~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, May 31, 2013

Larangan terhadap Nurul Izzah ikut peraturan!


Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.

"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Nurul Izzah dalam Twitternya pada pukul 7.30 malam menyebut; "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca PRU-13. Just you wait BN".

Pada 7 April lalu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) turut tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.

Penang Wasabi..

Thursday, May 30, 2013

Pemuda PAS main sandiwara - Sokong jatuhkan kerajaan dengan rusuhan jalanan?


Sebelum ini para pemimpin tertinggi PAS menolak gerakan menumbangkan kerajaan melalui rusuhan jalanan, namun lain pula dengan apa yang dilakukan oleh Pemuda PAS ini?

Agak mengejutkan juga apabila Pemuda Pas hari ini menawarkan diri untuk menanggung kos guaman untuk aktivis mahasiswa, Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim sepanjang kes kedua-duanya berlangsung di mahkamah.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, pihaknya juga bersedia membantu dengan membekalkan peguam dari Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) bagi membela anak muda yang ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyanjung tinggi keberanian anak-anak muda dalam mempertahankan kebenaran meskipun mereka berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan. Keengganan Safwan Anang untuk diikat jamin sebanyak RM 5,000 membuka mata semua pihak bahawa beliau adalah simbol rakyat yang dizalimi. Beliau juga menunjukkan suatu sikap seriusnya anak muda dalam memperjuangkan demokrasi yang kian nazak di negara ini.


“Pemuda Pas melihat kebangkitan anak-anak muda seperti Safwan dan Adam Adli merupakan suatu fenomena luar biasa di negara ini.

“Di negara lain, sekiranya mahasiswa dan anak muda sudah mula berani turun berhimpun, ia menandakan zaman gelap kepada pemerintah dan permulaan cerah untuk pembebasan bagi rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian dan demokrasi sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam Safwan yang ditahan atas dakwaan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan tidak mahu diikat jamin sebagai tanda protes. Difahamkan, peguam yang mewakili Safwan, Ariff Azami Hussein telah cuba memujuknya namun beliau berkeras untuk tidak diikat jamin.

Sementara itu, minggu lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan tahanan reman ke atas Adam Adli dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Adam Adli dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama dan kes akan disebut semula pada 2 Julai depan.


Dalam pada itu, dakwa Raja Ahmad, penangkapan Adam Adli dan Safwan adalah titik tolak kebangkitan anak-anak muda. Dakwanya, kerajaan tidak boleh menganggap penangkapan mahupun mahasiswa ini boleh mendiamkan mulut ratusan ribu anak-anak muda.

“Dua orang anak muda ditangkap, ribuan lagi Safwan dan Adam Adli akan muncul dari celahan kebangkitan anak-anak muda,” dakwanya lagi.

Sesungguhnya Islam melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat."Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah"!

Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Wednesday, May 29, 2013

Zahid Hamidi, jangan biar kaduk naik junjung?


Sejak Datuk Seri Zahid Hamidi menerajui Kementerian Dalam Negeri, ramai penyokong Pakatan Rakyat merasa tidak senang hati dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh beliau.

Rasa tidak puas hati ini dipaparkan menerusi laman-laman sesawang seperti Facebook, Twitter, blog dan laman web yang propembangkang.

Bermula daripada penangkapan orang penting perhimpunan haram, rampasan tabloid propembangkang dan pemantauan secara menyeluruh terhadap rangkaian laman sesawang yang sebelum ini begitu bebas mengkritik dan memfitnah kerajaan, ia seolah-olah satu tsunami bagi penyokong setia Pakatan Rakyat.

Ada yang beranggapan KDN cuba mewujudkan konfrantasi dan keterlaluan dalam menangani kerenah Pakatan Rakyat. Adakah dengan melaksanakan tindakan berdasarkan undang-undang yang sedia ada itu dipanggil kekerasan atau konfrantasi?

Sudah terlalu lama kerajaan berlembut dalam menangani masalah ini.


Kementerian Dalam Negeri umpamanya seakan-akan tunduk dengan kerenah dan aktiviti yang disebarluaskan oleh pembangkang dalam memenangi hati rakyat bagi membenci kerajaan.

Hampir keseluruhan isu yang dilemparkan oleh mereka kepada kerajaan adalah berlandaskan dendam dan fitnah sehinggakan rakyat terlepas pandang antara fakta dan auta.

Adakah undang-undang yang sedia ada tidak mampu untuk membendung apa juga salah laku yang dimainkan oleh pembangkang dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya?

Jelas di sini terbukti bahawa kerajaan lebih mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menangani masalah ini.


Namun akibat tolak ansur tersebut, pembangkang merasakan seolah-oleh kekebalan berada di pihak mereka. Tindakan mereka bertambah biadap sehingga dengan berani mengkritik kerajaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang rakyat yang cintakan keamanan.

Tahniah kepada Datuk Seri Zahid kerana meletakkan KDN ke atas landasan yang sepatutnya dalam menangani isu-isu pembangkang yang semakin biadap seolah-olah seperti kaduk naik junjung.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 28, 2013

Red Bean Army serang kerajaan?


Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

"Cacian memang makanan buat orang politik. Saya telah maafkan mereka yang mencaci dan akan terus memaki hamun saya. Kebanyakan mereka ini masih berdarah muda.

"Mereka sedang menanam kebencian sebab gagal menawan Putrajaya. Biarlah mereka melayani kekecewaan itu dengan melepaskan perasaan kecewa secara menyalahkan semua orang lain, kecuali diri sendiri," katanya kepada di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan seorang pembaca Utusan Malaysia berketurunan Cina bernama Kevin J. C. Chuah tentang sikap Red Bean Army yang terus mengecam dan membuat penghinaan khususnya menerusi laman sosial Facebook propembangkang. Baca di sini.

Menurut pembaca tersebut, tulisan dan ayat-ayat yang diguna oleh mereka memang menjijikkan dan serangan peribadi bertubi-tubi dilancarkan terhadap Ahmad Zahid, sekali gus membuktikan sifat sebenar kumpulan Red Bean Army yang suka mencaci, menyuntik rasa kebencian dengan sewenang-wenangnya.

Akaun Facebook propembangkang itu juga dengan lantang mengutuk Ahmad Zahid dan meminta beliau meletak jawatan di samping menggunakan tulisan biadab berbunyi: "Negara ini bukan milik bapak kau!!!".

Mengulas lanjut 'tangan-tangan' jahat Red Bean Army itu, beliau berkata: "Saya harap suatu hari nanti mereka akan tahu kebaikan yang akan saya terapkan demi kepentingan keselamatan negara".

Sebelum ini, Ahmad Zahid menegaskan akan membanteras penyebaran maklumat dalam media sosial yang menyentuh isu perkauman, mencabar Perlembagaan serta fitnah, khususnya yang didalangi Red Bean Army.

Penang Wasabi..

Shamsul Iskandar@Sam Ketot Tidak Puas Hati Dengan Presiden PAS


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9 di sini.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Semasa kempen PRU13 lalu, Abdul Hadi berkata pertindihan kerusi di antara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan cederung kearah ideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan...dengan DAP sahaja. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” memetik kenyataan beliau.

Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya Pakatan menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen Pakatan memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa PRU13.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Pada pilihan raya lalu, Shamsul berjaya menewaskan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Penang Wasabi..

Monday, May 27, 2013

Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army?


Ekoran penyiaran berita tentang anasir jahat dalam laman siber, Utusan Malaysia turut menerima surat daripada pembaca berketurunan Cina yang menyokong agar tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

Pembaca tersebut yang mahu dikenali sebagai Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang dalam satu surat kepada akhbar ini berkata, Red Bean Army telah membuat pelbagai tohmahan yang berniat jahat sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Berikut surat beliau yang dihantar kepada Utusan Malaysia.

Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.

Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.

Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.


Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.

Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.

Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.

Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.

Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.

Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.

Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.

KEVIN J.C. CHUAH
Pulau Pinang

Penang Wasabi..

Sunday, May 26, 2013

Palanivel jangan tamak...!!! Mahu unit hal ehwal India di bawah MIC, bukan Hindraf?


MIC kena cermin diri dahulu kenapa ada parti yang memperjuangkan masyarakat India yang lain seperti PPP, IPF dan Makkal Sakhti? Mungkin G.Palanivel sudah lupa mengapa mendiang Tan Sri Pandhitan bekas Ketua Pemuda MIC keluar parti lalu menubuhkan Barisan Progresif India (IPF)! Mengapa Sistem Kasta masih menjadi batu penghalang kepada masyarakat India sampai ke hari ini!

Presiden MIC itu perlu mengakui perkara ini dan janganlah terlalu tamak! Walaupun tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf, beliau perlu ingat bukan semua masyarakat India di negara ini bersama MIC!

Oleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini.

"Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan dengan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama. MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama," katanya.


Beliau menegaskan bahawa jawatankuasa khas kabinet bagi orang India di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai MIC telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka dalam pembangunan arus perdana negara.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini, Palanivel juga berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan, bagi membawa isu berhubung usaha memperkukuh keperluan masyarakat India.

Palanivel berkata perbincangan itu juga akan menyentuh agenda ekonomi masyarakat India.

"Ini memerlukan perbincangan serius. Saya akan bertemu Perdana Menteri sama ada Isnin atau Selasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Palanivel juga berkata MIC akan mengadakan perbincangan dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Makkal Sakhti dan semua pihak yang berasaskan kaum India berhubung cara meningkatkan undi kaum itu kepada BN.

Beliau juga mengumumkan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera dan Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan dilantik sebagai pengerusi majlis pendidikan India MIC.

Penang Wasabi..

Saturday, May 25, 2013

Panas..!!! UNDI POPULAR yang Anwar sembunyikan kepada penyokongnya?



Anwar masih sibuk dengan UNDI POPULAR, namun bagaimana UNDI POPULAR itu diperolehi, Anwar menyembunyikan kepada para penyokongnya.

Malaysiakini portal milik Pakatan Rakyat telah menyiarkan keputusan pengundian PRU-13 (Jadual diatas), jadual ini bukan dari mana-mana pihak akan tetapi daripada portal yang mereka miliki sendiri.

Daripada jadual tersebut, dengan jelas, 9 negeri dan dua kawasan wilayah Persekutuan iaitu Labuan dan Putrajaya undi popular menyebelahi barisan nasional, hanya di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, WP Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan, PR mendapat undi popular

Sebenarnya bukan nak berkata berkaitan dengan kerusi parlimen, akan tetapi berkaitan undi popular. Berasaskan jadual di atas siapapun dengan mudah dapat membuat analisis.

Sila lihat betul-betul berkaitan dengan data yang ada: BN menang undi popular di 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya, sementara PR hanya menang di 4 negeri dan sebahagian WP Kuala Lumpur.

Berasaskan jadual itu juga Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara, manakala Barisan Nasional 5,262,983. Dengan itu perbezaan undi adalah 361,101.

Persoalannya adalah berpunca darimana kah PR mendapat kelebihan itu?

Mari kita lihat pecahan undi ini:

i. Di Kelantan, Pakatan Rakyat mendapat 412,949 - 355,627 = 57,332

ii. Di Pulau Pinang, Pakatan mendapat 492,863 - 229,859 = 263,004

iii. Di Perak, Pakatan mendapat 624,344 - 512451 = 111,893

iv. Di Selangor, Pakatan mendapat 1,044,758 - 685,502 = 359,256

v. Di KL, Pakatan mendapat 425,352 - 227,268 = 198,084

Berasaskan kepada angka-angka di atas, dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi. Dari data di atas juga, walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332.

Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi. Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular, sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101.

Disebabkan Pakatan tidak mendapat sokongan daripada bumiputera/melayu, walaupun di kawasan kaum cina mereka mendapat hampir satu juta kelebihan undi, namun akhirnya kelebihan itu dikurangi oleh undi kaum bumiputera/melayu.

Pakatan memang mendapat undi banyak daripada kalangan pengundi kaum cina namun bukan daripada kaum bumiputera/melayu. Atas sebab itu, Pakatan kalah undi popular di Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, WP Labuan dan WP Putrajaya.

Berasaskan analisis ini, diharap ramai rakan blogger atau sesiapa sahaja membaca analisis ini menyebarkannya, agar supaya ramai rakyat memahami duduk perkara keputusan PRU-13 dan erti undi popular yang diputar belit oleh Anwar sejak 8 Mei lalu.

Penang Wasabi..


Friday, May 24, 2013

Karpal bangsat tetap mahu Dewan Negara dimansuhkan?



Walaupun cadangannya mahu memansuhkan Dewan Negara mendapat kritikan hebat pelbagai pihak namun Pengerusi DAP, Karpal Singh bangsat ini masih tetap dengan pendiriannya itu dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang membidas kenyataannya.

Karpal berkata, cadangan itu adalah untuk mengelakan pembaziran wang rakyat dan tidak sama sekali niatnya mahu membelakangi Perlembagaan Persekutuan.

"Selama ini Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan sudah banyak kali meminda Perlembagaan Persekutuan, dan tidak menjadi apa masalahnya dengan cadangan saya agar ia dipinda kembali untuk kesesuaian rakyat.

"Malah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang tidak mempunyai hak untuk mengajar saya kerana beliau dilantik oleh kerajaan yang mendapat sokongan minoriti rakyat. Maka jangan ajar saya tentang undang-undang," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kurang senang dengan cadangan yang dikemukakan Karpal agar Perlembagaan Persekutan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara yang dikatakan membazir wang rakyat.

Bagaimanapun, Abu Zahar yang dilantik semula memegang jawatan berkenaan bagi penggal kedua berkuatkuasa 26 April lalu selepas tempoh penggal pertamanya berakhir sehari sebelum itu, meminta Karpal menghormati Perlembagaan Persekutuan dan menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Sementara itu, Karpal turut mempersoalkan tindakan BN melantik ramai calon yang tidak mewakili rakyat sebagai senator bagi membarisi kepimpinan kabinet yang baru.

Beliau berkata, tidak adil pelantikan senator dibuat tanpa dipilih oleh rakyat.

"Saya dapati ada calon yang dilantik menjadi senator ditolak rakyat atau di bawah piawaian. Sepatutnya mereka yang membarisi kabinet mestilah dilantik daripada wakil rakyat yang dipilih rakyat

Menurutnya, beliau akan meminta Parlimen supaya menggubal undang-undang bagi membolehkan pemilihan senator di semua negeri.

"Perkara 45 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan membenarkan setiap negeri mengadakan pemilihan awam bagi melantik senator.

"Saya akan mencadangkan penggubalan undang-undang tersebut di parlimen menerusi Rang Undang-Undang Ahli Persendirian," katanya.

Penang Wasabi..

DALANG LAHAT DATU - PENGKHIANAT NO.1 NEGARA.?


PKR terus dengan Strategi Pencurinya...! Raja Petra dakwa Anwar Ibrahim bertemu Nur Misuari sebanyak 2 kali untuk bincang isu Sabah. Tian Chua pula telah ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian pencerobohan pengganas Sulu di Lahat Datu. Tetapi seperti pencuri mereka menjerit ini semua adalah sandiwara UMNO.

Hakikatnya... Sabah dan Sarawak adalah penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional. Apa perlunya UMNO bersandiwara sehingga mengorbankan 10 orang anggota keselamatan dan menyusahkan penduduk tempatan di kawasan terlibat.

Lebih logiknya... dan rentetan lagu "Tanya sama Najib" yang sering dinyanyikan oleh Anwar... semua ini kemungkinan besar adalah perancangan pengkhianatan terhadap kedaulatan negara oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.


Memandangkan tidak mampu untuk memenangi hati pengundi di Sabah dan Serawak... Anwar mahu memastikan Sabah dan Serawak berada dalam keadaan huru-hara dengan mengupah pengganas Sulu sehingga menyebabkan Sabah dan sarawak diistiharkan tidak boleh mengadakan pilihanraya. Ini bermakna sebanyak 57 kerusi parlimen yang kebiasaannya berpihak kepada Barisan Nasional akan hilang. Anwar berharap dengan itu Pakatan Rakyat akan berjaya menguasai Putrajaya.

Setelah menguasai Putrajaya... dan sebagai balasan kerana membantu membuat huru-hara di Sabah dan di Sarawak sehingga membuat Pakatan Rakyat menang dalam PRU13... mengikut yang telah dipersetujui dalam beberapa pertemuan diantara Anwar dan Misuari... maka Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan memberikan kuasa otonomi kepada Sabah dan Sarawak kepada MNLF...?

Sebab itu Anwar sering menyanyikan lagu Tanya Sama Najib. Sebab itu Misuari kata Malaysia jajah Sabah dan Sarawak. Sebab itu Tian Chua ke Filipina menghantar belanja untuk pengganas memulakan operasi...?

Inilah wajah Anwar Ibrahim yang sebenar. Pengkhianat Nombor 1 Negara. Sanggup menggadai Negara demi memuaskan nafsu serakahnya untuk menjadi Perdana Menteri...!!!

Penang Wasabi..

Monday, May 20, 2013

Zahid Beri Amaran Kepada Portal Malaysiakini?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.

Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

“Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

“Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.

“Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini Isnin.

Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.

“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius. - BERNAMA

Penang Wasabi..

Sunday, May 19, 2013

Saya tak gentar - Ahmad Zahid?


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik.

Malah, beliau menegaskan kesediaannya berdepan dengan Setiausaha Agung DAP itu termasuk Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang yang bercadang membawa usul mengecamnya dalam sesi Dewan Rakyat nanti.

''Saya sedia menghadapi usul kecaman dari Guan Eng. (Tetapi) kenapa pula dia yang merasa pedas? Dia termakan cilikah?

''Saya memang sudah biasa berdepan dengannya. Apa nak takut?'' tegas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid sebelum itu mengulas kenyataan Guan Eng yang mendesaknya menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik.

Menurut Guan Eng, jika Ahmad Zahid gagal berbuat demikian, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah akan membawa usul mengecamnya di Dewan Rakyat.

Selasa lalu, Ahmad Zahid berkata, pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote boleh berhijrah ke negara republik kerana kerajaan Malaysia dipilih berdasarkan parti yang memenangi jumlah kerusi paling banyak.

Pelbagai pihak turut tampil menyatakan sokongan terhadap kenyataan berkenaan dan menegaskan saranan itu adalah wajar kerana pembangkang ketika ini sengaja menyemai benih kebencian dalam hati rakyat.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa Guan Eng supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya berhubung saranan berkenaan.

"Baca elok-elok (kenyataan terbabit). Kalau tak faham bahasa Melayu, elok masuk sekolah semula,'' katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, May 18, 2013

Rakyat Singapura & United Kingdom Iktiraf Keputusan Pilihan Raya Malaysia, Baca Kisah Ini?


Pembangkang di Malaysia perlu membaca dan mengkaji beberapa keputusan pilihan raya yang telah berlaku di beberapa buah negara. Usah memalukan diri sendiri bila gagal menerima fakta dan hakikat.

Di Singapura, keputusan pilihan raya pada 2011 menyaksikan parti PAP hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja berbanding pembangkang. PAP kuasai 81 daripada 87 parlimen tetapi hanya mendapat undi popular sejumlah 60.1% sahaja. Berbanding pembangkang yang mendapat hanya 6 kerusi tetapi mendapat 39.9% undi popular.


Contoh kedua adalah keputusan pilihan raya di United Kingdom pada 2010. Lihat pada keputusan undi popular dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Konservatif, Parti Buruh dan Parti LDP.

LDP mendapat 23% undi popular tetapi hanya menang 57 kerusi (9%) daripada 650 kerusi.

Parti Buruh mendapat undi popular sejumlah 29% tetapi dari segi peratusan kerusi adalah 258 (40%) daripada 650 kerusi.

Parti Konservatif mendapat undi popular sejumlah 36% tetapi dari segi kerusi adalah sejumlah 306 kerusi (47%).


Di Singapura dan United Kingdom, pihak yang kalah menerima keputusan dengan baik tanpa mempertikainya di atas jalan raya.

Mereka tidak melompat di atas jalan untuk kutuk sistem demokrasi negara mereka sendiri. Habis pilihan raya, mereka memfokuskan usaha untuk memaju dan membangunkan negara.

Mereka faham tentang undi popular dan majoriti menang mengikut jumlah kerusi di parlimen. Jika kalah, tunggulah 5 tahun lagi untuk mencuba nasib lagi.

Di negara ini, ada pihak yang sudah kalah dan mahu memperbodohkan rakyat dengan membuat "logik akal" mereka sendiri. Menuduh, menghasut dan memperlekehkan sistem demokrasi.

Sedangkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan parti yang menang sudah pun mengangkat sumpah. Sistem demokrasi yang sama digunakan di tiga negeri tersebut.

Rakyat jangan mudah terpedaya dengan tipu helah mereka. Malu jika rakyat di Singapura dan United Kingdom melihat ada rakyat Malaysia yang masih lagi tidak faham amalan demokrasi.

Terimalah hakikat, jagalah nama negara. Fokuslah kepada pencapaian Wawasan 2020, lagi 7 tahun misi itu perlu dicapai secara bersama.

Sumber : Angin Perubahan

Penang Wasabi..

Wednesday, May 15, 2013

Cukuplah Anwar, jangan jadi 'Jebat Derhaka' cabar Agong - Nalla!


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya segera membatalkan siri bantahan ekoran kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana jelas mencabar perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, bantahan Anwar itu bertentangan dengan fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyaksikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

"Jadi adakah Anwar tidak bersetuju dengan baginda yang memperkenankan pelantikan Najib? Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga telah menasihatkan Anwar supaya menerima kekalahan sebagai ketentuan takdir.


"Cukuplah Anwar, jangan sengaja mencabar Agong, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi di negara ini dengan menghasut rakyat turun ke jalanan semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan itu," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan mendakwa, selain tidak puas hati dengan kekalahan pembangkang, Anwar juga dipercayai cuba mengalih perhatian masyarakat daripada kesnya meliwat bekas pembantu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang akan dibicara di Mahkamah Rayuan Julai ini.

"Anwar harus sedar bahawa masyarakat sudah menerima keputusan PRU-13 dan dia juga harus ingat bahawa rakyat kini tertunggu-tunggu perbicaraan kes tersebut, jadi tidak perlu alih perhatian mereka," katanya.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 14, 2013

Undi Popular: Kecacatan Mental Anwar Ibrahim dan Kerajaan Kelantan 2004 Haram!


Pakatan menang undi popular? Anwar Ibrahim mungkin mengalam cacat mental yang teramat sangat kerana gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pakatan tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagaimana mereka boleh menjadi parti paling popular? Parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya umum kali ini ialah BN, PKR, Pas, DAP, Kita dan Bebas.

Keputusan pilihan raya umum ke 13 menunjukkan BN mendapat 47% undi diikuti oleh PKR 20%, DAP 15.4%, Pas 14.5% dan lain-lain parti. Jadi di mana yang mengatakan Anwar lebih popular dan layak menjai Perdana Menteri? Malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kekurangan majoriti yang jelas di Permatang Pauh.

Tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.

Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.

Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana George Bush Jr yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.


Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.

Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.

Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 – 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan?

Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim.

Penang Wasabi..

Saturday, May 11, 2013

Najib lawat Azizan di HPP

Najib dan Rosmah Mansor melawat Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

GEORGE TOWN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung.Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.

Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

Najib berkata bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah yang baru.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya Pas Kedah itu tidak berbuat demikian bermula esok bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat.

"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberi kerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas nasihat pihak hospital," katanya.

Beliau berkata keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi ini.

Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.

Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu. - Bernama

Penang Wasabi..

Saturday, May 4, 2013

#PRU13 : Anwar semakin panik macam nak mampos?


Bimbang akan mengalami kekalahan teruk dan memalukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad ini, Anwar Ibrahim memperhebatkan pelbagai penipuan, manipulasi, tohmahan serta fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) dan agensi kerajaan bagi mengelirukan rakyat.

Terbaharu, Ketua Pembangkang itu mendakwa, UMNO dan BN akan mendalangi pembelian undi secara besar-besaran membabitkan dana berbilion ringgit, menjelang hari pembuangan undi 5 Mei ini tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Tidak cukup dengan itu, Anwar mereka cipta pula cerita karut kononnya, terdapat 15 penerbangan khas dari Kota Kinabalu ke semenanjung menggunakan pesawat jumbo jet 747 bagi membawa 'pengundi hantu' untuk mengundi calon-calon BN di Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau juga secara berterusan menipu kononnya sistem pilihan raya di negara ini tidak telus walaupun pembangkang menawan lima negeri pada 2008 apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersih daftar pengundi, selain mempolitikkan isu dakwat kekal.

Fitnah dalam isu dakwat kekal umpamanya bertukar menjadi senjata makan tuan apabila pegawai tentera, Mejar Azmee Bujang yang namanya dijaja pembangkang dalam siri ceramah mereka tampil menafikan pembohongan tersebut serta mahu menyaman pemimpin pakatan.

Bagi beberapa pemimpin politik, sikap 'desperado' Anwar mudah difahami kerana Ketua Pembangkang itu sedar bahawa sokongan majoriti rakyat kini berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berikutan rekod pentadbiran Perdana Menteri yang terbukti berjaya.

Menurut bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, beliau tidak hairan melihat 'wayang' Anwar dalam meracuni fikiran rakyat kerana Ketua Pembangkang itu hanya mempunyai baki beberapa hari sahaja lagi yang bakal menjadi penentu kelangsungan hayat politiknya.

"Anwar adalah manusia yang paling pentingkan diri dan tamakkan kuasa. Dia sanggup berbuat apa sahaja malah saya tidak terkejut jika berlaku kejadian huru-hara ala Arab Spring di Malaysia sehingga meragut nyawa rakyat demi memastikan cita-cita politik beliau berjaya.

"Dia hanya ada beberapa hari sahaja lagi dan saya percaya Anwar akan melakukan pelbagai lagi perkara-perkara yang melangkaui batas hanya untuk bergelar Perdana Menteri maka fitnah sebegini tidak menghairankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, Anwar kini sangat terdesak kerana laporan terbaru mendedahkan pakatan pembangkang akan hilang beberapa negeri ekoran sokongan rakyat beralih kepada BN.

Katanya, memang menjadi kepakaran Anwar dalam melemparkan fitnah dan menipu rakyat sebagaimana pembohongan isu 16 September dan nasib yang menimpa masyarakat India di Kampung Puah Pala, Pulau Pinang yang langsung tidak dipedulikan selepas pakatan pembangkang menang di negeri tersebut

"Nasihat saya kepada Anwar tunai dan jawab dulu isu Kampung Buah Pala sebelum sibuk mencipta pelbagai fitnah baru. Rakyat Malaysia kini sudah matang dan tidak mudah lagi tertipu dengan budaya politik fitnah sebegini kerana ternyata BN lebih berjaya dalam memerintah," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selaku pemimpin gagal, baik ketika berada bersama kerajaan atau semasa menerajui pakatan pembangkang, modal politik Anwar adalah dengan melemparkan fitnah.

"Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun baharu mengambil alih pemerintahan negara empat tahun lalu berjaya dan diakui dunia. Rakyat juga merasai setiap transformasi yang dibawa oleh beliau tetapi apa rekod Anwar? Semasa dalam BN, dia hampir menjahanam ekonomi negara.

"Ketika bersama pembangkang dan menjadi Penasihat Ekonomi Selangor apa yang berlaku? Isu sampah yang tidak begitu rumit pun Anwar tidak boleh selesai, usahkan nak bawa pelaburan besar ke Selangor," katanya.

Tambahnya, langkah melemparkan fitnah, tohmahan serta menipu rakyat itu juga merupakan taktik Anwar untuk mengalih isu pergolakan dalaman antara parti komponen dalam pakatan pembangkang yang sehingga kini gagal diselesaikan Ketua Pembangkang tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Senator Ezam Mohd. Noor pula berkata, sebagai jaguh putar alam, fitnah adalah 'wirid' wajib Anwar kerana tanpanya, hayat politik Ketua Pembangkang yang terpalit dengan isu moral tidak akan mendapat perhatian.

"Sebab itu, saya selalu berkata antara Ayah Pin (ketua ajaran sesat) dengan Anwar, Anwar lebih bahaya. Anwar adalah 'Ayah Spin'. Malaysia boleh porak-peranda kerana beliau manakala agama dan bangsa pun akan tergadai. Setiap kata-kata Anwar merupakan pembohongan kepada rakyat.

"Lihat sahaja pembohongan tentang 16 September. Terang-terang beliau tipu seluruh rakyat Malaysia. Saya cukup mengenali Anwar, malah sehingga sanggup berkorban masuk penjara, jadi rakyat mesti berhati-hati dengan setiap tutur kata Anwar," katanya.

Penang Wasabi..