~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, July 7, 2012

Phaik Kheng enggan ulas isu Guan Eng?



Ng Phaik Kheng enggan mengulas isu yang mengaitkan beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti mana dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin lalu.

Phaik Kheng yang kini merupakan penyelia hal-ehwal di sebuah sekolah berkata, beliau agak sibuk kerana perlu mengendalikan persiapan sambutan ulang tahun sekolah berkenaan yang bermula hari ini hingga Ahad.

"Saya kini mahu fokus dalam urusan ulang tahun sekolah dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai isu terbabit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketika membangkitkan isu tersebut di DUN Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo telah bertanya kepada ADUN Kota Laksamana yang juga isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng, sama ada mengenali Phaik Kheng atau tidak.

Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.

Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan.

Tian Loo berkata, penduduk di Kota Laksamana berminat mengetahui status Phaik Kheng.

"Dalam Internet dan blog ada tulis ADUN Kota Laksamana ada pukul, sepak dan macam-macam terhadap dia. Ini kena jawab. Dulu Phaik Kheng kerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tapi sekarang sudah ditukarkan ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily dalam laporan muka depannya pada Rabu lalu menyiarkan gambar Betty dan Guan Eng yang di dahi beliau tertampal plaster.

Guan Eng mendakwa luka kecil di dahi tersebut berpunca daripada tindakan beliau menggaru dan menafikan Betty pernah mengasari beliau.

Betty pula sehingga hari ini belum mengulas mengenai pertanyaan Tian Loo sebaliknya hanya mencabar ADUN Duyong agar mengulanginya di luar Dewan.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment