~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, May 27, 2012

Hasan Ali: Awas...4 negeri jadi sasaran murtad!



Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

“Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

“Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.-SN

Penang Wasabi..

Saturday, May 26, 2012

Shabery Cheek kena buat report pada PM mengapa Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 'gagal' mengatasi Himpunan Belia Selangor!


Sedih! Itulah perkataan yang dapat diungkap apabila melihat dari sambutan anak muda belia Selangor kepada Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor yang berlangsung sama tarikh dengan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya.

Inilah sifat dengki yang ditunjukkan oleh pemimpin pakatan rakyat yang mana tidak senang duduk melihat jutaan anak muda bergerak ke Putrajaya berbekalkan semangat untuk mempertahankan negara dari anasir-anasir liar pakatan haram.




Anwar juga nampaknya telah diketepikan dengan meletakkan mukanya di bawah sekali yang membawa maksud beliau tidak mendapat tempat di Selangor lagi walaupun menjadi penasihat negeri Selangor. Beza dengan gambar pemimpin no.1 Malaysia yang mana identitinya dihormati dan diletakkan di atas sekali walaupun bukan majlis nya.

Rasa hormat pada Anwar sudah kian luntur dan pudar dikaca mata pemimpin Selangor. Inikah PM ke-7 Malaysia?



Sambutan yang 'hangat' di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor begitu ketara dengan bukti bergambar yang didedahkan oleh blogger x-PKR yang berjaya menyusup masuk ke sana.

Sumber : JawaBer6

Penang Wasabi..

Friday, May 25, 2012

Air Terputus, Jenice salahkan SYABAS Gagal Sedia Lori Air!



CHERAS, 25 MEI: Untuk mencari isu, Adun Teratai, Jenice Lee menuduh kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyediakan lori bekalan air sebagai alternatif sepanjang bekalan terputus nyata mengecewakan penduduk di DUN Teratai.

Lebih dikesalkan, sistem talian aduan SYABAS yang disediakan juga memaksa pengadu menunggu sehingga 15 minit namun tidak ada sebarang respon yang diterima. Lebih 10 taman perumahan, lapan daripadanya terletak di DUN Teratai menghadapi masalah bekalan air sejak Ahad lepas sehingga hari ini.

Masalah bekalan air berpunca daripada kebocoran yang berlaku pada asalnya di loji rawatan air di Pudu Hulu dan dikuti oleh Kampung Cheras Baru dua hari kemudian. Jenice Lee melahirkan rasa tidak puas hati berhubung sistem pengurusan SYABAS sehinggakan beliau terpaksa bertindak lanjut.

“Kebocoran dan kerosakkan itu kita boleh terima. Masalahnya adalah pengurusan air sepanjang ketiadaan air ini. Ada kawasan tiga hari, ada kawasan lima hari. Bergantung kepada ketinggian.

“Taman Muda sudah mendapat bekalan air semula selepas lima hari. Tapi kawasan tinggi seperti Bukit Teratai masih belum mendapat bekalan air,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Masalah bekalan air turut melibatkan dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Bukit Teratai dan Sekolah Menengah Bukit Seraya selain kawasan masjid dan pusat perniagaan. Jelas Jenice, sepatutnya lori bekalan air datang dua atau tiga kali sehari bagi memudahkan penduduk mendapat bantuan air sepanjang krisis berlaku.

“Saya diberitahu 10 taman terlibat. SYABAS ada 15 lori bekalan air. Tetapi kalau ada 15 lori satu taman satu lori okey. Berulang dua tiga kali pun tidak ada masalah. Tapi kita tidak merasainya.

“Kawasan taman perumahan di Teratai hanya berjiran sahaja. Mustahil kita tidak nampak mereka(lori bekalan air) datang.

“Jika begini cara pengurusan SYABAS, sepatutnya konsesi ini dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kita ada pengalaman dan kepakaran untuk uruskan semua,” katanya.

Beliau menambah, sepatutnya pihak pemaju perumahan perlu menyedikan sistem takungan air hujan supaya penduduk dapat menyimpan bekalan air bagi kegunaan tandas apabila berhadapan masalah bekalan air.

Sementara itu, Ketua Kampung Cheras Baru, Ismail Cheming berharap perkara ini dapat diselesaikan segera memandangkan ia berlarutan dalam tempoh yang lama. Ujar beliau, pihak SYABAS sepatutnya menyediakan lebih banyak lori bekalan air supaya dapat masuk ke kawasan perumahan dengan lebih kerap untuk kemudahan penduduk.

Agak menarik apabila Jenice Lee menggunakan alasan kegagalan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semata-mata mahu konsesi ini dijual kepada Kerajaan Negeri Selangor!

Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.


Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.

Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3.6 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.

Jadi adalah lebih baik jika Jenice Lee berbincang dengan MB Khalid untuk menyelesaikan perkara ini supaya rakyat tidak menjadi mangsa kepada kedegilan pemerintah kerajaan negeri Selangor. Fikir-fikirkan lah..!!!

Penang Wasabi..

Tuesday, May 22, 2012

Harapkan pagar, pagar makan padi...!!! Tidak hairanlah mengapa kes LIWAT II tertangguh lebih 50 kali?



Bukan sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012. Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius


Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut. Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan?

Penang Wasabi..

Sunday, May 13, 2012

Video seks mirip Azmin kerja orang dalam?



Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendakwa isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah angkara 'orang dalam' parti itu sendiri yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.

Fauzi mendakwa, beliau mempunyai bukti bahawa rakaman video seks berkenaan merupakan antara komplot terancang oleh kelompok tertentu dalam PKR yang tidak senang dengan kedudukan Azmin dalam parti.

"Ini 'sepak terajang' dalam PKR sendiri. Saya boleh tunjuk bukti macam mana usaha terancang mereka untuk jatuhkan Azmin. Banyak surat layang dihantar kepada saya dan ia bermula sejak pemilihan parti pada 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fauzi berkata, Azmin dilihat berseorangan dalam menghadapi isu video seks serta berkaitan keluarganya apabila tiada seorang pun pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan beliau sehingga hari ini.

"Sebagai seorang rakan rapat beliau, terus-terang saya amat simpati dengan Azmin terutama yang mutakhir dalam isu keluarga dan isu penyebaran video seks.

"Dalam isu ini, nampak sikap pilih kasih. Sebelum ini kita lihat dalam isu seks melibatkan Anwar dan Elizabeth Wong, ramai pimpinan PKR mempertahankan kedua-duanya, tetapi dalam isu Azmin, beliau berseorangan menghadapinya," katanya.

Menurutnya, masalah dalam PKR berpunca daripada tindakan kumpulan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menyingkirkan kumpulan bekas ahli UMNO untuk menguasai parti itu!

Penang Wasabi..

Thursday, May 10, 2012

Tunku Aziz sahkan DAP tidak sambung keanggotaannya di Dewan Negara!


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) mengesahkan parti itu tidak akan menyambung tempoh keanggotaannya sebagai Ahli Dewan Negara yang bakal berakhir 31 Mei ini.

Menurut beliau, ini ekoran kenyataannya yang dilihat bertentangan dengan parti berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0 ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, beliau akan tetap bersama parti walaupun tidak lagi diberikan tanggungjawab sebagai 'suara' DAP di dewan tertinggi tersebut.

"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita melanggar undang-undang.

"Tetapi, mungkin dalam fikiran parti, saya dah buat salah besar. Jadi mereka merasakan susah saya nak dilantik semula. Kalau begitu, saya katakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng biar saya undur diri.

"Saya dengan parti tidak ada apa-apa masalah. Tetapi itu (perbaharui keanggotaan) terpulang. Kuasa bukan di tangan saya. Kalau was-was, baik saya undur diri. Itu yang saya katakan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Baru-baru ini, beliau secara terbuka menentang penganjuran perhimpunan haram Bersih 3.0 berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

Tunku Abdul Aziz berkata, walaupun keanggotaan dalam Dewan Negara tidak disambung semula, beliau akan tetap berkhidmat untuk rakyat dan matlamat utamanya adalah untuk mengintegrasikan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Negara ini berbeza dengan negara lain. Kita negara berbilang bangsa, berbilang budaya. Kita harus mencari jalan untuk menyatukan semua bangsa. Saya berharap parti (DAP) juga melakukan perkara yang sama," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia menarik balik atau meminta maaf berhubung kenyataan menentang perhimpunan haram Bersih 3.0, katanya, beliau berpegang kepada pendiriannya.

"Saya belum sampai nak keluar parti. Setiap daripada kita pasti memiliki pandangan berbeza. Saya seorang yang terbuka. Walaupun saya bersama parti kalau saya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tak akan saya mahu berdiam. Saya ada pandangan sendiri," tambahnya

Wasabi Oyabun...

Thursday, May 3, 2012

Menghina PM - 3 pelajar UM cuma digantung satu semester sahaja!


Berbaloi kah hukuman yang dikenakan terhadap mereka kerana menghina Perdana Menteri dengan cara yang begitu mengaibkan sekali? Bukankah sepatutnya mereka-mereka ini dibuang sahaja dari meneruskan pelajaran mereka. Disebabkan nila setitik ini, maruah UM telah tercemar?

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) digantung pengajian satu semester dan didenda tidak lebih RM200 kerana didapati bersalah memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Ketiga-tiga pelajar terbabit juga diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200. Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.


Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu. Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu undang-undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Apa perasaan kedua-dua ibubapa mereka yang terbabit? Tidakkah mereka malu dengan perangai dan sikap anak-anak mereka yang telah mencemarkan nama baik keluarga mereka sendiri. Harapan mereka begitu menggunung untuk melihat anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka! Namun apakan daya, inilah balasan yang mereka terima!

Penang Wasabi..