~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, April 22, 2010

Azizan sedia bubar DUN!




















Tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang keluar dari parti itu atas beberapa faktor turut memanaskan lagi suhu politik di negeri ini. Terbaru, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ada wakil rakyat pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk berbuat demikian bagi memberi kuasa semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan. "Kalau saya sudah rasakan perlu, saya akan menghadap Tuanku Sultan Kedah memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dewan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan politik di negeri ini berikutan tindakan keluar parti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang menjadi wakil rakyat Bebas selain timbulnya khabar angin kononnya akan ada lagi ADUN pembangkang lain mengikut jejaknya.

Azizan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinannya pada masa ini tidak tergugat dengan apa yang berlaku. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap ADUN-ADUN lain dalam pakatan pembangkang bahawa mereka akan terus kekal menyokong pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kedudukan terkini daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah menyaksikan Pas kini mempunyai 16 ADUN, PKR tiga dan seorang DAP yang membentuk kerajaan negeri manakala Bebas dua ADUN.

Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 13 ADUN dengan satu lagi kerusi di Kota Siputeh yang masih berada dalam kes mahkamah.

Penang Wasabi

2 comments:

  1. bagaimana kalau tuanku tak perkenan? adakah episod di perak akan berulang?

    ReplyDelete
  2. Kalau Tuanku tak Pekenan maka dapatlah kita melihat Beruk-Beruk PR terjerit-jerit dalam DUN.

    ReplyDelete