~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, January 29, 2012

Kit Siang sepatutnya minta tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks Anwar!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting kerana ia membabitkan individu yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Katanya, jika Kit Siang beranggapan isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja, maka isu video seks membabitkan Anwar itu juga patut menjadi keutamaan untuk disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

"Kenapa Kit Siang tidak cadang tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat kes video itu? Sedangkan jelas ia lebih penting berbanding isu NFC kerana membabitkan individu yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Jelas sekali beliau hanya memilih isu yang memberi keuntungan kepada partinya dan menjadikan suruhanjaya diraja sebagai alat mainan politik semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan NFC. Menurut Zahrain, Kit Siang harus sedar bahawa rentak politiknya sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi digunakan pada masa kini.

"Tiada guna tubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya keputusan siasatan pada akhirnya langsung tidak diterima oleh Kit Siang seperti kes membabitkan Teoh Beng Hock. Ia hanya membazirkan masa, wang dan tumpuan rakyat sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Zahrain menyifatkan Anwar sebagai individu yang tersepit dengan permainan politik kotor sendiri berikutan kenyataannya dalam The Wall Street Journal, kelmarin yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

"Saya tidak hairan. Anwar cuba memperbetulkan balik hubungannya dengan Israel selepas mengaitkan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, tetapi beliau sendiri tersepit dengan permainan politiknya itu.

"Menerusi tindak-tanduknya kebelakangan ini seperti mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual yang diamalkan negara dan terbaru mengenai sokongan terhadap Israel, kita dapat lihat dengan jelas 'topeng' sebenar Anwar," ujarnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment