~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, May 31, 2013

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan!


Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.

"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Nurul Izzah dalam Twitternya pada pukul 7.30 malam menyebut; "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca PRU-13. Just you wait BN".

Pada 7 April lalu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) turut tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment