~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, November 29, 2010

DAP Bangsat : Guan Eng dicabar dedah nilai tender bumiputera!



















Ketua Menteri Lanun, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri," katanya di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkang Malaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata, tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran sebenar," katanya.

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

Berapa pula projek besar dan jumlah projek yang diperolehi oleh bukan melayu! Adakah ianya seimbang dengan jumlah yang diperolehi oleh bumiputera! Bukan setakat bercakap untuk menyedapkan hati orang Melayu sahaja kononnya Melayu terbela di Pulau Pinang? Fikir-fikirkan lah...!!!

Penang Wasabi..

Friday, November 26, 2010

DAP Bangsat : Pilih bulu roboh gerai?

Di sebalik tindakan agresif agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai penjaja sejak kebelakangan ini, banyak gerai lain yang melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti dibiarkan beroperasi tanpa diambil tindakan.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kerajaan negeri bersikap adil memandangkan gerai-gerai berkenaan secara terang-terangan tidak mengikut peraturan termasuk didirikan melebihi bahu jalan sehingga sering menyebabkan kesesakan trafik.

Keadaan itu boleh dilihat di sekitar Taman Chai Leng dan berhampiran Kompleks Makanan Sin Tat di Jalan Raja Uda di sini yang sinonim dengan keadaan sesak ekoran kewujudan gerai-gerai yang didirikan di bahu-bahu jalan.

Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Saadin Kadir berkata, kerajaan negeri seolah-olah bersikap pilih bulu dalam mengambil tindakan dengan hanya memberi tumpuan terhadap sesetengah peniaga kecil sahaja.

''Sikap pilih bulu ini begitu ketara. Kalau betul kerajaan negeri mahu bersikap adil kenapa gerai lain yang terang-terang melanggar peraturan terlepas daripada tindakan," katanya di sini hari ini.

Kerajaan negeri kebelakangan ini bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil kerana didakwa beroperasi secara haram.

Terbaru, enam pengusaha gerai makanan dan minuman di Bandar Perda, dekat sini hilang mata pencarian selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam satu operasi semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi itu, pelbagai peralatan termasuk khemah dan payung gerai, dapur, meja serta kerusi milik peniaga terbabit dirampas.

Saadin berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kawasan tersebut boleh dijadikan lokasi tapak perniagaan sementara bagi memberi peluang kepada peniaga terbabit mencari rezeki.

Menurutnya, alasan yang diberikan kepada peniaga terbabit bahawa gerai mereka mengganggu lalu lintas juga tidak munasabah memandangkan mereka sudah berniaga sejak bertahun yang lalu tanpa sebarang masalah.

''Tetapi keadaan trafik yang sesak di Jalan Raja Uda misalnya tidak pula diberi perhatian sedangkan umum mengetahui kesesakan di situ berpunca daripada kewujudan gerai-gerai yang dibina berhampiran jalan," jelasnya.-UM-

Penang Wasabi..

Isu ambil tanah: DAP bangsat P. Pinang bohong?


















Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melakukan pembohongan apabila tidak memberi fakta sebenar berhubung isu pengambilan tanah penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah universiti asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mendakwa, ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, kerajaan negeri menyatakan bahawa pengambilan tanah berkenaan masih di peringkat cadangan dan kajian.

''Bila disiasat, tanah itu sebenarnya sudah pun digazetkan mengikut Seksyen 8 (Akta Pengambilan Tanah 1960) dan ini membuktikan bahawa proses pengambilan tanah sedang berlaku.

''Hanya tunggu perbicaraan dan bayar duit (pampasan penduduk) akan dibuat, seterusnya tanah menjadi hak kerajaan negeri. Jadi, bagi saya ini satu pembohongan oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Kerajaan negeri bercadang mengambil sebahagian besar tanah milik penduduk di Kampung Genting untuk dijadikan sebagai Hab Kecemerlangan Pendidikan termasuk pembinaan universiti swasta dari luar negara.

Cadangan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan penduduk yang mempersoalkan kewajaran tanah di perkampungan kecil itu mahu diambil sedangkan masih banyak tanah kosong di tempat lain yang lebih sesuai seperti di Kuala Sungai Pinang, Pulau Betong dan Air Putih.

Pada 18 Oktober lalu, lebih 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan tersebut dan bertekad akan mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Sementara itu, Hilmi turut mempersoalkan pembinaan universiti swasta di tapak berkenaan kerana ia tidak memenuhi syarat proses pengambilan tanah yang menetapkan pembangunan hendaklah membabitkan kepentingan awam.

''Setakat ini Kementerian Pengajian Tinggi tiada menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina universiti berstatus awam, sebaliknya kami difahamkan ia berstatus swasta.

''Lebih penting, kita bukan bercakap soal tanah orang Melayu tetapi melibatkan semua kaum memandangkan penduduk termasuk yang berketurunan Cina dan India sudah lama tinggal di situ dan masih ada tempat lain lebih sesuai," jelasnya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Thursday, November 25, 2010

DAP Bangsat, PAS & PKR jadi Barua : Lagi gerai diroboh!



















Di sebalik protes serta bantahan pelbagai pihak berhubung isu penindasan terhadap peniaga Melayu di negeri ini, aktiviti agensi penguat kuasa kerajaan negeri meroboh gerai golongan itu seolah-olah tiada kesudahannya, malah semakin menjadi-jadi.

Jika sebelum ini tindakan meroboh gerai Melayu tertumpu di kawasan pulau, kini ia menular ke Seberang Perai. Terbaru enam pengusaha gerai makanan dan minuman berhampiran astaka medan selera Bandar Perda di sini pula menjadi mangsa.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 pagi ini, kira-kira 30 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) meroboh gerai peniaga kecil di kawasan itu kerana didakwa beroperasi secara haram.

Selain khemah dan payung gerai, pelbagai peralatan termasuk mesin atau dapur memasak, meja serta kerusi turut dirampas.

Paling dikesali, operasi atas arahan kerajaan negeri DAP itu tetap diteruskan walaupun seorang peniaga merayu supaya ia ditangguhkan memandangkan satu majlis kenduri meraikan 150 anak yatim dan ibu tunggal sempena Aidiladha akan diadakan di situ petang ini.

Seorang peniaga, Muhammad Zaini Masiam, 53, berkata, dia cuba merayu supaya operasi itu ditangguhkan memandangkan anak-anak yatim serta ibu tunggal sudah dijemput, malah persediaan memasak lauk-pauk sedang dijalankan.

“Tapi mereka tidak peduli langsung kerana memberi alasan arahan sudah dikeluarkan untuk roboh. Berilah muka sedikit, ini tujuan amal bukan untuk suka-suka,” katanya yang kerugian lebih RM15,000 selepas pelbagai peralatan dapur dan khemah gerainya dirampas .

Muhammad Zaini mendakwa, kerajaan negeri bersikap ‘pilih bulu’ apabila banyak gerai terutamanya di Taman Chai Leng serta di sekitar Pasar Awam Bukit Mertajam tidak dirobohkan walaupun secara terang-terangan mengganggu laluan trafik dan menyusahkan orang ramai.

“Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,” katanya kesal.

Peniaga char kuetiau, Rosli Che Me, 32, pula memberitahu, dia menerima notis daripada MPSP minggu lalu yang mengarahkan dia mengosongkan kawasan tersebut kerana beroperasi secara haram, selain didakwa berniaga di tempat letak kereta.

“Kenapa kerajaan negeri tidak boleh bertolak ansur? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Suhaimi Musa, 56, berkata, dia pernah menyewa premis di astaka medan selera berkenaan tetapi sambutan pelanggan terlalu sedikit memandangkan saiznya yang kecil.

‘‘Sekurang-kurangnya berilah pilihan atau kenal pasti tempat yang lebih sesuai, janganlah hanya menghukum kerana kami pun nak cari makan untuk menyara keluarga,” katanya.

Sampai bila PAS & PKR nak jadi BARUA DAP Bangsat!!!!

Penang Wasabi..

Wednesday, November 24, 2010

DAP Bangsat : Nelayan enggan pindah!

SEBAHAGIAN daripada 24 nelayan yang membantah Jeti Nelayan Sungai Gelugor dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan Lebuh Raya Jelutong dan perumahan mewah di Pulau Pinang, semalam.

Bimbang jeti dan bangsal dirobohkan pihak berkuasa tempatan, seramai 24 nelayan bersama keluarga masing-masing 'berkawal' di jeti mereka di Sungai Gelugor di sini hari ini.

Mereka bertekad untuk mempertahankan kawasan tersebut kerana tidak mahu berpindah ke jeti sementara di Kompleks Pendaratan Ikan Jelutong yang didakwa tidak sesuai berikutan ombak kuat yang boleh merosakkan bot.

Selain itu, jeti sementara berkenaan juga didakwa terlalu sesak dengan bot nelayan lain. Menurut wakil kumpulan nelayan tersebut, Salleh Hashim, selain itu, mereka juga tidak pasti bila jeti baru bernilai RM400,000 yang dijanjikan pemaju akan dibina.

"Persoalannya sampai bila kami akan ditempatkan di jeti sementara dan bila pula jeti baru siap?" katanya ketika ditemui di jeti berkenaan di sini hari ini.

Para nelayan berkenaan merupakan antara yang terkena tempias projek pembinaan Lebuh Raya Jelutong dan pembangunan projek perumahan mewah.

Sebagai ganti, nelayan pantai itu diarah berpindah ke penempatan sementara iaitu di Kompleks Pendaratan Ikan Jelutong yang terletak kira-kira dua kilometer dari situ yang disediakan kerajaan negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Bagaimanapun, penempatan baru serba moden yang bernilai kira-kira RM3.5 juta itu dikatakan tidak sesuai kerana ia meningkatkan kos operasi nelayan selain kesesakan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Nelayan Selatan Pulau Pinang, Nazri Ahmad berkata, pihaknya berharap nasib nelayan terbabit tidak diabaikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Ini kerana jelasnya, golongan itu turut membantu sektor pelancongan berikutan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai beriadah.

"Lagi pun, jeti sementara yang disediakan tidak sesuai kerana air laut di situ beralun kuat dan merosakkan bot nelayan," ujarnya.

Penang Wasabi..

Tuesday, November 23, 2010

Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Ibrahim Mempertahankannya!

DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak ( sebelum ) dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.

Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr.Mahathir dan pada tahun lalu Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim.

Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini.

Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan arsenik dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!

Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.

Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Dan terbaru sebelum ini DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.

Satu persoalan yang baik untuk kita fikirkan bersama iaitu mengapa untuk kes liwat 2, Anwar masih lagi memerlukan khidmat Karpal untuk menjadi peguambelanya?

Semasa kes ADUN lompat di Perak mengapa Karpal dengan berani menyuruh Anwar ' bertaubat '? Ini baru contoh kecil 'kuku' yang disimpan oleh Karpal dan cuba kita bayangkan kalaulah Anwar menjadi PM, apakah jenis ugutan dan desakan yang bakal Karpal kemukakan jika Anwar terdesak?


Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP.

Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Monday, November 22, 2010

Perlukah ada Muzium Dr. Sun Yat Sen di Pulau Pinang!

Bantah beri dana pada Muzium Sun Yat Sen

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah pemberian dana kerajaan sebanyak RM150,000 kepada Muzium Dr. Sun Yat Sen di Pulau Pinang yang disifatkan sebagai tiada justifikasi.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak nampak tokoh Revolusi China itu mempunyai jasa yang besar kepada negara ini sehingga kerajaan perlu menyediakan peruntukan sedemikian rupa.

Katanya, adalah lebih baik kerajaan menumpukan usaha untuk menubuhkan muzium khusus berkaitan institusi kesultanan dan kepahlawanan Melayu supaya generasi muda celik sejarah dan menghormati fakta pembinaan negara bangsa.

Pembinaan muzium berkenaan katanya, perlu diterajui segera oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum landskap sosial negara ini menjadi seperti Palestin dan Singapura di mana pribuminya teraniaya.

"Apabila budak-budak tidak faham sejarah kita marah tapi mana ada muzium yang hebat memaparkan sejarah institusi dan pejuang Melayu secara khusus.

"Mana muzium kesultanan dan kepahlawanan Melayu? Generasi muda buta sejarah angkara siapa? Renung dan fikirkanlah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengumumkan kerajaan telah menyumbang RM150,000 untuk pameran Muzium Dr. Sun Yat Sen di Pulau Pinang.

Menurut Tsu Koon, peruntukan khas itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan pelancongan berasaskan sejarah dan kebudayaan.

Perlukah Koh Tsu Koon keluarkan dana yang sedemikian yang tidak ada kena mengena dengan sejarah negara.!!

Penang Wasabi..

PKR Kian Rebah : Bukti Rakaman Anwar Maki Hamun PAS & DAP?

Sehari dua ini heboh wujud rakaman Anwar memaki hamun PAS dan DAP seperti mana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim.

Beliau mencabar Aminah Abdullah Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, agar mendedahkan rakaman tersebut.

Sebelum ini pernah membaca transkrip rakaman tersebut seperti mana yang turut didedahkan oleh rakan blogger medan info.

Berikut adalah butiran mengenai rakaman yang dimaksudkan oleh Zamil Ibrahim.

" Rakaman VCD pendek, memakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].

Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…! Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…

“ Tempat pekan [bahasa utara maksudnya bandar] pun PAS sakan nak kacau..? tempat cantek semua depa nak ambek, tempat bodoh bagi kat kita..? depa saja yang cerdik..! dah dua kali kita bodoh, tak kan nak bodoh lagi kot..? “ [maksudnya dah 2 pilihanraya 1999 & 2004 PAS pilih kawasan yang elok] begitulah kata kata Anwar dalam loghat utara..

“ yang hangpa semua dok takut dengan PAS & DAP pasai apa..? Haa..! yang hangpa dok buat kerja serupa mintak sedekah pasai apa..?? Pi bincang laa..” tinggi suara Anwar ketika memarahi pemimpin PKR .

“ Rakyat tengok kita yang sebenaQnya kuat, bukan depa..!! Isu nasional semua kita, bukannya depa..!! “ tekan Anwar lagi.

“ Penang pun dah kalut kita nak kena bincang, DAP Sarawak pun dok kata depa kuat..” demikianlah diantara kata kata Anwar menempelak rakan rakannya dari DAP dan PAS sambil mengajar pemimpin PKR tidak menghormati mereka.

Terdapat beberapa lagi kata kata dan "body gesture & facial expression Anwar" dalam VCD tersebut membuktikan beliau tidak pernah jujur mahu bekerjasama dengan DAP & PAS, hanya sekadar mahu memperkudakan mereka untuk mencapai cita cita politikya sahaja..

Menurut pemilik VCD ini, kelakuan dan tingkah laku Anwar terus bertukar sebaik sahaja pemimpin pemimpin PAS muncul untuk mesyuarat tersebut. Memang bercabang sungguh lidah si Anwar ni, pandainya dia bermuka-muka!

Menurut sumber, beberapa orang saksi sanggup tampil ke depan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Ada dari kalangan mereka masih memegang jawatan didalam PKR.

Adakah khawarij PAS akan mengekalkan status sebagai tunggangan pakatan selepas rakaman tersebut didedahkan?Adakah PAS akan mintak cerai talak tiga selepas mendengar maki hamun Anwar?

Wallahuallam.

Terima kasih Pisau.Net

Penang Wasabi..

Sunday, November 21, 2010

PKR bakal rebah menyembah bumi : Aminah akan dedah tindak-tanduk Penasihat Parti Keadilan Rakyat!




















Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah menunggu masa dan keadaan yang paling sesuai untuk mendedahkan bukti rakaman percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentam rakan sekutunya, DAP dan Pas.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendedahan mengenai percakapan Penasihat PKR itu akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi belum menetapkan tarikh dan masanya.

Menurut Aminah, pendedahan itu akan dibuat setelah mendapat persetujuan beberapa rakan yang turut sama berjuang dengannya dalam membuka mata masyarakat mengenai siapa sebenarnya Anwar.

"Saya bersedia menyahut cabaran beliau (Zamil Ibrahim). Buat apa saya takut kerana saya memang mempunyai rakaman berkenaan yang kini berada dalam simpanan beberapa rakan baik.

"Apabila tiba masa yang sesuai kita akan dedahkan supaya masyarakat di luar sana tahu siapa sebenarnya Anwar yang mereka sanjung. Saya akan berbincang dengan beberapa rakan untuk berbuat demikian," katanya di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim meminta Aminah serta mereka yang sebelum ini mendakwa mempunyai bukti mengenai Anwar yang menghentam rakan sekutunya, DAP dan Pas supaya mendedahkan semua bukti itu.

Zamil berkata, sekarang adalah masa paling sesuai untuk Aminah dan yang lain berbuat demikian untuk membuka mata masyarakat terutama penyokong yang taksub dengan Penasihat PKR itu yang kebanyakannya ahli PKR dan Pas.

Dalam pada itu, Aminah turut mengakui, rakaman berkenaan telah dibuat di Yayasan Aman dua tahun lalu semasa mesyuarat tentang pembahagian kerusi bagi kawasan utara.

Katanya, rakaman yang dibuat melalui telefon selama lebih kurang lima minit itu kemudiannya dibuat dalam bentuk cakera padat (CD) bagi tujuan simpanan.

"Jangan risau, saya memang mempunyai bukti itu dan saya akan dedahkan dalam waktu terdekat," katanya.

Dedah..jangan tak dedah Kak Aminah..kasi " telanjang " sama Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu lah )...!!!

Penang Wasabi..

Saturday, November 20, 2010

Cerita Al-Juburi Mat Sabu!

PAS khususnya ayam tambatan dalam parti itu, Mat Sabu @ Khalwati tidak seharusnya memejamkan mata dalam kes Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu @ Khalwati membuktikan apa yang dikatakan dahulu. ( sudah masuk kes Liwat 2 nih! )

Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara PAS ini. Mat Sabu @ Khalwati telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar Ibrahim, orang kampungnya.

Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar Ibrahim sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar Ibrahim ini diketahuinya. Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar Ibrahim? Inilah yang menjadi persoalannya.

Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu perangai sebenar Anwar Ibrahim ini malah seluruh pemimpin PAS juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin PAS ini hanya membisu? Dalam soal ini PAS tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa PAS sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. PAS yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar Ibrahim ini untuk menyokong PAS. Malah PAS juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat.

Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan PAS, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik PAS yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA….KUASA. Sanggupkah para pemimpin PAS bersubahat dari menyatakan yang sebenar!

Mat Sabu @ Khalwati juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari pengarah syarikat judi magnum – Datuk Nalla ketika itu. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini.

Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik PAS yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka PAS akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya.

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama.

Kalau Datuk Nalla sendiri sanggup berjumpa dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk menceritakan perkara yang sebenar mengenai Anwar, mengapa tidak Mat Sabu sendiri yang memulakannya!

Penang Wasabi..

Friday, November 19, 2010

Ketua lanun Bangsat : DAP takut bayang-bayang sendiri!

Sekiranya setiausaha Agung @ Ketua Menteri Lanun DAP Lim Guan Eng tidak tahu, maka dia perlu diberitahu bahawa selain Peristiwa 13 Mei 1969, semenjak selepas Perang Dunia Kedua, di Semenanjung Tanah Melayu ini telah berlaku beberapa peristiwa pergaduhan kaum atau dalam bahasa Inggeris sering disebut racial riots.

Peristiwa-peristiwa hitam tersebut perlulah diingat sebagai satu pengajaran agar jangan sampai berulang lagi hingga mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan kerukunan hidup bernegara.

Demi mengingatkan diri untuk menghindarkan kemudaratan peristiwa-peristiwa hitam itu, maka tidaklah salah untuk menyebut atau mengingat kembali Peristiwa Berdarah 13 Mei itu seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan Undang Negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim beberapa minggu yang lalu. Malah peristiwa-peristiwa lain yang sejenis dengan 13 Mei itu pun tidak semestinya dilupakan.

Guan Eng jangan sampai lupa bahawa di Pulau Pinang sendiri, pada bulan November 1967 pergaduhan kaum telah meragut nyawa tak kurang daripada 23 orang. Tiga tahun sebelum itu pada tahun 1964, di Singapura (semasa negara pulau itu masih merupakan sebahagian daripada Malaysia), telah berlaku dua pergaduhan kaum masing-masing telah meragut nyawa 22 orang dalam satu peristiwa dan lapan orang lagi dalam satu peristiwa yang lain.

Dan lebih dahsyat daripada apa yang berlaku semasa "Tentera Bintang Tiga" bermaharajalela, pergaduhan kaum merebak di banyak tempat dan melibatkan bilangan (dan mangsa keganasan) yang jauh lebih ramai daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Perbuatan "buas" dan "ganas" yang sangat sadistic sifatnya semasa "Tentera Bintang Tiga" berkuasa itu, sampai sekarang masih menjadi ingatan dendam dan kenangan pahit dan pedih oleh sebahagian anak atau cucu mereka yang menjadi mangsa.

Saya sendiri semasa remaja kira-kira 40 tahun yang lalu sering mendengar cerita kebangkitan pendekar-pendekar Melayu menentang kekejaman Tentera Bintang Tiga itu terutama di Batu Pahat, Johor (terkenal dengan Kiyai Salleh sebagai tokoh utamanya). Begitu juga berlaku penentangan di Sungai Manik, Perak.

Kemudian sepanjang minggu lalu daripada perbualan dengan beberapa orang tokoh, saya dimaklumkan beberapa nama tempat lain seperti Bekor (dekat Kuala Kangsar, Perak), Batu Kikir (Negeri Sembilan) dan banyak tempat lain yang ada kaitannya dengan pergaduhan kaum di zaman "Bintang Tiga" itu.

Jadi jelaslah bahawa pergaduhan kaum di zaman Bintang Tiga itu berlaku di banyak tempat dan dengan demikian tentu banyak individu yang terlibat. Kerana itulah agaknya maka ada yang menyifatkannya sebagai lebih dahsyat daripada "Peristiwa 13 Mei"

Malah seorang ahli sejarah yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia(USM), Pulau Pinang, iaitu Dr. Cheah Boon Kheng sampai mengambil kesimpulan: "Bila dibandingkan bilangan nyawa yang terkorban dan keluasan kawasan yang terlibat sepanjang masa peralihan (interregnum) antara penyerahan Jepun dengan kedatangan kembali tentera British tersebut, pergaduhan kaum Mei 1969 itu boleh dianggap sebagai satu peristiwa yang pudar signifikannya. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Dr. Cheah yang berjudul Read Star Over Malaya.

Perbandingan yang dibuat oleh ahli sejarah tersebut menyebabkan kita mengulang kembali satu soalan yang berulang-ulang kali ditanyakan sepanjang dua minggu yang lalu: "Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?"

Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan "13 Mei" untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang "mabuk kemenangan", menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.

Dr. Firdaus Abdullah

Penang Wasabi..

Thursday, November 18, 2010

" Amanat Hadi " yang menyesatkan ahli PAS antara penyebab Peristiwa Memali!


AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Saudara-saudara sekalian, pergilah ikut menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BARISAN NASIONAL, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajahan. Mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara! Perjuangan kita adalah JIHAD! Ucapan kita adalah JIHAD! Derma kita adalah JIHAD! Dan kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah MATI SYAHID! Mati kita adalah MATI ISLAM!

Kita tidak payah masuk Yahudi. Kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha. Tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.

PAS ( Parti Islam SeMalaysia )


Inilah amanat yang telah menyesatkan seluruh penyokong PAS! Mereka dengan berani mengkafirkan saudara seagama, mengkafirkan ibu atau ayah sendiri, solat 2 imam dan macam-macam lagi. Kerana amanat inilah berlakunya Peristiwa Memali dan puak PAS mengatakan yang mati ketika Peristiwa Memali adalah "syahid". Namun Majlis fatwa telah mengistiharkan mereka yang mati bukan mati "syahid".

Jika kita lihat segala-galanya diangkat menjadi jihad! Menderma pun dianggap jihad. Yang menarik adalah kenapa mereka tidak membangkitkan isu tabung derma mangsa Memali yang telah disalahgunakan? Kemana perginya wang-wang itu? Adakah mereka makan duit derma orang ramai seperti mana berlaku di Masjid Jamek Permatang Pasir?

Beginilah jadinya apabila matlamat menghalalkan cara, apa saja dihalalkan untuk mencapai cita-cita politik dan kuasa. Semua nya menjadi halal, malah darah saudara sendiri juga dihalalkan.

Kerana amanat inilah orang melayu berpecah belah, kerana amanat dajal inilah SAUDARA SEAGAMA DIKAFIRKAN DAN KAFIR HARBI DIANGKAT MENJADI SAUDARA. Hj. Hadi sudah melakukan dosa yang amat besar. Maka segala yang berlaku harus Hj. Hadi dipertanggungjawabkan. Beliau harus bertanggungjawab dan menarik semula "Amanat" sesat yang menjadi pegangan ahli-ahli PAS selama ini!

Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa sehingga kini kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap "Amanat" yang sedemikian! Mengapa tidak ada pembersihan sepertimana berlaku terhadap Al-Arqam. Amanat yang bahaya sebegini sepatutnya harus di tarik balik.

Ramai yang telah termakan dengan hasutan ini. Mereka menganggap dengan menyertai perjuangan PAS adalah sebahagian daripada jihad. Mencerca, fitnah dan menghina saudara seagama jugak dibolehkan.

"Amanat Haji Hadi" - Menzalimi Agama Islam.

Dalam peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat haji Hadi yang mengkafirkan UMNO. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bermesyuarat pada 3 dan 4hb. Februari 1986 telah mengisytiharkan bahawa Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya tidak mati syahid.

Jawatankuasa itu juga menetapkan bahawa kematian Ibrahim Libya dan para pengikutnya sebagai "Penderhaka dan Berdosa" kerana tidak taat kepada negara Islam Malaysia. Malaysia adalah negara Islam yang sah mengikut pendapat terkuat "ULAMAK AL-MUHAKKIKUN" berasaskan pegangan mazhab Imam Al-Shafie.

Majlis Agama Islam Negeri Kedah pula menetapkan kumpulan Ibrahim Libya telah menyerupai "Bughah" dan bukan "mati syahid Ma'araakah". Parlimen yang meluluskan kertas putih pada 11 Mac 1986 dengan jelas mengaitkan peristiwa hitam itu dengan Amanat Haji Hadi Awang.

Yang paling ketara adalah Amanat Hadi Haji ini telah melahirkan golongan pelampau agama yang berperwatakan seperti berikut:-

1. Taksub kepada pemimpin mereka sahaja.
2. Keras kepala, keras hati dan degil
3. Bertindak keras tidak bertempat
4. Bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain
5. Jahat sangka terhadap orang lain
6. Gemar menabur fitnah dan mengkafir sesama Islam

Makna kepada kafir-mengkafir ialah kemuncak perlakuan jahat kerana apabila sesorang Islam dikafirkan bermakna kehormatan, harta benda, darah dan nyawanya halal untuk diceroboh.

Dan diberitakan bahawa PAS akan menganjurkan majlis 25 tahun Memali pada hari ini. Presiden PAS yang juga pelopor kepada " Amanat Hadi ", Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang akan mewarnai sambutan majlis memperingati 25 Tahun Memali.

Perasmian majlis itu akan disempurnakan Abdul Hadi sendiri pada jam 9 malam nanti. Baca di sini .

Penang Wasabi merasakan di majlis inilah masa yang paling sesuai bagi Haji Hadi Awang bertaubat dan mengakui kesilapannya dengan " Amanat Hadi " yang mana telah banyak menyesatkan umat Islam dinegara ini dan memperakui bahawa " Amanat" beliaulah antara penyebab Peristiwa Memali berlaku. Haji Hadi sepatutnya menarik balik arahan "Amanat" beliau dan memohon maaf terhadap seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam!

Beranikah Haji Hadi berbuat demikian. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Wednesday, November 17, 2010

DAP Bangsat : Digelar monyet kerana pertahan hak!

Kerana menggoncang, memanjat dan merantai dirinya pada pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam demonstrasi pada hari kedua persidangan baru-baru ini, dia dipanggil monyet oleh wakil rakyat DAP, R.S.N. Rayer.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga bekas 'bosnya' turut menggelar dirinya sebagai monyet yang dibawa oleh Pemuda UMNO ke sidang DUN.

Sebagai ahli Pas, sudah tentu Ariff Ibrahim, 38, kecewa kerana gelaran tersebut diberikan oleh rakan-rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang.

Menceritakan semula kejadian itu, dia memberitahu, mulanya dia berhasrat untuk tidak membuka mangga pada rantai yang mengikatnya selagi belum dapat berjumpa pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dia mahu mendapat penjelasan daripada mulut mereka sendiri berhubung beberapa isu melibatkan orang Melayu. Bagi ahli jawatankuasa Pas Bahagian Tanjung itu, tindakan tersebut mungkin jalan terbaik untuk membolehkan rakyat yang ditindas sepertinya bersemuka dengan pemimpin kerajaan negeri.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan arahan anggota-anggota polis supaya membuka ikatan rantai tersebut.

"Tindakan saya adalah sebagai susulan terhadap bantahan dan memorandum yang pernah dihantar kepada kerajaan negeri sebelum ini.

"Namun, sehingga hari ini, segala luahan kami tidak mendapat maklum balas daripada mereka," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam demonstrasi pada 2 November lalu kira-kira pukul 10.30 pagi, lebih 200 anak jati Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang berhimpun di depan DUN sebagai membantah dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih bersifat menindas rakyat.

Dalam bantahan itu, bukan sahaja orang Melayu, ia turut disertai kaum lain. Antaranya peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pemilik tanah di Kampung Genting, ahli UMNO, Pas, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri.

Ini bukan kali pertama Ariff bertindak seberani itu kerana dia pernah 'menyerang' kenderaan Guan Eng disebabkan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya. Ia berlaku pada bulan Ramadan lalu ketika kenderaan yang dinaiki Guan Eng baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Dia dikatakan melompat ke atas bonet kereta berkenaan sambil memegang poster bantahan. Menurut Ariff, bukan dia tidak mahu menggunakan saluran yang betul, iaitu menerusi Pas untuk menyatakan bantahan tetapi parti itu lebih-lebih lagi para pemimpinnya sendiri dilanda masalah dalaman.

"Bukan saya tidak percaya seratus peratus kepada parti sendiri, tapi Pas Pulau Pinang memang bermasalah.

"Pas seperti tidak endah masalah orang Melayu, tidak mahu turun padang siasat sendiri, pemimpin-pemimpin Pas diam saja setiap kali isu berbangkit," ujarnya.

Untuk meminta bantuan daripada rakan dari parti-parti lain dalam pakatan pembangkang jauh sekali. Berdasarkan pengalamannya berkhidmat di bawah Wei Aik dulu, dia tidak nampak wakil rakyat DAP itu bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan nasib orang Melayu.

Meskipun ditugaskan untuk menjalankan program-program bagi menambat hati orang Melayu ketika itu, Wei Aik dilihat sering berdolak-dalik bila dia memberikan pandangan atau mengajukan permasalahan.

"Saya nampak DAP tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah orang Melayu seperti perobohan gerai peniaga kecil, pengusiran dari kampung tradisional, pengambilan tanah dan isu tanah kubur.

"Bila saya ajukan perkara-perkara sebegini, mereka cadangkan saya tubuh cawangan DAP Melayu untuk menarik lebih ramai kaum tersebut menyertai parti berkenaan sekali gus menyelesaikan segala masalah.

"Di situ saya mulai sedar bahawa orang Melayu selama ini hanya dipergunakan oleh mereka," jelasnya lagi.

Bagi Arif, dia tidak menyesal atau takut untuk melakukan tindakan serupa pada masa depan. Apa yang penting baginya, dia mahu menegakkan kebenaran terutama berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Dia masih ingat amanat bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor, "Biar parti kalah, asal Islam menang.'

"Kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang saya umpamakan seperti sebelah tangan pegang madu, sebelah tangan lagi pegang pisau.

"Ia ternyata bercanggah dengan prinsip amal maaruf nahi mungkar yang mereka laung-laungkan selama ini," ujarnya mengakhiri pertemuan.

Penang Wasabi..

Tuesday, November 16, 2010

Guan Eng siKetua lanun buta sejarah : DAP dicabar akui Perlembagaan Persekutuan!

Gagasan Melayu Perak (GMP) mencabar DAP supaya mengakui bahawa Islam dan bahasa Melayu adalah agama dan bahasa kebangsaan bagi membuktikan parti itu benar-benar menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, DAP juga dicabar supaya mengakui bahawa tiada sesiapa atau mana-mana kaum boleh mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sejarah telah membuktikan UMNO dan orang Melayu sama sekali tidak bersifat buta perlembagaan, buta sejarah seperti yang dituduh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sejarah juga membuktikan bahawa UMNO dan orang Melayu tidak pernah sesekali lari dari landasan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mengecam UMNO sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan kerana tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain sebaliknya mengutamakan 'Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua' yang jelas melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Guan Eng, UMNO hanya mempertahankan kedudukan keistimewaan orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan kaum lain.

Katanya, Guan Eng harus sedar bahawa UMNO adalah pihak yang terlibat dalam membangunkan Malaysia secara mental dan fizikal setelah ia rosak teruk akibat permainan api perkauman ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Mohd. Hilmi berkata, Guan Eng sepatutnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub bukan sahaja hak-hak orang Melayu, agama dan bahasa rasmi negara tetapi juga hak kaum Cina dan India di negara ini.

"Beliau ternyata tidak mempunyai semangat mempertahankan sebuah dokumen undang-undang tertinggi negara walaupun sudah mengangkat sumpah untuk berbuat demikian. Maka beliau tidak layak menjadi seorang ahli Parlimen di sebuah negara berdaulat," katanya.

Katanya, Guan Eng masih memainkan isu kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum lain walaupun Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas hak dan kedudukan setiap kaum di negara ini.

"Jelas kepada kita bahawa beliau sebenarnya tidak pernah belajar sejarah atau sengaja buat-buat tidak tahu tentang fakta sejarah," katanya.

Guan Eng sebenarnya lupa yang SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU!!

Penang Wasabi..

Sunday, November 14, 2010

Gempar : Zaid Ibrahim akhirnya tinggalkan PKR!!!
















Seminggu selepas menarik diri daripada pertandingan jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.

“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi.

“Saya benci untuk mengalah kerana akan dilabel sebagai orang yang mudah berputus asa. Saya lebih rela (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) pecat saya.

“Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi,” katanya kepada portal berita, Free Malaysia Today yang dimilikinya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini. Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Adalah dipercayai bidasan terbaru, naib presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat lalu ada berkaitan dengan keputusan Zaid untuk meninggalkan parti itu. Apabila ditanya kenapa tidak menyertai PAS atau DAP saja daripada menubuhkan parti baru, Zaid menjawab:
"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau."!

Sadis mendengarnya..!!!Lelong-lelong, siapa mahu beli Zaid..!!!

Penang Wasabi..

Friday, November 12, 2010

DAP Zionis cemas : Kebangkitan rakyat P. Pinang!

SEBAHAGIAN penduduk berhimpun secara aman membantah kerajaan Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas dewan-dewan orang ramai di Telok Air Tawar, Butterworth, semalam.

Setiap hari selepas pulang dari kerja, Zambri Abdul Rahman, 45, akan memeriksa peti surat rumahnya. Seperti biasa, pelbagai risalah dan surat memenuhi ruang peti itu yang terletak di tingkat bawah sebuah flat kos rendah di Tanjung Tokong.

Namun, dalam banyak-banyak risalah, ada satu agak berbeza daripada yang lain. Bersaiz kertas A4, ia dicetak di kedua-dua belah muka surat dengan dua isi kandungan berbeza.

Satu bertajuk ‘UMNO takut rakyat akan tanya mengapa dulu BN (Barisan Nasional) tak boleh bagi duit, kini PR (Pakatan Rakyat) boleh bagi duit? Dan, takut rakyat dapat jawapan kerajaan tak makan duit, rakyat dapat duit’. Ia berkaitan isu pemulangan wang ihsan RM100 oleh warga emas yang was-was dengan sumber dana daripada hasil judi.

Manakala satu lagi tajuk adalah ‘UMNO terus berbohong, kerajaan PR terus difitnah’, iaitu mengenai isu pengambilan tanah di Kampung Genting dan Pondok Upeh di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi.

Dua tajuk berbeza tetapi mempunyai motif sama, iaitu memperlihatkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang adalah ‘orang baik’ manakala BN khususnya UMNO sebagai ‘orang jahat’.

Menurut Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan, pengedaran risalah tersebut adalah strategi Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa apa yang dibongkar dalam media massa selama ini adalah palsu.

Katanya, Guan Eng cuba memperdayakan rakyat bahawa segala kelemahan atau kecacatan dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya melibatkan orang Melayu yang disiarkan itu merupakan kerja jahat BN.

“Dia (Guan Eng) buat begini untuk meyakinkan rakyat bahawa isu-isu yang berbangkit kebelakangan ini adalah satu pembohongan, cerita yang diada-adakan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun, Cheng Guan melihat strategi itu sebagai tindakan terdesak Guan Eng untuk menutup segala kepincangan dalam pentadbirannya. Ini kerana, dalam tempoh dua tahun mentadbir, Setiausaha Agung DAP itu dilihat gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat Pulau Pinang. Namun, beliau percaya, rakyat tidak mudah untuk digula-gula dengan cara sedemikian.

“Lama-kelamaan rakyat akan bangkit kerana sudah bosan dengan putar-belit Ketua Menteri sekarang,” ujarnya.

Beliau memberikan contoh demonstrasi oleh lebih 200 anak jati Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang di depan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu sebagai membantah dasar-dasar kerajaan negeri yang lebih bersifat menindas.

Dalam bantahan itu, bukan sahaja orang Melayu, ia turut disertai kaum lain.

Antaranya peniaga di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pemilik tanah di Kampung Genting, ahli UMNO, Pas, PCM dan warga emas serta fakir miskin yang sebelum ini bertindak memulangkan semula wang ihsan pemberian kerajaan negeri. Cheng Guan menambah, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih banyak lagi demonstrasi dianjurkan selepas ini.

Ini kerana, jelasnya, dasar pentadbiran yang diamalkan Guan Eng seolah-olah tidak menghiraukan pandangan rakyat dan bersikap kuku besi. Maka jalan terbaik adalah demonstrasi yang mungkin satu-satunya saluran untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian negara, rakyat terpaksa melakukannya kerana tidak mahu lagi menunggu dan terus menunggu dengan harapan suara mereka didengari dan diberi perhatian. Bagi mereka, cara rundingan dan penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini tidak mendatangkan kesan. Mereka sudah jelak dengan alasan dan hujah pemimpin kerajaan negeri.

Kepada Guan Eng, Cheng Guan memberikan nasihat berikut, “Janganlah berlagak sebagai raja di Pulau Pinang, jangan menganiaya rakyat lagi.

“Ubah mentaliti pembangkang, bekerjalah untuk rakyat.”

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

DAP Zionis : Rakyat bantah P. Pinang mahu rampas dewan pula!



















Kira-kira 150 penduduk serta pemimpin masyarakat sekitar Telok Air Tawar di sini mengadakan perhimpunan secara aman membantah kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas sembilan buah dewan kegunaan orang ramai di kawasan tersebut.

Mereka yang terdiri daripada penduduk beberapa taman perumahan sekitar sini mengecam tindakan kerajaan negeri yang menghantar notis mengarahkan supaya semua bangunan dewan di kawasan tersebut dikosongkan dalam masa terdekat.

Bangunan terbabit ialah Dewan Panorama, Dewan Orang Ramai Taman Tun Dr. Awang, Taman Sri Pantai, Taman Melati, Taman Robina, Taman Senangan, Kampung Contoh, Dewan Belia Bagan Lebai Tahir dan Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Telok Air Tawar.

Menurut mereka, kerajaan negeri tidak mempunyai hak mutlak ke atas dewan berkenaan kerana semuanya dibina menggunakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri sebelum ini sudah mengambil alih tiga buah dewan di kawasan itu untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) selepas menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi penduduk mendakwa ia terbiar tanpa diselenggara.

Seorang penduduk, Abdul Hamid Ahmad, 76, mempersoalkan kenapa dewan-dewan berkenaan mahu diambil alih sedangkan ia sudah diurus dengan baik dan penduduk bebas menggunakannya bagi pelbagai tujuan termasuk penganjuran kelas malam pelajar, tabika, kenduri kahwin serta aktiviti persatuan.

‘‘Kita minta kepada kerajaan negeri, hentikanlah berpolitik berlebihan sampai dewan kegunaan orang ramai pun nak ambil. Kalau ambil alih, rakyat kena bayar sewa, kena isi dan hantar borang, bukankah itu hanya menyusahkan penduduk,” katanya.

Bagaimana Zionis merampas tanah dan harta rakyat Palestin, begitu juga berlaku di P.Pinang. Sedikit demi sedikit tanah dan harta orang Melayu dikikis dan di rampas!!!

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!



Penang Wasabi..

Thursday, November 11, 2010

MB Azizan Bongkak: Dulu Caci Johor, Kini Rumah kena Banjir!


















Azizan dibantu pemandunya bergegas keluar dari rumah beliau untuk ke Wisma Darulaman bagi menghadiri mesyuarat tergempar mengenai isu banjir. Bila terkena batang hidung sendiri baru mahu mesyuarat?

Rakyat negeri Johor sama sekali tidak akan melupakan Menteri Besar yang paling dibenci mereka, Azizan Abdul Razak, yang pernah melaung dengan penuh sifat riak, ujub lagi takabur untuk menjadikan negeri ‘Johor sebagai muzium’ di Stadium Perak:

" Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium."

" Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,” katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang ketika itu. ( semasa Perak jatuh ketangan PR selepas PRU ke-12 )

Apa sudah jadi kepada beliau?

Mari kita doakan sekali lagi semoga Allah Taala menyelamatkan insan yang menggelar dirinya ‘ustaz’ ini daripada terus ‘tenggelam’ dalam sifat riak, ujub, takabur dan nafsu amarah sehingga sanggup mencemuh saudara-saudara beliau.

Patutkah rakyat negeri Johor menghulurkan bantuan?

Bak kata Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, pada 18 Januari 2007 ketika banjir besar melanda Johor:

" Apa yang penting kita harus ingat setiap musibah yang berlaku mungkin ada sebabnya, adakah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini atau macam mana ".

Wallahuallam..

Penang Wasabi..

Tuesday, November 9, 2010

Apa yang merisaukan Zaid Ibrahim jadi kenyataan!





















Zaid Ibrahim bukan sahaja menarik diri daripada persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi juga melepaskan semua jawatan dalam parti itu. Bermakna peguam itu akan melepaskan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain penyelaras bagi pakatan pembangkang.

Keputusan Zaid menarik diri ketika baru satu pertiga cabang PKR selesai mengadakan pemilihan tentu mengecewakan penyokongnya. Tindakan itu pasti memberi laluan mudah kepada Azmin Ali untuk mengetepikan cabaran Mustafa Kamil Ayub sebagai pesaing merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Zaid ternyata kecewa kerana pucuk pimpinan PKR seolah-olah membenarkan berlaku penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti, sedangkan isu itu telah dibangkitkan berulang kali.

Siapa tidak merajuk hati misalnya beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Jika demikian cara pemilihan dilakukan, apa makna sistem demokrasi PKR yang memberi hak mengundi kepada setiap ahlinya - 'satu ahli, satu undi.' Dakwaan bahawa parti itu telus dan adil adalah temberang kerana cara pemilihan PKR secara jelas menunjukkan Anwar Ibrahim cuba mengekalkan kroni-kroninya dalam parti.

Hakikatnya, PKR hanya parti tunggangan Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Anwar mengamalkan sikap 'nepotisme' bagi memastikan orang yang dikehendakinya menang. Inilah imej sebenar demokrasi acuan PKR.

Sememangnya Zaid telah tersilap memilih parti yang boleh mengembangkan budaya politik berprinsip untuknya dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Untuk tujuan murni itu, bukan prinsip PKR.PKR sendiri dibelenggu masalah perebutan kuasa di kalangan pemimpinnya serta tidak mempunyai hala tuju jelas dalam perjuangan politiknya sejak ditubuhkan dahulu.

Walaupun Zaid belum bersedia untuk keluar daripada PKR, tetapi mengikut rekod sejarah mereka yang menarik diri dan keluar daripada parti itu, faktor terlalu banyak kelemahan mendorong mereka 'berhijrah.' Bukan mengejutkan kalau seorang lagi pemimpin besar PKR meninggalkan parti itu.

PKR sebenarnya tiada idealisme perjuangan yang berlandaskan kepada kepentingan bangsa, agama dan negara, jadi tidak menghairankan kalau cita-cita parti itu hanya untuk mendapat kuasa semata-mata. Kepada Zaid, jangan salahkan ahli-ahli PKR jika semasa kemasukannya dalam parti itu disambut sebagai wira dan kini dicaci dengan gelaran 'pengacau.'

Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik. Pihak pembangkang mana yang hendak mendengar cakap Zaid jika dia tidak punya apa-apa jawatan dalam politik.

PKR bukanlah parti perjuangan, sebaliknya parti yang sentiasa bergolak yang akhirnya pemimpin terpaksa mencari jalan keluar. Apakah Zaid akan keluar daripada PKR sebagaimana pemimpin terdahulu? Kita tunggu pengumumannya!

Apa lagi tunggu Zaid...chow chin chow..!!!

Penang Wasabi..

Monday, November 8, 2010

"Buku" terbaru Zaid Ibrahim : Akhirnya aku pun LAYU juga!












Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR!

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkan politik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub. Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin kini terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi. Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Rakyat sedang menantikan buku terbaru dari Zaid Ibrahim..!!!

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

Sunday, November 7, 2010

Mohd. Nor buat laporan polis terima ugutan!

MOHD. Nor Deris menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Nilam Puri, Kota Bharu, semalam.

Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan dalam laman sosial Facebook dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ekoran tersiarnya rakaman video pertengkaran beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Internet baru-baru ini.

Mohd. Nor membuat laporan itu di Balai Polis Nilam Puri kira-kira pukul 3.30 petang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas mereka yang membuat ugutan tersebut.

Beliau berkata, ancaman itu jelas menunjukkan Pas mengamalkan budaya samseng sedangkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ini (ugutan) menunjukkan budaya Pas ala samseng, Islam di mana? Perangai samseng, Nik Aziz sendiri pun pernah terjemah Allah pun samseng, ini contoh yang diberikan oleh pemimpin Pas kepada ahli-ahlinya.

"Saya tidak buat apa-apa pun pada Nik Aziz, saya cuma mahu dia jelaskan kenapa bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi kenapa ancam keselamatan saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' itu meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Sementara itu, Mohd. Nor yang juga bekas Ahli Dewan Ulama Pas berkata, perjuangan Pas telah berubah berbanding asas penubuhannya yang mencari keredaan Allah kepada perjuangan untuk kemenangan pada pilihan raya.

Perjuangan Pas sekarang hanya mengejar pangkat dan harta, bertopengkan Islam, berkubukan demokrasi supaya mencapai hasrat nafsunya dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan ajaran Islam," katanya.

Disebabkan itu, jelasnya, pakatan Pas dengan mana-mana parti tidak kekal lama kerana ia hanya mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya dan bukannya menegakkan Islam berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tunjang dan wujud perjanjian seperti Piagam Madinah.

"MCA dan MIC sudah buat perjanjian dengan UMNO iaitu menerusi kontrak sosial, malah UMNO menjadi pemimpin dalam pakatan itu dari dulu sehingga sekarang. Tidak seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu siapa ketuanya tetapi Pas lebih banyak ikut cakap DAP," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, November 5, 2010

Nik Aziz lawan Mohd. Nor Deris!

Buku bertemu ruas! Pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris telah meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd. Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Malah, 'kisah menarik' itu juga mendapat liputan dalam pelbagai laman blog sama ada propembangkang atau prokerajaan seperti theunspinners.blogspot.com dan ia turut cuba 'dijernihkan' oleh www.harakahdaily.net.

Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:



Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"

Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar. Antaranya beliau bertanya tentang anak-anak Omar selain bertanya mereka kerja di mana.

Penang Wasabi..

Monday, November 1, 2010

Rakyat P.Pinang berkumpul di hadapan Dewan DUN bantah Ketua Menteri Lanun!
















Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.

Mereka membantah kenaikan tarif air dan isu pengambilan tanah di Balik Pulau. Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu.

Laungan “pengecut” dan “Allahu Akbar” bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan.

DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.

Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.

Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat. Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!”

Azian Ariffin, yang mewakili pemilik tanah di Balik Pulau, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.

Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya.

Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi.

Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.

Kemelut tercetus apabila kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah seluas kira-kira 80 hektar pada nilai RM100 juta bagi membangunkan hab kecemerlangan pendidikan.

Pada Januari lalu, Lim menerangkan bahawa keutamaan adalah bagi Pulau Pinang dibangunkan sebagai “ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi, kreatif dan pengetahuan inovatif”.

Katanya, projek berkenaan akan menarik minat penubuhan sekolah antarabangsa, cawangan kampus universiti, koleh berasakan perkhidmatan dan juga pusat sains. Kerja-kerja dijadualkan bermula dalam setahun dua ini.

Namun, projek itu mendapat bantahan daripada Umno Pulau Pinang dengan asas bahawa satu daripada cawangan kampus adalah daripada sebuiah universiti di Singapura, tanah milik Melayu yang terlibat dan bayaran pampasan adalah rendah.

Selepas setengah jam, beberapa perwakilan dibenarkan masuk ke bangunan itu bagi berjumpa dengan Lim. Polis kemudiannya memberikan amaran kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Seorang daripada mereka, Ariff Ibrahim dari Balik Pulau, enggan mematuhi arahan itu dan menjerit “kami akan pertahankan tanah Melayu!”. Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke sebuah balai polis.

Sementara itu : Azhar digantung lagi, ADUN Umno keluar dewan
















Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan. Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan. Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.

Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini. Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.

Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.

"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya.

Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..