~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Friday, May 25, 2012
Air Terputus, Jenice salahkan SYABAS Gagal Sedia Lori Air!
CHERAS, 25 MEI: Untuk mencari isu, Adun Teratai, Jenice Lee menuduh kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyediakan lori bekalan air sebagai alternatif sepanjang bekalan terputus nyata mengecewakan penduduk di DUN Teratai.
Lebih dikesalkan, sistem talian aduan SYABAS yang disediakan juga memaksa pengadu menunggu sehingga 15 minit namun tidak ada sebarang respon yang diterima. Lebih 10 taman perumahan, lapan daripadanya terletak di DUN Teratai menghadapi masalah bekalan air sejak Ahad lepas sehingga hari ini.
Masalah bekalan air berpunca daripada kebocoran yang berlaku pada asalnya di loji rawatan air di Pudu Hulu dan dikuti oleh Kampung Cheras Baru dua hari kemudian. Jenice Lee melahirkan rasa tidak puas hati berhubung sistem pengurusan SYABAS sehinggakan beliau terpaksa bertindak lanjut.
“Kebocoran dan kerosakkan itu kita boleh terima. Masalahnya adalah pengurusan air sepanjang ketiadaan air ini. Ada kawasan tiga hari, ada kawasan lima hari. Bergantung kepada ketinggian.
“Taman Muda sudah mendapat bekalan air semula selepas lima hari. Tapi kawasan tinggi seperti Bukit Teratai masih belum mendapat bekalan air,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Masalah bekalan air turut melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Bukit Teratai dan Sekolah Menengah Bukit Seraya selain kawasan masjid dan pusat perniagaan. Jelas Jenice, sepatutnya lori bekalan air datang dua atau tiga kali sehari bagi memudahkan penduduk mendapat bantuan air sepanjang krisis berlaku.
“Saya diberitahu 10 taman terlibat. SYABAS ada 15 lori bekalan air. Tetapi kalau ada 15 lori satu taman satu lori okey. Berulang dua tiga kali pun tidak ada masalah. Tapi kita tidak merasainya.
“Kawasan taman perumahan di Teratai hanya berjiran sahaja. Mustahil kita tidak nampak mereka(lori bekalan air) datang.
“Jika begini cara pengurusan SYABAS, sepatutnya konsesi ini dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kita ada pengalaman dan kepakaran untuk uruskan semua,” katanya.
Beliau menambah, sepatutnya pihak pemaju perumahan perlu menyedikan sistem takungan air hujan supaya penduduk dapat menyimpan bekalan air bagi kegunaan tandas apabila berhadapan masalah bekalan air.
Sementara itu, Ketua Kampung Cheras Baru, Ismail Cheming berharap perkara ini dapat diselesaikan segera memandangkan ia berlarutan dalam tempoh yang lama. Ujar beliau, pihak SYABAS sepatutnya menyediakan lebih banyak lori bekalan air supaya dapat masuk ke kawasan perumahan dengan lebih kerap untuk kemudahan penduduk.
Agak menarik apabila Jenice Lee menggunakan alasan kegagalan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semata-mata mahu konsesi ini dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor!
Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.
Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.
Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.
Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3.6 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.
Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?
1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).
3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.
4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.
5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.
6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.
7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.
8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.
Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.
Jadi adalah lebih baik jika Jenice Lee berbincang dengan MB Khalid untuk menyelesaikan perkara ini supaya rakyat tidak menjadi mangsa kepada kedegilan pemerintah kerajaan negeri Selangor. Fikir-fikirkan lah..!!!
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment