~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, May 27, 2012

Hasan Ali: Awas...4 negeri jadi sasaran murtad!



Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.-SN

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment