~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, May 31, 2011

Suka Main Sentimen Perkauman, DAP Parti Opurtunis!

DAP bukan hanya parti pembangkang yang mahukan kuasa dan kedudukan untuk berkerajaan tetapi lebih dari itu sebenarnya ia adalah sebuah parti yang berpaksikan opurtunis dan hanya tahu menggunakan kesempatan atas kesempitan atau permasalahan yang berlaku, kata Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa di Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

“DAP hanya tahu menangguk di air keruh dan melihat setiap kesempatan yang ada untuk dimanipulasikan bagi kepentingan politik dan peribadi mereka sendiri,” katanya.

Ujar beliau, tindakan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu mewakili parti mereka adalah satu perbuatan tidak jujur dan tidak ikhlas yang dibuat untuk dijadikan sebagai batu loncatan semata-mata.

“Lihatlah bagaimana tindakan DAP yang suka memainkan sentimen perkauman dengan harapan perpaduan dan kekukuhan dalam negara akan runtuh dan hancur agar mereka dapat menyelinap dan mengambil tindakan atas keadaan kucar-kacir dan prasangka antara pelbagai bangsa dalam negara,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat bagaimana permainan politik kotor Dap yang memanipulasikan isu perkauman dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) lalu sehinggakan akhirnya rakyat termakan dakyah tersebut dan mereka mendapat sokongan.

“Biarpun DAP ini berpakat dengan PKR dan Pas tetapi pengarah sebenar dalam sandiwara tersebut ialah DAP sementara bagi PKR dan Pas adalah juak-juak yang menjadi patung untuk pastikan sokongan rakyat kepada Dap,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, DAP melihat bagaimana sokongan bangsa Melayu yang telah terbahagi antara satu sama lain iaitu UMNO, Pas dan PKR selain ada antaranya yang bersikap berkecuali.

“Melihat hal ini, DAP mahu mempergunakan orang Melayu untuk mendapatkan undi di kalangan bangsa Melayu sendiri kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memerintah sepenuhnya jika gagal mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum majoriti.

“Pastinya jika ada orang Melayu yang sanggup menjadi calon kepada DAP ia bukanlah kerana menyokong perjuangan mereka sebaliknya golongan ini adalah antara individu yang kecewa atau gagal mendapat tempat sama ada dalam UMNO, kerajaan atau ada antara hal-hal berkaitan kepentingan mereka yang tidak diambil peduli,” tegasnya lagi.

Ujarnya, jika benar benar DAP mahu mencalon orang Melayu mewakili parti mereka maka sewajarnya mereka akan berani untuk bertanding di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya adalah berbangsa Melayu juga.

“Jika benar DAP mahu ‘bermain kayu tiga’ dengan orang Melayu maka mereka perlu uji sokongan dengan bertanding di kawasan-kawasan orang Melayu tanpa melihat kepada sentimen sokongan bangsa lain,” katanya.

Jelasnya, apa yang pasti DAP tidak akan berbuat demikian kerana mereka sedar setakat mana kemampuan mereka. – MediaUMNO

Penang Wasabi..

Sunday, May 29, 2011

807 ahli keluar dari DAP, parti chauvanis & ultrakiasu!














Merasakan diri mereka tidak dihargai, seramai 807 ahli DAP di negeri ini bertindak keluar parti dan menyertai MIC malam ini.

Mereka yang terdiri daripada ahli DAP di Parlimen Bagan, Batu Kawan dan Tasek Gelugor menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Presidennya, Datuk G. Palanivel pada Majlis Sepetang Bersama Presiden di Padang Kilat dekat sini.

Menurut bekas Pengerusi DAP Cawangan Teluk Indah, Perai, D. Sampunathan, dia adalah ahli DAP sejak 20 tahun lalu namun kini hilang kepercayaan kepada parti itu yang didakwa gagal membantu golongan bawahan.

"Saya sudah tak gembira bersama DAP kerana mereka gagal membantu golongan yang memerlukan kerana memilih orang untuk diberi bantuan.

"Sebagai orang yang paling dekat dengan rakyat, kita cuba bantu semua orang tanpa mengira parti dan kaum namun ia tidak disenangi sebahagian pemimpin DAP setempat," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Indah.

Sementara itu, bagi Lily Vasan, dia menyertai DAP sebelum pilihan raya umum lalu dan turut membantu kempen pembangkang di sekitar Bagan Dalam.

"Tapi saya nampak perbezaan mereka selepas menang apabila gagal membantu orang susah malah sukar didekati.

"Saya lihat MIC pula yang banyak bantu bila diperlukan malah sentiasa bersedia membantu saya tidak kira masa," ujarnya yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan.

Penang Wasabi..

Monday, May 23, 2011

Sah juak biaDAP anti Melayu - Jeff Ooi diarah bayar RM150,000 kerana memfitnah!

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Jelutong daripada DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, membayar RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela Jagdeep Singh Deo, yang mewakili Ooi, dan peguam Abdul Fareed Abdul Gafoor mewakili Mohd Razali yang tidak dapat hadir kerana berada di Mesir kerana urusan rasmi sebagai anggota lembaga pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ).

Hakim Vazeer Alam menetapkan ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi keterlaluan sebanyak RM50,000, dengan faedah lapan peratus mulai hari ini sehingga tarikh pembayaran.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah menghalang Ooi daripada terus mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan terhadap Mohd Razali.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata pembelaan Ooi bahawa kenyataannya itu bersifat ulasan yang adil tidak dapat diterima kerana antara perkataan yang digunakan oleh beliau "mad man" (orang gila) selain mendakwa Mohd Razali sebagai seorang ekstremis Islam.

Hakim Vazeer Alam berkata berkata walaupun Ooi tidak mengaku perkataan "mad man" itu digunakannya semasa satu sidang akhbar tahun lepas, dua saksi bebas memberi keterangan di mahkamah bahawa Ooi telah menggunakan perkataan itu.

Katanya mahkamah juga mendapati saksi yang dipanggil oleh Ooi iaitu pegawai khasnya, Teng Kar Yuen, tidak boleh dipercayai kerana Teng mempunyai hubungan dengan Ooi.

Ooi didakwa pada 1 Feb tahun lepas kerana memfitnah Mohd Razali dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam. Kenyataannya itu telah disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan termasuk akhbar berbahasa Cina pada 2009.

Penang Wasabi..

Tuesday, May 17, 2011

Apa cerita MB Azizan sampai MBAS Disita!



















Huhu malunya Ustaz Azizan MB Serba tak tahu. Buat Keje Ikut Cara Islam..hehee...MBAS Disita?? Kononnya Ada Lebihan Wang, Rupa-rupanya tiada wang..hehehe. Satu ketika dulu kerajaan Kedah mengumumkan bahawa mereka berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak 205% melalui peningkatan hasil balak sebanyak RM38 juta berbanding RM8juta dibawah kerajaan BN sebelumnya.

Dengan bangga Menteri Besar Kedah ketika itu mengumumkan kenaikan tersebut menyifatkannya sebagai hasil perubahan polisi Pakatan Rakyat yang konon-konon lebih baik daripada yang sebelumnya. Tapi rupanya semua itu hanya lakonan sahaja. Hasil yang dikatakan banyak itu sebenarnya tiada hasil pun. Buktinya PAS menaikkan harga air dan enggan melanjutkan rebat cukai UUM yang diberikan kerajaan Barisan Nasional di zamannya.

Kemuncak kepada kehaprakan kerajaan Kedah dibawah pimpinan Pakatan Rakyat ialah apabila bangunan pejabat Majlis Perbandaran Alor Star di sita oleh Mahkamah Tinggi semalam setelah membenarkan permohonan daripada sebuah syarikat pembekal perkhidmatan penyelenggaraan yang tidak mendapat bayaran. Bukan banyak, tak sampai RM 1juta pun sedangkan hasil balak meningkat RM 38 juta!!

Hinanya mengalahkan syarikat bankrap kerana gagal membayar pinjaman bank dimana pintu dikunci, dirantai dan dimanggakan dan kawasan laluan pejalan kaki di depan, di letak pita menghalang laluan. Walaupun ianya hanya berlaku selama 2 jam soalannya kenapa boleh terjadi sehingga ke tahap ini? Kalau lah alasan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Star (seperti dipetik Buletin Utama) bahawa ada masalah dengan urusan penginvoisan yang tidak menepati kehendak perbendaharaan, kenapa tidak diperjelaskan di mahkamah bagi mengelakkan tindakan memalukan sedemikian.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini pejabat PBT disita sedemikian rupa, sekurang-kurangnya di Kedah. Kalau tidak umum pendapatan meningkat tu tahanlah juga tapi propa bukan main lagi besaq. 205%lah itulah inilah tapi rupa-rupanya habuk pun tarak.

Penulis yakin hasil yang dikatakan meningkat itu hanya manipulasi kira-kira yang begitu meluas digunakan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dimana mereka membentuk kerajaan. Taktik sama yang diamalkan di Selangor bila urusan pembelian hutang dari TALAM yang membabitkan kerajaan negeri dibesar-besarkan walhal ia hanyalah satu proses yang ditunggang terbalik bagi nak menampak macam ada kejayaan walhal sebenarnya hampeh. Atau bahasa orang putihnya round tripping.

Tapi yang di Kedah ni sebab tak bayar hutang. Memalukan… Sebagai sebuah kerajaan yang diterajui parti yang mendakwa dirinya memperjuangankan Islam, hutang adalah wajib dibayar, Azizan patutnya lebih tahu soal ini ataupun Azizan pun jenis terleno macam Pok Nik juga? Atau mungkin Azizan sedang berkira-kira untuk melepaskan kesalahan tersebut kepada BN – taktik biasa bila Pakatan tersepit!!!

Sumber : MyKMU

Penang Wasabi..

Monday, May 16, 2011

Mohd. Zahid anggap pemimpin ‘hebat’ tidak pengecut!




















Reputasi sebagai pemimpin ‘hebat’ yang dikenali seluruh dunia langsung tidak sesuai dengan Anwar Ibrahim apabila beliau bersikap pengecut dalam isu video seks yang dikaitkan dengannya.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sebelum ini Ketua Pembangkang itu berani menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebanyak RM100 juta tetapi menjadi ‘tikus berjumpa kucing’ apabila namanya disebut dengan jelas oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam kes video seks itu.

“Shazryl Eskay menyebut dengan jelas nama beliau apabila mendakwa lelaki bersamanya dalam video itu ialah Anwar.

“Yang menjadi persoalan dan lawak ialah, kenapa kali ini beliau tidak saman seperti kelazimannya kerana pemimpin hebat seperti beliau dikaitkan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang benar-benar menjatuhkan reputasinya,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zahid mengulas tindakan Anwar yang tidak menyaman Shazryl Eskay sebaliknya menuduh pendedahan video seks itu sebagai konspirasi UMNO untuk membunuh karier politiknya. Sebaliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu giat mengadakan siri ceramah di seluruh negara bagi membersihkan namanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mengulangi cabarannya kepada Anwar supaya mengemukakan saman jika beliau tidak bersalah. Sementara itu, bekas setiausaha sulit pemimpin pembangkang itu, Anuar Shaari berkata, tindakan mengadakan ceramah di pentas politik di seluruh negara hanya membuktikan sikap gelabah Anwar.

“Kalau dia tidak bersalah, kenapa mesti gelabah dipengaruhi emosi di atas pentas politiknya kononnya beliau difitnah.

“Pihak berkuasa pula wajar mendedahkan pelaku seks sebenar untuk mengelakkan manipulasi berterusan yang dicetuskan oleh Anwar,” katanya

Anuar pada masa sama berkata, beliau yakin Anwar tidak akan mengaku terlibat dalam video itu.

Opps..sebelum terlupa. Anwar belum lagi menjawap 5 persoalan yang dikemukakan oleh Datuk Eskay:

1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand?
3. Di hotel mana Anwar menginap?
4. Apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Jawap Anwar..jangan tak jawap..!!!

Penang Wasabi..

Wednesday, May 11, 2011

Tiada konspirasi UMNO, BN dan Najib dalam kes Anwar!


















Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim tidak ada sebab untuk marah kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga Perdana Menteri kerana segala kes yang dihadapinya adalah antara beliau dengan pihak yang terlibat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Anwar tidak perlu melenting sehingga melemparkan kata-kata kesat kepada UMNO, BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebagai contoh, dalam isu sumpah laknat kes liwat dan video seks, perkara itu hanya melibatkan Anwar dan orang yang membuat sumpah laknat tersebut iaitu Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tiada kaitan langsung dengan UMNO, BN dan pemimpinnya. Kami tidak terlibat menyebar, menuduh dan tidak terlibat dalam apa pun perkara berlaku melibatkan Anwar, jadi kenapa tiba-tiba Anwar melenting sehingga menggunakan perkataan kesat seperti pandi kutty atau anak babi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup kejuaraan pencak silat remaja Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM) yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah di sini hari ini.

Penasihat PKR itu hari ini mengakui ada menyebut perkataan 'pandi kutty' bagaimanapun menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri sebagaimana didakwa pelbagai pihak termasuk laporan oleh sebuah portal berita.

Ahmad berkata, sekiranya UMNO, BN dan pemimpinnya terlibat dalam konspirasi kes melibatkan Anwar terutama dalam kes liwat dan video seks, ia merupakan strategi paling bodoh dibuat kerana tindakan sedemikian hanya akan melemahkan sokongan rakyat kepada parti.

Sebelum itu : Pandi kutty bukan dituju terhadap PM - Anwar

Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty (anak babi) semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu. Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak termasuk laporan oleh sebuah portal berita.

"UMNO memfitnah. Saya sebut, politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kutty, tidak sebut nama siapa," katanya melalui akuan Twitternya, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan rakan Twitternya, yang hanya dikenali sebagai Izizree, yang ingin tahu mengapa Anwar memanggil Najib sebagai anak babi. Semalam, pelbagai pihak mengecam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan tidak kurang yang menuntut supaya beliau menarik balik kenyataan biadab tersebut.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menganggap Anwar sebagai pemimpin yang sudah tidak siuman kerana sanggup menggelar Perdana Menteri dengan gelaran tidak bertamadun.

Lihatlah video tersebut dan fikirkanlah sendiri!

Penang Wasabi..

Monday, May 9, 2011

Guan Eng biaDAP didesak berundur!

Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBA) berikutan tindakan tidak amanah beliau mendedahkan maklumat peribadi seorang wakil rakyat di dalam laman YouTube untuk tontonan umum.

Shabudin Yahya ( BN-Permatang Berangan ) yang amat kesal dengan tindakan itu mendakwa Guan Eng menggunakan kuasanya untuk menyemak bil air beliau sebelum mendedahkannya di dalam laman tersebut melalui Unit Komunikasi Pejabat Ketua Menteri.

Jelas Shabudin, tindakan tidak jujur yang dilakukan Setiausaha Agung DAP itu secara tidak langsung menjatuhkan reputasi PBA dan menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap agensi tersebut.

"Saya telah kemukakan bil air rumah saya sebagai contoh untuk melahirkan rasa kesal rakyat terhadap tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj air sejak Januari lalu yang ternyata satu penganiayaan kepada mereka terutamanya berpendapatan rendah.

"Namun, Guan Eng telah bertindak menyemak bil tersebut yang terkandung segala maklumat peribadi saya dan kemudian mendedahkan kepada umum.

"Adakah rakyat akan berpuas hati jika ada pihak-pihak tertentu pada bila-bila masa boleh mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti yang dilakukannya (Guan Eng) itu?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khamis lalu, ketika berbahas, Shabudin mempersoalkan langkah kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj air untuk menjana pendapatan negeri apabila untuk tiga bulan pertama tahun ini sahaja RM2.12 juta dikutip.

Tambah Shabudin, tindakan mengenakan surcaj terhadap rakyat amat tidak wajar kerana bil pengguna dinilai setiap dua bulan sekali yang menyebabkan semua rakyat negeri ini terdedah kepada surcaj.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenakan surcaj sebanyak 24 sen setiap liter untuk pengguna yang menggunakan air lebih daripada 35,000 liter.

"Bayangkan, jika mereka mampu mengawal penggunaan air dengan menggunakan 35,000 liter sebulan pun, mereka tetap akan dikenakan surcaj kerana jumlahnya akan meningkat kepada 70,000 liter bagi penggunaan dua bulan.

"Inikah yang mereka kata satu keadilan kepada rakyat sedangkan rakyat terbeban dengan surcaj yang dikenakan?" ujarnya.

Penang Wasabi..

Amaran dari Datuk Zahrain : DAP perlu berhenti politikkan kematian Beng Hock!

DAP perlu berhenti daripada mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock, sebaliknya melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan ahli keluarga mendiang dengan memberi pampasan sewajarnya kepada mereka.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kematian Beng Hock di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa pemimpin DAP.

Menurutnya, fakta daripada kenyataan saksi-saksi utama pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock memberi gambaran jelas bahawa kematian mendiang adalah berhubung kait dengan tugasnya sebagai pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

“Disebabkan fakta tersebut, adalah wajar keluarga mendiang menuntut pampasan daripada Hian Wah dan DAP kerana membawa mendiang terjerumus ke dalam skandal rasuah DAP di Selangor,” katanya menerusi blog http://zahrainmp.blospot.com hari ini.

Zahrain dalam pada itu memberitahu, kenyataan dalam prosiding suruhanjaya itu menggambarkan seolah-olah mendiang sanggup mati sebelum dihina (death before dishonour) demi melindungi ahli politik DAP daripada dakwaan rasuah.

Dakwanya lagi, fakta-fakta berhubung penyalahgunaan wang kerajaan negeri untuk menganjurkan kegiatan politik sudah timbul sebelum ini dan DAP pasti akan menafikannya walaupun ada bukti nota bunuh diri Beng Hock kepada individu di dalam parti.

“Justeru saya mengesyorkan DAP berhenti mengaburi pandangan orang ramai berhubung kematian Beng Hock dan sebagai langkah permulaan saya cadangkan agar DAP bersifat lebih bertanggungjawab dan memberi pampasan kepada keluarga mendiang,” katanya.-UM.

Penang Wasabi..

Saturday, May 7, 2011

BiaDAP P. Pinang sengaja hina Sasterawan Negara!

















Kerajaan DAP Pulau Pinang sengaja hendak menghina Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dan secara halusnya orang Melayu apabila bertindak 'mengharamkan' novel Interlok daripada diletakkan di ruang buku teks di semua perpustakaan awam di negeri itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebenarnya tidak pernah membaca sepenuhnya novel yang kononnya dikatakan rasis itu.

Tegas beliau, novel yang digunakan sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) itu langsung tidak mempunyai unsur negatif dan berniat jahat, malah segala tuntutan pihak yang menentangnya telah kerajaan tunaikan bagi mewujudkan suasana menang-menang.

"Ini tindakan bodoh (diharamkan daripada diletakkan di ruang buku teks), DAP memang sengaja mahu mempolitikkannya. Sedangkan novel ini menang hadiah sastera dan ditulis pula oleh Sasterawan Negara, mereka memang sengaja hendak menghina.

"Novel edisi Komsas ini menggunakan P huruf besar apabila menyebut Paria iaitu merujuk kepada sistem dan bukannya p huruf kecil yang merujuk kepada individu. Ia bukannya bahasa cauvinis, rasis dan melampau," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Taska Bahasa Iranun di Kampung Payas-Payas di sini, hari ini.

Penang wasabi..

Tuesday, May 3, 2011

Lagu 1Malaysia 'gimik' demonstrasi!

MOHAMED Ghani Jiman menyerahkan memorandum kepada Zuliana Aziz yang mewakili kerajaan negeri dari luar pintu pagar setelah dia tidak dibenarkan memasuki ruang Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, semalam.

Suasana ketika sesi rehat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini tiba-tiba bergema dengan lagu 1Malaysia menyebabkan semua yang ada terpinga-terpinga. Setelah diteliti, rupa-rupanya ia datang dari sebuah lori yang memainkan lagu tersebut menerusi speaker besar, bergerak perlahan-lahan di depan DUN.

Ia merupakan 'gimik' kira-kira 50 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan demonstrasi di depan pintu utama DUN tengah hari ini.

Lagu 1Malaysia itu merupakan simbolik bahawa mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dan membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikatakan sering menindas rakyat.

Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Jiman yang mengetuai kumpulan berkenaan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain.

Ia diterima oleh Penolong Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz. Memorandum sama turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Antara kandungan memorandum tersebut adalah bantahan terhadap beberapa keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sering menindas rakyat khususnya orang Melayu.

Demonstrasi selama setengah jam yang bermula pukul 12.45 tengah hari berakhir selepas Mohamed Ghani dan tiga pengikutnya ditahan polis.

Penang Wasabi..

Monday, May 2, 2011

SILA EDARKAN ! Sin Chew Daily, Ting Hien 'super rasis' !!

Sila baca dan edarkan artikel di bawah yang di tulis oleh seorang mualaf. Sungguh menarik:-

KARIM CHAN
Ipoh, Perak

SEBAGAI seorang mualaf yang boleh membaca akhbar-akhbar Cina di negara ini, saya sangat kesal dengan tulisan Timbalan Pengarang Sin Chew Daily, Tay Ting Hien yang bersifat 'super rasis'.

Hujah-hujah beliau dalam artikel bertajuk 'Awak siapa?' dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 24 pada 25 April 2011 terutama ketika 'menyerang' Utusan Malaysia dan orang Melayu, bagi saya adalah sangat cetek dan sudah ketinggalan zaman.

Penulisan yang mendakwa Utusan Malaysia dan orang Melayu bersifat perkauman, bagi saya hanya sesuai ditulis pada zaman dinosaur dan pada masa sekarang ia sebenarnya tidak bernilai satu sen pun.

Tiada siapa yang wajar menuduh orang Melayu dan syarikat akhbar kaum itu bersikap perkauman kerana sejarah telah membuktikan nilai budi orang Melayu yang secara semula jadi bersikap bertolak ansur dan sentiasa menolong tanpa mengira kaum.


















Kerana sikap terbuka orang Melayu ini, kita lihat ekonomi dan sistem pendidikan orang Cina di Malaysia terus berkembang maju. Kerana sikap inilah, maka MCA dan Gerakan dapat berada dalam gabungan politik Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama mentadbir negara.

Dalam artikel itu, Ting Hien menuduh Utusan Malaysia dan orang Melayu bersikap perkauman manakala kaum Cina adalah sebaliknya. Ia sebenarnya hanya mengulangi tuduhan sama yang dibuat pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini.

Beliau memberi contoh seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dekat Tesco Ampang, 14 April lalu.

''Dalam kejadian pada tengah malam itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan.

''Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju melanggarnya dan dia terseret beberapa meter. Pemandu MPV tersebut yang kemudiannya di kenal pasti sebagai seorang pemuda Cina terus memecut meninggal tempat itu,'' tulisnya.

Dengan pertolongan itu, Zainal dan isterinya selamat manakala Kim Koon meninggal dunia setelah kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong dijangkiti kuman.

Apakah agenda tersembunyi Ting Hien menjadikan kejadian itu sebagai bahan utama dalam penulisannya sambil menyifatkan sikap yang dipamerkan Kim Koon itu sebagai hebat dan luar biasa? Sedangkan ia adalah perkara lumrah yang terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Kenapa tidak ditulis kisah-kisah pengorbanan orang Melayu membantu kaum Cina ketika kebakaran, banjir dan kemalangan. Ketika rusuhan kaum 1969, ramai juga orang Melayu yang memberikan perlindungan kepada sahabat-sahabat mereka yang terdiri daripada kaum Cina di kediaman masing-masing.

Satu perkara lagi yang menimbulkan kemusykilan saya adalah kenapa beliau mempersoalkan, adakah Utusan Malaysia melaporkan berita mengenai jasa Kim Koon itu.

''Kim Koon seorang rakyat Malaysia yang berhati perut dan berperikemanusiaan, dia tidak mengenal warna kulit, yang dia kenal adalah nyawa manusia,'' tulisnya.

Sikap mempersoalkan hati budi orang Melayu hanya akan menimbulkan perasaan tidak senang kaum itu. Ini akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas termasuk tidak menyokong calon MCA dan Gerakan.

Jika ini berlaku, sudah tentu ramai calon MCA dan Gerakan yang bergantung nasib kepada undi Melayu akan kalah. Jika ini berlaku, ia hanya akan menguntungkan DAP.

Saya juga kesal dengan sikap Ting Hien yang menyifatkan orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sebagai golongan yang membawa hujah perkauman bodoh dan mengabaikan sifat tolong-menolong.

Sikap menggelar pihak lain dan tindakan yang dilakukan golongan itu dengan ungkapan 'bodoh' jelas mencerminkan nilai peribadi penulis yang bersifat rasis dan memandang rendah kepada orang lain.

Bagi saya pola sokongan masyarakat Cina yang semakin berubah untuk menyokong DAP adalah berpunca daripada hasutan-hasutan akhbar Cina terutamanya Sin Chew Daily. Anehnya perlakuan sama tidak pula menjadi amalan akhbar-akhbar Cina di negara lain.

Kerana hasutan seperti ini, saya sendiri tidak lagi membenarkan anak-anak membaca akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, saya masih tertanya-tanya kenapa Sin Chew Daily memberikan terlalu banyak ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menulis.

Terbaru membabitkan tulisan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 36 pada 23 April 2011.

Tulisan bertajuk 'Keadilan dan kebenaran tidak perlukan pengalaman' memuji parti itu kerana berjaya menarik bekas pimpinan muda MCA, golongan belia dan wanita jelita untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 lalu.

Guan Eng mendakwa DAP berjaya berbuat demikian kerana dasar perjuangan parti itu berlandaskan kepada keadilan dan kebenaran.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berhujah, dakwaan BN bahawa pemimpin parti itu tidak berpengalaman memerintah negeri dan negara tidak boleh diterima kerana perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tidak memerlukan pengalaman.

Bagi saya kesempatan yang diberikan kepada pemimpin DAP untuk menulis bertujuan mewujudkan imej positif parti itu di kalangan masyarakat Cina sekali gus memastikan ia mendapat sokongan padu ketika pilihan raya umum nanti.

Sebagai kesimpulan, segala artikel yang disiarkan Sin Chew Daily sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi, sarat dengan unsur-unsur perkauman dan tidak boleh dipercayai sama sekali.-UM.

Penang Wasabi..