~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, March 9, 2011

Kerajaan biaDAP Penang nak bangunkan kawasan tapak perkuburan lama Cina pulak!

Bantah kubur nenek moyang berusia 122 tahun digali.

Dah jadi macam 'Belanda dapat tanah' pulak dah kerajaan biaDAP Penang ni. Tak cukup dengan tanah yang ada sekarang, tanah kubur pun nak mereka sapu! Anggota keluarga kepada 56 orang yang dikebumikan di tanah perkuburan berusia 112 tahun di Batu Lanchang menuduh pihak berkuasa tidak berlaku adil kerana meluluskan kerja-kerja penggalian kubur nenek moyang mereka walaupun mendapat bantahan.

Yeoh Cheang Pew, 80, dan Yeoh Cheang Huat, 65, yang bercakap bagi pihak keturunan yang lain berkata, mereka bergegas pulang dari Teluk Intan dan Sitiawan hanya untuk merayu pihak berkuasa menghentikan kerja-kerja itu.

"Kami dapat bercakap dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik dan Alam Sekitar Chow Kon Yeow untuk menangguhkan keputusan memusnahkan kubur-kubur itu,” kata Cheang Huat kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, setiap orang di sini menentang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan permit bagi menggali kubur nenek moyang mereka. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju untuk meneliti perkara itu dan berjanji untuk memberi respons terhadap permintaan mereka dengan segera.

Cheang Huat berkata, ada kes mahkamah berhubung tanah itu yang masih belum selesai dan MPPP perlu menunggu agar kes itu diselesaikan sebelum membenarkan kubur itu dimusnahkan.

Difahamkan kawasan yang mengandungi tanah perkuburan itu telah dijual oleh salah seorang keturunan itu kepada pihak ketiga dengan harga RM470,000. Ia kemudiannya dijual kepada pihak keempat dengan harga lebih RM23 juta. Pemilik sekarang ialah pemaju, Jiran Bina Sdn Bhd.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata kes mahkamah yang belum selesai itu yang didakwa oleh keturunan berkenaan tidak berkaitan dengan kerja-kerja penggalian kubur itu.

"Pemaju sebagai pemilik tanah boleh memohon kebenaran jika mereka memenuhi prosedur dan MPPP boleh meluluskannya,” katanya ketika dihubungi.

Ng juga mendakwa kerajaan negeri telah mengatur satu pertemuan dengan semua keturunan berkaitan pada Disember tahun lepas tetapi tiada seorang yang hadir.

Terdapat lebih daripada 50 perkuburan di Lorong Batu Lanchang termasuk perkuburan Tan Hup Chui, pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, dan Lim Ko Seng, seorang dermawan terkenal.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam sejarah Pulau Pinang semasa zaman kejayaan mereka. Selain keluarga Tan dan Lim, keluarga lain yang dikebumikan di situ termasuk Kam, Yeoh, Chuah, Koay, Teoh, Goh, Yap dan Ong.

Dilaporkan kerja-kerja penggalian tanah perkuburan itu dijalankan bagi memberi jalan kepada projek pembinaan rumah bernilai RM300juta. Pembangunan tanah itu dijangka dimulakan tahun depan. Projek itu mengandungi 91 rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah.

Lantak la hangpa..PW tolong bagi habaq ja no!!!

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. Seramai 47 waris kesal dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak sensitif dengan perasaan mereka apabila menerima permohonan rasmi daripada pemaju untuk menggali semula jirat Cina di Batu Lancang di sini.

    Menurut mereka, kerajaan negeri khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sepatutnya boleh menangguhkan permohonan tersebut kerana mendakwa kes itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

    Seorang waris, Yeoh Derrick Teoh, 65, berkata, MPPP meluluskan permit menggali semula jirat itu kepada pemaju, Jiran Bina Sdn. Bhd. mengikut peruntukan di bawah Seksyen 97(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

    "Kami cuba mengatur pertemuan dengan pemimpin kerajaan negeri bagi membincangkan isu pemindahan tanah jirat yang mempunyai nilai sejarah ini.

    "Namun, permohonan kami tidak mendapat layanan mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

    Dia juga cuba membawa masuk wartawan dan jurugambar untuk menunjukkan jirat milik anggota keluarganya namun dihalang oleh beberapa lelaki dipercayai penjaga di situ.

    Sebanyak 56 tapak jirat di situ akan dikorek semula dan dipindahkan bagi membolehkan projek pembangunan bernilai RM300 juta dilaksanakan.

    Projek merangkumi 91 buah rumah teres, 299 apartmen dan 234 unit kos sederhana rendah itu dijangka dimulakan tahun depan.

    Antara orang terkenal yang disemadikan di situ ialah pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Hup Chui dan dermawan terkenal, Lim Ko Seng.

    Menurut Derrick, dia kesal dan kecewa dengan langkah MPPP membenarkan pemaju membangunkan kawasan jirat itu di luar pengetahuan waris.

    "Hampir lima generasi keluarga kami disemadikan di tanah jirat ini.

    "Justeru, kami mahu kubur nenek moyang kami dikekalkan di sini," katanya.

    Dia memberitahu, mereka pernah berjumpa Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow pada 24 Februari lalu bagi berbincang mengenai perkara itu.

    Bagaimanapun, jelasnya, pemimpin DAP tersebut seolah-olah mahu lepas tangan dengan memberi alasan perkara berkenaan berlaku ketika ketiadaannya.

    ReplyDelete