~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, November 20, 2010

Cerita Al-Juburi Mat Sabu!

PAS khususnya ayam tambatan dalam parti itu, Mat Sabu @ Khalwati tidak seharusnya memejamkan mata dalam kes Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu @ Khalwati membuktikan apa yang dikatakan dahulu. ( sudah masuk kes Liwat 2 nih! )

Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara PAS ini. Mat Sabu @ Khalwati telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar Ibrahim, orang kampungnya.

Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar Ibrahim sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar Ibrahim ini diketahuinya. Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar Ibrahim? Inilah yang menjadi persoalannya.

Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu perangai sebenar Anwar Ibrahim ini malah seluruh pemimpin PAS juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin PAS ini hanya membisu? Dalam soal ini PAS tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa PAS sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. PAS yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar Ibrahim ini untuk menyokong PAS. Malah PAS juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan PAS, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik PAS yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA….KUASA. Sanggupkah para pemimpin PAS bersubahat dari menyatakan yang sebenar!

Mat Sabu @ Khalwati juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari pengarah syarikat judi magnum – Datuk Nalla ketika itu. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini.

Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik PAS yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka PAS akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya.

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama.

Kalau Datuk Nalla sendiri sanggup berjumpa dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk menceritakan perkara yang sebenar mengenai Anwar, mengapa tidak Mat Sabu sendiri yang memulakannya!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment