~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, February 17, 2011

Ketua Lanun Lim Guan Eng dihadiahkan 12 kuntum mawar hitam!

Mohamed Ghani Abd. Jiman (kiri) menyampaikan bunga mawar hitam kepada wakil Lim Guan Eng sebagai tanda simbolik mengecam penerbitan risalah My Balik Pulau di Komtar, Pulau Pinang, semalam. Agak mengecewakan kerana Guan Eng tak berani keluar untuk menerima jambangan bunga tersebut!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima 'kejutan' apabila dihadiahkan dengan 12 kuntum bunga mawar hitam daripada Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP) di pejabatnya di bangunan Komtar di sini hari ini.

Pemberian bunga ros hitam tersebut adalah sebagai simbolik meminta Guan Eng agar berundur dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu selain mendesak penjelasan mengenai isu penerbitan risalah My Balik Pulau.

Selepas hampir 20 minit menunggu di tingkat tiga bangunan berkenaan, 20 ahli PSAMPP yang berkumpul di situ terpaksa menyerahkan bunga ros berkenaan, pisang dan betik yang dibawa mereka kepada wakil Guan Eng kerana beliau dikatakan tiada di pejabat ketika itu. ( sebenarnya tidak berani berhadapan dengan rakyat! )

Pengerusi PSAMPP, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, jika benar kerajaan negeri sebelum ini melakukan kesilapan seperti apa yang didakwa di dalam risalah tersebut, maka Guan Eng bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan itu.

"Mereka perlu memperbetulkan kesilapan seperti yang didakwa itu dan bukannya meneruskan penerbitan risalah tersebut. Perkara inilah yang perlu dijelaskan oleh Guan Eng," ujar beliau kepada wartawan ketika ditemui di bangunan itu .

Mohamed Ghani turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menafikan penglibatan kerajaan negeri dalam penerbitan risalah My Balik Pulau walaupun terdapat lambang Majlis Pendidikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada penajanya.

"Guan Eng telah menafikan penglibatan kerajaannya dalam penerbitan risalah itu dan menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah membenarkan penggunaan logo berkenaan.

"Sepatutnya Guan Eng menyiasat serta mendakwa penerbit kerana menggunakan logo milik kerajaan negeri tanpa kebenaran.

"Sebaliknya, dia mahu menyaman orang yang mempersoalkan kebenaran isi kandungan My Balik Pulau," katanya lagi.

Semalam PSAMPP telah menghantar memorandum dan beberapa bukti menunjukkan pembabitan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam penerbitan risalah My Balik Pulau kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment