~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, July 1, 2012
Apabila PAP dan DAP Dibedal Awang Selamat!
Ada pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0.
Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura.
Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.
Walaupun kedua-dua parti ‘berpisah’, hubungan dan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung tetap kukuh sehingga hari ini. Malah ia makin mekar pada pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian DAP melonjak termasuk berjaya menawan Pulau Pinang.
Awang masih ingat bagaimana pelbagai pihak di Singapura memberikan reaksi yang sangat positif atas kejayaan DAP ketika itu. Ini diikuti lawatan Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang juga pengasas Singapura ke Malaysia pada 2009, yang fokusnya tidak lain ialah untuk mengunjungi Pulau Pinang di bawah teraju DAP.
‘‘Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Sejak pilihan raya umum lalu (2008) negeri itu telah diperintah oleh pakatan pembangkang, dengan DAP berasaskan kaum Cina menerajui (pemerintahan).’’
Ungkapan itu dipetik daripada perenggan kedualaporan utama akhbar Straits Times Singapura berhubung lawatan Kuan Yew ke negeri tersebut. Petikan itu sudah cukup menjelaskan betapa lawatan beliau begitu signifikan dan mempunyai maksud tersirat.
Awang pernah menulis tentang lawatan tersebut tidak lama dahulu, yang menyaksikan Kuan Yew menyatakan komitmen untuk membantu Pulau Pinang terutama dalam pelaburan. Tidak silap Awang, semasa di Pulau Pinang, Kuan Yew turut mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri, menandakan sokongan moral yang istimewa.
Ada juga komen kurang enak daripada beliau dan delegasinya. Antaranya pembangunan prasarana Pulau Pinang di pulau itu kononnya tidak sebaik Ipoh dan Seremban. Seorang menteri Singapura yang mengiringi Kuan Yew mendakwa negeri tersebut ketika dipimpin Gerakan kurang mendapat perhatian Kerajaan Pusat. Amboi...
Selepas lawatan tokoh PAP itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Singapura makin intim dengan lawatan-lawatan dan pertemuan tertentu yang diatur di antara kedua-dua pihak. Awang tidak mahu membuat banyak tafsiran tetapi melihat perhatian luar biasa kerajaan Singapura kepada Pulau Pinang, ia mengundang persoalan besar.
Berbalik kepada sejarah, DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Kuan Yew ketika itu, yang disingkir keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew kini terus dihidupkan oleh DAP.
Hari ini, sebahagian pemimpin DAP masih menjadikan Kuan Yew sebagai mentor. Sentimental dengan pemimpin PAP itu tidak pernah pudar apatah lagi padam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah antara orang kepercayaan Kuan Yew ketika dalam PAP. Beliau juga adalah bekas Setiausaha Akhbar Kuan Yew sewaktu zaman mudanya.
Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong kini merupakan Perdana Menteri republik itu. Anak Kit Siang pula, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang selain Setiausaha Agung DAP.
Suara mahukan Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia makin kerap kedengaran. Sampaikan Pengerusi DAP, Karpal Singh tersasul merujuk Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis baru-baru ini.
Selepas kejayaan DAP pada 2008, Awang percaya PAP mahu melihat impak lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan tahun ini.
Keghairahan Singapura untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia atas faktor DAP, bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Ia terserlah dalam aktiviti terbuka seperti pembabitan dalam perhimpunan haram mahupun aktiviti tertutup, yang banyak tidak didedahkan lagi. Semua ini boleh dibaca sebagai isyarat untuk melihat kerajaan Malaysia sekarang tumbang lalu digantikan kerajaan baru dengan DAP akan dominan.
DAP juga sudah tentu secara senyap mengharapkan apa sahaja bentuk sokongan strategik daripada PAP, walaupun mendakwa tiada hubungan langsung di antara kedua-dua parti.
Pulau Pinang sudah ditawan maka ada misi lain, yang lebih besar mahu disempurnakan pada PRU13. PAP sudah menunggu lebih 48 tahun untuk mencapai impian di tanah air ini, yang DAP sangat komited untuk menjayakannya. Bukankah begitu? -AWANG SELAMAT
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak faham sungguh dengan org Melayu sekarang. Benci UMNO sanggup nak serah tanah melayu ke kaum pendatang. Kalau kaum pendatang tu Islam tak apa lah juga. Buta sejarah negara sendiri sampai tak tahu asal usul DAP. LKY memang tahu had S'pura pada masa depan dgn kekurangan tanah dan sumber bumi. Satu satunya cara adalah dgn menyatu kembali dgn tanah melayu. Tentu saja dia jadi mentor ke DAP sekarang. Apapun aku salahkan PAS kerana nak kan undi bersekokongkol dng DAP. Mahathir pun dah banyak kompromi dgn cina cina ni. Ni lah akibat nak berkuasa.
ReplyDelete