~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, August 27, 2014

'Pengantin' separuh bogel mengaku salah?


IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

How Jo Yee, 21, dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Jika denda gagal dibayar, penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.

Sebelum itu, peguam kata ''Tidak bersalah berpakaian sikit"?


Mengambil gambar di tempat awam tidak bersalah selagi mereka berpakaian, kata seorang peguam terkenal, Syahredzan Johan.

"Secara jujur, saya tidak nampak sebarang kesalahan dengan cara pemakaian pasangan di Ipoh. Ia mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah orang, tetapi saya tidak nampak bagaimana ia boleh jadi satu kesalahan jenayah'', tambah beliau.

Baru-baru ini, gambar pasangan pengantin yang berpakaian sedikit di Ipoh mula viral di laman sosial.

New Sin Yew, seorang peguam juga percaya peristiwa ini bukan satu kesalahan gangguan awam. "Jenayah gangguan awam seharusnya menjejaskan komuniti. Tambahan pula, memilih untuk berpakaian begitu adalah hak mereka sepenuhnya mengikut perlembagaan untuk kebebasan bersuara," berkata Sin Yew.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment