~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, September 30, 2011

Guan Eng dah kena sindrom Mat Sabu, dakwa 'tak ingat' burukkan Johor!



Akhirnya Guan Eng dah pun belajar macamana nak menipu dari Mat Sabu! Seperti biasa apabila mereka dah terlepas cakap, maka seperti biasa mereka akan menafikan dengan berkata "tidak ingat" apa yang telah mereka katakan. Mungkin ada benarnya peribahasa melayu mengatakan terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya! Hakikatnya inlah yang berlaku sekarang.

Selepas beberapa hari dikritik hebat kerana memburukkan Johor, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam berkata tidak pasti sama ada menyebut perkara demikian atau sebaliknya.

Guan Eng yang tidak mengaku mengeluarkan kenyataan itu, berkata beliau belum lagi mendengar rakaman yang dikatakan mengandungi percakapan itu. “Saya tidak ingat dan tak pasti," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Rakaman sidang media itu semalam diperoleh daripada NTV7 kerana Berita Harian tidak dijemput untuk menghadiri sidang media berkenaan.

Malah, wartawan TV3, Selwam Arjunan yang turut menghadiri sidang media itu diarahkan keluar oleh Guan Eng kerana tidak mahu wakil stesen televisyen berkenaan berada di dalam bilik itu ketika beliau menjawab soalan berkaitan dakwaan memburukkan Johor.

Ketua Menteri enggan menjawab soalan berkaitan isu berkenaan selagi Selvam tidak keluar kerana mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3. Isnin lalu, TV3 menyiarkan rakaman audio Guan Eng yang berkata: Anda tidak perlu bimbang dengan keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda mungkin diculik.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP didakwa melemparkan tohmahan itu ketika majlis makan tengah hari bersama Persatuan Wartawan Asing Singapura di Pusat Konvensyen Raffles, Singapura.

Beliau mendakwa, ucapan rasminya pada majlis makan tengah hari itu adalah ‘majlis tertutup' tidak mengandungi sebarang kenyataan berkaitan Johor. Namun, katanya, beliau tidak pasti sama ada kenyataan berkenaan dikeluarkan ketika interaksi bersama tetamu pada majlis itu.

"Saya belum dengar lagi rakaman itu, sama ada kenyataan itu dibuat atau tidak. Jika kenyataan itu dibuat, dalam konteks macam mana kerana majlis itu dibuat secara tertutup. Saya mahu tahu dalam konteks apa kenyataan itu dibuat kerana tidak ingat apa yang saya katakan kerana saya membuat beberapa ucapan satu hari," katanya.

Guan Eng berkata, untuk memastikan sama ada kenyataan itu dibuatnya atau tidak, beliau mahu membawa perkara itu ke mahkamah untuk mendapatkan rakaman berkenaan terlebih dulu.

“Kalau cakap mereka ada rakaman itu, kita mahu dapat dan dengar,. untuk itu kita perlu ke mahkamah biar mahkamah proses mahkamah putuskan,” katanya.

Cibai la lu Guan Eng...!!!

Penang Wasabi..

Wednesday, September 28, 2011

Lu nak kelentong apa lagi Guan Eng....!!!

















Apakah Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menafikan lagi kenyataannya sendiri yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini setelah ia terdedah kepada umum?

Pendedahan transkrip pada pertemuan itu oleh beberapa blog hari ini, mencetuskan bantahan meluas khususnya daripada rakyat Johor kerana Guan Eng sebelum ini menafikan beliau berbuat demikian .

Malah beliau yang cuba mempertahankan dirinya dengan mendakwa media sengaja memutar-belit kenyataannya dalam satu temu bual dengan Radio Australia, mahu menyaman Bernama jika agensi berita itu enggan memohon maaf.

Berikutan itu, pelbagai pihak hari ini mendesak Guan Eng agar memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Johor dan seluruh warga Malaysia kerana tindakannya memburuk-burukkan negeri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak perlu lagi menegakkan benang basah.

"Dalam pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini, Guan Eng dengan jelas memburuk-burukkan negeri Johor apabila berkata, negeri itu berbahaya khususnya kepada rakyat Singapura. Ini satu kenyataan paling tidak bertanggungjawab.

"Sebelum ini dia menuduh media (Bernama) berbohong tetapi bukti terbaharu jelas menunjukkan dia sebenarnya yang berbohong. Kenapa dia perlu memburuk-burukkan negeri Johor?.

"Dia kena sedar, kenyataan sedemikian akan menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia. Bukan sahaja Johor, Pulau Pinang juga akan menerima kesan jika pelabur lari ke negara lain," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, nada sama turut disuarakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang menuntut Guan Eng agar bertindak secara 'gentleman' dengan mengakui kesalahannya dan menarik balik semua kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut.

Katanya, perbuatan Setiausaha Agung DAP itu memburuk-burukkan Johor sangat melampau dan tidak boleh diterima kerana ia secara langsung turut memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, sedangkan selaku pemimpin, Guan Eng sepatutnya membela negara sendiri.

"Dia bukan sahaja memburuk-burukkan Johor tetapi Malaysia secara keseluruhannya. Kalau Johor tidak selamat, Pulau Pinang pun sama. Sebagai Ketua Menteri sepatutnya dia mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi, bukan membuat kenyataan melampau begini," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mencabar DAP supaya mengambil tindakan tatatertib ke atas Guan Eng, sama sebagaimana hukuman yang dikenakan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Jelasnya, jika Manoharan digantung selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang, Guan Eng juga layak untuk menerima hukuman yang sama kerana kenyataannya lebih berat iaitu memburuk-burukkan Johor dan negara.

Sedutan transkrip temu ramah Guan Eng dengan FCA di Singapura

SOALAN: Artikel The Economist sepenuhnya menulis perkara positif mengenai Pulau Pinang. Adakah terdapat apa-apa laporan yang negatif ke atas Pulau Pinang?

Saya merujuk laporan NST bahawa Kerajaan Pulau Pinang perlu bersih mengenai rangka tindakan pembangunan perindustrian di negeri ini dan tidak memberikan pelbagai alasan mengapa ia ditangguhkan.

Business Times pula melaporkan perkhidmatan asas seperti kereta api tidak berfungsi dan sebagainya. Adakah ini kerana beberapa media Malaysia dianggap ada tujuan politik atau sesetengah kritikan itu ada kebenarannya?

GUAN ENG: Semua akhbar-akhbar di Malaysia dikawal oleh kerajaan. Tidak bermakna bahawa kita menolak kritikan yang dibuat terhadap kerajaan negeri. Tetapi jika itu yang terbaik mereka boleh lakukan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri yang mentadbir kerajaan dengan efisien.

Mengenai pelan induk perindustrian, Pulau Pinang telah mengumumkannya tetapi kerajaan Pusat mendesak bahawa kita perlu bekerjasama dalam Greater Penang Masterplan.

Oleh itu, kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan selepas musim cuti umat Islam. Sekarang kita dipersalahkan oleh media kerajaan kerana melakukan perkara-perkara yang kerajaan minta kita untuk lakukan.

Dari segi keadaan perkhidmatan asas di Pulau Pinang, saya ingin menjemput anda untuk datang ke Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah jelas lebih bersih bukan sahaja dari segi mentadbir kerajaan yang jujur tetapi juga bersih dari segi fizikal.

Juga lebih selamat dan tidak perlu bimbang tentang keselamatan di Pulau Pinang. Pulau Pinang berada di tempat pertama tahun lalu dari segi mengatasi jenayah iaitu sebanyak 27 peratus.

Bagi tempoh enam bulan pertama juga jenayah dikurangkan sebanyak 25 peratus. Tetapi di Johor, seseorang warga Singapura boleh diculik. Anda tidak akan alaminya jika datang ke Pulau Pinang.

Manakala Polis Johor pertimbang tindakan terhadap Guan Eng

Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.

"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.

"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.

Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.

Kita tunggu tindakan yang seterusnya dari pihak berkuasa!!!

Penang Wasabi..

Monday, September 26, 2011

Nik Aziz - Apa hubungan DAP dengan Islam?

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan apa hubungan DAP dengan Islam sehingga pemimpin parti tersebut sanggup bertindak ‘mengugut’ akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.

Menurut Nik Abdul Aziz (gambar), tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.

Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat “orang takut melihat hantu.”

“Nak keluar kerana apa? Hudud untuk orang Islam, apa hubungan dia dengan Islam? Macam saya kata kelmarinlah, orang takut hudud macam takut hantulah. Tanya dia hantu benda apa, dia tak tahu tapi orang dah takut dia takut sama. Budak kecil takut hantu tapi tanya dia apa hantu, dia tak tahu tapi mengaku takut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.

Ditanya kemungkinan Pas akan kehilangan sokongan pengundi bukan Islam sekiranya melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya mempersoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tidak menyokong parti tersebut.

“Tak sokong kerana apa, kerana hudud? Ini bukan untuk dia, untuk orang Islam,” katanya sinis.

Nik Abdul Aziz semalam memberitahu, kerajaan Pas Kelantan kini dalam usaha memasukkan enakmen hudud dalam senarai hukum di mahkamah syariahnya walaupun pelaksanaan hukum Islam itu ditentang keras oleh DAP.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan hakim-hakim menggunakan akta tersebut dalam perbicaraan sesuatu kes sekiranya wujud prima facie.

Ditanya sama ada kerajaan negeri perlu meminta kebenaran daripada Kerajaan Pusat sekiranya hendak melaksanakan hukum tersebut, Nik Abdul Aziz berkata, ia tetap perlu meminta kebenaran walaupun bidang kuasa membabitkan mahkamah syariah terletak di bawah sultan.

“Tentu kena mintalah, jadi dia dah buat kenyataan semalam tak beri, Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) serupa sahaja sama-sama tak beri belaka. Jadi kesimpulannya, hudud tak boleh buat bukan kerana apa, kerana UMNO tak bagi.”

Tetapi adakah Pok Nik sedar bahawa tidak semestinya hudud itu perlu dilaksanakan sekaligus atau secara terus. Perlu ada perancangan dan perencanaan yang teliti dan rapi dibuat sebelum kita mahu melaksanakannya secara total di negara kita. Tidak boleh kalau kita perintah hari ni, terus laksana hudud sedangkan masih ramai lagi yang jahil dan belum memahami sepenuhnya mengenai hukum Allah yang maha adil ini.

Pelaksanaannya bukan boleh main-main atau untuk dijadikan modal politik. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap Islam itu sendiri. Jika pelaksanaannya gagal, maka tidak dapat tidak akan timbul salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri. Mereka mungkin beranggapan bahawa undang-undang Islam itu tidak adil dan kacau. Padahal hukum Islam itu memang perfect tetapi disebabkan implementasinya lemah dan tidak bijaksana maka ia akan mencacatkan matlamat perundangannya.

Pelaksanaan hudud bukan soal kewajipan seperti solat dan puasa. Ia berkenaan istitho‘ah, kemampuan pemerintah melaksanakannya mengikut kesesuaian zaman dan tempat, sama seperti kewajipan ibadat haji. Suasana persekitaran yang tidak sesuai tidak memungkinkan pelaksanaan sesuatu undang-undang hudud.

Dan Pok Nik jangan lupa dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Sunday, September 25, 2011

Burukkan Johor, serlah sikap sebenar Guan Eng biaDAP!

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin pembangkang itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai orang nombor satu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Guan Eng seharusnya meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi.

Katanya, Guan Eng tidak seharusnya memandang rendah keupayaan negeri lain malahan setiap pelaburan yang masuk hakikatnya memberi pulangan secara langsung kepada negara.

“Walau apa jua sebab (memburuk-burukkan Johor), ia tidak patut berlaku kerana apa sahaja yang diterima sesebuah negeri akan memberi manfaat terhadap negara.

“Fikirkanlah dalam konteks yang lebih luas seperti peluang pekerjaan, tukaran wang asing kerana jika ia trend sebegini diamalkan, pelabur akan keliru walaupun apa yang diperkatakan itu tidak benar,” katanya selepas melawat projek perintis Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini.

Di Johor, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Guan Eng disifatkan sebagai seorang yang berada dalam keadaan siege mentality iaitu percaya dia sentiasa ditindas dan diserang oleh pihak tertentu.

Katanya, sebab itu, Guan Eng sanggup memburuk-burukkan nama negeri ini dengan mendakwa kes penculikan berlaku secara berleluasa.

“Guan Eng berniat tidak baik apabila membuat tuduhan seperti itu apatah lagi ketika berada di luar negara walhal negeri ini berada dalam keadaan aman dan damai.

"Saya harap rakyat, terutama di negeri Johor boleh menilai tindakan pemimpin DAP dari Pulau Pinang itu dan menilai apa yang ada pada Guan Eng sehingga sanggup merendah-rendahkan negeri ini,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu disifatkan biadab dan tidak bertanggungjawab apabila mengatakan Johor sebagai negeri tidak selamat sewaktu kunjungannya ke luar negara baru-baru ini.

Kata Ahmad, kenyataan tersebut menghina rakyat negeri itu dan Guan Eng harus menarik balik kenyataannya serta meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor.

“Itu merupakan satu kenyataan biadab dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri.

“Bagi saya, kenyataan itu tidak disokong oleh fakta kukuh. Beliau harus ingat, jenayah berlaku di seluruh dunia dan setiap negeri ada kes penculikan,” katanya.

So,lu tunggu apa lagi Guan Eng..lu manyak langsi ma..bila lu mau minta maaf..!!!

Penang Wasabi..

Tuesday, September 20, 2011

Kantoi..!!! Saksi pakar luar negara tak boleh pakai - Kredibiliti dipertikai!

Kredibiliti Dr Brian Leslie McDonald yang menjadi salah seorang pakar luar bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dipertikai di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abdidin yang mengetuai barisan pendakwaan berkata, saksi yang berasal dari Sydney, Australia itu tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang yang berkaitan asid deoksiribonukleik (DNA) forensik yang bermaksud keterangannya untuk membela Anwar dalam kes DNA tidak kukuh.

Dr McDonald, 60, yang mengakui perihal itu menjelaskan bahawa bidang berkaitan DNA forensik tidak wujud semasa beliau sedang melanjutkan pelajaran, memandangkan bidang tersebut mula dibangunkan secara besar-besaran pada tahun 2002.

Menurut Mohd Yusof, kelayakan Dr McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana dunia DNA kini telah berkembang pesat. Beliau turut bertanya sama ada Dr McDonald mengambil mana-mana program peperiksaan berkaitan dengan DNA forensik sejak tahun 2002.

McDonald menjawap beliau tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak tahun itu dan tidak mempunyai sebarang pensijilan formal dalam bidang tersebut!!!

Semalam : Kaedah ahli kimia tempatan dipertikai

Seorang pakar asing yang menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mempertikaikan kaedah yang dilakukan oleh dua ahli kimia tempatan berhubung penemuan profil asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y.

Dr. Brian McDonald dari Australia turut mendakwa tiada keterangan Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dikemukakan di mahkamah sehingga membolehkan pihak pendakwaan membuat kesimpulan bahawa DNA Lelaki Y berpunca daripada kesan air mani.

Beliau berkata, kedua-dua ahli kimia itu sepatutnya mengambil kira pencemaran yang berlaku selain kemungkinan wujud profil pihak ketiga dalam sampel-sampel yang diterima oleh mereka berikutan penemuan allele 18 dalam bacaan analisis mereka.

Mereka juga, menurut saksi pembelaan keempat itu, sepatutnya melakukan ujian lanjut mengenai kehadiran profil DNA asing itu.

"Ujian lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti pemilik DNA itu. Kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa mereka tidak melakukan ujian tersebut,'' katanya ketika disoal oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Soalan berkenaan dikemukakan semasa pemeriksaan utama peguam Ramkarpal Singh terhadap saksi tersebut pada perbicaraan peringkat bela diri Ketua Pembangkang itu atas pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perkara berkenaan disentuh oleh saksi tersebut setelah pihak pembelaan menimbulkan analisis DNA Lay Hong terhadap putik kapas mengandungi kesan air mani Lelaki Y dalam sampel yang diambil dari dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari.

Sementara Nor Aidora pula menganalisis DNA pada tuala kecil Good Morning selain berus gigi dan botol minuman air mineral yang diperoleh semasa Anwar ditahan semalaman untuk siasatan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menjawab soalan Ramkarpal sama ada pihak pendakwaan boleh mengesahkan bahawa profil DNA Lelaki Y itu datang daripada kesan air mani, McDonald berkata, berdasarkan keterangan, tiada petunjuk yang menyatakan ia berpunca daripada kesan air mani.

Saksi pembelaan itu juga memberitahu, beliau tidak boleh menyatakan bahawa profil DNA Lelaki Y itu datang daripada sumber DNA lain yang bukan kesan air mani kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan sedemikian.

Perunding Molecular Genetic System, Australia itu berkata, kesan calitan putik kapas yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari hanya mengesahkan kehadiran kesan air mani milik pengadu tersebut.

McDonald turut mendakwa, Lay Hong hanya membuat andaian tentang dari mana datangnya sampel tersebut tanpa menyatakan lokasi tepat ia diambil kerana beliau hanya bergantung kepada latar belakang (history) sampel itu dan maklumat yang disampaikan oleh pihak polis.

Begitu juga, katanya, Nor Aidora dalam laporannya hanya bergantung kepada satu-satunya penyumbang DNA itu selain gagal mengenal pasti campuran DNA pada sampel-sampel yang diterimanya.

Sebaik sahaja selesai Ramkarpal mengemukakan soalan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memohon pemeriksaan balas terhadap saksi itu dimulakan esok dan permohonan itu dibenarkan oleh mahkamah.

Penang Wasabi..

Sunday, September 18, 2011

CCTV bukti Anwar pembohong!



















Pendedahan klip video berwarna yang menunjukkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memasuki lif sebuah pangsapuri membuktikan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah seorang pembohong.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ia kerana Anwar sebelum ini pernah mengakui tidak mengenali siapa Shazryl dan mempertikaikan ahli perniagaan itu sebagai rakan baiknya seperti mana beliau mempertikaikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai sahabat yang dikenali selama 35 tahun sebelum ini.

“Allah hendak tunjuk bukti, jelas daripada video klip itu betapa rapatnya Anwar dengan Datuk Eskay!,” katanya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pendedahan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Anwar dan Shazryl memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China Februari lalu.

Rakaman berdurasi 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Zulkifli berkata, pendedahan tersebut menunjukkan bahawa pengikut setia Anwar perlu berhenti dari mempercayainya dan bertaubat.

“Kalau kawan-kawan dia pun dia boleh tipu macam tu saja, bayangkan apa dia boleh buat pada anda, umat Islam, rakyat dan negara ini. Sedangkan kalimah Allah pun dia boleh lelong dan agama Islam pun dia kelentong dengan fahaman pluralisme, apa lagi bukti yang anda mahu Allah hantar?,” katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, September 17, 2011

Gempar..!!! Dimana pula Anwar Omegay berada pada 13-1-2011?


Sebelum terlupa sebenarnya Anwar masih belum lagi menjawap 5 soalan yang diberikan oleh Datuk Eskay sebelum ini :

1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3. Di hotel mana Anwar menginap?
4. Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Boleh jawap ke Anwar?



Penang Wasabi..

Friday, September 16, 2011

GEMPAR..!!! Bukti " BESI " yang di tolak PAS - Anwar keluar masuk apartment bertemu 'kekasih' fast food?


Memang tidak dapat dinafikan lagi bukti "BESI" menunjukkan lelaki di dalam video cctv ini adalah Anwar Ibrahim dan Eskay Abdullah.

Mungkin PAS akan menyanggahnya selepas ini, tetapi cuba perhatikan tarikh dan masa Anwar sampai ke apartmen dan bandingkan dengan tarikh dan masa adegan ranjang bersama "kekasih fast food" nya.




Anwar semasa masuk ke lift


Anwar keluar dari lift selepas "menjamah fast food"..!

Agak-agaknya apa yang bakal dikatakan oleh Kak Wan dan PAS selepas melihat bukti "BESI" ini. Masih nak berdolak dalih! Biarkan Anwar dengan tenang menghadapi kes liwatnya pada 19-9-2011 ini...lepas tu sambung pula dengan kes "menjamah fast food" ini ya. Bukti "BESI" ni tahan lama, malah disahkan 99.99% asli dan tulen oleh pakar luar negara...jangan risau!

Apa-apa hal pun nasihat buat Anwar...segala-galanya telah musnah..berundurlah kebaikan rakyat semua..!!!

Penang Wasabi..

Kronologi Pembohongan 16 September Anwar Ibrahim!


16 Sept 2008 akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai hari pembohongan besar dalam tinta tawarikh Malaysia. Hari dimana bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga seluruh dunia dibohongi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 08 Mac 2008 akan tumbang.

Untuk kisah selanjutnya, sila baca di sini.

Penang Wasabi..

Monday, September 12, 2011

MB Azizan tetap bertahan walaupun digugat!


Setelah lebih seminggu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diselubungi kontroversi dengan isu bahawa jawatannya akan digantikan ekoran masalah kesihatan, Azizan membuat sidang akhbar mesyuarat Exco yang pertama selepas cuti umum Aidilfitri, pada Rabu lalu.

Seperti biasa, percakapannya jelas serta beliau menjawab soalan dengan tenang dan sekali-sekala berseloroh dengan pemberita. Sikapnya itu menggambarkan desas-desus sebelum ini yang kononnya akan berlaku peralihan kepimpinan negeri, adalah sesuatu yang tidak mengganggu fikirannya.

Desas-desas itu kononnya pucuk pimpinan Pas Pusat mahu menggantikan Azizan dengan pemimpin lain kerana tidak lagi memberi kepercayaan kepadanya untuk memegang jawatan tersebut ekoran masalah kesihatan yang kurang memuaskan.

Selain itu, khabar angin juga ditiup oleh pihak tertentu bahawa ada percubaan hendak menjatuhkan beliau dan terdapat tiga pemimpin Pas Kedah yang dikaitkan layak menggantikan Azizan jika berlaku sesuatu terhadap menteri besar berkenaan.

Ekoran itu juga, Azizan menolak cadangan agar diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar kerana ia adalah sesuatu yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Hakikatnya, Pesuruhjaya Pas Kedah itu kelihatan sudah sihat dan mula bekerja seperti biasa. Bahkan khabar angin yang menyatakan kononnya Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan perbincangan mengenai peralihan kuasa di Kedah ternyata palsu kerana sehingga hari ini tidak menjadi kenyataan!

Yang terzahir kebenaran ketika ini ialah tidak boleh dinafikan terdapat beberapa pemimpin dalam parti itu bersaing untuk menyandang jawatan nombor satu dalam kerajaan negeri itu pada suatu hari.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berpendapat, adalah tidak bijak jika jawatan menteri besar hendak bertukar tangan ketika pilihan raya umum dijangka berlaku tidak lama lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, Azizan perlu diberikan masa lebih lama memegang jawatan itu kerana kepimpinan singkat sekitar dua atau tiga tahun tidak mampu membawa banyak kejayaan kepada sesebuah negeri seperti yang berlaku dalam sistem penggiliran Ketua Menteri di Sabah suatu ketika dahulu.

"Lagi pun beliau masih sihat dan berkemampuan dan mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin.

"Jadi apalah sangat ukuran yang boleh diberikan dalam tempoh tiga tahun mentadbir maka jangan dok sibuk nak tukar orang," tegasnya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah.

Bagaimanapun, Taib menyifatkan desas-desus dan kontroversi mengenai usaha yang cuba menjatuhkan Azizan adalah suatu perang saraf pihak tertentu ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Untuk rekod, tiga nama pemimpin yang sering disebut-sebut layak menggantikan Azizan ialah Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi, 58, (ADUN Pengkalan Kundor); Datuk Amiruddin Hamzah, 49, (ADUN Anak Bukit), dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul, 69, (ADUN Tokai).

Dalam soal kepimpinan, veteran politik Tan Sri Khalid Abdullah berpendapat, Azizan ialah menteri besar terbaik daripada Pas yang ada ketika ini dan mana-mana pemimpin dalam parti itu tidak dapat menggantikannya setakat ini.

"Amat jelas beliau mempunyai kebijaksanaan dalam tindakannya disebabkan latar belakangnya yang memiliki ilmu, pengalaman dan berpengetahuan tinggi.

Khalid berkata, dalam banyak hal sejak dahulu, Azizan terbukti bukan pemimpin Islam yang ekstremis tetapi sentiasa bersederhana dan rasional.

Contohnya, sejak menjadi Menteri Besar, hubungan pentadbiran antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat berjalan baik kerana Azizan memahami dengan mendalam soal federalisme dan hubungannya dengan negeri.

"Saya tak nampak kenapa beliau perlu diganti, melainkan jika beliau sendiri tidak mahu meneruskan (memegang jawatannya) kerana suatu takdir yang tidak dapat dielakkan," katanya.

Bagi rakyat negeri jelapang padi ini, hubungan baik Azizan dengan pelbagai pihak iaitu bukan sahaja ahli Pas malahan ahli dan para pemimpin UMNO seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sesuatu yang diketahui umum.

Setakat ini juga, tiada komen-komen tidak menyenangkan disuarakan oleh kakitangan dan pegawai kerajaan negeri terhadap corak kepimpinan Azizan.

Namun apakan daya, semua kualiti di atas bukan satu tiket jaminan bagi mana-mana pemimpin sekali pun untuk mampu mengekalkan status quo kuasa kerana dalam politik 'macam-macam kemungkinan boleh berlaku.'

Lebih-lebih lagi sejarah membuktikan golongan yang kerap terlibat dalam perbuatan menikam dari belakang adalah kelompok orang politik iaitu dalam kalangan orang terdekat dan rakan kepercayaan sendiri.

Kita berharap keadaan itu tidak berlaku dalam putaran ganas persaingan politik dalaman Pas Kedah, tetapi jika ia berlaku maka ia menjadi satu lagi bukti bahawa Pas bukanlah parti Islam sebenar kerana nyata tewas dalam kerakusan memburu kuasa.

Penang Wasabi..

Monday, September 5, 2011

SPRM diminta siasat Guan Eng biaDAP!

Bangunan letak kereta bertingkat berhampiran Bukit Bendera, Jalan Air Itam, belum dibuka kepada orang ramai.


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang.

“Bagaimana boleh tempat letak kereta ini dapat dibangunkan tanpa kelulusan rancangan pembangunan? Pada masa sama, kenapa pihak MPPP tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang pembinaan haram ini?

“SPRM juga perlu menyiasat bagaimana PDC boleh menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada pihak berkenaan untuk membina bangunan haram ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

Tee Beng menegaskan, pada peringkat ini, SPRM perlu mengesahkan sama ada pembinaan tempat letak kereta bertingkat itu mempunyai kelulusan rancangan pembangunan MPPP dan menyiasat dakwaan bahawa PDC menyalurkan dana bagi pembinaannya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, perkara itu harus disiasat segera supaya pihak terbabit tiada peluang untuk mengubah sebarang bukti di dalam dokumen sedia ada.

“Pada masa sama, saya bersedia bekerjasama dengan pihak SPRM untuk memberikan maklumat sekiranya saya dapat bukti yang baru dan kukuh,” tambahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, Tee Beng berkata, KITA telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Pimpinan (JEP) yang akan mengkaji langkah serta strategi untuk bertanding di kerusi yang mampu dimenangi parti itu.

Katanya, ahli-ahli parti itu boleh memilih sesiapa sebagai calon, namun ia terpulang kepada keputusan muktamad Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Penang Wasabi..

BN janji selesai masalah air!

Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji akan menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun sekiranya menang pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, malah janji tersebut telah dimasukkan ke dalam manifesto BN negeri ini kerana pihaknya mahu membantu rakyat keluar daripada belenggu masalah yang terpaksa mereka tempuhi lebih 20 tahun.

Beliau berkata, Kerajaan Pas Kelantan tidak serius untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini biarpun telah diberi peluang oleh rakyat berkali-kali dan turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebelum ini.

“Salah satu perkara dalam manifesto pilihan raya umum akan datang ialah kita berjanji akan menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri ini dalam tempoh sepenggal,” katanya kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan semua pemimpin parti komponen BN.

Perkhidmatan bekalan air bersih menjadi masalah utama di negeri ini sejak Pas mengambil alih pemerintahan Kelantan pada 1990. Gangguan bekalan air sering berlaku dan ia akan memuncak setiap kali menjelang musim perayaan.

Oleh kerana itu, rata-rata penduduk di negeri ini menggunakan telaga tiub kerana tidak mahu bergantung kepada Kerajaan Pas Kelantan yang tidak boleh diharap untuk menguruskan sistem bekalan air.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, antara perkara lain yang akan dimasukkan dalam manifesto BN Kelantan ialah menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di seluruh negeri ini dan Ladang Rakyat.

“Kita akan berjuang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, ini perjuangan UMNO sejak dahulu lagi.

“Sebagai contoh, atas desakan kita, Kerajaan Pusat telah meluluskan pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu pada 2006 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) malah tender telah diberikan kepada sebuah syarikat untuk melaksanakannya dengan peruntukan kira-kira RM500 juta ketika itu.

“Saya tahu kerana pada ketika itu saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun kontraktor itu menghadapi masalah, maka projek tersebut tidak dapat diteruskan. Ketika itu perjuangan kita sudah hampir berjaya dan kini ia diteruskan demi membela nasib rakyat,” katanya.

Katanya, dalam isu Ladang Rakyat, BN masih menuntut penjelasan daripada Kerajaan Pas Kelantan mengenai sistem yang dilaksanakan dalam program tersebut.

“Kita nak tahu rakyat mana yang mendapat untung dalam program ini, adakah rakyat yang mendapat wang RM200 sebulan atau wakil rakyat Pas yang makin buncit dengan wang hasil Ladang Rakyat,” katanya.

Tambahnya, BN juga mencabar Pas mengarahkan semua wakil rakyatnya mengisytiharkan harta dan status perkahwinan masing-masing kerana rakyat mahu tahu selepas melihat gaya hidup mereka yang kian berubah.

Penang Wasabi..

Sunday, September 4, 2011

Mat Sabu Mengaku Songlap Wang Rakyat?

Ikuti pengakuan Mat Sabu bahawa dia mengaku menuntut bayaran konsultan sebanyak RM3000.


Mat Sabu mengaku bahawa bil yang dia tengok sebanyak RM8,000. Kenapa bil yang sebenar hanya RM5000++? Mana datangnya caj konsultan sebanyak RM3,000?



Memang sahlah Mat Sabu songlap duit rakyat!

Penang Wasabi..