~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, December 28, 2010

Gobalakrishnan mengamuk : Anwar yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin!

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menegaskan, beliau bukan individu yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya pemimpin yang seharusnya menerima nasib itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Gobalakrishnan, Penasihat PKR itu sepatutnya dikenakan tindakan berkenaan kerana meminggirkan masyarakat India di negara ini apabila menutup Kuil Siva di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

"Jika tindakan disiplin mahu dikenakan, ia seharusnya dikenakan ke atas Anwar kerana menutup Kuil Siva, malah sepanjang 12 tahun lalu beliau hanya memperkukuhkan kepimpinan orang Melayu dan Cina dalam parti manakala masyarakat India dipinggirkan.

"Tindakan disiplin juga perlu dikenakan terhadap Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar kerana menggunakan gangster pada pemilihan PKR baru-baru ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobalakrishnan melalui laman sosial Twitter mengecam dan mengkritik kepimpinan Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali sejak hujung minggu lalu.

Ekoran tindakannya itu, Naib Presiden PKR yang baru, N. Surendran melahirkan kekecewaan terhadap sikap Gobalakrishnan sambil menggesa beliau menghentikan serangan ke atas parti tersebut serta-merta.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Gobalakrishnan ketika mesyuarat Biro Politik parti itu awal bulan depan. Pertimbangan itu kata Saifuddin, ekoran tindakan Ahli Parlimen Padang Serai itu yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu.

Gobalakrishnan berkata, beliau tidak mengecam PKR sebaliknya mahu menyedarkan kepimpinan parti tersebut yang bukan sahaja tidak telus malah tidak menghormati rakyat.

"Kita dapat lihat dalam pemilihan parti baru-baru ini hanya mereka yang rapat dengan beliau (Anwar) dilantik mengisi jawatan-jawatan dalam parti.

"Sepatutnya ada pertimbangan sewajarnya bagi masyarakat India dalam parti memandangkan mereka terdiri daripada 40 peratus ahli. Adalah jelas Anwar mengamalkan pendekatan pisah dan perintah," katanya.

Menurutnya, PKR merupakan sebuah parti demokratik tetapi prinsip tersebut diamalkan dengan sikap pilih kasih oleh Anwar.

"Jadi, sudah sampai masa untuk saya bercakap mengenai ketidakadilan. Saya telah melakukan banyak pengorbanan demi memperbaiki kehidupan rakyat khususnya masyarakat India," katanya.

Mengenai kenyataan Anwar yang menyuruhnya menyertai Barisan Nasional jika beliau mahu berbuat demikian, jelas Gobalakrishnan, ia diucapkan Anwar yang marah kepadanya pada waktu itu.

"Saya terlupa apa yang saya cakap kepada Anwar, tetapi ketika itu dia marah lalu mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Gobalakrishnan yang nampak gayanya sudah mula akan menjadi korban "kambing hitam". Sebelum ini dalam satu kenyataan yang mengejutkan semasa pemilihan PKR, Gobala mendedahkan bagaimana Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali memanggil beliau sebagai "pariah" dan beliau menyifatkan Azmin sebagai rasis.

Terbaru, Gobala membuat kenyataan semalam bahawa pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan mengamalkan "politik pecahbelah" dan "Anwar dan Azmin membenci beliau kerana tidak hipokrit". Dan Gobala berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin "walaupun saya tahu kebanyakan mereka yang dipecat atau dikenakan tindakan sebelum ini tidak diberi peluang membela diri"...!!!..lantak le mengkome?

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment