~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, November 5, 2010

Nik Aziz lawan Mohd. Nor Deris!

Buku bertemu ruas! Pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris telah meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Malah, 'kisah menarik' itu juga mendapat liputan dalam pelbagai laman blog sama ada propembangkang atau prokerajaan seperti theunspinners.blogspot.com dan ia turut cuba 'dijernihkan' oleh www.harakahdaily.net.

Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:



Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"

Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar. Antaranya beliau bertanya tentang anak-anak Omar selain bertanya mereka kerja di mana.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment