~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, March 31, 2011

Anwar perlu jawab lima soalan ini!


Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim perlu menjawab lima soalan yang dikemukakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika terus membuat serangan terhadapnya berhubung penyiaran video lucah yang didakwa membabitkan pemimpin tertinggi pembangkang dengan seorang wanita.

Soalan yang dikemuka ialah:

1. Sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand
3. Hotel mana Anwar menginap
4. Apa yang dibuat oleh Anwar di bilik hotel tersebut,
5. Siapa yang menyelesaikan semua bayaran.

Blogger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, Shazryl tidak mahu penyokong Anwar terus menyerangnya tetapi jika mereka terus berbuat demikian beliau akan bertindak balas dengan meminta ketua pembangkang menjawab lima soalan yang dikemukakan itu.

Kickdefella mendakwa beliau bersama lima blogger yang lain dan seorang pengarang media alternatif berkesempatan menemui Shazryl secara eksklusif bersama Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.


Shazryl dilaporkan berkata, beliau hendak semua pihak tahu yang dia adalah kawan karib Anwar dan tidak berminat dengan politik dan kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam arena politik adalah perkara baik kerana berlaku `check and balance’.

“Saya bukan ahli UMNO, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga. Saya merupakan rakan berhibur Anwar dalam menguruskan urusan tertentu mengikut kemahuannya.

Jawap Anwar..jangan tak jawap!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment