yang jawab. Kenapa tanya saya pula?," katanya di sini hari ini.
Semalam, Betty yang juga ADUN Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Guan Eng semasa sidang DUN Melaka.-UMO
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment