~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, September 18, 2011

CCTV bukti Anwar pembohong!



















Pendedahan klip video berwarna yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memasuki lif sebuah pangsapuri membuktikan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah seorang pembohong.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ia kerana Anwar sebelum ini pernah mengakui tidak mengenali siapa Shazryl dan mempertikaikan ahli perniagaan itu sebagai rakan baiknya seperti mana beliau mempertikaikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai sahabat yang dikenali selama 35 tahun sebelum ini.

“Allah hendak tunjuk bukti, jelas daripada video klip itu betapa rapatnya Anwar dengan Datuk Eskay!,” katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pendedahan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar dan Shazryl memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China Februari lalu.

Rakaman berdurasi 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Zulkifli berkata, pendedahan tersebut menunjukkan bahawa pengikut setia Anwar perlu berhenti dari mempercayainya dan bertaubat.

“Kalau kawan-kawan dia pun dia boleh tipu macam tu saja, bayangkan apa dia boleh buat pada anda, umat Islam, rakyat dan negara ini. Sedangkan kalimah Allah pun dia boleh lelong dan agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisme, apa lagi bukti yang anda mahu Allah hantar?,” katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment