~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, September 30, 2013

Hairi baru sedar nilai diri hanyalah 5 sen dalam PAS?


Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu. Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

“Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

“Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah. Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.

“Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

“Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan,” katanya.

Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah. “Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

“Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah,” katanya. Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

“Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni,” katanya. Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. -mStar

Penang Wasabi..

Friday, September 27, 2013

M. Manoharan : DAP Dewakan Chin Peng Berbanding Devan Nair!


Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti ‘kacang lupakan kulit’ dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah ‘memadamkan’ Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding ‘pemimpin’ lain dalam parti.


“Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.

“Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.

Kata Manoharan lagi:

“”Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.

“Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini.”

Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh kaum Cina, namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya, Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu.

Penang Wasabi..

PENGAKUAN TUN DR MAHATHIR TENTANG ALLAHYARHAM AZIZAN ABDUL RAZAK, MANTAN MB KEDAH?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sahabat baik beliau walaupun berlainan ideologi politik.

"Walau pun daripada parti lain, kita tak kira, sahabat tetap sahabat, politik tetap politik. Hubungan saya baik dengan dia.

"Beliau tak keterlaluan, sanggup berbaik-baik, sanggup cuba luluskan permintaan orang ramai tanpa kira parti. Dia juga seorang yang pegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tak pernah menyeleweng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Azizan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Azizan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.05 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan organ yang pelbagai - UMO

Penang Wasabi..

Thursday, September 26, 2013

Insiden Lahad Datu: Tian Chua Gagal Batalkan Pertuduhan?


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua gagal membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Amelia Tee Abdullah hari ini menolak permohonannya bagi mengetepikan pertuduhan itu.

Penang Wasabi..

Mayat Lelaki Pakai Coli Mati Jatuh Kondominium?


Kisah mayat lelaki bercoli mati jatuh kondominium Taman Datu Senu , Sentul terungkai apabila mangsa dipercayai jatuh ketika cuba memecah masuk salah satu rumah penduduk kondiminiun berkenaan. Lelaki bercoli tersebut maut sejurus terjatuh dari tingkat 12 bangunan terbabit.

Mayat mangsa yang berusia 26 tahun kemudian ditemui oleh pengawal keselamatan pukul 6.30 pagi. Menurut penduduk, mangsa cuba untuk memecah masuk rumah melalui balkoni bersama seorang lagi rakannya.Malangnya tindakannya mereka disedari oleh tuan rumah. Dalam keadaan yang panik, kedua-dua mereka cuba melarikan diri namun salah seorang daripada mereka terjatuh dan mati ditempat kejadian.

Daripada penyiasatan awal polis, tiada dokumen penting dijumpai dibadan mangsa kecuali tiga telefon bimbit, kunci pendua dan seutas tasbih.Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. Mayat akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lebih lanjut. Namun persoalan mengenai mayat lelaki tu memakai coli masih belum terjawab.

Penang Wasabi..

Wednesday, September 25, 2013

LAPANGAN TERBANG PALING NGERI DALAM DUNIA?


Lapangan tebang St Marteen merupakan lapangan yang paling berbahaya didunia. Lapangan terbang tersebut terletak di kepulauan Caribbean dan hanya mempunyai lapangan yang sempit berikutan geografi yang bergunung-ganang . Lebih teruk lagi apabila ia hanya mempunyai landasan yang pendek dan singkat bagi pesawat besar Boeing 747 mendarat.



Bagi para juruterbang pesawat komersial, ini merupakan cabaran yang hebat bagi mereka untuk mendaratkan kapal terbang disana.oleh itu,pesawat mestilah terbang dengan altitude yang rendah sebelum mendarat. Apa yang lebih menarik adalah lapangan ini hanya bersebelahan dengan pantai dimana penduduk awam berkelah. Boleh dilihat seolah-olah kapal terbang mendarat hanya beberapa kaki diatas kepala mereka.

Penang Wasabi..

Tuesday, September 24, 2013

Gempar Video Kemaluan Isteri Melekat Akibat Berzina?


Gempar Video Kemaluan Isteri Melekat Akibat Berzina. Menurut laporan media Kenya, si suami mengesyaki si Isteri bermain kayu tiga dan meminta pawang meletakkan jampi Voodoo pada isterinya. Bila si isteri berzina jampi tersebut akan mengakibatkan kemaluan si isteri dan teman lelakinya melekat.



Nak dijadikan cerita si isteri kantol dan si suami enggan menolong. Pihak polis dipanggil tetapi mereka juga gagal memisahkan pasangan tersebut. Hanya setelah si teman lelaki berjanji akan membayar pampasan Shilling Kenya 20 000 (RM 716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang Paderi Kristian dan mereka akhirnya dipisahkan.

Penang Wasabi..

Dewan Rakyat : Karpal's Being Attacked Anwar's Sodomy Case?


Dewan Negara today chaos after Tanjong Karang MP Datuk Seri Noh Omar raise the issues of Member of Parliament for Bukit Gelugor, Karpal Singh, an advocate to Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in sodomy II.

Noh said his action is not a deceit action as Karpal used to made allegations to Anwar at Dewan Rakyat in 1998 and has not withdrawn the statement.

"If he (Karpal) was an integrity lawyer , I challenged him to withdraw his allegations against the Permatang Pauh MP previously. Is there any element of political interests that made him an advocate to Anwar Ibrahim?

"As a well-known attorney, matters involving integrity should not handcuff him (Karpal)," he said in the Dewan Rakyat here today.

He added there is alsa a question of the relationship between Karpal and Anwar after the spread of RM50 Million record deal between the two opposition leaders.


He said the lawyers in this country should not do any actions that shows Malaysian lawyers is disintegrity and can easily bought with money.

"This is about the characteristics of the Legal Department in Malaysia, they look like they can be easily purchased and the matter will be questioned by the people and parties from abroad.

"Lawyers should work according to the laws and uphold justice but now we can see that they are representing the opposition and it can not be done.

"The Bar Council can not be selective by stating that there is something wrong in an issue but when it involves the oppositions, they just remain silence," he said.

Noh stressed, the Bar Council should help the society to solve their problems and not only help the opposition MP.

Penang Wasabi..

Monday, September 23, 2013

Cybertrooper Pembangkang Maki Dewan Ulama PAS?


Apa sudah jadi dengan ‘kepimpinan ulama Pas’ hari ini apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS mereka terpaksa menggunakan medium UTUSAN MALAYSIA untuk menyampaikan nasihat kepada ahli-ahlinya? Adakah HARAKAH sudah dipenuhi dengan kumpulan ANWARINAS, PRO-SYIAH dan ANTI PENYATUAN sehingga menyebabkan Dr. Khairuddin at-Takiri terpaksa merempat ‘menggunakan media luar Pakatan’ untuk menasihati ahli-ahli Parti Islam SeMALAYSIA?

Namun lebih mendukacitakan bilamana artikel yang terpapar di ruangan Mingguan Malaysia ini disambut dengan tomahan, cercaan dan makian dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri, termasuk cybertroopers pro-pembangkang seperti AmenoWorld Reloaded.

Jadi sekarang ini, ulama UMNO atau yang bebas tetapi jujur untuk menyampaikan dakwah toksahlah terasa sangat kalau anda dimaki oleh puak-puak pembangkang ni tatkala anda menasihati ‘jemaah’ mereka. Kerana sememangnya budaya maki hamun ini adalah makanan ‘ruji’ puak-puak yang mengaku memperjuangkan ‘Islam’.

Penang Wasabi..

Filipina dakwa Nur Misuari?


Manila: Polis Filipina mula mengemukakan pendakwaan jenayah dan pemberontakan terhadap lebih 200 pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kerana menyerang Zamboanga serta mengambil tebusan lebih dua minggu lalu.

Serangan itu memaksa pihak berkuasa menghantar beribu-ribu askar ke Zamboanga bagi menamatkan ketegangan, kata pendakwa di sini semalam.

Kumpulan pertama pemisah yang didakwa ialah pemimpin bersenjata tertingginya, Habier Malik dan tiga lagi yang masih bebas, kata pendakwa kanan, Aristotle Reyes said.

Sebanyak 25 aduan lagi dikenakan ke atas mereka yang sudah ditahan atau menyerah diri.


Dakwaan seterusnya akan dikemukakan ke atas pemimpin MNLF, Nur Misuari kerana bersubahat dan menawan kawasan penduduk serta menjadikan mereka tebusan sekali gus melanggar undang-undang menekankan kepada menghormati prinsip kemanusiaan.

Terlepas kepungan

Di Zamboanga, panglima MNLF, Habier Malik yang mengetuai serangan di sini mungkin terlepas kepungan tentera dan sudah berada di Sulu.

Malik adalah orang kanan Nur Misuari dan mengetuai anggota MNLF masuk ke Zamboanga pada 9 September lalu.

Dia dilaporkan berjaya lari daripada ditahan askar Filipina dengan menggunakan bot laju, meninggalkan anggota MNLF lain yang masih berada di sini, lapor sumber perisikan kepada Manila Times.

Tidak dapat dipastikan sama ada Malik yang menghadapi tuduhan memberontak sudah ada di Sulu atau berlindung di Basilan, tidak jauh dari sini.

Ada juga laporan lain mengatakan Malik masih terperangkap di Santa Catalina.
Malik pernah menahan lebih sedozen tebusan termasuk Jeneral Benjamin Dolorfino di Sulu pada 2007.

Anggota pemisah dibawah Malik dan Khaid Ajibun menahan Dolorfino dan Setiausaha Rendah Pertahanan, Ramon Santos dan 23 askar dan petugas penasihat damai, Jesus Dureza ketika menuntut pembebasan Misuari yang ditahan di Manila atas dakwaan memberontak.

Misuari menandatangani perjanjian damai dengan Manila pada September 1996, menamatkan pemberontakan lebih 20 tahun di Mindanao.

Kurang bekalan makanan


Pertempuran masih berlaku sekali sekala di Zamboanga dengan pihak berkuasa berkata, pemisah kini semakin kekurangan bekalan makanan dan peluru selepas tentera menawan semula beberapa kedudukan strategik di sebuah perkampungan Santa Barbara daripada pemberontak MNLF.

Tentera berkata, sekurang-kurangnya 78 pemisah sudah terbunuh dan lebih 130 lagi sama ada ditahan atau menyerah diri. Seramai 15 anggota tentera dan polis juga terkorban dalam pertempuran manakala 126 lagi cedera.- AGENSI

Penang Wasabi..

Pelajar menipu demi seks?


Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.


Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal
mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, September 22, 2013

Gempar...!!! Angelina Jolie hidup tiga tahun lagi?


Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang sangat cerewet dalam menjaga kesihatan.

Umum sudah tahu, kekasih Brad Pittini sanggup membuang payudaranya untuk mencegah kanser yang diwarisi dari keturunannya.

Malah dalam masa terdekat ini, dia juga bakal menjalani pembedahan rahim bagi mengatasi masalah sama.

Bagaimanapun, ada yang lebih mengejutkan apabila majalah antarabangsa, Globe melaporkan, jangka hayat Jolie hanya tinggal tiga tahun saja lagi.

Menguatkan dakwaan itu apabila aktres ini bertindak menolak banyak tawaran lakonan, termasuk sekuel filem Salt.

"Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan.

Dia sangat sayangkan Brad dan anak-anaknya, maka kerana itu, dia harus kuat untuk menghadapinya," kata sumber.

Baca lagi di sini dan sini.

Penang Wasabi..

Benarkah Teoh Beng Hock bunuh diri...!!! Apa sebabnya?


Blog DAP Insider dalam pendedahan terbaharunya hari ini menimbulkan satu persoalan apakah nasib lima harimau penentang Dinasti Lim pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Dinasti Lim merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang dan proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

Dalam pendedahan bertajuk, “Konspirasi, diskriminasi dan nasib lima harimau dalam DAP,” blog itu mendedahkan lima penentang Dinasti Lim adalah Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak). Baca di sini.

“Kesemua lima di atas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu dihapuskan oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP,” dedahnya.

Menurutnya, Teng Chang Kim merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP paling senior di Selangor, namun dinafikan haknya untuk menjadi Exco kerajaan negeri, sebaliknya Dinasti Lim memilih Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu sebagai pilihan mereka.

“Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai Exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

“Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Mendiang Teuh bersama Ean Yong Hian Wah dan peguam di pejabar SPRM Shah Alam

“Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

“Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai Exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru-hara pasti akan timbul. Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai Exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera Cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka,” dedahnya.

Menurutnya lagi, Chow Kon Yeow yang menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008, namun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.

Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor dedah blog itu telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

“Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.

“Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.

“Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas,” dedahnya lagi.

Adakah Dinasti Lim bertanggungjawap diatas kematian Teoh Beng Hock? Perlukah ada lagi siasatan dilakukan seperti Suruhanjaya Diraja sebagaimana yang selalu dicanangkan oleh Kit Siang sebelum ini?
Fikir-fikirkanlah...!!!

Penang Wasabi..

Saturday, September 21, 2013

Anwar mohon buang satu perenggan dalam penghakiman?


Anwar Ibrahim cuba mengeluarkan satu perenggan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama dihadapinya yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.

Anwar telah memfailkan permohonan itu pada Mei tahun ini, sembilan tahun selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas dakwaan meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan semakannya itu pada 13 November, dalam usaha untuk memadamkan perenggan itu.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, dalam keputusan majoriti 2-1, daripada pertuduhan meliwat Azizan.


Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Anwar.

Panel Mahkamah Persekutuan yang sama turut membatalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun ke atas adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dibicarakan bersama-sama Anwar atas dakwaan meliwat Azizan di Tivoli Villa di Kuala Lumpur pada 1994.

Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, menulis majoriti penghakiman itu.

Dalam penghakiman itu, beliau (Abdul Hamid) berkata: "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan ) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ....".


Peguam yang mewakili Anwar, Latheefa Koya berkata, Anwar memfailkan permohonan itu bagi membersihkan namanya, kerana orang menggunakan penghakiman itu untuk mewajarkan fitnah terhadapnya, dan menurutnya apabila Anwar mahu menyaman mereka bagi memfitnah, mereka akan bergantung pada penghakiman itu.

"Ia perlu dinyatakan bahawa kenyataan itu dimasukkan dalam penghakiman bagi pembebasan Anwar daripada pertuduhan liwat," katanya.

Mari kita selak sedikit sejarah Kes Liwat I Anwar Ibrahim sebelum ini! Sila baca di sini.

Penang Wasabi..

Wednesday, September 18, 2013

KES MAHKAMAH MELIBATKAN ANWAR HARI INI !!


Seperti biasa Anwar mencari alasan lagi untuk tangguhkan perbicaraan!

Rayuan kerajaan terhadap keputusan kes pertuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didengar semula hari ini dan esok selepas ditangguhkan pada 22 Julai lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Darmafikri Abu Adam menetapkan tarikh rayuan itu pada 1 Ogos lalu.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika membebaskan Anwar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata ‘ada berlaku penetrasi’ tetapi ia tidak disokong oleh bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya berhubung integriti sampel-sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada pengadu (Mohd Saiful) kerana sampel itu mungkin boleh terjejas sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sementara itu, peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo memfailkan permohonan untuk membatalkan pelantikan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang akan mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan itu hari ini.

Pelantikan Muhammad Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwa dilakukan secara fiat yang ditandatangani Peguam NegaraTan Sri Abdul Gani Patail pada 2 Julai lalu.

Pada 22 Julai, peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar, membangkitkan bantahan terhadap pelantikan Muhammad Shafee, bagaimana pun hakim Datuk Ramly Ali yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan meminta beliau mengemukakan perkara itu pada tarikh pendengaran akan datang.

Ram Karpal kemudian memberitahu pemberita pihak pembelaan membantah atas alasan ia mungkin tidak sesuai bagi beliau Muhammad Shafee mewakili pihak pendakwa kerana kes Anwar bermotifkan politik dan beliau (Muhammad Shafee) pernah dilantik mewakili Umno dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini.

Pada tahun 2000 Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kesalahan liwat itu kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.

Pada Julai 2008, beliau ditahan sekali lagi atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful. Namun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan Anwar tidak bersalah dan melepaskan beliau daripada sebarang pertuduhan liwat - Antara Pos

Terkini :

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim selepas menerima permohonan Responden (Anwar Ibrahim) menerusi peguam Karpal Singh untuk menggugurkan salah seorang juri Tengku Maimun krn dikatakan bias.

Tengku Maimun sebelum ini terlibat dengan kes liwat I (Azizan). Esok pagi pendengaran bagi menggugurkan Timbalan Pendakwaraya DS Shafee - Rakyat News

Penang Wasabi..

Monday, September 16, 2013

Pemilik restoran halau peserta majlis dialog?


Butterworth: Majlis Dialog Agama Islam-Kristian yang dianjurkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Rawa di sebuah restoran, di sini, sebentar tadi kecoh apabila pemiliknya tidak membenarkan program dan menghalau kira-kira 50 orang yang hadir di majlis itu.

Program berkenaan yang sepatutnya diadakan di Gereja St Mark dikatakan dipindahkan ke restoran terbabit berikutan khabar angin bantahan akan diadakan di hadapan gereja terbabit.

Berikutan tindakan pemilik restoran terbabit, majlis berkenaan kini berpindah semula ke gereja itu. Ketika ini, Dr Mujahid dan tetamu lain tiba di gereja itu.








Penang Wasabi..

Friday, September 13, 2013

Ane ' tampar ' DS Najib dengan selipar di berkas?


Rasakan!! Baru lu tahu langit itu tinggi atau rendah?

Polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana bertindak memukul poster wajah pemimpin negara dengan selipar di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditangkap oleh sepasukan anggota yang ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada pusat kawalan pada kira-kira 11.25 pagi.

Katanya ketika ditangkap lelaki itu sedang memegang gambar seorang pemimpin negara dan memukulnya dengan selipar.

Suspek, yang bertongkat dengan kaki kirinya bersimen, dikatakan datang berseorangan ke tempat kejadian pada kira-kira 10.30 pagi.

Lelaki yang dikatakan mempunyai tiga anak itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuk siasatan.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Chin Wah berkata lelaki itu mendakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati rumahnya di Sungai Besi, mengalami masalah paip tandas tidak dipasang, pendawaian elektrik yang tidak sempurna dan dia tidak menerima sebarang bantuan kesihatan walaupun menghidap penyakit kencing manis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Sahit Urit memberitahu pemberita bahawa sebelum itu beliau telah menasihati lelaki tersebut supaya tidak melakukan kekecohan dan keluar dari situ tetapi tidak dihiraukannya.

Pasti selepas ini akan muncul "wira-wira rakyat" yang akan membantu lelaki ini atas nama kebebasan dan hak asasi. Korang tunggu dan lihatlah.

Penang Wasabi..

Wednesday, September 11, 2013

Syiah akui mereka bukan Islam?


Jakim Bongkar Syiah Mohon Keluar Islam

Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Penang Wasabi..

Tuesday, September 10, 2013

Hindraf Mahu Ku Nan Ingat Perjanjian Lepas?


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan tengku Mansor dinasihati untuk mengingati kembali perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatanganinya bersama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada 9 April lalu.

Penasihat Hindraf N Ganesan berkata, Tengku Adnan telah berjanji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu untuk menjaga dan menyelesaikan isu berkaitan kuil nHindu dan tanah perkuburan penganut agama berkenaan di Malaysia.

"Pastinya Tengku Adnan sekurang-kurangnya membaca apa yang ditandatangani beliau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ganesan berkata demikian bagi mengulas perjanjian yang ditandatangani bagi memastikan tiada lagi kuil, kawasan suci dan kawasan pengebumian Hindu dibina selain dari kawasan yang digazetkan bagi tujuan tersebut menjelang 2018.

Beliau yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan perdana Menteri P Waytha Moorthy menjelaskan, perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, seksyen tiga perjanjian tersebut turut menyebut sebuah unit baru perlu ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan kertas kerja meningkatkan taraf hidup komuniti India dan memberi kuasa eksekutif disamping memberi peruntukan untuk menjalankan piagamnya.

Jelasnya lagi, sebuah sub-unit juga perlu ditubuhkan bagi mengetuai badan audit mengenai kuil Hindu, kawasan pengebumian dan suci di seluruh Malaysia.

"Tengku Adnan, jalan penyelesaiannya sudah ada pada perjanjian yang ditandatangani. 'Gerakkan' Waytha Moorthy. Tujuan beliau di dalam kerajaan khusus bagi tujuan tersebut," katanya.

Penang Wasabi..

Thursday, September 5, 2013

Defisit Bajet Negara!


Ramai orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.

Mengikut pakar ekonomi Barclays Plc di Singapura, Rahul Bajoria, pengurangan subsidi petrol dan diesel adalah langkah positif dan tanda pentadbiran Najib mula mengakui terdapat masalah berhubung kedudukan kewangan Malaysia.

“Mereka mula bergerak ke arah yang betul. Lebih banyak perlu dilakukan,” menurut Bajoria seperti dilaporkan Bloomberg, kelmarin.

Menurut majalah perniagaan Forbes pula, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan.

Jika dilihat kepada statistik, Malaysia mencatatkan defisit bajet secara berterusan sejak 11 tahun lalu.

Graf defisit bajet kerajaan Malaysia di laman web Index Mundi, iaitu laman web yang mengumpul data ekonomi dan sosial daripada agensi bertanggungjawab di negara seluruh dunia, menunjukkan sejak 1988, bajet kerajaan mencatat purata defisit 2.89 peratus daripada KDNK dengan 2009 mencatatkan rekod terburuk, iaitu defisit 6.70 peratus daripada KDNK.

Berbeza dengan orang biasa yang akan dikejar bank atau ah long, jika hutang tidak dibayar dalam tempoh minimum yang diberikan, kerajaan sesebuah negara boleh beroperasi dengan defisit sederhana buat beberapa tahun kerana pemberi pinjaman tahu kemungkinan untuk sesebuah kerajaan tidak membayar hutang adalah rendah.

Tetapi, sama seperti perbelanjaan harian orang biasa yang berhutang kad kredit atau rumah, jika dibiarkan terlalu lama, hutang yang bertambah itu akan hanya menyumbang kepada lebih banyak defisit; bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar kadar faedah bagi hutang asal hingga menyebabkan kelembapan ekonomi.

Mengapa subsidi minyak perlu dikurangkan? Bandingkan dengan orang biasa yang perlu mengurangkan perbelanjaan harian dalam beberapa aspek hidup untuk mendapat lebih wang bagi membayar semula hutang.

Cuma bezanya, bila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, kesannya dirasai oleh rakyat.

Penang Wasabi..

Wednesday, September 4, 2013

Pemandu lori pula tunjuk samseng...!!! Skuad SPAD dikepung?


Dua pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diserbu oleh sekumpulan pemandu lori kerana tidak berpuas hati tindakan anggota agensi penguat kuasa itu menahan beberapa lori di Kawasan Perindustrian Gebeng hari ini.

Pengurus Kanan Penguat Kuasa SPAD Wilayah Timur, Mejar Mohd. Shariff Jamal Abidin berkata, seramai lapan anggota SPAD diserbu ketika menjalankan rondaan Ops Hippo di kawasan tersebut.

Menurutnya, sekumpulan pemandu lori bertindak demikian berikutan beberapa lori dipercayai milik rakan mereka ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

"Ops Hippo yang bermula pukul 11 malam tadi menahan beberapa lori dengan membawa muatan berlebihan di sekitar Bukti Besi, daerah Dungun, Terengganu selain Semambu di sini.

"Kemudian pasukan tersebut meneruskan pemeriksaan di sekitar Gebeng pukul 1 petang dan dikerumuni oleh lebih 30 lori dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas mendapat penjelasan serta bantuan polis, semua pemandu terbabit bersurai.

Menurut beliau, kumpulan pemandu lori itu menyuarakan permasalahan mereka selain membuat beberapa tuntutan.

Susulan kejadian itu, katanya, satu laporan dibuat di Balai Polis Kuantan pada pukul 2.40 petang ini.

Penang Wasabi..

Patutlah ‘Tanda Putera’ Jijik Di Mata Kit Siang & Anaknya..?


Saya telah melihat Tanda Putera malam tadi ( 2 September) maka saya memahami mengapa Tanda Putera haram disisi Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mereka marah kerana jelas simbol parti DAP (Roket) terlihat dalam kejadian keganasan 13 Mei. Mereka merasa bersalah dan sewajarnya mereka merasa bersalah kerana simbol itu di bawa ke Kampung Bharu dan Datuk Keramat untuk menghalau orang Melayu.

Sebagai seorang wartawan yang tinggal di Kampung Bharu masa itu saya melihat provokasi ini dengan mata kepala saya sendiri.

Pemimpin pemimpin DAP mewarisi semangat yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang berbangga dengan orang orang bukan Melayu yang bertanya: Kenaapa ada Waktu Tanah Melayu?kenaapa Keretaapi Tanah Melayu? dan mengapa Raja Melayu?
(Baca buku Memoirs of Lee Kuan Yew)

Pada petang kejadian 13 Mei 1969, saya berada di kawasan rumah Ahmad Razali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda kerana bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Ketua Pengarang saya Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah(Pak Melan) juga ada bersama.

Pak Melan diketahui sebagai seorang yang cukup tinggi emosinya tetapi beliaulah yang menasihatkan orang ramai yang sedang dalam kepanasan supaya jangan keluar dari kawasan itu tetapi tiba tiba mereka seperti ayam terlepas dari reban bertempiaran ke jalan raya,menterbalikan kereta dan membunuh manusia yang tercampak keluar apabila beberapa orang yang berlari dari Gombak menjeritkan: Orang kita dah kena!orang kita dah kena!

Buku 13 Mei oleh Perdana Menteri Pertama ,Tunku Abdul Rahman Putra dalam pekara ini adalah benar dan tepat.

Saya berlari ke luar dari perhimpunan itu untuk pulang ke rumah di Kampung Bharu yang berhampiran dengan tempat kEjadian itu dan saya melihat beberapa buah kereta terbalik dan mayat bergelimpangan. Orang orang yang tidak berdosa telah mati. Saya kutuk, saya tidak dapat menerima kekejaman ini tetapi segera terbayang di mata saya Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew . Racun yang mereka semai telah membunuh. Mereka langsung tidak pedulikan perasaan orang Melayu.

Sebelumnya saya lihat sendiri penyokong- penyokong DAP menaiki lori melalui Kg. Baru dan Datuk Keramat dengan membawa simbol Roket (DAP) dan berteriak menghalau “Melayu Balik Kampung! Melayu Balik Kampung”

Mereka membawa penyapu dan mengangkat- angkat penyapu.Mereka menjadi berani kerana Lim Kit Siang telah bagitu celupar. Cabaran ini menjadikan Melayu lebih berani dan lebih agresif. Maka itu sekarang orang Melayu ramai di Kuala Lumpur,sama ada sebagai penjaja di pasar,peniaga besar dan kecil, pelajar,siswa,pendukong universiti- universiti dan sebagai profesional yang menjalankan institusi-institusi kewangan.

Lim Kit Siang tidak boleh halau lagi mereka balik kampung.

Lim Kit Siang tahu bahawa piliahraya ke 13 adalah peluang terakhir untuk beliau halau Melayu balik kampung tetapi telah gagal dan kegagalan ini adalah untuk selama lamanya dan kerana itulah slogan yang dijeritkan ” Ini kalilah.”

Populasi Melayu akan bertambah, profesional Melayu akan semakin ramai. Walaupun tidak dapat dua pertiga kuasa, pemerentahan BN dan Melayu akan bertambah kukuh terutama kerana orang Cina telah mengasingkan diri.

Dan jika ramai mereka yang mahu menjadi monyet dan kera maka ini akan lebih memudahkan untuk orang Melayu mencapai matlamat mereka.Najib jangan sesal mengatakan Tsunami Cina dan jangan biarkan Khairy menapikan.

Apabila Tun Razak mengajak semua parti berdamai selepas 13 Mei, DAP tidak mahu ikut serta dalam Majlis Perundingan Negara. Dia mahu terasing dari aliran perdana, dia mahu orang Cina terus menjadi beruk dan kera yang mahu merosakan berjuta bunga.Dia pasti tidak akan berjaya.

Tanda Putera sewajarnya ditonton oleh seluruh generasi muda semua kaum kerana ia menunjukan manusia- manusia Malaysia dari semua kaum yang berperi kemanusiaan tinggi dan murni yang dalam keadaan runcing dan genting tidak kehilangan akal , malah Menteri Dalam Negeri Tun Dr. Ismail dan Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tahu saat kematian mereka telah hampir tetapi terus bersama mencari jalan untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia yang harmoni,makmur dan aman damai.

Tun Razak memberitahu doctornya :”Saya mahu sedikit masa lagi.” tetapi Tun meninggal dalam keadaan negara yang tidak pasti dan Tun Mahathir telah memperkukuhkannya untuk masa depan Malaysia.

Masa depan inilah yang hendak dihancurkan oleh DAP dan juga parti parti Melayu yang telah menjadi alatnya kerana gila kuasa.

Oleh : Zamkata

Penang Wasabi..

Sunday, September 1, 2013

How can STAR belittle Merdeka. Bloody STAR?


Of late I’m really enraged by the Star. They don’t seem to want us to have a focal point and driving us further and further apart.

But today was the nail in the coffin. STAR did not cover the merdeka news as main news. Not even second page or third page. Its covered in page 20 onwards. The STAR is too much.

They did once before giving our king maiden parliamentary speech as a back page. Putting other unknown personality against our king.
This is a deliberate agenda by STAR. They will drive us apart further. Central to this is to downplay our strong tradition and culture and focus more on their so call “left wing” agenda. This must stop.

There is no harm to highlight merdeka. So what if that the merdeka was obtained by tunku, Umno and BN. Its a historical fact. Our nation and constitution is founded on this. Our liberty and freedom are derived from this. Simply because STAR has become more DAP/ Chinese it does derogate the fact.

So for STAR not to cover the national parade as main news, they are wholly wrong and to me putting us deeper into an unreturned polarization. Our merdeka is something to cherish. Tak boleh dipermainkan. They belittling our nation must be condemned. No two ways.

Ps. The front page of a merdeka add does not is a further insult. They put there coz someone sponsors it. If not all will be on page 20 onwards. Really kurang ajar.

Penang Wasabi...