~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Friday, January 6, 2012
Wan Azizah dan Azmin pun tak bela Anwar, macamana ya!
Kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar kerana isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak membela suaminya itu sedangkan beliau termasuk sebagai saksi.
Selain itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin turut mempertikaikan kenapakah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dianggap anak emas Anwar tidak membela Penasihat PKR itu di mahkamah.
‘‘Sedangkan dalam kes liwat pada 1998, Azmin sanggup beri keterangan bersumpah malah sanggup dikenakan tuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu,” katanya.
Zulkifli turut mempersoalkan mengapa Anwar tidak membela diri di mahkamah dengan memanggil saksi alibinya bagi membuktikan beliau tidak berada di tempat kejadian seperti dalam pertuduhan meliwat.
Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dengan memberikan sampel darah untuk menafikan asid deoksiribonuleik (DNA) air mani yang ditemui di dalam dubur Saiful.
“Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan ‘mahkamah rakyat’ tentukan kesalahannya. Persoalannya, kenapa dia tidak serahkan pembelaan kepada ‘mahkamah Allah’ iaitu dengan bersumpah laknat seperti yang dibuat oleh Saiful,” katanya.
Zulkifli turut mencabar pengikut Anwar untuk mengadakan solat hajat perdana dengan memanggil terutamanya pemimpin bertaraf ulama di dalam Pas untuk diberikan petunjuk siapakah sebenarnya yang berbohong.
“Kalau Saiful berbohong, berdoalah kepada Allah supaya turunkan laknat kepada Saiful serta-merta. Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada Allah supaya melaknat Anwar dan menurunkan bala kepada pengikut Anwar yang masih taksub dengannya,” katanya di sini hari ini.
Zulkifli juga mendakwa Anwar akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang di sebuah hotel di sini bagi memberi penerangan mengenai kes liwatnya.
Menurut Zulkifli, maklumat daripada sumber dalaman PKR itu turut mendedahkan pertemuan tersebut akan disertai oleh seorang pensyarah undang-undang yang akan menjelaskan mengenai kedudukan politik Anwar dari sudut undang-undang.
“Sebab ramai yang sudah mula mempersoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri.
“Tambahan apabila ada kenyataan dalam mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) adalah atas dasar suka sama suka. Masa depan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap,” katanya!
Menurut Zulkifli, Anwar sedar bahawa beliau tidak akan menang di mahkamah dan berharap dibela menerusi politik jalanan dengan mengheret rakyat termasuk mahasiswa untuk membelanya.
Sedangkan kata beliau, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana Anwar sendiri tidak membela diri di mahkamah apabila memilih untuk tidak mahu memberi keterangan secara bersumpah.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment