~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, July 29, 2012
Mahfuz Omar meroyan lagi apabila terkena sampuk Mr.Bean dari Olimpik London?
Mahfuz Omar meroyan lagi sempena pembukaan sukan Olimpik di London. Khabarnya terkena sampuk kembar beliau iaitu Mr.Bean! Naib Presiden Pas ini tidak sudah-sudah dengan spekulasi dan teori lapuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mungkin sudah begitu cara berfikir orang-orang penting dalam Pas ini. Bagi mereka, orang nombor dua akan sentiasa dikaitkan dengan konspirasi dan agenda untuk menjatuhkan ketuanya.
Pantang ada kenyataan yang ditakrifkan sendiri sebagai mendahului dan berbeza, terbitlah daripada pemikiran mereka wujud gerakan licik di sebaliknya. Sungguh, ia cara politik lama yang patut ditinggalkan.
Tidak terfikir oleh orang lain kecuali mungkin hanya Mahfuz dan akhbar Harakah bahawa Muhyiddin yang kini ditugaskan untuk menangani krisis air Selangor, menggunakan isu itu untuk 'menamatkan kerjaya politik Najib'.
Mahfuz oleh akhbar itu dipetik sebagai berkata: "Terlalu banyak perkhabaran dan tuduhan yang kita dengar bahawa Muhyiddin mengambil peluang dan kesempatan daripada krisis air di Selangor yang direka-reka oleh UMNO dan BN (Barisan Nasional) itu untuk menamatkan kerjaya politik Najib."
Begitu sekali masif dan terancang gerakan politik parti pembangkang ini bagi menyokong pendirian Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk mengambilalih industri bekalan air di Lembah Klang ini.
Sedang para pemimpin parti pembangkang berlumba-lumba cuba menampilkan fakta walaupun saling bercanggah sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat, Mahfuz pula memilih bermain dengan spekulasi dan politik adu domba.
Mungkin beliau mahu dilihat dalam kalangan rakan-rakan sekutunya sebagai politikus super hebat berpancaindera enam yang mempunyai penglihatan luar biasa.
Sebelum ini pun Mahfuz muncul dengan kenyataan spekulatif bahawa Muhyiddin bakal menjadi Perdana Menteri setelah Najib didesak meletakkan jawatan akibat gagal memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 ini.
Harakah
Kenyataan Mahfuz yang dibesar-besarkan oleh Harakah itu cuba menggambarkan Muhyiddin tidak sabar-sabar mahu menjadi Perdana Menteri. Ia hanya kerana Muhyiddin menyatakan bahawa pilihan raya sesuai diadakan pada tahun ini.
Mengikut bacaan Ahli Parlimen Pokok Sena ini, Muhyiddin akan melakukan hal sama seperti yang UMNO lakukan terhadap Abdullah dahulu. Perkataan yang digunakan oleh Harakah ialah 'menghalau Pak Lah'.
Permainan politik adu domba daripada pemimpin seteru memang boleh difahami tetapi ia tidak sepatutnya datang daripada pemimpin yang telah dinobatkan menduduki kerusi nombor tiga parti 'Islam' ini.
Memang sudah lama kita tidak mendengar pemimpin Pas mempelopori atau mengetengahkan isu sendiri yang dekat di hati rakyat. Pas sudah ketandusan idea bernas. Parti ini defisit nilai-nilai intelektual.
Mengapa? Mungkin kerana kegemaran mereka untuk sekadar menjadi pak turut dan pak sokong pendirian dan idea pemimpin sekutu daripada PKR atau DAP sahaja.
Mereka kini dilihat tidak lebih sebagai pemenuh ruang dan meramaikan majlis. Jika mahu majlis gah, panggillah Pas ikut serta.
Mungkin sebab itu, ramai menyatakan Pas tidak mungkin boleh menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Ahli saja ramai tetapi dari segi jumlah kerusi Parlimen, Pas kalah.
Apatah lagi jika dibandingkan dengan kepakaran mencadangkan strategi dan pelan terbaik untuk kebaikan rakyat, sumbangan Pas tidak ketara.
Yang banyak dilakukan oleh mereka ialah mengharu-birukan dasar dan pendekatan kerajaan yang baik. Semacam penyakit berjangkit, apa jua pendekatan kerajaan mahu diracuni agar ditolak oleh rakyat.
Gerakan politik mereka lebih kepada memerangi kerajaan bukan berusaha menambah baik apa yang ditawarkan. Mereka seolah-olah tidak mahu berkongsi dengan kemakmuran yang dikecapi kini.
Aneh, dalam keadaan mengecapi nikmat kemakmuran itu, mereka mengecamnya dari segenap sudut. Seperti tiada sudut yang baik.
Dan dalam keadaan Perdana Menteri dan timbalannya seia dan sekata sebagai satu pasukan mereka membuat tohmahan lain pula.
Dilihat dari segi cara berpolitik politikus sekarang, tiada tanda-tanda politik adu domba dan tohmahan akan menemui noktahnya. Politikus lapuk seperti Mahfuz yang tidak mampu mengandalkan kewibawaan sendiri masih ramai.
Mereka akan terus bergayut kepada isu-isu spekulatif disulami fitnah dan tohmahan. Mendengarnya memang seronok tetapi jika termakan hasutan ini sehingga menjadi darah daging, implikasinya buruk.
Amat malang bagi akhbar Harukah ( Harakah ) kerana terikut menjadi 'bebal' macam Mahfuz The Mr.Bean..!!!
Penang Wasabi..
Saturday, July 28, 2012
DAP: Impian Pas laksana hudud mustahil?
Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.
Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.
"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya.
Sementara itu : DAP tetap tentang hudud, kata Karpal
DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.
“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.
“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.
“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.
“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali," katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas.
Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.
Penang Wasabi..
Monday, July 23, 2012
Masjid : ADUN PAS persoal kerajaan Kelantan!!!
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.
Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina. Beliau turut mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan.
"Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.
"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Ahmad ketika itu sedang menjawab soalan tambahan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) yang meminta kerajaan negeri mencontohi pendekatan hijrah Rasulullah yang memberi keutamaan membina masjid, dalam pembangunan bandar baru Lojing. Abdul Halim berkata, pembinaan masjid itu penting supaya masyarakat tidak kosong daripada menerima ajaran agama.
Timbalan Menteri Besar itu dalam jawapannya berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk mewujudkan pusat pengajian pondok moden di Lojing yang akan memberi nafas baru dari segi perkembangan Islam khususnya di kalangan Orang Asli di kawasan tersebut.
Beliau berkata, batu asas pembinaan pondok itu yang turut mengandungi sebuah masjid telah pun diletakkan dan kerajaan kini menunggu rangka program pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
"Tidak timbul tak beri keutamaan, begitu juga di Bandar Baru Tunjung, wang telah ada tapak sudah ada," katanya.
Terdahulu ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) mengenai pelan struktur pembangunan bandar Jajahan Kecil Lojing, Ahmad berkata, rancangan pembangunan dibuat secara menyeluruh untuk jajahan Gua Musang bagi pembangunan bandar berkenaan terutama berkonsepkan pelancongan agro.
Beliau berkata, beberapa pelan rancangan juga dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang hendak dilakukan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di Lojing.
Mungkin ini jawapan standard dari Nik Aziz :
Jika kita masih ingat pada 5 Januari 2008, di Pasir Puteh, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sejak beliau mentadbir negeri ini selama 18 tahun, Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun! Alasan Nik Aziz amat menjengkelkan! Beliau tanpa rasa bersalah berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru kecuali rakyat sendiri yang menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu.
‘‘Rakyat buat dulu masjid, beli tanah tapak dulu baru kerajaan negeri Pas beri sekadar mampu,’’ itulah sikap “cuci tangan‘ Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, di Kampung Telosani.
Mursyidul Am Pas itu seperti amalan biasa yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Pas, tidak akan malu kepada kegagalan parti mereka mendirikan walau sebuah masjid sepanjang memerintah di Kelantan tetapi akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Alasan Nik Aziz ialah Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu!
Sepatutnya Nik Aziz merasa malu apabila terdapat banyak masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 18 tahun.
Banggakah pemimpin Pas bila kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga. Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.
Rakyat Kelantan, khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional, untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini.
“ Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’.
Tidak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan untuk berceramah di masjid yang uzur dan bocor semasa hari kebesaran Islam. Tidak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu? Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’.
Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat. Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu? Kalau bangunan parti ada duit, memperbaiki dan membina masjid walaupun sudah 18 tahun memerintah masih tidak ada peruntukkan!.
Mungkin rakyat Kelantan terfikir bahawa jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah Allah yang uzur itu. Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.
Maka pada pendapat penulis memang patut pun ADUN PAS sendiri yang mengeluh mengenai kurangnya kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan. Adakah PAS Kelantan akan terus mengambil sikap " lepas tangan " semata-mata berharap kepada kerajaan pusat untuk setiap pembangunan di seluruh negeri Kelantan.
Jadi apakah fungsi sebenar Kerajaan PAS diKelantan ini? Diharap rakyat Kelantan dapat memikirkan samada untuk terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU yang akan datang. Wallahuallam.
Penang Wasabi..
Monday, July 16, 2012
Sikap Azmin Ali dipersoal?
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau April lalu, terus dipersoalkan oleh beberapa bekas pemimpin parti itu.
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau tidak faham mengapa Azmin tidak mahu membuat laporan polis sedangkan dia boleh berbuat demikian dalam masa tidak sampai lima minit bagi membolehkan pihak polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes tersebut.
Katanya, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Azmin perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kepada rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak.
"Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak berhak untuk mengetahui perkara itu dan sekiranya tidak bersalah, mengapa tidak memberi ruang kepada polis untuk menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sikap Azmin yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar adegan panas itu oleh beberapa blog hujung April lalu.
Lum Yong dalam pada itu menambah, beliau sendiri tertanya-tanya mengapa sehingga kini Azmin masih tidak mengambil sebarang tindakan bagi membersihkan namanya.
Jelasnya, selain membuat laporan polis, Azmin juga boleh mengheret penulis blog terlibat ke mahkamah ataupun membuat sumpah laknat.
"Azmin perlu segera membersihkan namanya sebelum meneruskan cita-cita untuk ke Putrajaya dan jika tidak bersalah mengapa harus takut pada sumpah?," soalnya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sikap berdiam diri Azmin itu merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh pembangkang sekiranya sesuatu isu yang ditimbulkan 'terkena' kepada mereka.
Selain itu, katanya, sikap berdiam diri itu juga menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Ahli Parlimen Gombak berkenaan.
"Jelas perkara ini menunjukkan sikap hipokrit yang dimainkan oleh pembangkang dan saya mendesak Azmin supaya segera membuat laporan polis.
"Namun, seandainya beliau malu, rakan-rakan dalam pembangkang terutamanya pemimpin PKR seperti Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi Ramli boleh membuat laporan bagi pihaknya kerana ini adalah masa terbaik untuk membela Azmin," katanya.
Penang Wasabi..
Sunday, July 15, 2012
Di sebalik kempen DAP terhadap Pelabuhan Pulau Pinang?
Pelabuhan Pulau Pinang menjadi isu kontroversi apabila syarikat daripada Kumpulan Syed Mokhtar Al Bukhary, berjaya mendapat projek penswastaan pelabuhan itu. Ketika ini Pelabuhan Pulau Pinang dimiliki oleh kerajaan pusat menerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB). Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadikan isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai modal politik apabila melancarkan kempen Selamatkan Pelabuhan Pulau Pinang baru-baru ini.
Kempen DAP memberi gambaran seolah-olah Pelabuhan Pulau Pinang akan jatuh muflis apabila diswastakan. Tetapi adakah keadaan sekarang ini selamat apabila PPSB terpaksa menanggung hutang RM1.3 bilion? Apakah kerajaan Pulau Pinang lakukan untuk menyelamatkan Pelabuhan Pulau Pinang sebelum kerajaan pusat mengambil tindakan mengswastakan sebagai cara menyelamatkannya?
Syarikat Seaport Terminal Sdn. Bhd yang berjaya membida penswastaan pelabuhan itu menjadi mangsa serangan politik DAP apabila mempersoalkan kenapa penswastaan itu tidak diberi kepada “orang Pulau Pinang"? Tetapi kerajaan negeri sendiri tidak pula mempersoalkan kenapa jawatan Ketua Menteri diberikan kepada bukan orang Pulau Pinang.
Walaupun kerajaan negeri menentang penswastaan tetapi mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk mengambil alih PPSB. Jadi, apakah bezanya antara syarikat yang dimiliki Syed Mokhtar Al Bukhary dengan kerajaan negeri dalam konteks penswastaan?
Apabila kerajaan negeri mahukan “orang Pulau Pinang" diberi tanggungjawab dalam penswastaan pelabuhan itu, kita perlu bertanya adakah syarikat orang Melayu di Pulau Pinang mampu mendapat projek penswastaan ini? Kalau perkiraan ini digunapakai, sudah pastilah syarikat bukan Melayu yang berjaya membida. Tetapi kerajaan pusat memberikan penswastaan ini kepada Syed Mokhtar bukanlah kerana beliau Melayu tetapi pengalaman dan kemampuan selepas menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.
DAP menjaja dalam kempennya bahawa pekerja Pelabuhan Pulau Pinang menentang penswastaan itu, alasannya masa depan mereka terjejas selepas PPSB beralih tangan kepada syarikat swasta. Tetapi Kesatuan Pekerja-Pekerja Penang Port mengalu-alukan penswastaan ini dan menyifatkan sebagai “gelombang kedua penswastaan" yang tidak harus dilepaskan.
Presiden kesatuan itu, Annuar Omar ketika dihubungi di Pulau Pinang Jumaat lalu berkata, penswastaan pelabuhan itu diyakini memberi sinar baru kepada pekerja dan mampu menjana ekonomi kepada negeri Pulau Pinang dan juga negara ini. Beliau tidak nampak penswastaan ini akan menjejaskan masa depan pekerja malah akan lebih baik.
Modal politik
“Saya bukan orang politik dan saya tidak mahu cakap dari sudut politik. Tetapi dari sudut kesatuan, kami memang menyokong penuh usaha kerajaan pusat dan yakin dengan kemampuan syarikat yang diberi tanggungjawab itu," demikian tegas Annuar yang tidak menafikan isu penswastaan ini dijadikan modal politik kerajaan negeri.
Apabila kesatuan pekerja menyatakan sokongan penuh kepada penswastaan ini, pekerja mana pula pula yang didakwa DAP Pulau Pinang sebagai menentang penswastaan ini? Bukankah kesatuan itu suara rasmi pekerja-pekerja Pelabuhan Pulau Pinang? Malah tidak ada sebab kerajaan negeri untuk turut “bersimpati" dan berusaha “menyelamatkan" pelabuhan itu kerana ia milik kerajaan pusat. Kenapa kali ini DAP terlalu baik hati dan bersimpati dengan milik kerajaan pusat? Barangkali penswastaan ini dijadikan isu kerana ia tidak diberikan kepada kerajaan negeri.
“Saya melihat masa depan 1,435 kakitangan sokongan di mana 90 peratus adalah Melayu akan lebih terbela apabila diterajui oleh Syed Mokhtar. Penswastaan ini mesti diteruskan dan abaikan usaha pihak tertentu untuk dijadikan modal politik," kata Annuar lagi.
Pada masa yang sama kerajaan negeri sangat berminat untuk memiliki Pelabuhan Pulau Pinang. Persoalannya apakah kerajaan negeri tidak bimbang dengan kedudukan ekonomi China dan krisis di zon euro untuk “menyelamatkan" Pelabuhan Pulau Pinang seperti yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen, Tony Pua dalam sidang di Parlimen baru-baru ini.
Baru-baru ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng menuntut Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta maaf kepada rakyat apabila BN berjanji akan memberi status Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas sekiranya BN berjaya menawan negeri itu dalam pilihan raya umum yang akan datang. Tetapi DAP juga membuat janji yang sama untuk menjadikan pelabuhan itu sebagai pelabuhan bebas sekiranya pakatan mereka berjaya menawan Putrajaya.
Ini menunjukkan Pelabuhan Pulau Pinang yang selama ini tidak diberi perhatian tiba-tiba menjadi modal politik pihak tertentu. Pembangkang tidak mengemukakan perancangan yang akan dilakukan untuk menyelamatkan pelabuhan itu sekiranya diberi peluang oleh kerajaan pusat. Pada masa yang sama BN Pulau Pinang juga meminta kerajaan melihat semula penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang walaupun tidak menentang penswastaan itu.
Sepatutnya mereka dapat melihat yang tersirat di sebalik penentangan kerajaan negeri terhadap penswastaan itu dan meminta diberikan kepada “orang Pulau Pinang". Ini kerana yang berjaya membida adalah tokoh korporat Melayu maka ditimbulkan isu bukan orang Pulau Pinang. Apakah kerajaan negeri akan berkempen Selamatkan Pelabuhan Pulau Pinang sekiranya bukan Syed Mokhtar yang berjaya mendapat projek penswastaan itu?
Saturday, July 14, 2012
Himpunan Oren satu lagi drama pembangkang burukkan Felda?
Selepas lebih separuh abad gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat, Pas kini galak menggunakan strategi mengikut warna untuk program yang mereka laksanakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini termasuk perhimpunan hari ini di ibu negara yang dinamakan Himpunan Oren. Kenapa warna Oren dipilih, penulis mengagak ia tidak mungkin ada kaitan unsur feng shui.
Barangkali ia menzahirkan objektif penganjur program berkenaan yang kononnya bertujuan menyelamatkan Felda yang mana oren adalah warna sinonim dengan konglomerat itu.
Niat utama mereka adalah menjadikan perhimpunan itu sebagai tanda bantahan berterusan pembangkang terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Anehnya, FGV yang merupakan tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia selepas Facebook untuk tahun ini telah disenaraikan dengan penuh cemerlang pada 28 Jun lalu sehingga kejayannya mendapatan perhatian meluas pelabur di seluruh dunia.
Ini menggambarkan keyakinan ramai terhadap masa depan Felda yang bakal memperoleh banyak manfaat perniagaan apabila ia disenaraikan dalam usaha berterusan kerajaan mengangkat Felda sebagai sebuah konglomerat global.
Namun Pas menerusi pertubuhan tidak berdaftar yang didalangi mereka, Anak memilih jalan sebaliknya. Hasutan demi hasutan dibuat di tanah rancangan di seluruh negara termasuk di Pahang yang mana tiga daripada 12 wilayah Felda terletak di negeri ini.
Malah pada peringkat awal ada pihak tertentu yang sengaja menyebarkan desas-desus kononnya tanah peneroka bakal tergadai akibat penyenaraian ini. Hakikatnya seperti dijanjikan, tidak ada seinci pun tanah 112,635 peneroka yang tergadai.
Tidak cukup dengan itu, diheret mereka beberapa peneroka yang merupakan orang kuat pembangkang supaya memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian ini menerusi cara menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada terlibat sama.
Tindakan itu banyak menyusahkan kerajaan dan warga peneroka keseluruhannya sehingga terpaksa menubuhkan Tabung Amanah bagi menggantikan peranan KPF agar penyenaraian ini dapat diteruskan.
Dan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka, timbul pula kononnya wang itu adalah haram.
Namun apabila pembayaran fasa pertama dilakukan Mei lalu, tidak ada sesiapa pun menolaknya termasuk mereka yang siang malam menghentam usaha kerajaan menyenaraikan Felda.
Sebaliknya ada pula yang datang menuntut wang itu dengan penuh ego mendakwa ia adalah hak peneroka walaupun hakikatnya ia diberikan kerana penyenaraian FGV - perkara yang ditentang mereka.
Tetapi itulah pembangkang, apa sahaja usaha yang dibawa kerajaan akan dikelirukan mereka. 'Modus operandi' begitu bukan baru tetapi sudah sebati dengan mereka. Akhirnya menjadi seperti burung kakak tua, bercakap tanpa memahami apa yang dituturkan.
Sebab itu Perdana Menteri selalu mengingatkan perihal pembangkang seperti mana kisah Putrajaya yang dahulu mahu digadai mereka tetapi sekarang mahu ditawan. Apa yang tidak dibantah, tetapi akhirnya mereka juga salah seorang yang mengambil manfaatnya.
Justeru, Himpunan Oren anjuran Pas hanyalah satu lagi drama politik dengan harapan menggunung mereka untuk merungkai senario supaya ada rancangan Felda di bawah Barisan Nasional (BN) akan tewas pada PRU-13 kelak.
Dan perhimpunan seperti itulah sahaja yang tahu dilakukan pembangkang, berpolitik siang dan malam sedangkan pimpinan BN bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Lihat sahaja logo Felda di awal permulaan agensi itu yang tertera 'No Need To Be Poor'. Matlamat awal itu sudah lama dicapai. Malah di alaf baru, kehidupan peneroka jauh berubah sehinggakan berada di kalangan kelas pertengahan dan tergolong sebagai kelompok yang layak mengeluarkan zakat.
Namun apa yang dikesali, pada saat mereka menuai hasil lumayan daripada kesusahan di awal penyertaan Felda dahulu, ada segelintir yang rela dipergunakan pihak yang tidak pernah membantu mereka apa pun kecuali menjanjikan bulan, bintang dan mungkin syurga.
Penang Wasabi..
Wednesday, July 11, 2012
Petisyen ketepikan keputusan bebaskan Anwar?
Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan kelmarin bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus bagi mensabitkan Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Petisyen tersebut yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin menyenaraikan sembilan alasan yang mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta semasa membuat keputusan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di akhir kes pembelaan.
Antara alasan tersebut ialah hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah terkhilaf apabila menyatakan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari memandangkan beliau telah membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa profil DNA `Lelaki Y' adalah berpadanan dengan DNA Anwar.
Hakim tersebut juga di akhir kes pendakwaan menyatakan tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperoleh dari lokap yang dihuni dan digunakan Anwar untuk mengusik (tamper) sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari.
“Selain itu), Yang Arif Hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat mendapat sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh responden (Anwar) yang diambil dari lokap tersebut," menurut petisyen berkenaan.
Begitu juga, Hakim Mohamad Zabidin didakwa telah terkhilaf apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari sedangkan hakim tersebut telah pun memanggil Anwar membela diri di akhir kes pendakwaan.
Justeru, hakim tersebut didakwa telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan.
Petisyen tersebut difailkan setelah Mahkamah Tinggi mengeluarkan alasan penghakiman penuh pada 2 Julai lalu iaitu enam bulan selepas keputusannya membebaskan Anwar, 64, daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Penang Wasabi..
Sunday, July 8, 2012
Ceramah Anwar dingin dan suram petanda apa?
LENGANG.... Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran PKR Pulau Pinang berlangsung dalam suasana hambar kerana tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu di Bayan Baru, semalam.
Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konvensyen Pilihan Raya Umum anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tidak mampu menarik kehadiran ramai ahli parti itu apabila ia berlangsung dalam suasana hambar.
Majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen Sunshine di Bayan Baru, yang dikatakan kubu kuat parti itu hanya dihadiri kira-kira 200 orang sahaja walaupun beberapa pemimpin utama PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Ketua Wanita, Zuraidah Kamarudin dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli turut hadir.
Banyak kerusi di dewan yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang itu kelihatan kosong manakala penyokong yang hadir pula sebahagian besarnya terdiri daripada orang Melayu.
Pada masa sama, Anwar juga kelihatan kurang bersemangat ketika berceramah apabila tidak mendapat tepukan gemuruh malah laungan 'Reformasi' yang sinonim dengan parti itu juga kedengaran sangat perlahan.
Ketika menyampaikan amanat selama kira-kira 45 minit, tidak ada banyak perkara baru yang disebut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kecuali mengulangi kritikannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Anwar mengakui masalah perumahan mampu milik di Pulau Pinang masih belum dapat diselesaikan kerajaan negeri DAP.
"Kita akui perkara ini kerana tidak ada banyak pilihan memandangkan keadaan fizikal negeri ini, namun saya berharap Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya.
"Namun, secara perbandingannya, nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik berbanding orang Melayu di Kedah dan Terengganu. Jangan bandingkan orang Melayu di sini dengan orang Cina," katanya.-UMO
Penang Wasabi..
Saturday, July 7, 2012
Phaik Kheng enggan ulas isu Guan Eng?
Ng Phaik Kheng enggan mengulas isu yang mengaitkan beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti mana dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Isnin lalu.
Phaik Kheng yang kini merupakan penyelia hal-ehwal di sebuah sekolah berkata, beliau agak sibuk kerana perlu mengendalikan persiapan sambutan ulang tahun sekolah berkenaan yang bermula hari ini hingga Ahad.
"Saya kini mahu fokus dalam urusan ulang tahun sekolah dan saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai isu terbabit," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ketika membangkitkan isu tersebut di DUN Melaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo telah bertanya kepada ADUN Kota Laksamana yang juga isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng, sama ada mengenali Phaik Kheng atau tidak.
Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.
Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Tian Loo berkata, penduduk di Kota Laksamana berminat mengetahui status Phaik Kheng.
"Dalam Internet dan blog ada tulis ADUN Kota Laksamana ada pukul, sepak dan macam-macam terhadap dia. Ini kena jawab. Dulu Phaik Kheng kerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tapi sekarang sudah ditukarkan ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu akhbar berbahasa Cina, Guang Ming Daily dalam laporan muka depannya pada Rabu lalu menyiarkan gambar Betty dan Guan Eng yang di dahi beliau tertampal plaster.
Guan Eng mendakwa luka kecil di dahi tersebut berpunca daripada tindakan beliau menggaru dan menafikan Betty pernah mengasari beliau.
Betty pula sehingga hari ini belum mengulas mengenai pertanyaan Tian Loo sebaliknya hanya mencabar ADUN Duyong agar mengulanginya di luar Dewan.
Penang Wasabi..
Friday, July 6, 2012
Guan Eng nafi skandal dengan Phaik Kheng?
Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan ada mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya. Setiausaha Agung itu juga menolak dakwaan bahawa isterinya, Betty Chew Gek Cheng pernah menyerang dirinya atau sesiapa pun.
“Saya tidak mempunyai mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya.
“Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Seperti biasa, Guan Eng menyalahkan Barisan Nasional (BN) khususnya MCA berhubung isu berkenaan yang didakwanya cuba mengamalkan politik kotor. Malah, beliau mencabar pihak terbabit supaya mengulangi kenyataan tersebut di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkannya mengambil tindakan mahkamah.
Kelmarin, Betty yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Guan Eng semasa sidang DUN Melaka.
Ketika ditanya oleh wartawan selepas persidangan, Betty meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.
Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu.
Penang Wasabi..
Thursday, July 5, 2012
DAP dibidas beri maklumat bercanggah status pelabuhan!
Kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas kerana memberi maklumat bercanggah daripada jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen baru-baru ini berhubung status pelabuhan bebas di negeri itu.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Cheng Liang berkata, ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow telah memberi kenyataan yang mengelirukan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina semalam, mengenai jawapan Perdana Menteri tersebut.
Menurutnya, Perdana Menteri menjawab soalan yang dikemukakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pada 19 Jun lalu, bahawa kerajaan Pusat bersedia memberi pertimbangan serta bersikap positif dan terbuka.
"Bagaimanapun, DAP tidak memaklumkan dalam sidang akhbar pada 27 Jun yang dihadiri dua Ahli Parlimennya , Liew Chin Tong dan Chong Eng yang kemudiannya diteruskan dengan kenyataan mengelirukan Kon Yeow.
"Ini kerana maklumat itu memihak kepada pembangkang sedangkan rakyat di kawasan Parlimen yang diwakili mereka berhak tahu perkara yang sebenarnya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat BN negeri di sini hari ini.
Sehubungan itu, Cheng Liang mahu DAP memohon maaf kerana tidak bersikap telus seperti yang sering mereka laungkan selama ini.
Katanya, kenyataan yang diberikan Kon Yeow iaitu status pelabuhan bebas tidak lagi wujud selepas pulau itu dimasukkan dalam Kawasan Utama Kastam bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa ia boleh dilaksanakan dengan adanya sokongan rakyat negeri ini.
Menurut Cheng Liang, pada masa sama Kon Yeow berterusan mencari salah kerajaan negeri terdahulu dan menuduh BN tidak melakukan apa-apa untuk kebaikan rakyat di negeri itu.
"Kalau ini tahun pertama atau kedua mereka (DAP) memerintah, kita mungkin boleh terima dan anggap ia sebagai tahun bulan madu tetapi setelah masuk empat tahun, apa manfaat yang dibawa kepada penduduk Pulau Pinang?
"Adakah cukup dengan memberi RM100 setahun kepada warga emas yang tidak semuanya dapat," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, empat Ahli Parlimen DAP juga membuang masa dan membazir wang rakyat kerana menyuarakan soalan sama di Parlimen.
"Adakah tidak ada masalah lain di Pulau Pinang sehingga soalan sama dikemukakan dan mereka tidak berbincang terlebih dahulu, ini hanya menunjukkan kelemahan sendiri," katanya.
Penang Wasabi..
Wednesday, July 4, 2012
Bapa Saiful desak petisyen rayuan disegerakan!
Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim meminta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail segera memfailkan petisyen rayuan selepas penghakiman penuh mengesahkan berlaku penetrasi dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anaknya.
Beliau yang menyambut baik penghakiman penuh tersebut walaupun terpaksa menunggu sehingga enam bulan berkata, petisyen rayuan perlu difail dengan segera bagi memboleh kes anaknya selaku mangsa liwat didengar di Mahkamah Rayuan, demi mencari keadilan untuk Mohd. Saiful.
“Saya percaya hak anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan untuk melalui proses rayuan. Saya juga percaya hak Mohd. Saiful untuk membuat aduan serta diadili sehingga ke peringkat tertinggi tidak akan diabaikan dan dinafikan oleh Peguam Negara.
“Saya yakin dengan kepakaran Peguam Negara dan berharap, beliau tidak mudah terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak yang tidak mahu petisyen rayuan difailkan," katanya dalam satu kenyataan melalui blog http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com, hari ini.
Sebelum itu : Berlaku penetrasi ke atas Saiful - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini dalam alasan penghakiman penuh kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, menyatakan bahawa ada keterangan berlakunya penetrasi dubur bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Ia berikutan keterangan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memberi pandangan berlakunya penetrasi tersebut berdasarkan rumusan pakar kimia, Dr. Seah Lay Hong yang menjumpai sampel-sampel diambil daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari mengandungi sperma 'Lelaki Y'.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (gambar) bagaimanapun berkata, disebabkan tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.
''Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak berhubung isu ini, saya dapati tidak sepatutnya ada sebarang bantahan terhadap pendapat yang diberikan oleh ketiga-tiga doktor terbabit untuk memberi pandangan berhubung penetrasi berdasarkan keterangan Saksi Pendakwa Kelima (Lay Hong) yang menjumpai sampel yang diambil dari rektum pengadu mengandungi sperma 'Lelaki Y'.
''Bagaimanapun, sama ada keterangan daripada ketiga-tiga doktor ini boleh menyokong SP1 berhubung fakta penetrasi bergantung sepenuhnya terhadap integriti sampel-sampel yang diambil,'' katanya.
Menurut Hakim Mohamad Zabidin lagi, adalah jelas keterangan saksi pendakwaan berhubung keputusan analisis kimia oleh Lay Hong terhadap sampel-sampel yang diambil daripada pengadu tidak selari dengan keterangan pakar barisan pembelaan.
''Pakar mana yang betul? Ini membawa kembali kepada isu integriti sampel-sampel. Adalah penting untuk melihat bagaimana sampel-sampel ini dikendalikan selepas diambil daripada pengadu dan sebelum diserahkan kepada Lay Hong untuk analisis,'' katanya.
Mengikut keterangan, ketiga-tiga doktor HKL terbabit, Dr. Khairul Nizam Hassan, Dr. Siew Sheue Feng dan Dr. Mohd. Razali Ibrahim mengumpul sampel-sampel daripada Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008, iaitu dua hari selepas kejadian dan kemudian merumuskan berlakunya penetrasi berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonuleik (DNA) oleh Lay Hong.
Bagaimanapun, saksi pakar DNA di peringkat pembelaan, Dr. David Wells menyatakan, adalah salah untuk ketiga-tiga doktor HKL itu memberi pendapat mengenai penetrasi berdasarkan penemuan yang dibuat oleh Lay Hong.
Justeru, menurut Hakim Mohamad Zabidin, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada keputusan DNA yang diperoleh oleh Lay Hong ke atas analisis yang dibuat terhadap sampel-sampel tersebut.
''Disebabkan itu, tiada sebarang bukti untuk menyokong keterangan SP1 (Mohd. Saiful Bukhari) berhubung faktor penetrasi,'' kata beliau.
Keadaan ini, menurutnya, menyebabkan mahkamah hanya boleh membuat keputusan berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari untuk membuktikan penetrasi.
''Ini merupakan kesalahan seksual, adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa mahkamah selalunya keberatan untuk mensabitkan seorang tertuduh semata-mata berdasarkan kepada keterangan pengadu tanpa keterangan sokongan.
''Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan,'' kata Hakim Mohamad Zabidin dalam penghakiman penuhnya setebal 80 muka surat bertarikh 9 Januari 2012.
Pada tarikh tersebut, mahkamah melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Hakim Mohamad Zabidin memutuskan demikian di akhir kes pembelaan selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.
Semasa keputusan di akhir kes pendakwaan pada 16 Mei tahun lalu, mahkamah tersebut memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.
Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah di kandang tertuduh dengan hanya membacakan kenyataan yang antara kandungannya adalah hanya menafikan melakukan perbuatan liwat selain menuding jari kepada hakim yang didakwa menyebabkannya tidak mendapat perbicaraan secara adil.
Mengenai integriti sampel-sampel tersebut, Hakim Mohamad Zabidin dalam penghakimannya berkata, adalah tidak disangkal bahawa pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira ketika di pejabatnya telah membuka beg plastik (P27) yang mengandungi bekas-bekas kecil berisi sampel bahan bukti.
Menurut keterangan Judy lagi, ujar beliau, tindakan itu dibuat bagi tujuan melabel semula kesemua bekas tersebut satu demi satu.
''Pada pandangan saya, perbuatan ini tidak perlu kerana bekas-bekas tersebut telah dibungkus dan dilabel oleh pakar-pakar yang mengumpulnya. Tujuan utama pembungkusan, pelabelan dan memetarai bahan bukti dilakukan oleh pakar yang mengumpul spesimen adalah untuk menjaga integriti sampel dan rantaian kawalan (chain of custody),'' katanya.
Dengan membuka beg plastik tersebut, menurut Hakim Mohamad Zabidin, keyakinan terhadap integriti sampel tersebut telah hilang.
Terdahulu dalam penghakiman tersebut, beliau menyatakan, adalah mustahil untuk pegawai penyiasat tersebut menggunakan sampel DNA yang diperoleh dari lokap (yang menempatkan Anwar) digunakan untuk 'dicampurkan' dengan sampel-sampel yang diambil daripada SP1.
Ini kerana, pada waktu sampel dari lokap diambil dan diserahkan kepada pegawai pendakwa pada 17 Julai 2008, sampel-sampel yang diambil dari dubur Mohd. Saiful telah berada pada Lay Hong di Jabatan Kimia.
Penang Wasabi..
Tuesday, July 3, 2012
Betty enggan ulas Phaik Kheng?
Isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng mengelak daripada mengulas isu seorang wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Lim Guan Eng.
Ketika ditanya oleh wartawan selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana meminta mereka bertanya kepada ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.
''Itu saya tak tahu kes, kalau nak tahu eloklah suruh YB (Yang Berhormat) yang gulung usul itu, bercakap dalam akhbar dan televisyen," ujarnya.
Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan pada 28 April lalu.
Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.
Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Tian Loo berkata, penduduk di Kota Laksamana berminat mengetahui status Phaik Kheng.
''Dalam Internet dan blog ada tulis ADUN Kota Laksamana ada pukul, sepak dan macam-macam terhadap dia.
''Ini kena jawab. Dulu Phaik Kheng kerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tapi sekarang sudah ditukarkan ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang," katanya.
Soalan itu menimbulkan kemarahan Poay Tiong dan sekali lagi mencabar Tian Loo untuk mengulangi soalan tersebut di luar dewan.
Bagaimanapun, Tian Loo terus menyoal Betty dan bertanya sama ada ADUN Kota Laksamana itu mengenali Phaik Kheng.
Betty kemudiannya bangun menegaskan: ''Saya tak nak cakap di dewan yang mulia ini, kalau dia nak, suruh dia ulang di luar, cakap di akhbar saya pun boleh jawab tak payah cakap dalam dewan ini."
Sementara itu : Phaik Kheng minta Betty jawab
Bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ng Phaik Kheng melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.
Malah, wanita itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.
Menurutnya, adalah lebih sesuai isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sendiri menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo dalam persidangan tersebut.
"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan urusan saya.
"Sekiranya soalan tersebut ditujukan kepada Betty, suruh beliau yang jawab. Kenapa tanya saya pula?," katanya di sini hari ini.
Semalam, Betty yang juga ADUN Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Guan Eng semasa sidang DUN Melaka.-UMO
Penang Wasabi..
Monday, July 2, 2012
AKIBAT KUAT MENFITNAH, ISTERI RAFIZI RAMLI BAKAL MEMFASAKHKANNYA!!!
Mengamuk sakan Rafizi Ramli apabila masalah rumahtangganya mula diperkatakan di ruang siber dan realiti. Berbakul- bakul sumpah seranahnya kepada UMNO kerana kononnya UMNO main kotor dengan melibatkan isterinya yang langsung tiada kena-mengena dengan politik.
Berdasarkan sumber, rumahtangga yang baru sahaja dilayari oleh Rafizi Ramli sekarang berada dalam keadaan yang sangat genting. Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar pergolakan rumahtangga Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli telah mendirikan rumahtangga pada 8 Oktober 2011 dalam satu majlis akad nikah di Masjid KLCC.
Rafizi sebelum ini merupakan calon utama PKR di Kemaman namun berdasarkan kekuatan PKR di Kemaman yang tidaklah sehebat mana, ditambah pula dengan pergelutan dalaman Cabang Kemaman, Rafizi telah meminta agar dia tidak dicalonkan di Kemaman. Seandainya dia tetap juga dicalonkan di Kemaman, itu bermakna hayat politiknya telah berakhir dan dia cuba disemadikan oleh partinya sendiri.
Disebabkan itulah, antara calon favourite PKR di Ampang bagi menggantikan Zuraidah Kamaruddin yang dilihat oleh orang PKR Ampang sendiri sebagai BEBAN DARI SINGAPURA. Ketua Wanita Keadilan itu bagaimanapun, mempunyai perancangannya sendiri apabila kedengaran ura-ura untuk meletakkan anak perempuannya yang juga merupakan Skrikandi Ampang di tempat itu.
Hubungan antara Rafizi Ramli dan isterinya, Afisza, dikatakan sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Belum pun sampai sambutan ulangtahun pertama perkahwinan mereka, nampaknya Rafizi Ramli seperti hanya ingin melengkapkan atau melindungi identiti serta latar belakang seksualnya yang sebenar.
Atau boleh jadi juga ia hanyalah salah satu daripada balasan kepada Rafizi Ramli yang sebelum ini, telah berusaha bermati-matian untuk menggalakkan anak-anak Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia berada dalam tekanan dan akhirnya membunuh diri.
Tahu pula dia marah apabila isteri dan kisah rumahtangganya dilibatkan. Kalau dia libatkan anak isteri orang, tak mengapa sebab itu untuk membuat pendedahan kononnya, tetapi kalau dia yang terlibat kerana kecenderungan moralitinya diragui, tak boleh pulak?
Kepada para penyembah MORALITI dan ETIKA, pendedahan tentang kehancuran yang sedang melanda rumahtangga Rafizi Ramli, pastinya akan membuatkan mereka terpaksa berfikir panjang mencari alasan serta jawapan untuk melakukan pembelaan, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung......... SEBAGAIMANA YANG MEREKA TELAH, SEDANG DAN AKAN LAKUKAN UNTUK ANWAR IBRAHIM!!!
Sumber : The Flying Kick
Penang Wasabi
Sunday, July 1, 2012
Apabila PAP dan DAP Dibedal Awang Selamat!
Ada pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0.
Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura.
Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.
Walaupun kedua-dua parti ‘berpisah’, hubungan dan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung tetap kukuh sehingga hari ini. Malah ia makin mekar pada pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian DAP melonjak termasuk berjaya menawan Pulau Pinang.
Awang masih ingat bagaimana pelbagai pihak di Singapura memberikan reaksi yang sangat positif atas kejayaan DAP ketika itu. Ini diikuti lawatan Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang juga pengasas Singapura ke Malaysia pada 2009, yang fokusnya tidak lain ialah untuk mengunjungi Pulau Pinang di bawah teraju DAP.
‘‘Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Sejak pilihan raya umum lalu (2008) negeri itu telah diperintah oleh pakatan pembangkang, dengan DAP berasaskan kaum Cina menerajui (pemerintahan).’’
Ungkapan itu dipetik daripada perenggan kedualaporan utama akhbar Straits Times Singapura berhubung lawatan Kuan Yew ke negeri tersebut. Petikan itu sudah cukup menjelaskan betapa lawatan beliau begitu signifikan dan mempunyai maksud tersirat.
Awang pernah menulis tentang lawatan tersebut tidak lama dahulu, yang menyaksikan Kuan Yew menyatakan komitmen untuk membantu Pulau Pinang terutama dalam pelaburan. Tidak silap Awang, semasa di Pulau Pinang, Kuan Yew turut mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri, menandakan sokongan moral yang istimewa.
Ada juga komen kurang enak daripada beliau dan delegasinya. Antaranya pembangunan prasarana Pulau Pinang di pulau itu kononnya tidak sebaik Ipoh dan Seremban. Seorang menteri Singapura yang mengiringi Kuan Yew mendakwa negeri tersebut ketika dipimpin Gerakan kurang mendapat perhatian Kerajaan Pusat. Amboi...
Selepas lawatan tokoh PAP itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Singapura makin intim dengan lawatan-lawatan dan pertemuan tertentu yang diatur di antara kedua-dua pihak. Awang tidak mahu membuat banyak tafsiran tetapi melihat perhatian luar biasa kerajaan Singapura kepada Pulau Pinang, ia mengundang persoalan besar.
Berbalik kepada sejarah, DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Kuan Yew ketika itu, yang disingkir keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew kini terus dihidupkan oleh DAP.
Hari ini, sebahagian pemimpin DAP masih menjadikan Kuan Yew sebagai mentor. Sentimental dengan pemimpin PAP itu tidak pernah pudar apatah lagi padam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah antara orang kepercayaan Kuan Yew ketika dalam PAP. Beliau juga adalah bekas Setiausaha Akhbar Kuan Yew sewaktu zaman mudanya.
Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong kini merupakan Perdana Menteri republik itu. Anak Kit Siang pula, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang selain Setiausaha Agung DAP.
Suara mahukan Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia makin kerap kedengaran. Sampaikan Pengerusi DAP, Karpal Singh tersasul merujuk Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis baru-baru ini.
Selepas kejayaan DAP pada 2008, Awang percaya PAP mahu melihat impak lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan tahun ini.
Keghairahan Singapura untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia atas faktor DAP, bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Ia terserlah dalam aktiviti terbuka seperti pembabitan dalam perhimpunan haram mahupun aktiviti tertutup, yang banyak tidak didedahkan lagi. Semua ini boleh dibaca sebagai isyarat untuk melihat kerajaan Malaysia sekarang tumbang lalu digantikan kerajaan baru dengan DAP akan dominan.
DAP juga sudah tentu secara senyap mengharapkan apa sahaja bentuk sokongan strategik daripada PAP, walaupun mendakwa tiada hubungan langsung di antara kedua-dua parti.
Pulau Pinang sudah ditawan maka ada misi lain, yang lebih besar mahu disempurnakan pada PRU13. PAP sudah menunggu lebih 48 tahun untuk mencapai impian di tanah air ini, yang DAP sangat komited untuk menjayakannya. Bukankah begitu? -AWANG SELAMAT
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Posts (Atom)