~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, November 18, 2010

" Amanat Hadi " yang menyesatkan ahli PAS antara penyebab Peristiwa Memali!


AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.

PAS ( Parti Islam SeMalaysia )


Inilah amanat yang telah menyesatkan seluruh penyokong PAS! Mereka dengan berani mengkafirkan saudara seagama, mengkafirkan ibu atau ayah sendiri, solat 2 imam dan macam-macam lagi. Kerana amanat inilah berlakunya Peristiwa Memali dan puak PAS mengatakan yang mati ketika Peristiwa Memali adalah "syahid". Namun Majlis fatwa telah mengistiharkan mereka yang mati bukan mati "syahid".

Jika kita lihat segala-galanya diangkat menjadi jihad! Menderma pun dianggap jihad. Yang menarik adalah kenapa mereka tidak membangkitkan isu tabung derma mangsa Memali yang telah disalahgunakan? Kemana perginya wang-wang itu? Adakah mereka makan duit derma orang ramai seperti mana berlaku di Masjid Jamek Permatang Pasir?

Beginilah jadinya apabila matlamat menghalalkan cara, apa saja dihalalkan untuk mencapai cita-cita politik dan kuasa. Semua nya menjadi halal, malah darah saudara sendiri juga dihalalkan.

Kerana amanat inilah orang melayu berpecah belah, kerana amanat dajal inilah SAUDARA SEAGAMA DIKAFIRKAN DAN KAFIR HARBI DIANGKAT MENJADI SAUDARA. Hj. Hadi sudah melakukan dosa yang amat besar. Maka segala yang berlaku harus Hj. Hadi dipertanggungjawabkan. Beliau harus bertanggungjawab dan menarik semula "Amanat" sesat yang menjadi pegangan ahli-ahli PAS selama ini!

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa sehingga kini kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap "Amanat" yang sedemikian! Mengapa tidak ada pembersihan sepertimana berlaku terhadap Al-Arqam. Amanat yang bahaya sebegini sepatutnya harus di tarik balik.

Ramai yang telah termakan dengan hasutan ini. Mereka menganggap dengan menyertai perjuangan PAS adalah sebahagian daripada jihad. Mencerca, fitnah dan menghina saudara seagama jugak dibolehkan.

"Amanat Haji Hadi" - Menzalimi Agama Islam.

Dalam peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat haji Hadi yang mengkafirkan UMNO. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bermesyuarat pada 3 dan 4hb. Februari 1986 telah mengisytiharkan bahawa Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya tidak mati syahid.

Jawatankuasa itu juga menetapkan bahawa kematian Ibrahim Libya dan para pengikutnya sebagai "Penderhaka dan Berdosa" kerana tidak taat kepada negara Islam Malaysia. Malaysia adalah negara Islam yang sah mengikut pendapat terkuat "ULAMAK AL-MUHAKKIKUN" berasaskan pegangan mazhab Imam Al-Shafie.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah pula menetapkan kumpulan Ibrahim Libya telah menyerupai "Bughah" dan bukan "mati syahid Ma'araakah". Parlimen yang meluluskan kertas putih pada 11 Mac 1986 dengan jelas mengaitkan peristiwa hitam itu dengan Amanat Haji Hadi Awang.

Yang paling ketara adalah Amanat Hadi Haji ini telah melahirkan golongan pelampau agama yang berperwatakan seperti berikut:-

1. Taksub kepada pemimpin mereka sahaja.
2. Keras kepala, keras hati dan degil
3. Bertindak keras tidak bertempat
4. Bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain
5. Jahat sangka terhadap orang lain
6. Gemar menabur fitnah dan mengkafir sesama Islam

Makna kepada kafir-mengkafir ialah kemuncak perlakuan jahat kerana apabila sesorang Islam dikafirkan bermakna kehormatan, harta benda, darah dan nyawanya halal untuk diceroboh.

Dan diberitakan bahawa PAS akan menganjurkan majlis 25 tahun Memali pada hari ini. Presiden PAS yang juga pelopor kepada " Amanat Hadi ", Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang akan mewarnai sambutan majlis memperingati 25 Tahun Memali.

Perasmian majlis itu akan disempurnakan Abdul Hadi sendiri pada jam 9 malam nanti. Baca di sini .

Penang Wasabi merasakan di majlis inilah masa yang paling sesuai bagi Haji Hadi Awang bertaubat dan mengakui kesilapannya dengan " Amanat Hadi " yang mana telah banyak menyesatkan umat Islam dinegara ini dan memperakui bahawa " Amanat" beliaulah antara penyebab Peristiwa Memali berlaku. Haji Hadi sepatutnya menarik balik arahan "Amanat" beliau dan memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam!

Beranikah Haji Hadi berbuat demikian. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete