~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Wednesday, May 29, 2013
Zahid Hamidi, jangan biar kaduk naik junjung?
Sejak Datuk Seri Zahid Hamidi menerajui Kementerian Dalam Negeri, ramai penyokong Pakatan Rakyat merasa tidak senang hati dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh beliau.
Rasa tidak puas hati ini dipaparkan menerusi laman-laman sesawang seperti Facebook, Twitter, blog dan laman web yang propembangkang.
Bermula daripada penangkapan orang penting perhimpunan haram, rampasan tabloid propembangkang dan pemantauan secara menyeluruh terhadap rangkaian laman sesawang yang sebelum ini begitu bebas mengkritik dan memfitnah kerajaan, ia seolah-olah satu tsunami bagi penyokong setia Pakatan Rakyat.
Ada yang beranggapan KDN cuba mewujudkan konfrantasi dan keterlaluan dalam menangani kerenah Pakatan Rakyat. Adakah dengan melaksanakan tindakan berdasarkan undang-undang yang sedia ada itu dipanggil kekerasan atau konfrantasi?
Sudah terlalu lama kerajaan berlembut dalam menangani masalah ini.
Kementerian Dalam Negeri umpamanya seakan-akan tunduk dengan kerenah dan aktiviti yang disebarluaskan oleh pembangkang dalam memenangi hati rakyat bagi membenci kerajaan.
Hampir keseluruhan isu yang dilemparkan oleh mereka kepada kerajaan adalah berlandaskan dendam dan fitnah sehinggakan rakyat terlepas pandang antara fakta dan auta.
Adakah undang-undang yang sedia ada tidak mampu untuk membendung apa juga salah laku yang dimainkan oleh pembangkang dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya?
Jelas di sini terbukti bahawa kerajaan lebih mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menangani masalah ini.
Namun akibat tolak ansur tersebut, pembangkang merasakan seolah-oleh kekebalan berada di pihak mereka. Tindakan mereka bertambah biadap sehingga dengan berani mengkritik kerajaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang rakyat yang cintakan keamanan.
Tahniah kepada Datuk Seri Zahid kerana meletakkan KDN ke atas landasan yang sepatutnya dalam menangani isu-isu pembangkang yang semakin biadap seolah-olah seperti kaduk naik junjung.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment