~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, July 23, 2013

Vincent Tan ugut tinggalkan Cardiff?


Suka atau tidak, Vincent Tan tidak akan berganjak dengan keputusannya menukar warna tradisi tuan rumah Cardiff City daripada merah kepada biru dengan membayangkan dia sedia berundur jika terus didesak.

Pemilik dari Malaysia itu dilaporkan memberi amaran kepada peminat Cardiff berang mengenai tindakannya itu masih berang dengan penjenamaan semula supaya berundur.

Vincent yang menjadi tulang belakang kepada kebangkitan pasukan Bluebirds itu mencetuskan kontroversi pada musim panas lalu.

Namun ramai peyokong enggan menutup mata terhadap isu ini, sungguhpun wang pemilik itu membawa kelab berpangkalan di Wales itu untuk layak ke EPL buat kali pertama dalam tempoh 51 tahun.


Bercakap kepada akhbar UK, The Sun ketika dianugerahkan ijazah kehormat daripada University of South Wales, jutawan menuduh mereka tidak bersyukur.

Tan berkata, "Saya terkejut terdapat peminat menentang mengenai warna tersebut. Saya sebenarnya agak kecewa dengan itu.

"Saya bersedia untuk melabur dan meletakkan banyak wang ke dalam kelab yang beberapa kali hampir muflis berikutan berdepan masalah kewangan dan kes besar mahkamah dengan bekas pemilik.

"Kami menghabiskan GBP15 juta(RM72.9 juta) musim lalu untuk membeli pemain dan kami mara. Itulah bagaimana kita bangkit.

"Saya kecewa kerana selepas 51 tahun tidak berada di peringkat tinggi masih terdapat beberapa peminat yang tidak berfikir kami telah melakukan pekerjaan yang baik.


"Saya boleh katakan mungkin mereka tidak bersyukur, perkara itu mengecewakan.

"Tetapi seperti apa-apa dalam kehidupan demokrasi anda tidak akan mendapat sokongan 100 peratus.

"Kamiperlu berfikir bahawa mereka yang menentang kami adalah kira-kira lima peratus. Kami akan cuba melaluinya tetapi ia adalah mengecewakan.

"Jika terlalu banyak daripada mereka menunjukkan bahawa kami tidak dialu-alukan, mungkin anda akan mempunyai pemilik baru".

Tan juga mendedahkan beliau hampir dapat menghapuskan hampir semua hutang Bluebirds yang banyak selepas perbincangan yang memberansangkan dengan bekas pemilik kontroversi Sam Hamman.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment