~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, May 30, 2014

Nurul Izzah fail kes hadanah terhadap dua anaknya?


Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, telah memfailkan kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Perkara itu diberitahu oleh peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, suami kepada Nurul Izzah, ketika kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain Khamis.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

Pada 30 April lepas, Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli memfailkan tuntutan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam dan defendan pada 24 Mei lepas.

Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden, untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi.

"Dalam prosiding hari ini, saya (Azmi) bersama peguam Zulkifli Che Yong hadir untuk mewakili responden," katanya.

Menurutnya mahkamah akan bertanya mengenai pendirian responden mengenai perkara itu sebelum diminta untuk mengemukakan pembelaannya.

Azmi berkata Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak hadir hari ini kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, Nurul Izzah hadir ke mahkamah.

Sebelum ini, Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lepas.

Seksyen itu juga menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Penang Wasabi..

Thursday, May 22, 2014

Mohamed Nabi minta perjelas status ahli Pas?


Calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abdul Sathar menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd. Ridzwan mengesahkan status beliau sebagai ahli Pas kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux mendakwa, beliau mengenali Hasbullah yang juga Ketua Pemuda Pas Gombak dengan rapat sejak wakil rakyat itu memegang jawatan Setiausaha Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak antara 1998 hingga 2003.

“Sekarang ini pun kami masih berhubung antara satu sama lain, jadi saya percaya beliau adalah orang penting untuk menjawab sama ada saya adalah ahli Pas atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas bertemu ketua-ketua masyarakat di Kampung Melayu, Air Hitam di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan Mohamed Nabi Bux yang bertanding dalam PRK berkenaan menentang calon DAP, Ramkarpal Singh Deo serta dua calon lain adalah ahli Pas.


Walau bagaimanapun, Mohamed Nabi Bux bersumpah beliau merupakan ahli Pas Cawangan Kampung Banjar, Gombak dan mengemukakan sijil keah­lian parti itu sebagai bukti.

Dalam pada itu, Mohamed Nabi Bux berkata, beliau akan terus memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada orang bukan Islam dalam kempennya sehingga hari pengundian 25 Mei ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng memberi penjelasan kepada rakyat mengenai hukum itu supaya masyarakat terutama bukan Islam memahaminya.

“Hukum hudud itu hanya untuk orang Islam tetapi penerangan mengenainya perlu diberikan kepada semua orang," katanya.

Penang Wasabi..

DAP: Tolak Nabi Bux berbohong tentang LGE?


Kenyataan calon Bebas bagi pilihan raya kecil Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar yang mendakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng menyokong hudud, tidak diterima baik oleh DAP.

Setiausaha Politik kepada Lim, Wong Hon Wai mengutuk sekeras-kerasnya "pembohongan" Nabi Bux mengenainya dalam sidang media di Taman Tun Sardon sewaktu mengadakan kempen di situ.

"Dia berbohong dan tidak menyokong dakwaannya dengan bukti bahawa Lim menyokong hudud di Malaysia," kata Wong yang juga ADUN Ayer Itam.


Wong berkata Lim, dalam kapasitinya sebagai ketua menteri dan setiausaha agung DAP menolak cadangan PAS untuk menbentang Rang Undang-undang Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan Jun ini.

"Lim juga berkata bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang dan kenyataaan itu telah dilaporkan oleh media.

"Nabi Bux berbohong dengan niat jahat dan pencalonan perlu ditolak oleh pengundi Bukit Gelugor," kata Wong.

Wong merujuk kenyataan Nabi Bux semalam yang mendakwa Lim "secara rahsia" menyokong pelaksanaan hudud di Malaysia dan beliau tidak pernah menolaknya sebenarnya.

Penang Wasabi..

Saya bujang tapi bukan gay, kata Ramkarpal?


Kempen pilihan raya kecil Bukit Gelugor memasuki fasa baru apabila isu sekitar pilihan seksual calon DAP Ramkarpal Singh dibangkitkan.

Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan menyuarakan perasaan ingin tahunya terhadap gambar lelaki berotot yang dimuat naik ke Facebook Ramkarpal.

“Kenapa Ramkarpal memuat naik banyak gambar lelaki berotot di FB dia.

“Dia sudah 38 tahun dan belum berkahwin, kamu tak rasa ada yang tidak kena berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa turun padang di Island Glades pagi ini.

Berang dengan sindiran itu, Ramkarpal menafikan beliau seorang homoseksual dan berharap untuk mencari pasangan hidup segera.


Menyifatkan sindiran itu sebagai “tidak masuk akal”, peguam itu menyatakan kekesalannya terhadap lawannya yang menggunakan taktik sebegitu.

“Dia (Huan) tak ada perkara lain (lebih baik) untuk dibuat dalam kempennya?” tambahnya.

Selain Huan, Ramkarpal turut berdepan dua lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohd Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar.

Kerusi Bukit Gelugor kosong ekoran kematian bapa Ramkarpal, Karpal Singh, akibat kemalangan jalan raya bersama pembantunya di Perak pada 17 April lalu.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 20, 2014

Calon Bebas rempuh kereta Guan Eng, dakwa dirinya 'dilanggar'...Awat ni,betoi ka?


Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan berlakon seolah-olah 'dilanggar' kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian melucukan itu, Abu Backer bertindak menjatuhkan badan ke arah kenderaan berkenaan yang sedang keluar dari kawasan DUN dan berlakon seolah-olah dilanggar kenderaan terbabit.
Difahamkan, Abu Backer berbuat demikian bagi mendapatkan perhatian media selepas kebanyakan agensi media yang beroperasi di negeri ini termasuk media arus perdana sudah memutuskan untuk memulaukan beliau kerana gagal memberikan kerjasama dengan baik dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Abu Backer kemudiannya sengaja berbaring dan menggerakkan badan ke bahagian bawah kereta rasmi Guan Eng, bagi menggambarkan tubuhnya digilis kereta terbabit dan 'berpura-pura mati'.

Akibatnya, kereta Guan Eng terhenti dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga polis trafik datang bagi menyuraikan lalu lintas yang terhenti akibat tindakan beliau berbaring tengah jalan raya.

Penang Wasabi..

Monday, May 19, 2014

Ramkarpal dibidas kerana sentuh isu hudud?


Calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo ditempelak sebagai tidak layak dan tidak berhak mewakili DAP untuk membuat sebarang kenyataan berhubung pelaksanaan hukum hudud Pas.

Menurut calon Bebas PRK berke­naan, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar, Ramkarpal tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam DAP seperti mendiang bapanya, Karpal Singh untuk menyatakan pendirian mengenai hudud.

Malah menurut beliau, jangka masa keanggotaan Ramkarpal da­lam DAP juga dipersoal oleh ahli-ahli parti itu sendiri.

"Pendirian beliau berkenaan hudud tidak penting sebab dia hanya ahli DAP biasa, tiada sebarang jawatan pun, jadi tidak perlu diambil kira," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi di Pasar Awam Taman Tun Sardon, Bukit Gelugor di sini hari ini.

Mohamed Nabi Bux membidas kenyataan Ramkarpal baru-baru ini bahawa beliau mempunyai pendirian yang sama dengan mendiang bapanya, Karpal dan DAP yang menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Dalam pada itu Mohamed Nabi Bux mendakwa, Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disah­kan, Lim Guan Eng secara sulit menyokong penuh pelaksanaan hukum hudud di Kelantan demi kepentingan politiknya di negeri ini.

Beliau turut mendakwa, Guan Eng menyokong pelaksanaan hukum hudud itu secara sulit demi mengambil hati pemimpin Pas dan menjaga hubungan dalam pembangkang meskipun sebelum ini mengakui menentang hukum Islam tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui tidak pernah mendengar sendiri Guan Eng menyatakan perkara tersebut dalam mana-mana perjumpaan dengan ahli-ahli Pas.

"Dia tidak akan beritahu saya atau rakyat, beliau akan beritahu pemimpin Pas. Ini semua untuk kepentingan politik dia. Saya tahu dia memang setuju, 100 peratus setuju, tetapi secara sulit, kerana politik dia mesti setuju," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nabi Bux berkata, beliau bersedia dihadapkan ke Lembaga Disiplin Pas sekiranya Ketua Penera­ngan, Datuk Mahfuz Omar berhasrat mengambil tindakan terhadapnya.

Menurutnya, beliau tidak gentar berdepan tindakan daripada parti memandangkan mendapat sokongan ramai ahli Pas lain berhubung keputusannya bertanding dalam PRK berkenaan.

"Ramai ahli Pas berada di belakang saya kerana saya memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini yang mana ini adalah dasar dalam Pas sendiri," katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, May 18, 2014

Lawak politik Anwar memalukan?


Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim kononnya wujud gangguan kumpulan gengster sehingga menyebabkan pemilihan parti itu kacau-bilau disifatkan sebagai lawak politik yang cukup memalukan.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, alasan murahan Anwar bagi menutup isu penyelewengan dalam pemilihan PKR tidak ubah seperti meludah ke langit dan terkena muka sendiri kerana huru-hara itu ditimbulkan ahli parti sendiri.

Menurutnya, keadaan kacau-bilau pada setiap kali pemilihan PKR bukan disebabkan wujudnya gangguan kumpulan gengster se­perti didakwa Anwar, sebaliknya kerana Ketua Pembangkang itu sendiri yang 'memijak' dan mengotorkan amalan demokrasi dalam parti.

“Kalau benar wujud kumpulan gengster, apakah Zulkifli Ahmad yang bertindak memaki-hamun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di depan Anwar adalah gengster? Kejadian itu berlaku di depan Anwar sendiri, apakah itu gengster yang dimaksudkan?

“Apakah bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mengkritik lembaga disiplin PKR kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan bagi jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor juga gengster," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Anwar bertindak menyalahkan pihak lain sebagai punca keadaan kacau-bilau termasuk insiden bergaduh dalam pemilihan PKR sehingga menyaksikan pengundian di 27 cabangnya terpaksa dibatalkan dan perlu melalui pemilihan semula.

Dalam pada itu, Zamil berkata, tuduhan Anwar kononnya kekecohan semasa proses pemilihan PKR disebabkan kumpulan gengster juga satu penghinaan kepada ribuan ahli parti yang tampil membantah proses pemilihan dan ini membuktikan mereka tidak dihargai.

“Anwar harus sedar, zaman sekarang bukan lagi seperti tahun 1974 yang beliau boleh menipu rakyat dalam isu demonstrasi Baling. Sekarang semua kelemahan PKR diketahui dunia dan memberi alasan dengan menipu hanya memperbodohkan diri sendiri," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, May 16, 2014

Nak tuduh UMNO lah tu, tapi tak berani...!!! Anwar dedah gangster ganggu pemilihan PKR?


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim mendedahkan wujud gangguan kumpulan gangster sehingga pemilihan parti itu menjadi kacau bilau dan menyebabkan 27 cabangnya terpaksa mengulangi proses itu.

Dia berkata, perkara itu membuktikan wujudnya elemen percubaan untuk mengkhianati parti dengan menimbulkan huru hara di lokasi pemilihan.

Katanya, laporan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mendapati kumpulan bukan anggota parti itu sengaja atau mungkin menerima upah untuk berbuat demikian.

"Ada kawasan yang sehingga pukul 4.30 petang baik sahaja tiada gangguan, bagaimanapun pada pukul 4.40 petang, datang segerombolan gangster pecahkan peti undi. Jadi, sudah dikenalpasti oleh JPP di dalam video dan (mereka) bukan ahli.

"Pada saya, perkara itu cukup membuktikan ada percubaan untuk mengkhianati. Tetapi saya tidak kira, sama ada dia anggota parti atau tidak, dan melakukan jenayah serta perlanggaran peraturan, maka kita akan bertindak dan itu jelas seperti yang dicapai melalui konsensus kita pada Rabu lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.



Sebanyak 10 daripada cabang yang terpaksa mengadakan pemili­han semula terletak di Selangor manakala 17 lagi di negeri lain.

Dalam pada itu, Anwar mengakui pemilihan PKR mempunyai beberapa kelemahan dan perkara itu sudah dikenalpasti serta cuba diperbaiki namun menegaskan parti itu tidak melindungi penjenayah.

Katanya, lembaga disiplin dan JPP tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas anggota yang terbukti mempunyai niat untuk mensabotaj parti.

"Saya memberi sokongan kuat kepada JPP untuk memecat serta merta mana-mana anggota yang melanggar disiplin ataupun yang melakukan kekerasan," katanya.

"Kita tidak melindungi penjenayah dan penipu yang melakukan kekerasan. Jadi kita tidak teragak-agak batalkan mana-mana pemilihan sekiranya terbukti pelanggaran (peraturan) telah berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, percubaan sabotaj itu bertujuan mengheret parti ke Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya nampak ada percubaan untuk mengheret ROS memberi alasan seperti mana yang berlaku kepada DAP dan pihak ini memberikan ruang awal bekerja bagi pihak parti pemerintah menyulitkan urusan kita.

"Kita bagaimanapun akan memastikan proses ini diikuti dan sebarang bantahan perlu mengikut saluran," tegasnya.

Penang Wasabi..

Sunday, May 11, 2014

Pastikan UMNO sentiasa relevan!


Berikut ialah transkrip penuh Ruang Bicara Khas Bernama TV Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Perdana Menteri ditemuramah selama sejam oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun UMNO Ke-68.

Datuk Seri, soalan pertama saya adalah UMNO akan merayakan ulang tahun ke-68 pada 11 Mei ini. Kalau UMNO itu manusia, pada usia sebegitu ia dikatakan sudah berumur, kurang tenaga, kurang aktif, dan mungkin semangatnya sudah luntur. Bagaimana Datuk Seri melihat UMNO pada usia sebegitu?

NAJIB: UMNO masih parti yang berwibawa. Hakikatnya dalam pilihan raya lalu, kita telah berjaya menambah bilangan kerusi. Ini menunjukkan apa pun yang diperkatakan, UMNO masih merupakan parti yang terkuat di tanah air. Ini menunjukkan bahawa perkembangan sebuah parti yang sudah pun usianya mencecah 68 tahun tapi tidak bererti ia semakin lemah atau kurang bertenaga. Namun saya akui (sebagai) sebuah parti, kita mesti lalui transformasi. Kita mesti hadapi cabaran untuk terus jadikan UMNO sebagai parti yang relevan pada setiap zaman.

Berubah atau rebah. Saya ingat lagi kata-kata Datuk Seri apabila mengambil alih teraju (kepimpinan parti). Tetapi masih ada suara-suara sumbang yang mengatakan mereka tidak lihat perubahan ketara dalam UMNO. Mungkin perubahan itu tidak dapat dilihat secara tangible (nyata), mungkin secara sikap dan minda ada perubahan Datuk Seri lihat?

NAJIB: Saya lihat daripada beberapa aspek. Pertama dari segi UMNO, dasar-dasar yang ditunjangi UMNO melalui kerajaan; dasar-dasar ini kita dapat lihat umpamanya UMNO menyokong dasar transformasi negara, UMNO menyokong konsep 1Malaysia dan UMNO juga menyokong segala inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan. Dari segi UMNO itu sendiri, kita telah lakukan perubahan dan pembaharuan di mana kali pertama dalam sejarah parti kita, kita telah dapat melaksanakan apa yang kita katakan pemilihan secara langsung - direct election. Kita tidak lagi bergantung kepada 2,600 perwakilan yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi kepimpinan parti dari atas sampai ke peringkat Majlis Tertinggi tetapi kita buat pemilihan melalui penyertaan akar umbi 160,000 ahli terlibat dalam proses tersebut. Namun saya akui perubahan dari segi nilai dan budaya perlu makan masa untuk kita membuat perubahan yang lebih mencerminkan apa yang kita patut lakukan dalam konteks persekitaran politik yang baharu. Maknanya yang saya tekankan ialah kita mesti jadi pengamal new politic bukan pengamal the old politic. Ini saya akui memakan masa sebab mengubah mindset manusia, tentu sekali makan masa.

Macam Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan, sudah tentu ia bertujuan mengelakkan politik wang. Tetapi apakah mereka bersedia berubah dari segi minda dan budaya mereka, sanggup transform daripada dulu sanggup beri sogokan untuk dapat sokongan? Apakah mereka tidak lagi berbuat demikian selepas Datuk Seri memperkenalkan cara pemilihan baharu?

NAJIB: Belum sepenuhnya. Saya akui belum sepenuhnya berubah (politik wang) tetapi saya anggap ini sebagai satu perjalanan. Ini mungkin fasa pertama. Lepas ni kita perlu melihat apakah kaedah yang lebih baik dan bagaimana nak ubah mindset atau sikap dan nilai manusia dan pemimpin-pemimpin dalam konteks di peringkat akar umbi. Mereka begitu setia pada parti, mereka berkhidmat untuk parti tetapi saya harap soal pemilihan parti kita menjunjung nilai-nilai yang murni dalam pemilihan.

Ada tak nampak perubahan ke arah lebih baik Datuk Seri?

NAJIB: Ada beberapa aspek nampak lebih baik, tetapi ada aspek yang kita perlu terus lakukan penambahbaikan.

Satu lagi Datuk Seri, mengenai peremajaan parti. Remajakan parti tidak semestinya bermaksud orang lebih muda masuk, tetapi dalam Bahasa Inggeris rejuvenate the party. Pada pilihan raya lepas kita lihat ada lonjakan kerusi bagi pihak UMNO sedangkan untuk rakan-rakan lain kurang mendapat sokongan. Apakah reformasi atau transformasi yang dilakukan itu memberi kesan kepada UMNO dalam pilihan raya lepas?

NAJIB: Sedikit sebanyak sokongan yang bertambah kepada UMNO menunjukkan perubahan yang kita lakukan mendapat sambutan dalam kalangan rakyat tapi sokongan kepada UMNO di kawasan bandar/urban tidak begitu memuaskan lagi.

Jadi langkah kita ke hadapan ialah untuk terus mempertahankan UMNO, kekuatan kita, teras kita di kawasan luar bandar. Tetapi di samping itu kita perlu dilihat sebagai parti yang ada sokongan yang semakin bertambah di kawasan bandar termasuk bandar utama.

Proses peremajaan UMNO itu sendiri, bagaimana Datuk Seri lihat, sudah berjaya atau tidak?

NAJIB: Belum lagi. Saya lihat ini sebagai satu proses. Tak mungkin dalam tempoh masa satu penggal saja atau kurang daripada satu penggal, kita boleh melakukan proses peremajaan dalam UMNO. Tetapi ini bagai satu perjalanan, di mana proses ini mesti berterusan. Jadi, dalam satu penggal ada penggantian dengan pemimpin-pemimpin lebih muda dan baharu dan selanjutnya proses ini akan kita teruskan dan kita perlu mengenal pasti bakat baharu yang boleh kita ketengahkan. Ini mesti merupakan proses yang terancang, bukan proses yang berlaku dengan sendirinya.

Mesti ada usaha yang tersusun supaya UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang memang mengiktiraf kepimpinan baharu, intelektual, profesional dan mereka yang mencerminkan, apa yang selalu kita sebutkan, Gen-Y. Kita pun kena merupakan sebuah parti yang sentiasa dapat melakukan proses pembaharuan ini.

Dalam pemilihan yang lepas, ada pihak mengatakan tidak banyak perubahan dari segi muka-muka baharu. Adakah ini suatu yang positif atau negatif kepada Datuk Seri?

NAJIB: Saya melihat bahawa kita tidak boleh melakukan sesuatu yang begitu mengejutkan tetapi kita mesti melakukan continuity dan pembaharuan. Dua unsur ini perlu kita lakukan secara serentak. Maknanya ada pemimpin-pemimpin yang perlu kekal sebab khidmat mereka masih diperlukan. Ada juga pemimpin baharu yang kita ketengahkan, kita naikkan kedudukan mereka dalam kerajaan, dalam parti di mana sumbangan mereka akan lebih meluas lagi. Jadi saya lihat kedua-dua unsur ini perlu berjalan serentak.

Di peringkat akar umbi, bahagian dan cawangan, kelihatan seperti orang-orang itu juga masih menjadi ketua bahagian. Jadi di mana peremajaan itu boleh berlaku kalau mereka masih mahu bertahan walaupun sudah memegang jawatan selama empat, lima penggal?

NAJIB: UMNO merupakan parti demokratik. Jadi hakikatnya kita cuma boleh menggambarkan prinsipnya tapi pada akhirnya terpulang kepada ahli UMNO itu sendiri yang memilih. Tak semestinya mereka kekalkan (semua) pemimpin sedia ada...dan mungkin juga mereka tolak semua. Jadi kalau pemimpin lama masih boleh berkhidmat dan beri sumbangan dan dapat sokongan daripada ahli, mereka akan kekal sebagai pemimpin. Sebaliknya, banyak juga bahagian, lebih kurang 35 peratus ada perubahan kepimpinan dari segi ketua bahagian. Saya lihat ini satu perubahan yang menggalakkan. Kalau satu pertiga berlaku perubahan, mungkin pemilihan akan datang satu pertiga lagi akan berlaku perubahan di bahagian-bahagian, yang belum berlaku perubahan dalam pemilihan yang baharu berlangsung.

Saya nak minta pandangan Datuk Seri sebagai Presiden parti. UMNO memang tak dapat dinafikan parti tertua yang memerintah malah di dunia. UMNO telah banyak berjasa bukan sahaja kepada orang Melayu, tetapi seluruh bangsa di Malaysia. UMNO di bawah Datuk Seri mempunyai pelbagai rancangan yang cantik melalui transformasi, nak bawa negara ke tahap berpendapatan tinggi. Tetapi dalam masa sama dikatakan seperti seorang tua yang tidak dihormati oleh golongan muda. Dikatakan terlalu lama memerintah, ketinggalan zaman. Jadi sebagai presiden, tidakkah Datuk Seri merasa kecil hati atau jauh hati sedangkan Datuk Seri beria-ia memimpin negara ke arah yang dijanjikan?

NAJIB: Pendapat itu mencerminkan keterbukaan dalam masyarakat kita. Sebab masyarakat kita lebih terbuka hari ini berbanding masa-masa lalu. Dan peranan media sosial begitu meluas. Tak pernah pada peringkat yang kita lihat pada hari ini. Jadi kepelbagaian pendapat ini semakin rancak dalam masyarakat kita. Kita mesti akui kita menjurus kepada masyarakat demokratik yang lebih matang. Lebih matang masyarakat kita, lebih kepelbagaian pendapat.

Dari satu segi boleh lihat ini satu perkembangan sihat. Dari satu segi kita sebagai pemimpin kena banyak bersabar. Orang kata apa pun kena terima hakikat bahawa tak ada satu aliran pendapat berbanding dengan masa-masa lalu.

Kepelbagaian merupakan sesuatu yang boleh dikatakan kelaziman dalam masyarakat yang semakin terbuka, yang semakin matang, semakin terdidik. Dan ini satu hakikat yang kita terpaksa terima dalam mana-mana negara, kita lihat perbezaan pendapat dan kritikan itu perkara biasa. Yang penting sekali ialah majoriti. Apakah majoriti menyokong UMNO? Jadi kalau majoriti dalam kalangan yang muda tak sokong UMNO, tak mungkin dapat pertambahan kerusi dalam pilihan raya lalu. Tetapi yang menentang kita, yang tak terima UMNO, pun bilangannya agak besar juga. Yang penting adalah majoriti masih bersama-sama UMNO.

Jadi maksudnya suara-suara yang menentang ini tak semestinya bermaksud UMNO tak bersatu-padu atau lemah? Ini satu demokrasi yang sihat?

NAJIB: Ini satu tanda keadaan zaman hari ini dah berubah dan kita tak boleh nak menutup apa yang berlaku sekarang ini sebab masyarakat kita ini terbuka kepada unsur-unsur globalisasi umpamanya, teknologi, soal kejayaan dalam mendidik anak bangsa. Saya anggap ini kesan-kesan daripada success story UMNO memimpin negara kita.

Tidakkah kebebasan yang terlalu luas ini boleh menyimpang mereka daripada menghargai perjuangan atau bakti budi UMNO kepada mereka?

NAJIB: Saya terima kalau ada perbezaan pendapat tetapi sebagai Perdana Menteri saya pentingkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Sebab itu kita ada kebebasan tetapi ada hadnya. Bukan kebebasan mutlak yang tak ada had peraturan undang-undang sebab ia akan bawa kepada huru-hara. Anarki. Tentu kita tak mahu anarki, kita nak masyarakat yang toleran dari segi perbezaan pendapat. Masyarakat yang terima prinsip demokrasi. Walaupun ada perbezaan pendapat tetapi pendapat majorti akhirnya akan menentukan siapa yang berkuasa. Kalau ada pihak berniat nak membawa kepada pergaduhan, ketidakstabilan dalam negara maka mereka kena hadapi tindakan dari segi undang-undang.

Datuk Seri sebut tentang kesabaran. Secara individu adakah Datuk Seri seorang yang sabar?

NAJIB: Saya sebagai individu, saya kena terima bahawa kita dalam demokrasi yang terbuka. Hakikatnya perbezaan pendapat itu akan jadi satu kelaziman. Kita lihat saja dalam negara-negara yang amal demokrasi lebih lama daripada kita, memang itu perkara yang boleh dikatakan biasa bagi mereka.

Orang menganggap kesabaran Datuk Seri sebagai satu kelemahan untuk bertindak?

NAJIB: Tidak...tidak. Saya tak anggap itu kelemahan. Kalau kita tanya apakah mereka mahu satu keadaan di mana ada saja yang mengeluarkan pendapat kita tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Apakah itu yang kita nak? Tentu sekali majoriti rakyat Malaysia tak mahu keadaan sedemikian. Mereka mahu kita merupakan masyarakat yang ada latitude/ruang untuk keluarkan pendapat walaupun kontra/berbeza. Tapi jangan sampai membawa kemudaratan kepada negara. Ini yang saya nak tekankan.

Ada pihak dalam UMNO sendiri merasakan seolah-olah Datuk Seri ini terlalu penyabar. Tahap toleransi lebih tinggi barangkali. Mereka kata tangkap saja, bimbang kalau dibiarkan jadi benda yang tak elok. Tetapi Datuk Seri kata politik dah berubah, orang lebih demokratik, pendidikan lebih tinggi. Sejauh mana toleransi ini boleh diberikan?

NAJIB: Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahu ruang lebih luas dalam discourse politik tanah air. Mereka tak mahu pendapat mereka terkongkong, mereka tak nak hidup dalam keadaan ketakutan. Kalau kita buat penilaian, tak semua nak balik kepada zaman ISA. Jadi saya lihat ini sebagai satu perkembangan positif. Walaupun ada suara-suara yang nak kita kembali ke zaman ISA tapi kita ada kuasa yang cukup untuk bertindak terhadap sesiapa yang cuba merosakkan keamanan dan keharmonian negara. Ada yang kita ambil tindakan di bawah SOSMA, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Mereka yang tunjuk keinginan lakukan keganasan, kita boleh ambil tindakan di bawah SOSMA. Kita juga masih ada lagi Akta Hasutan di mana kalau cuba sentuh perkara sensitif yang boleh membawa pergaduhan dalam negara kita, menghasut dan sebagainya, tindakan undang-undang boleh diambil tetapi mesti berasaskan kepada prinsip undang-undang. Kita memang ambil tindakan berdasarkan undang-undang negara tetapi bukanlah dengan cara tangkap ikut rasa marah kepada mana-mana individu kita tangkap bawah ISA. Saya percaya kalau buat macam itu lagi ramai orang marah pada kerajaan. Kita perlu lihat di negara-negara Timur Tengah mereka ada undang-undang yang lebih keras daripada kita tetapi apa yang berlaku? Rakyat marah sampai rejim-rejim itu jatuh pada akhirnya.

Tidakkah nanti kesabaran atau toleransi itu memberi gambaran bahawa Datuk Seri bukan seorang yang tegas dan boleh mengakibatkan sokongan orang Melayu kepada UMNO itu merosot?

NAJIB: Tidak...Sokongan pada UMNO itu bertambah kuat (masa) election yang lalu. Hakikatnya kita telah membuktikan sokongan kepada UMNO itu bertambah. Tetapi kita mesti faham bahawa kalau sebaliknya kita ambil tindakan ikut cara dulu, apakah sokongan kita akan berkekalan atau sebaliknya orang semakin marah kepada kerajaan. Ini yang kita mesti menilai.

ISA

Orang mengaitkan pemansuhan ISA kepada keterbukaan. Apakah kalau ISA tiada orang akan terbuka, hentam raja, hentam agama. Bagaimana pandangan Datuk Seri?

NAJIB: Kita kena pilih apa corak masyarakat yang kita kehendaki. Sebagai sebuah kerajaan tentu kita kena mengambil pendapat majoriti. Kita tak boleh ambil pendapat sekumpulan saja. Jadi saya nak tahu apa pendapat majoriti rakyat Malaysia. Apakah kita nak sebuah masyarakat di mana ada ruang kita berbicara politik walaupun ada perbezaan pendapat, atau kita nak satu masyarakat di mana kita ada kuasa mutlak, tak boleh dipersoalkan oleh sesiapa. Kita nak tangkap orang, kita boleh tangkap. Apakah itu yang kita kehendaki? Kita minta rakyat tunjuk jenis corak mana masyarakat yang kita perlukan. Sebagai pemimpin saya bersedia lakukan apa saja yang saya fikirkan terbaik dan saya juga kena menilai penerimaan masyarakat kita. Tetapi apa yang saya dan kerajaan lakukan hari ini, pada pendapat saya adalah yang terbaik untuk negara kita.

Dalam kepelbagaian pendapat ini, Datuk Seri ada Facebook, Twitter dan dalam itu ada juga yang kutuk/ tegur Datuk Seri. Bila melihat itu, apa yang Datuk Seri buat terutama mengenai komen yang negatif?

NAJIB: Tak ada apa-apa reaksi. Saya tolak itu semua. Kalau cakap karut marut, mencaci, mengutuk, saya anggap mereka itu lunatic fringe atau orang ini yang tak ada adab, atau tak rasional. Ada yang kritik secara rasional...kalau kritik secara rasional dan beradab saya terima. Saya cuba nilai kritikan itu ada asas atau tidak. Inilah masyarakat yang kita kehendaki.

Maknanya kita berani terima teguran asalkan dibuat dengan cara ada adabnya. Dan kita mesti dengan segala rasa tawaduk, humility menganggap diri kita bukan tahu segala-galanya. Saya dah kata era kerajaan tahu segala-galanya dah berakhir. Maknanya kita terima kalau pendapat rakyat itu baik, dan ada asasnya. Kerajaan sedia pertimbangkan. Inilah keterbukaan zaman sekarang, ini yang saya rasa dikehendaki masyarakat kita. Sebab kita jangan lupa kita nak menuju sebuah negara maju. Semua orang kata kita nak Malaysia sebagai negara maju. Adakah cara dulu itu sesuai dengan ciri dan nilai sebuah negara maju? Ini yang saya nak tanya.

Selepas 2008 kita lihat percambahan NGO Melayu yang bercorak politikal. Mereka seolah-olah tak mahu menyuarakan kepentingan/hasrat orang Melayu melalui UMNO dan mereka antara yang mahu ISA dikembalikan. Macam mana nak reconcile dengan golongan ini?

NAJIB: Kita mesti faham dalam masyarakat kita ada pelbagai pendapat. Soalannya sama ada suara dia mencerminkan suara majoriti atau tidak. Atau suara sekelompok dalam masyarakat. Inilah yang mesti kita nilai.

Tentang pengkaderan. Adakah proses ini berlaku dan adakah UMNO masih berusaha membentuk pemimpin baharu?

NAJIB: Kita sedang berusaha mencari. Pertama saya nak supaya UMNO beri ruang kepada pemimpin baharu supaya mereka tak rasa kalau masuk dalam UMNO menyusahkan dia, dia terpaksa bekerja di peringkat akar umbi. Sebab sesetengah orang profesional ini dia tak nak terlibat dalam proses di peringkat cawangan dan sebagainya. Ini yang kita perlu beri ruang. Kalau nak lantik sebagai ahli jawatankuasa tambahan, katalah ada 10 ahli jawatankuasa tambahan yang boleh dilantik, apa salahnya kita lantik tiga, empat orang dari kalangan profesional termasuk dari latar belakang ulama, peguam, doktor supaya dalam jawatankuasa ini kita mencerminkan komposisi masyarakat secara keseluruhan tanpa mengetepikan pemimpin-pemimpin akar umbi.

Saya nak minta Datuk Seri simpulkan, kita sambut Hari Raya sebab merayakan kejayaan berpuasa. Jadi 68 tahun UMNO apakah yang dirayakan? Perpaduan, keutuhan atau kepelbagaian dalam UMNO secara khusus?

NAJIB: Kita boleh merayakan sebuah parti yang paling berjaya dalam sistem demokrasi yang terbuka dalam sejarah peradaban manusia. Ini satu keunggulan pada UMNO. Waima kita kata tak ada siapa boleh nafikan hakikat kita parti bukan saja parti tertua tapi parti paling berjaya.

BARISAN NASIONAL

UMNO tak boleh berdiri sendiri. UMNO menang kerusi lebih banyak. Tetapi sementara UMNO naik, rakan-rakan BN menurun. Ada tak formula supaya mereka boleh sama-sama naik?

NAJIB: Ini yang sedang kita fikirkan. Mungkin satu langkah yang boleh kita lakukan ialah supaya kita muncul sebagai Barisan Nasional (BN) lebih lagi dari segi program dan aktiviti kita. Tak ada lah UMNO dengan UMNO, MCA dengan MCA, MIC dengan MIC. Kita perlu kongsi satu platform di mana kita bersama-sama supaya dilihat inilah BN yang sebenarnya. Bukan MCA, MIC, UMNO berasingan. Ini merupakan satu model politik baharu kita boleh fikirkan ke hadapan. Sebab nasib rakan-rakan dalam BN kena fikir juga supaya dapat tambah kekuatan kita secara keseluruhan.

Apa nasihat Datuk Seri kepada pemimpin masyarakat Cina? Apakah perlu kerja lebih keras lagi seperti PRK Kajang? Apa formula terbaik menangi hati pengundi Cina?

NAJIB: Mereka (MCA) tak boleh rasa kecewa. Mesti teruskan usaha untuk yakinkan masyarakat kaum Cina. Kedua, mereka kena tambah engagement mereka dengan kaum Cina. Jelaskan kepada mereka dan di samping itu dengar rintihan dan keluhan kenapa tak sokong kerajaan dan cuba beri jawapan kepada keadaan sebenar supaya tak keliru dengan hasutan atau dakwaan daripada parti pembangkang. Tetapi apa penjelasan kita sebagai wakil kerajaan boleh juga kita terangkan.Mudah-mudahan kekusutan dapat dirungkai melalui engagement dengan pengundi dan masyarakat yang mewakili kaum Cina.

Apakah kemasukan MCA dalam Kabinet akan membantu ke arah itu?

NAJIB: Saya lihat memang MCA perlu sebab dasar-dasar negara kita kalau tak ada input daripada wakil kaum Cina, bila jumpa masyarakat kaum Cina, nampak mereka tak boleh uar-uarkan mereka sebahagian daripada kumpulan yang menggubal dasar-dasar dan keputusan-keputusan negara.

Setahun selepas pilihan raya. Apa analisis awal Datuk Seri mengenai kekuatan parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC?

NAJIB: Ada sikit peningkatan tetapi banyak lagi perlu diusahakan sampaikan kita boleh kata proses pemulihan itu selesai. Belum lagi selesai. Maknanya kita ada tempoh sehingga PRU akan datang. Apa-apa pun mesti faham kita ada time limit dan mesti berusaha sedaya upaya.

PENTADBIRAN NAJIB

UMNO naik jumlah kerusi, tapi BN tetap tidak mendapat mandat dua pertiga. Dalam pada itu, Datuk Seri menghadapi era keterbukaan; kepelbagaian pendapat; cabaran membawa negara ke tahap negara maju, terlalu banyak masalah (yang) kita lihat. Kalau saya, tak sanggup jadi Perdana Menteri. Bagaimanakah dengan keadaan ini Datuk Seri boleh tahan?

NAJIB: Saya lihat kalau kita terima hakikat bahawa dalam demokrasi yang terbuka, apabila kita memiliki dalam 60 peratus daripada bilangan kerusi itu sudah cukup kuat. Umpamanya di United Kingdom (UK), kerajaan Konservatif tak dapat majoriti overall, dia terpaksa berkongsi dengan Liberal baharu dia boleh tubuh kerajaan, tetapi dia masih mampu mentadbir negara dia. Jadi kalau kita punya mindset tidak terlalu terikat dengan faktor dua pertiga itu, seolah-olah dua pertiga itu kayu pengukur yang muktamad.

Tapi kalau kita tidak ada perangkap mental block tersebut saya percaya majoriti yang kita ada ini, kita boleh mentadbir negara kita sebab yang cuma kita tak boleh lakukan adalah perubahan perlembagaan sahaja. Tetapi apa juga dasar dan rang undang-undang kita nak buat, memang kita boleh buat dan kita telah buktikan pun segala-galanya boleh diluluskan oleh Parlimen dengan majoriti yang selesa. Jadi ia tidak menggugat kewibawaan pentadbiran kita. Ia masih boleh kita lakukan dengan licin, cuma ia satu mental block saja pada kita. Jadi saya harap kita semua akan beri tumpuan kepada kerja-kerja untuk membangunkan negara.

Dari mana datangnya keberanian itu, adakah daripada ahli pemimpin UMNO, atau pejuang-pejuang UMNO terdahulu atau rakan-rakan dalam Kabinet?

NAJIB: Saya tak rasa tergugat. Saya rasa saya dapat mandat daripada rakyat melalui proses demokrasi yang sihat, yang lebih terbuka dalam sejarah tanah air kita. Maknanya saya rasa ini satu amanah yang perlu saya pikul dan saya beriltizam melakukan dengan penuh semangat dengan bersungguh dan saya hendak serah kepada rakyat menilai bila sampai masanya. Jadi saya tidak rasa gusar, saya akan tetap menjalankan pentadbiran dan kepimpinan mengikut apa yang saya fikirkan terbaik untuk negara.

Masa penggal pertama Datuk Seri ambil alih tampuk pemerintahan negara, pentadbiran Datuk Seri nampak banyak (dasar dan program baharu), 1Malaysia, GTP, ETP, tetapi bila masuk penggal kedua ini banyak pihak rasa tak nampak hala tuju ke mana Datuk Seri nak bawa negara ini? Apa komen Datuk Seri?

NAJIB: Mereka tidak faham, yang pertamanya bila saya meluahkan Gagasan 1Malaysia, ia bukan soal pilihan raya. Ia soal nation building, membina sebuah negara bangsa. Jadi tentu kita nak bina sebuah negara bangsa, takkanlah setiap penggal saya nak keluarkan satu gagasan baharu, apa orang kata ini baru empat tahun, apa dah jadi pada Gagasan 1Malaysia. Soal transformasi, kita dah kata ini menjangkau hingga 2020. Takkan sampai 2014, saya nak kata Wawasan 2020 dah tak ada lagi. Jadi maknanya dengan komitmen dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam penggal kedua ini saya akan teruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai, sehingga hasrat kita menjadi negara maju jadi kenyataan. Lepas tahun 2020 barulah kita gantikan dengan visi yang baharu. Apa makna visi, ia menjangkau satu jangka masa yang panjang. Jadi takkanlah dalam tempoh empat tahun kita dah nak ganti dengan visi yang baharu, ini satu pertimbangan yang tidak rasional.

Datuk Seri, saya melihat keadaan sekarang ini seperti “nasi yang sedang ditanak, belum masak lagi tetapi dah ada yang kata mentah, tak menjadi". Yang diperlukan ialah masa, berapa banyak masa yang diperlukan Datuk Seri? 2020 kah?

NAJIB: Saya ambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009. Apa janji saya, janji saya pada rakyat ialah untuk membawa negara jadi negara maju pada 2020. Jadi kita baharu di tahun 2014. Bagi saya tempoh masa untuk kita membuktikan bahawa apa yang telah kita janji pada rakyat dapat kita penuhi. Kita masih lagi dalam tempoh menghala ke tahun 2020, banyak lagi yang perlu kita lakukan, dan banyak pun yang telah kita capai tetapi banyak lagi yang kita perlu lakukan. Dan kita boleh lihat dari segi ekonomi umpamanya, pencapaian kita boleh dikatakan baik dalam suasana yang tidak menentu. Kita telah capai kadar pertumbuhan yang amat memuaskan 4.7 peratus dan tahun ini insya-Allah kita mungkin boleh dapat tinggi sikit dari itu.

EKONOMI

Masalah tak faham ini, saya lihat dalam soal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun tak difahami, apa masalahnya?

Najib: Mereka tak faham, mereka ingat ini satu percukaian yang baharu. Jadi maknanya satu tambahan beban kepada mereka. Semua orang tak suka pada cukai, jadi bila pembangkang kata bahawa ini satu percukaian yang baharu, semua naik takut, dan secara automatik mereka kata mereka tidak sokong GST walhal GST ini menggantikan percukaian jualan dan perkhidmatan sekarang dan ia satu sistem percukaian yang ganti cukai sedia ada. Kedua; mereka tak faham, kita dah kata banyak barang-barang keperluan dikecualikan, zero rated. Jadi tugas sekarang ialah kita kena senaraikanlah jenis-jenis barang tersebut.

Kebanyakan rakyat dia tak tahu pasal konsolidasi fiskal, dia tak nak tahu pasal defisit negara. Dia nak tahu (harga) nasi lemak dia berapa. Dulu berapa, lepas GST (berapa). Susu bayi macam mana, dulu sebelum dan selepas GST.

Jadi kalau kita boleh huraikan berapa harga sekarang dan lepas GST, jadi rakyat boleh nampaklah GST itu sebenarnya tidak membebankan rakyat. Walaupun saya tidak dapat nafikan kalau kadar inflasi, mungkin ada sedikit peningkatan, tetapi peningkatan itu untuk tahun pertama pelaksanaan GST, lepas itu ia akan balik pada kadar yang biasa.

Dalam TV kita sebut apa itu GST, surat khabar, media elektronik, media baharu, tetapi bila balik kampung orang akan tanya, “saya akan kena ke GST?", pada hal kita dah sebut ikan tak naik, harga tepung, harga minyak masak takkan naik. Tetapi kenapa mereka takut dengan perkataan GST?

Sebab ada orang yang memomok pada mereka bahawa ini satu beban kepada rakyat, satu cukai tambahan kepada rakyat dan sebagainya. Jadi kita kena teruskan, tingkatkan penjelasan kita dan juga keberkesanan penjelasan kita kepada rakyat. Saya lihat sekali dia dengar, dia tak akan faham lagi, kena banyak kali. Rupanya dia kena dengar sesuatu mesej itu banyak kali baharu dia faham.

Betulkah Datuk Seri, orang kata kerajaan buat GST ni kerana kerajaan tak ada duit, dan bila dah ada duit nanti akan bolehkan kerajaan boros berbelanja?

NAJIB: Ini bukan soal kerajaan tak ada duit. Ini ialah untuk menstabilkan punca hasil untuk negara. Jadi bila punca hasil kita bertambah, kita dapat mengurangkan defisit negara, penarafan Malaysia akan bertambah dan kita ada kemampuan yang lebih untuk melaksanakan pelbagai projek dan perkhidmatan kepada rakyat. Kedua, kita boleh jaga juga kebajikan penjawat-penjawat awam dan sebagainya sebab ini semua bergantung kepada punca hasil kita. Hasil kita ini terlalu kecil berbanding dengan jumlah orang yang bekerja. Dan jangan lupa ada juga orang tak membayar cukai yang dikatakan the black economy ini, siapa yang terlibat dalam black economy. Maknanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam apa-apa jenis kegiatan, dia akan terpaksa membayar cukai, tetapi cukai ini adil. Orang yang makan gaji tak dapat mengelak, tetapi banyak orang yang buat urusan-urusan perniagaan dan perkhidmatan lain mungkin dapat mengelak daripada membayar cukai ataupun tak bayar cukai sepenuhnya.

Masa kempen pilihan raya umum lepas, Datuk Seri sering melaungkan slogan ‘Rakyat Didahulukan’. Tetapi ada gambaran, lepas menang Datuk Seri laksana dasar rasionalisasi subsidi, yang dikatakan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah?

NAJIB: Tidak...rasionalisasi subsidi ini sesuatu yang perlu kita lakukan sebab banyak ketirisan dan pembaziran, misalnya kalau harga minyak yang kita subsidi terlalu tinggi sampai RM23 bilion setahun, banyak ketirisan di situ, banyak orang yang tak sepatutnya (dapat), orang kaya dapat faedah dan sebagainya. Jadi kita ganti dengan bantuan subsidi secara bersasar (direct subsidy), sebab itu kita naikkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bantuan BR1M ini sebenarnya mengimbangi, bila kita naikkan harga minyak. Jadi inilah cara yang kita lakukan. Maknanya bukan subsidi pukal. Kita kurangkan subsidi pukal, tetapi kita bantu rakyat yang layak dan patut dapat melalui subsidi bersasar.

Datuk Seri, pembangkang kata ketirisan itu di pihak kerajaan, kalau boleh dikurangkan ketirisan dan pembaziran di pihak kerajaan, tidak perlu dikurangkan subsidi?

NAJIB: Kita memang perketatkan. Maknanya, Laporan Audit Negara kita ambil tindakan yang serius. Saya dah minta Ketua Setiausaha Negara untuk umumkan apa tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap penyelewengan yang berlaku dan sebagainya. Pembelian kerajaan sekarang ini hampir semua kita buat secara tender. Tak ada direct nego, tapi melalui tender sama ada tender terbuka atau tender terhad, dan kita menilai sesuatu itu supaya harga yang dibeli oleh kerajaan itu harga berpatutan. Maknanya kita lebih berhati-hati dalam soal pembelian kerajaan.

Datuk Seri dikatakan tidak memperjuangkan Bumiputera, tiba-tiba Datuk Seri memperkenalkan dasar memperkasakan bumiputera. Bagaimana setakat ini usaha itu?

NAJIB: Usaha itu berjalan dengan baik, macam-macam program kita buat untuk bumiputera. Kita ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, tiap-tiap bulan kita mesyuarat sekarang ini, dan ucapan saya tahun sudah di Shah Alam itu kita sedang laksanakan, umpama kita tambah peruntukan untuk bantuan pendidikan Mara sebanyak RM500 juta, kita telah melancarkan Skim Superb, kumpulan pertama telah pun dianugerah bantuan kerajaan, kita lancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), jadi semua yang kita telah janjikan, kita tunaikan.

Adakah kerajaan ada alternatif lain jika tidak melaksanakan GST, alternatif lain yang mampu meningkatkan hasil dan kemampuan negara?

NAJIB: Soal GST kita sudah fikir lama, bukan hanya di zaman saya (sejak) zaman dulu lagi. Sebanyak 160 buah negara di dunia dah melaksanakan GST, dan kalau begitu maknanya GST lah pilihan jumlah negara yang terbesar di dunia daripada sistem lain. Maknanya sistem GST lah yang paling telus, progresif dan memberi hasil yang bertambah pada negara.

HUBUNGAN ANTARABANGSA

Datuk Seri, baru-baru ini lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia banyak hasil yang tercapai dan tak lama lagi dengarnya Datuk Seri akan ke China pula. Dalam konstelasi (constellation) (kumpulan) politik antarabangsa, dilihat Malaysia digemari kedua-dua negara kuasa besar ini, banyak faedah yang diperoleh, tetapi banyak juga yang kata Malaysia seolah-olah dikawal oleh negara-negara besar ini?

NAJIB: Tidak. Kita sebagai sebuah negara kita ada prinsip kita, dasar luar kita adalah berdasarkan prinsip. Prinsip kita ialah untuk berbuat baik dengan semua negara berdasar kepada pertimbangan apa yang kita fikirkan patut. Kita bukan negara pak turut, tak pernah, kita ada pendirian kita yang bebas.

Misalnya dalam soal hal rakyat Palestin, kita terus perjuangkan rakyat Palestin. Itu saya beritahu kepada Presiden Obama dan dia tahu pendirian kita. Dalam hal ini kita tak ada kompromi tentang apa yang kita hendak perjuangkan keadilan dan hak rakyat Palestin, kita teruskan. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh ada hubungan strategik dengan Amerika Syarikat.

Pendirian Malaysia tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu tetap yang sama?

NAJIB: Kita mesti sedar bahawa Malaysia ini sebuah negara berdagang yang besar. Nilai dagangan kita total trade 167 peratus berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita, meletakkan Malaysia antara negara yang tertinggi di dunia. Maknanya kalau kita sebahagian daripada rejim perdagangan bebas, menguntungkan negara kita. Kita dapat akses kepada market, mereka yang hendak melabur di Malaysia pun melihat Malaysia ada kelebihan kerana mereka akan suka untuk melabur dalam negara yang ada akses kepada market yang lebih luas. Dia boleh eksport ke Malaysia tanpa dikenakan tarif, ataupun tarif yang rendah, jadi kita ada kelebihan. Sekarang ini ada 12 negara yang terlibat dalam TPPA, tetapi mungkin bertambah kepada 20. Kalau Malaysia terkeluar daripada TPPA, apa implikasinya? Mesti ada kosnya. Kita tidak nampak hari ini kosnya, sebab itu kita perlu menilai penyediaan TPPA kita secara keseluruhan. Di samping kita kena pastikan juga bahawa kita tidak menandatangani sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan kita. Saya tidak kata kita boleh untung semua, tetapi asalkan keuntungan kita itu melebihi apa yang mungkin kita terpaksa lepaskan, asalkan keseluruhannya lebih baik untuk kita.

Akhirnya saya hendak minta Datuk Seri menyampaikan pada rakyat apa yang Datuk Seri harapkan daripada rakyat?

NAJIB: Saya harap mereka memberi peluang kepada kita, maknanya kerajaan yang menerima mandat daripada rakyat. Kita ada mandat untuk tempoh lima tahun, supaya rakyat memberi peluang kepada kerajaan mentadbir negara kita tanpa menimbulkan banyak masalah.

Penang Wasabi..

Friday, May 9, 2014

Barack Obama Perli CNN?


WASHINGTON 9 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama telah menggamatkan para wartawan dan pengamal media apabila mengeluarkan kenyataan sindiran pedas terhadap rangkaian media terkenal, CNN yang antara lainnya merujuk laporan lawatan rasmi beliau ke Malaysia hujung bulan lalu.

Kata-kata perli berbentuk jenaka itu dikeluarkan menerusi ucapannya pada Majlis Makan Malam bersama para pengamal media negara tersebut di White House yang berlangsung pada baru-baru ini.

"Saya gembira berada di sini, walaupun sedikit berada dalam keadaan "jet lagged" hasil dari lawatan saya ke Malaysia.

"Ia adalah satu perjalanan yang jauh yang perlu kita tempuh untuk mendapat liputan dari CNN pada hari ini.

"Saya fikir mereka masih mencari meja mereka (dalam majlis ini)," katanya.


Dalam ucapannya itu juga, Obama berpandangan, kebanyakan wartawan media tempatan di negara itu disifatkan tidak menghormati beliau selaku pemimpin negara dengan mengeluarkan beberapa laporan yang dilihat menjatuhkan krelibilitinya.

Beliau bagaimanapun menganggap ianya merupakan perkara biasa dan mampu menangani isu tersebut.

Obama juga menjelaskan, beliau amat gembira dan menyayangi kerjayanya untuk berkhidmat kepada negara sejak dipilih memegang jawatan Presiden AS hingga hari ini.

Obama dengan nada jenaka merujuk beberapa isu yang dimanipulasi media tempatan berhubung kes pemain kontroversi Cornerback Seattle Seahawk dalam liga American Football yang telah menjadi tumpuan media negara itu apabila menyerang Michael Crabtree dari pasukan 49ers dalam satu perlawanan.

Obama turut mengakui telah berkongsi tips dari Richard Sherman bagi menepis laporan negatif media terhadapnya. Foto - Los Angeles Times

Penang Wasabi..

Wednesday, May 7, 2014

Tindakan Wan Azizah diselar, lari daripada tanggungjawab?


Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak mempertahankan jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti itu kali ini menunjukkan beliau seolah-olah cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Bekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, Wan Azizah yang juga isteri Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak sepatutnya melepaskan jawatan itu kerana mempunyai banyak 'hutang’ yang belum dilunaskan terhadap penduduk kawasan tersebut.

Beliau mendakwa, banyak masalah rakyat yang masih berbangkit di kawasan Permatang Pauh yang belum diselesaikan biarpun Wan Azizah mengetuai PKR dan pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan terbabit.

"Suatu ketika dahulu, Wan Azizah mengkhianati pengundi Permatang Pauh apabila dengan mudah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata mahu memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

"Kini sekali lagi orang Permatang Pauh seolah-olah dipermain-mainkan apabila Wan Azizah tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Ke­tua Cabang setelah berjaya menawan Dewan Undang Negeri (DUN) Kajang," katanya di sini hari ini.

Dalam pemilihan semalam, jawatan Ketua Cabang Permatang Pauh menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela Ariffin dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Amir Md. Ghazali.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Norlela tewas selepas hanya mendapat 70 undi berbanding Amir yang memperoleh 171 undi.

Pemilihan Cabang PKR Permatang Pauh juga seolah-olah diboikot ahli-ahlinya sendiri selepas hanya 275 ahli keluar mengundi berbanding kira-kira 6,000 ahli berdaftar yang layak berbuat demikian.

Aminah menambah, tindakan Wan Azizah juga menunjukkan beliau bimbang berlaku penolakan terhadapnya dalam kalangan ahli PKR Permatang Pauh.

"PKR ini hanya gah disebabkan Anwar sahaja dan pemimpin lain termasuk Wan Azizah sendiri tidak ada tempat dalam parti termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri," katanya.

Mengenai insiden kekecohan memalukan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini, Aminah berkata, perkara itu bukan menghairankan kerana pemilihan tersebut berlangsung dalam keadaan parti tiada hala tuju.

"Sepatutnya pada tahap ini PKR sudah matang mampu mengadakan pemilihan dengan sempurna dan lancar tetapi apa yang berlaku jelas menunjukkan parti ini lemah.

"Kalau pemilihan parti pun tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana untuk mentadbir negara?" katanya.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 6, 2014

PEMAIN JDT DIPECAT GARA-GARA CURI WANG RAKAN?


Seorang pemain Johor DT dipecat apabila mengaku mencuri wang milik rakan sepasukan selepas ia dibuktikan dengan rakaman CCTV.

Tunku Mahkota Johor hari ini mengesahkan seorang pemain Johor Darul Takzim (JDT) dipecat berikutan laporan polis berhubung kejadian kecurian wang milik seorang pemain pasukan itu semasa sesi latihan pasukan di padang Seri Gelam pada 1 Mei lepas.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pemain terbabit mengaku mencuri wang daripada seorang lagi pemain JDT ketika sesi latihan pagi enam hari lepas.

"Kita telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau daripada pasukan hari ini dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," katanya.

Menurutnya, walaupun PBNJ mengambil keputusan memecat pemain terbabit, tetapi pada masa yang sama menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.

Pemain pertahanan berusia 26 tahun yang mendakwa wangnya dicuri membuat laporan polis pada 1.37 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat pemain terbabit, beliau telah meletakkan begnya yang mengandungi RM500 di dalam beg persalinan dan mendapatinya hilang apabila selesai sesi latihan itu.

Beliau mengadu kepada penjaga pasukan dan mereka telah meneliti kandungan kamera litar tertutup dan mengenal pasti pemain yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit.

Berikutan rakaman kamera litar tertutup itu, penjaga pasukan JDT itu itu menemui pemain terbabit dan mengakui perbuatannya itu.

Laporan polis itu turut menyatakan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Penang Wasabi..

Monday, May 5, 2014

Kubah atas tandas diturunkan?

Rekaan kubah yang menyerupai masjid diturunkan oleh pihak pengurusan resort, di Kota Tinggi semalam.

Kubah sebelum diturunkan

Kota Tinggi: Reka bentuk tandas sebuah resort di Desaru di sini, yang dilengkapi kubah menyerupai masjid, menimbulkan persoalan hingga mencetuskan perdebatan, dalam laman sosial sejak kelmarin.

Susulan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati orang ramai yang disuarakan menerusi blog dan laman sosial, pengurusan resort itu bertindak menurunkan tiga kubah itu, pagi semalam.
Tinjauan BH mendapati binaan tepi kolam renang yang dijadikan tandas itu, kini tidak lagi mempunyai kubah dan kerja menurunkannya hanya mengambil masa kira-kira sejam, sekali gus membuatkan bangunan itu tidak lagi menyerupai sebuah masjid.

Kekalkan binaan

Pengurusan resort ketika ditemui, menafikan sengaja mencemarkan imej Islam, sebaliknya bangunan itu hanya dikekalkan dan dibaik pulih daripada pemilik asal resort berkenaan sebelum ini.

Dakwanya, bangunan itu dibina sejak 1998 berdasarkan konsep seni bina Maghribi oleh pemiliknya, yang dipercayai berasal dari Singapura. Selepas diambil alih sejak 2008, pemilik baru mengekalkan bangunan asalnya, selain mengecatnya semula termasuk kubah yang dicat kuning keemasan.


Difahamkan pengurusan resort mengarahkan kubah itu diturunkan jam 8 pagi semalam, selepas dimaklumkan kakitangannya mengenai isu itu hangat dalam laman sosial.

Pihak polis dan Jabatan Agama Johor (JAJ) turut meninjau keadaan bangunan terbabit.

Malah pengurusan resort turut menafikan berniat mempersenda atau mencemarkan imej Islam, selain selama ini tidak pernah menerima rungutan berhubung reka bentuk bangunan berkenaan.

Tindakan biadab

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot, menyifatkan isu binaan tandas yang menyerupai masjid yang menjadi tempat paling suci bagi umat Islam sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan biadab.

“Mereka (pemilik atau pengurusan) resort itu sepatutnya sudah faham dan peka mengenai sensitiviti umat Islam kerana tinggal di negara dan negeri Islam.

“Mereka juga sepatutnya mengetahui dan faham, Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi juga termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya.

Noh berkata, beliau juga kesal kerana reka bentuk kubah itu dikatakan sudah lama dibina dan digunakan sejak beberapa tahun lalu. Tegasnya, umat Islam yang menyedari perbuatan itu sepatutnya sudah lama melaporkan keadaan itu supaya tindakan sewajarnya diambil segera.

Mengulas alasan pihak tertentu yang menyamakan binaan kubur di Taj Mahal turut menyerupai masjid, Noh menegaskan, kubur dan tandas adalah dua binaan yang berbeza.

Katanya, Taj Mahal dibina atas dasar kasih sayang dan cinta seorang suami kepada isterinya, manakala tandas pula tempat yang kotor.

Penang Wasabi..

Sunday, May 4, 2014

Keikhlasan Pas melaksanakan hudud?


Perlu saya tegaskan, tiada orang Islam yang ada walaupun sedikit keimanan menolak perlaksanaan syariat Islam termasuk hudud. Dan saya konsisten tentang usaha pelaksanaan undang-undang jenayah Islam ini sama ada hudud, qisas mahupun ta'zir.

Bagaimanapun, saya hairan melihat gelagat Pas yang mendesak supaya UMNO menyokong mereka dalam pembentangan usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Dalam isu hudud, pendirian UMNO sangat jelas seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lalu bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menolak hudud dan bersedia berbincang dengan Pas untuk memperhalusi draf hudud dan kerangka pelaksanaannya supaya matlamat melaksanakan sistem keadilan Islam itu tercapai.

Bagaimanapun dari segi siasah, adalah tidak adil bagi Pas mendesak UMNO yang pernah dikafirkan untuk menyokongnya sedangkan parti sekutu Pas dalam pakatan pembangkang iaitu DAP-PKR bukan sahaja tidak bersetuju, malah menentang keras cadangan itu.

Pas mungkin lupa bahawa UMNO adalah tunjang Barisan Nasional (BN) manakala Pas adalah tunggangan DAP-PKR. Oleh itu, sebelum mendesak UMNO, Pas wajib menyelesaikan masalah dalaman sesama mereka dahulu.

PENDIRIAN DAP-PKR MENOLAK PELAKSANAAN HUDUD

Pendirian DAP dalam isu ini sangat jelas. Mereka bukan sahaja menentang keras agenda Pas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, malah bersedia ‘berperang’ dengan Pas jika terus berdegil. Malahan sudah ada pimpinan DAP mendesak Pas supaya keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Kenyataan oleh pimpinan PKR juga sangat jelas. Walaupun ada antara mereka yang beragama Islam, tetapi mereka meletakkan Memorandum Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani semasa Konvensyen Pertama Pakatan Pembangkang DAP-PKR-Pas pada 19 Disember 2009 yang tidak meletakkan negara Islam dan hudud sebagai agenda sebagai keutamaan mengatasi agenda Pas.

Pendirian PKR dan DAP jelas; hudud bukan dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian pakatan mereka dengan Pas.

Dalam keadaan itu, sebelum mahu mendesak UMNO menyokong mereka, Pas wajib mendapatkan sokongan daripada rakan sekongkolan mereka DAP-PKR dahulu.

KECELARUAN PENDIRIAN KEPIMPINAN PAS

Kepimpinan Pas sendiri dilihat bercelaru di dalam komitmen mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Pada 18 Januari 2003, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu menegaskan, Pas perlu mengorbankan perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hudud demi menjaga kerjasama politik dengan DAP-PKR.

Malah beliau juga menyatakan peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat persekutuan. Seandainya menang di dalam pilihan raya akan datang, Barisan Alternatif akan menu­buhkan kerajaan demokratik dan adil di peringkat persekutuan yang mendukungi Perlembagaan Persekutuan.

Pada Muktamar Tahunan 2011, Abdul Hadi sendiri menggugurkan perjuangan negara Islam kerana kononnya perjuangan itu tiada dalam al-Quran. Dan jangan lupa, Abdul Hadi ketika menjadi Menteri Terengganu juga pernah menegaskan hudud walaupun satu kewajipan tetapi bukanlah suatu keutamaan, malah hudud katanya hanyalah 0.001 sahaja daripada Islam.

Pada 8 Mei 2008, Abdul Hadi menandatangani Deklarasi Pakatan Pembangkang yang antara lain menjunjung kedudukan Islam sebagaimana di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi itu tidak meletakkan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud, qisas dan ta'zir sebagai agenda pembangkang.

Selain itu beberapa pimpinan kanan Pas pernah menegaskan parti itu tidak boleh melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP-PKR.

Oleh itu, apa hak Pas untuk memaksa dan mendesak UMNO menyokongnya jika Pas sendiri bercelaru dan menerima bantahan serta tentangan keras daripada sekutunya sendiri!

Pas sewajarnya mencerminkan diri dan bertanya dengan ikhlas; adakah mereka benar-benar serius mahu melaksanakan hudud. Jika serius, mereka perlu mendapatkan sokongan DAP-PKR terlebih dahulu.

Jika sudah mendapat persetujuan itu, barulah Pas boleh mendekati UMNO dan BN untuk mendapatkan sokongan tambahan; dan saya pasti UMNO akan membantu sedaya mungkin.Tambahan pula kepimpinan tertinggi UMNO sudah menyatakan kesediaan berbincang dengan Pas.

Cubaan Pas mahu mendapatkan sokongan UMNO yang dijadikan ‘musuh politik yang pernah dikafirkan’, tetapi pada waktu sama masih mahu berselimut sebantal dengan rakan sekongkolan DAP-PKR yang menolak dan menentang agenda hudud Pas adalah satu sikap politik luar tabie!

Jika DAP dan PKR terus menentang hukum hudud Pas, parti itu mempunyai dua pilihan iaitu sekiranya masih sayangkan kerjasama politik dengan DAP-PKR, maka Pas perlu menggugurkan agenda mahu melaksanakan hudud.

Tetapi jika Pas ikhlas mahu melaksanakan hudud, maka mereka tiada pilihan kecuali keluar dan bermufarakah daripada pakatan pembangkang. Hanya setelah itu dibuat baru Pas boleh mendekati UMNO untuk bekerjasama dan menggembeling usaha membentangkan usul melaksanakan hudud di Kelantan.

Dan hanya dalam keadaan Pas sudah keluar daripada persekongkolan dengan DAP-PKR barulah wajar untuk UMNO menimbang bekerjasama dengan Pas untuk membantu melaksanakan hudud di Kelantan.

Kita tidak mahu Pas dilihat sebagai parti yang yang mengamalkan politik makan keliling dengan memaksa UMNO menyokong hudud, tetapi pada waktu masa sama masih mahu bersekongkol dengan DAP-PKR yang menentang hudud!

TUJUH PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN PAS

Sebelum usul persendirian untuk Pelaksanaan Hudud di Kelantan dibentangkan di Dewan Rakyat, saya menyarankan Pas supaya jangan terlalu gopoh, tetapi hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilakukan terlebih dahulu:

1. Pas sepatutnya mengambil kesem­patan daripada pendirian UMNO yang ber­se­dia mengadakan kerjasama dan membantu Pas dalam membentangkan usul di Dewan Rakyat.

2. Pas harus mengadakan muktamar khas untuk memperjelaskan pendirian sebenar kepimpinan parti dalam isu pelaksanaan hudud dan mendapatkan mandat daripada ahli dan perwakilan untuk membentangkan usul di Dewan Rakyat.

3. Muktamar itu juga harus memberi mandat jelas kepada kepimpinan Pas untuk keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP dan PKR masih menolak dan menentang pelaksanaan hudud di Kelantan;

4. Muktamar Khas itu juga wajar memberi mandat kepada kepimpinan Pas untuk mengadakan kerjasama politik dengan UMNO bagi membolehkan usul melaksanakan hukum hudud di Kelantan dibentangkan di Dewan Rakyat.

5. Pas wajar membentuk Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk mengadakan perbincangan kerjasama dengan UMNO dan BN.

6. Setelah Jawatankuasa Induk UMNO-Pas mencapai kata sepakat tentang bentuk kerjasama yang diperlukan dan bersetuju dengan draf Undang-Undang Hudud, Qisas & Ta'zir yang mahu dilaksanakan, barulah wajar kedua-dua pihak menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hudud, Qisas & Ta'zir untuk memperhalusi draf Undang-Undang Hudud itu untuk tujuan pembentangan supaya ia benar-benar menepati dan mematuhi al-Quran dan syariat Islam;

7. Pada waktu sama, sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan Hudud, Qisas & Ta'zir hendaklah ditubuhkan oleh kedua-dua pihak yang dianggotai oleh pakar-pakar berkaitan seperti Kehakiman dan Perundangan, Jabatan Peguam Negara, Polis, Penjara, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, dan lain-lain untuk memastikan bila mana Hudud dilaksanakan di Kelantan ia tidak terbantut.

Semoga usaha untuk melaksanakan syariat Islam dipermudahkan Allah, dan diberi keberkatan. Moga juga semua pihak diberi kekuatan dan istiqamah dalam usaha mencari keredaan Allah ini.

* PENULIS ialah seorang Peguambela & Peguamcara dan bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Penang Wasabi..

Friday, May 2, 2014

Koyak Al-Quran Dan Hina Islam Ketika Menonton Bola, 2 Wanita Didenda RM 7,441.95?


Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.

Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.

Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.

Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.

Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.

“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.

“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.

Mereka kemudiannya di dapati bersalah oleh Mahkamah dan di denda RM 2,756.28 (£500) dan diperintahkan membayar kos mahkamah RM 4,685.67 (£850).

Penang Wasabi..