~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, April 8, 2010

Editor kanan Utusan 'serang' Malaysiakini!

Editor kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan hari ini 'menyerang' portal berita Malaysiakini dengan menyifatkan editornya sebagai "orang media yang kecewa". "Bermula mereka, bermulalah masalah segalanya," katanya ketika menjelaskan sejarah media baru Malaysia, di konvensyen BN Selangor, di Shah Alam.

Diberikan tajuk 'Sindrom media baru dan pengundi muda', timbalan ketua pengarang 1 Utusan itu turut mempersoalkan siapa di belakang portal berita tersebut."Mereka menjadi popular. Siapa di belakang (mereka)?" soalnya Zaini yang popular dengan kolum 'Cuit' di Utusan Malaysia. Beliau bagaimanapun hanya mengulas sepintas lalu dan tidak menjelaskan secara terperinci dakwaannya itu.

Kontroversi Azan, Zaini sebelum ini terbabit dalam kontroversi yang membawa kepada ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok ditahan selama seminggu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008. Kok kemudiannya memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap Zaini dan Utusan kerana mendakwa beliau difitnah dalam sebuah artikel yang disiarkan pada 10 September 2008.

Kontroversi itu dicetuskan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menuduh Kok menuntut supaya laungan azan melalui pembesar suara di dua buah masjid - di Puchong dan Kota Damansara - direndahkan. Perkara itu kemudiannya dibangkitkan oleh Zaini dalam kolum mingguannya 'Cuit' tetapi Kok dan kedua-dua masjid tersebut menafikan perkara itu.

Sementara itu, di konvensyen BN hari ini, Zaini mengulas perkembangan media baru di Malaysia sejak 1995 sehingga kemunculan Malaysiakini selepas krisis ekonomi dan politik pada 1997 dan 1998. Zaini menjelaskan, selepas krisis tersebut - antaranya melibatkan demonstrasi besar menentang pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri - media alternatif menyiarkan pandangan yang kritikal dan analatikal. Ekoran itu, tambahnya, edaran akhbar aliran itu, seperti organ rasmi PAS Harakah melonjak kepada 300,000 naskhah pada tahun 2,000.
















Pada masa yang sama akhbar arus perdana pula mengalami kemerosotan, katanya lagi.Bercakap di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan dalam konvensyen tesebut, Zaini juga mendakwa internet sarat dengan pembohongan dan fitnah serta meniup sentimen perkauman.

Memandangkan semakin ramai pengundi muda yang gemarkan media baru dan mempercayai maklumat di Internet, maka Zaini menggesa BN supaya menggunakan khidmat penulis blog yang mesra BN untuk menyebarkan maklumat yang pro-BN.

Katanya, BN mesti juga berusaha memikat bekas musuh mereka supaya menjadi penulis maya bagi mempertahankan gabungan parti pemerintah itu."Lahirkanlah bekas musuh (mereka) sebagai penulis maya BN seperti blog anti-pkr.blogspot.com," kata Zaini.

Penang Wasabi


Tuesday, April 6, 2010

Begitu Eratnya Hubungan Anwar Dan Al-Gore! 1Anwar = 1Israel

Anwar Ibrahim bersama Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat. Gambar ini dirakam semasa mesyuarat Generation Investment Management Group di London 2010, sebuah organisasi korporat kepunyaan Al Gore. Di dalam organisasi itu Al Gore telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan. Inilah sebenarnya yang Anwar nak! 1Anwar=1Israel...dan sebab itulah Anwar marahkan 1Malaysia?

Al-Akhbar, sebuah akhbar Mesir menggambarkan Al Gore seorang tokoh yang amat menyayangi bangsa Yahudi. Organisasinya, Generation Investment Management telah melabur dana sebanyak $10 million kepada GreenRoad Technologies Ltd., sebuah organisasi korporat di Israel.

Ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. (Tetapi) Ramai yang tidak mengetahui bahawa sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street. (Dua badan yang dimiliki oleh Yahudi). Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus,(bekas Paderi) yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sentimen sokongan Al Gore sebenarnya dipengaruhi oleh anak perempuan Al Gore (Karenna Gore Schiff) yang berkahwin dengan Paul Schiff (keturunan Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street. Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya", kata David Musa Pidcock (2000).

Penang Wasabi

DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA!

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang. Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.

Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan ( kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).

DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi. Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa orang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya. Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar. Begitu juga di Perak yang kini sedang bercambah pusat-pusat hiburan dan terdapat juga rumah-rumah ibadat yang sedang dalam proses pembesaran. Berbagai tohmahan kepada UMNO dulu kini berbalik kepada PAS.

PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan. Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis sebelum ini. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam , lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.

Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain. Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan. Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

ULASAN:

Mungkin penyokong PKR tidak terkejut dengan pendedahan ini kerana kemungkinan besar kumpulan GAY ini mula berani berkampung kerana BIG BOSS mereka ada di Pulau Pinang. Sewaktu Pilihanraya Permatang Pauh, ada diberitakan bahawa ramai dikalangan kumpulan GAY datang ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada Anwar. Mengapa? Mungkin ramai seakan tidak percaya. Tetapi sekarang, jelas terbukti bahawa Pulau Pinang dibawah Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP melindungi aktiviti kaum Nabi Luth.

Ini adalah kerana laungan Demokrasi dan Kebebasan menjadi wadah manifesto DAP yang menyatakan "Lindungi hak kebebasan beragama, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat, masyarakat madani dan identiti kepelbagaian budaya kita". Apakah maksud "identiti kepelbagaian budaya kita" membawa maksud menghalalkan perbuatan kepelbagaian agama-agama mereka?

Penang Wasabi

Monday, April 5, 2010

Bloggers sokong kempen Kami Prihatin

Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia turut mendapat sokongan seorang penulis blog yang memaparkan logo kempen itu pada blognya. Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri berkata, beliau memaparkan logo itu pada blognya kerana mahu usaha murni Utusan Malaysia itu diperluaskan lagi di alam siber.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bloggers lain untuk bersama-sama menjayakan kempen tersebut bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

''Sebagai permulaan, saya menjemput para bloggers dan pengguna facebook, tidak kira yang prokerajaan atau propembangkang untuk bersama-sama menjayakan kempen Kami Prihatin.
''Kita boleh membantu dengan meletakkan logo Kami Prihatin pada blog masing-masing sebagai tanda keprihatinan terhadap isu masyarakat di negara ini," katanya dalam entri blognya di alamat http://novandri.blogs pot.com.

Beliau berpendapat, selain isu politik, para bloggers dan pengguna Facebook juga mempunyai tanggungjawab penting untuk mengetengahkan isu-isu masyarakat seperti penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.

Dr. Novandri juga berharap, mesej Kami Prihatin dapat diperluaskan lagi supaya ia meliputi kesedaran agama kerana ada antara kes buang bayi dan penderaan berlaku disebabkan pegangan agama yang longgar. ''Saya menyasarkan lebih 600 bloggers dan pengguna Facebook akan turut serta dalam kempen peringkat siber ini,'' katanya.

Penang Wasabi

Saturday, April 3, 2010

APCO : Anwar Takut Rahsianya Terbongkar Lagi!




















Isu APCO : Rupa-rupanya Ramai Kenalan Anwar Disitu.

Sebelum Anwar heboh dalam ceramah-ceramah seluruh negara menipu orang kampung, kita tanya dia dulu siapa kawan-kawan dia dalam APCO. Siapa mereka dan bagaimana dia boleh mengenali kesemua mereka. Anwar cuma mahu menyalahkan kerajaan konon tetapi sebenarnya dia sudah tersilap langkah.

Tiba-tiba kita terlupa seketika pasal kes liwat Anwar yang sepatutnya dia hadapi dengan bermaruah. Anwar Ibrahim memang bijak mengalihkan perhatian tetapi selalu juga dia tersilap langkah. Anwar ketika ini sudah berjaya mengalihkan perhatian rakyat dengan isu APCO yang dikaitkan dengan pentadbiran Najib dalam pelaksanaan gagasan 1 Malaysia. Anwar mengaitkan gagasan tersebut meniru slogan 1 Israel yang dibuat oleh APCO.

Sebenarnya, Anwar hanya bermain retorik. Mengambarkan kepada umum bahawa Malaysia ketika ini mengikut telunjuk yahudi. Tetapi penjelasan bukan pendedahan yang dibuat anwar di parlimen lebih bersifat persepsi. APCO sendiri sudah mengeluarkan kenyataan tidak wujud sama sekali kerjasama antara kedua pihak. Boleh klik kat sini.

Baiklah, jika Anwar gagal membuktikan secara jelas kaitan itu blog ini boleh mendedahkan kaitan Anwar bersama individu-individu di dalam lembaga penasihat APCO. Jangan kita tersilap pandangan, mereka semua adalah sokongan kuat Anwar di lapangan antarabangsa dan juga terlibat dengan APCO secara langsung. Anwar mempunyai ramai kenalan dalam APCO yang sedia berkhidmat samada dari aspek operasi, peribadi mahupun melaksanakan dasar-dasar umum.

Siapa didalam APCO yang mempunyai kaitan dengan Anwar?

Kita mulakan dengan Stephen Solarz, antara penasihat didalam APCO. Dia adalah bekas ahli kongres US, bekas Pengerusi dewan rakyat bagi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Jawatankuasa untuk Hubungan Asian dan Pasifik dan Jawatankuasa bagi Afrika. Stephen dan Anwar sudah lama kenal dan sama-sama dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif Crisis International Group. Boleh klik kat sini.

Berikut adalah kenyataan Stephen Solarz yang mengagumi Anwar sebagai Timb. Perdana Menteri yang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir. Klik sini

In highlighting this absorptive capacity of Indian culture, Mr. Sen also challenges the notion that Asian values are somehow different from Western values, and that human rights is a Western, and hence foreign concept for the Asian mindset. He would have approved of the response the former New York Congressman Stephen Solarz gave a journalist in Singapore in the late 1990s. The reporter asked him if democracy was after all a Western value, since Singapore's then Senior Minister Lee Kuan Yew and Malaysia's then Prime Minister Mahathir Mohammed had said so. Mr. Solarz replied that he could think of several Asians who would disagree with that view, and they included the Dalai Lama and Anwar Ibrahim.

Stephen Solarz mengenali Anwar Ibrahim ketika dia masih lagi berjawatan Timb.Perdana Menteri. Ketika era reformasi, Stephen secara terbuka melahirkan sokongan kepada Anwar ketika berucap di Persidangan World Trade Organization (WTO) tahun 1999 yang pada masa itu Anwar telah dipecat daripada kerajaan kerana kes liwat.


Sergio Marchi

Sergio Marchi, ahli penasihat APCO boleh klik sini. Seorang bekas Duta Kanada ke WTO. Fakta menarik mengenai Sergio, dia adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim dan boleh dilihat sokongannya kepada Wan Azizah. Klik di sini

Earlier, Mr Anwar's wife, Azizah Ismail, met a delegation of Canadian Government ministers who are in Malaysia for the Asia Pacific Economic Co-operation (Apec) forum. Canadian Foreign Minister Lloyd Axworthy and Trade Minister Sergio Marchi met Azizah Ismail at a hotel in a show of solidarity with Mr Anwar, who Mr Axworthy described as a political detainee.

Jadi tidak hairan jika Anwar mempunyai ramai kenalan didalam APCO yang sesungguhnya menyokong dan membantu menaikkan nama Anwar digelanggang antarabangsa.


















Aleksander Kwasniewski

Aleksander Kwasniewski adalah bekas presiden Poland dari tahun 1995 – 2005 dan berfahaman komunis. Aleksander semasa pentadbirannya melaungkan slogan “Poland for All” dan polisi ketenteraan ke Iraq. Selain dari Stephen Solarz, Aleksander juga adalah ahli jawatankuasa eksekutif Crisis International group bersama-sama Anwar.

Mereka jugalah yang menandatangani perjanjian Annoplis Palestin – Israel yang berat sebelah tidak mahu Israel mengalah dengan Palestin. Selain itu, kedua-dua mereka pernah bersama berkhidmat di University Georgetown. Boleh klik kat sini.

Lalit Mansingh

Seorang lagi rakan baik Anwar didalam rangkaian APCO ialah Lalit Mansingh. Klik sini. Lalit ialah bekas Menteri Luar dan Duta India ke US. Kaitan Lalit dan Anwar adalah kerana kedua-dua mereka ialah ahli kepada International Adivisory Group yang terlibat secara serius didalam Managing Global Insecurity (MGI) Project.

Projek ini adalah untuk memelihara peranan US dalam isu keselamatan, implikasi perubahan global dan dasar luar US sepertimana peranan US didalam G20,PBB,IMF dan Bank Dunia. Projek ini dijalankan bersama Brooking Institution, Stanford University dan Center on International Cooperation di University of New York. Mengapa mesti Anwar memainkan peranan yang aktif didalam organisasi yang memberi keuntungan kepada US dan tidak cuba membuat sesuatu kepada Malaysia, tanahairnya sendiri.

Jane Nelson

Selain 4 orang individu APCO diatas, Anwar juga berhubung rapat dengan Jane Nelson. Boleh klik sini. Jane Nelson ialah Pengarah bagi CSR Initiative berpusat di Kennedy School of Government, Harvard University dan Pengarah di Business Leadership dan Strategy di Prince of Waled International Business Leaders Forum. Perkenalan mereka bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara sekitar 2004 – 2005. Anwar dan Jane pernah menjadi speaker utama pada 2005 di Persidangan Accountability di London dimana lebih memberi fokus kepada kepentingan akauntabiliti dan pembangunan abad ke 21.

Elliot Abrams

Elliot Abrams, nama itu sudah membayangkan seorang yahudi yang pro-Israel. Elliot juga teman rapat Anwar dan sama-sama berperanan didalam APCO sebagai ahli majlis penasihat antarabangsa. Sebelum ini, Elliot adalah timbalan penasihat keselamatan US. Pernah berkhidmat semasa era Presiden Ronald Reagen dan juga George W. Bush.

Beliau antara playmaker dalam konflik Iran. Pada 7 jun 2007, Elliot dan anwar terlibat secara langsung bersama New Endowment for Democracy (NED) dalam memfokuskan kepada demokrasi global sebagai penceramah utama. Boleh klik sini dan sini. Sahabat blog pernah mendedahkan Elliot berusaha mempromosikan Anwar Ibrahim diperingkat antarabangsa kerana kononnya Anwar adalah pejuang demokrasi tulen. Klik sini

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

Sebelum Anwar berasa bangga dengan penjelasannya walaupun bukan pendedahan secara langsung, kaitan-kaitan individu diatas perlu Anwar jawab dengan fakta dan bukannya retorik ataupun jalan pintas dengan enggan menjawab persoalan peranan mereka bersama Anwar. Jika APCO sendiri sudah menafikan dan pendedahan Khairy Jamaluddin sini lebih menarik perhatian, boleh disimpulkan Anwar sengaja mahu mencipta retorik untuk mengalih perhatian terhadap kes liwat dan pergolakan yang sedang membarah didalam PKR.

Yang jelas, Anwar tersilap menghebohkan perkara ini kerana pekungnya sendiri kini sudah terbuka dan tidak boleh ditutup lagi. Bagaimanapun satu perkembangan yang sangat menarik dengan retorik yang dibuat Anwar ialah apa yang mahu ditunjukkan Anwar kepada umum atau sebenarnya Anwar sendiri sudah tidak berdaya lagi untuk menghalang 'suara-suara ghaib' mendesaknya melaksanakan misi yang sudah dijalankan.

Boleh klik kat sini. Jika bertaraf Ketua Pembangkang Anwar sudah mengikut telunjuk yahudi bagaimana jika ditakdirkan dia menjadi Perdana Menteri.? Habis digadai bumi yang bertuah ini.

Sumber : http://garamanis.blogspot.com/

Penang Wasabi

Friday, April 2, 2010

'Kit Siang berniat jahat'



















Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berniat jahat apabila mencabarnya meletakkan jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri sekiranya gagal membuktikan bahawa beliau berpendirian 'Malaysia pertama dan Melayu kedua'.

Sambil menyelar tindakan tersebut, Timbalan Perdana Menteri mencabar Kit Siang supaya terlebih dahulu membuktikan bahawa konsep Middle Malaysian yang diperjuangkan oleh DAP diterima dan disokong oleh rakannya dalam pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

"Kit Siang ada niat jahat. Dia hendak menyaksikan keadaan pecah-belah dan porak-peranda kerana pembangkang cukup takut dengan pengaruh gagasan 1Malaysia," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP), di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas mengenai desakan Kit Siang yang memintanya meletakkan jawatan jika gagal mengesahkan pendirian beliau bahawa 'Malaysia pertama dan Melayu kedua' atas atasan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin boleh dipersoalkan.

Kit Siang semasa membuat tuntutan itu di lobi Parlimen hari ini berkata, desakan tersebut selaras dengan tuntutan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak akan terpengaruh dengan mainan politik tokoh veteran pembangkang itu walaupun Kit Siang beribu-ribu kali mempersoalkan tentang komitmennya terhadap gagasan 1Malaysia.

"Saya tetap Melayu dahulu, tapi ini tak bermaksud kita rasis dan mempertikaikan semua hak kaum lain. Takkan ia sesuatu yang salah apabila saya sebagai pemimpin Melayu berkata nak tolong masyarakat Melayu. Itu pun tak boleh?

"Ini bukan bermakna kita nak tolong Melayu sahaja dan abaikan masyarakat Cina dan India. Perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan semua kaum kerana itulah intipati gagasan 1Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, Kit Siang sebenarnya ketandusan isu kerana hasratnya sebelum ini untuk merosakkan hubungan beliau dengan Najib tidak berjaya.

Tambah beliau, melalui 1Malaysia, tiada salah untuk setiap pemimpin kerajaan mempertahan serta memperjuangkan hak kaum masing-masing kerana gagasan itu dicipta berlandaskan perlembagaan negara.

Ditanya mengenai kenyataan Kit Siang yang mendabik dada mendakwa kononnya dirinya sebagai 'Malaysia pertama dan Cina kedua', Muhyiddin berkata, ia hanya sekadar dakwaan bagi meraih sokongan politik.

Jelasnya, dakwaan Kit Siang itu hanya sekadar di bibir sahaja dan tidak dibuktikan melalui semangat serta implimentasi kerana dakwanya DAP merupakan sebuah parti yang cauvinis. "Saya pun boleh mendakwa sebegitu, tetapi kita di BN lain kerana parti ini sebuah parti kebangsaan yang menghimpunkan pelbagai latar belakang kaum hasil gabungan 13 buah parti komponen," katanya.

Penang Wasabi

Thursday, April 1, 2010

Perangai hipokrit, kebudak-budakan pembangkang!

HARAPAN untuk melihat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung dalam suasana aman dan tenteram masih lagi menjadi satu impian. Segalanya kerana sikap kebudak-budakan pakatan pembangkang di negeri itu yang terus berusaha melakukan pelbagai perbuatan dan tingkah laku yang memualkan ketika persidangan berlangsung. Jika kelmarin, mereka agak bersopan berikutan perasmian persidangan dilakukan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah tetapi semalam perangai buruk wakil-wakil rakyat daripada pakatan pembangkang berulang kembali.

Mereka terpekik terlolong di dalam dewan, membawa poster yang menghina wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan bertindak keluar dari persidangan. Semua itu mereka lakukan dengan satu matlamat iaitu ingin menarik perhatian dan cuba menganggu perjalanan mesyuarat supaya perkara-perkara berkaitan kepentingan rakyat tidak dapat dibincangkan.

Inilah sikap buruk pakatan pembangkang yang belum lagi menampakkan tanda-tanda untuk menerima hakikat bahawa mereka kini adalah pembangkang bukanlah kerajaan negeri yang berkuasa di Perak.

Tidak cukup dengan berperangai buruk di dalam dewan, di luar dewan pula mereka mempertikaikan kehadiran anggota polis sehingga ada antara mereka sanggup mengeluarkan perkataan yang berniat jahat.

Menuduh pihak polis akan menembak mati mereka atas andaian ada polis tidak suka kepada mereka adalah satu perkataan jahat yang tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.

Tetapi itulah sikap pembangkang, mereka terlalu angkuh dengan kekuatan yang dimiliki di dalam DUN. Mereka sengaja melupakan bahawa kekuatan mereka sudah luntur berikutan kehilangan sokongan majoriti sehingga kuasa pemerintahan kerajaan negeri berpindah tangan.

Cukuplah! rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah muak menyaksikan adegan bagaikan 'sarkas' yang cuba ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang di negeri itu. Kalaulah mereka begitu yakin mempunyai kekuatan sendiri untuk terus meraih sokongan rakyat, maka bersabarlah sehingga pilihan raya umum nanti. Biarlah rakyat menentukan siapa yang mereka mahu.

Sementara menanti detik itu, pembangkang sepatutnya menunjukkan kematangan dan bukannya berperangai seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gulanya. Jika benar mereka memperjuangkan demokrasi dan berjuang demi kepentingan rakyat, maka hadirlah ke sidang DUN sebagai insan yang bertamadun. Jangan jadikan sidang DUN bagaikan tadika kanak-kanak. Sampai bilakah rakyat harus dihidangkan dengan perbuatan tidak matang pembangkang itu sehingga akhirnya ia hanya membazirkan wang rakyat.

Sidang DUN adalah mesyuarat penting bagi membangunkan sesebuah negeri dan bukannya medan untuk menunjukkan kekuatan politik mana-mana pihak. Kalau mahu berpolitik, di situ bukanlah tempatnya. Cukuplah selama ini pembangkang sudah menyebarkan pelbagai fitnah dan tohmahan serta gelagat memualkan di pentas politik, takkanlah perangai buruk itu hendak pula diteruskan di sidang DUN?

Namun kita yakin, rakyat sedang memerhati gelagat pembangkang tersebut. Mungkin suatu ketika mereka berasa sangsi membenarkan pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja dan membuat perangai yang tidak setanding dengan gelaran Yang Berhormat yang disandang.

Tetapi kini dengan apa yang mereka saksikan di sidang DUN Perak, jelaslah itulah perangai pembangkang sebenar-benarnya, segala yang mereka katakan selama ini terutamanya dalam soal berjuang untuk rakyat hanyalah hipokrit!-UM

Penang Wasabi