~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, September 18, 2013

KES MAHKAMAH MELIBATKAN ANWAR HARI INI !!


Seperti biasa Anwar mencari alasan lagi untuk tangguhkan perbicaraan!

Rayuan kerajaan terhadap keputusan kes pertuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didengar semula hari ini dan esok selepas ditangguhkan pada 22 Julai lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Darmafikri Abu Adam menetapkan tarikh rayuan itu pada 1 Ogos lalu.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika membebaskan Anwar, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata ‘ada berlaku penetrasi’ tetapi ia tidak disokong oleh bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya berhubung integriti sampel-sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada pengadu (Mohd Saiful) kerana sampel itu mungkin boleh terjejas sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Sementara itu, peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo memfailkan permohonan untuk membatalkan pelantikan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang akan mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan itu hari ini.

Pelantikan Muhammad Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwa dilakukan secara fiat yang ditandatangani Peguam NegaraTan Sri Abdul Gani Patail pada 2 Julai lalu.

Pada 22 Julai, peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Anwar, membangkitkan bantahan terhadap pelantikan Muhammad Shafee, bagaimana pun hakim Datuk Ramly Ali yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan meminta beliau mengemukakan perkara itu pada tarikh pendengaran akan datang.

Ram Karpal kemudian memberitahu pemberita pihak pembelaan membantah atas alasan ia mungkin tidak sesuai bagi beliau Muhammad Shafee mewakili pihak pendakwa kerana kes Anwar bermotifkan politik dan beliau (Muhammad Shafee) pernah dilantik mewakili Umno dalam beberapa kes mahkamah sebelum ini.

Pada tahun 2000 Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kesalahan liwat itu kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku.

Pada Julai 2008, beliau ditahan sekali lagi atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful. Namun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan Anwar tidak bersalah dan melepaskan beliau daripada sebarang pertuduhan liwat - Antara Pos

Terkini :

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim selepas menerima permohonan Responden (Anwar Ibrahim) menerusi peguam Karpal Singh untuk menggugurkan salah seorang juri Tengku Maimun krn dikatakan bias.

Tengku Maimun sebelum ini terlibat dengan kes liwat I (Azizan). Esok pagi pendengaran bagi menggugurkan Timbalan Pendakwaraya DS Shafee - Rakyat News

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment