~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, September 10, 2013

Hindraf Mahu Ku Nan Ingat Perjanjian Lepas?


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan tengku Mansor dinasihati untuk mengingati kembali perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatanganinya bersama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) pada 9 April lalu.

Penasihat Hindraf N Ganesan berkata, Tengku Adnan telah berjanji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu untuk menjaga dan menyelesaikan isu berkaitan kuil nHindu dan tanah perkuburan penganut agama berkenaan di Malaysia.

"Pastinya Tengku Adnan sekurang-kurangnya membaca apa yang ditandatangani beliau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ganesan berkata demikian bagi mengulas perjanjian yang ditandatangani bagi memastikan tiada lagi kuil, kawasan suci dan kawasan pengebumian Hindu dibina selain dari kawasan yang digazetkan bagi tujuan tersebut menjelang 2018.

Beliau yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan perdana Menteri P Waytha Moorthy menjelaskan, perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, seksyen tiga perjanjian tersebut turut menyebut sebuah unit baru perlu ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan kertas kerja meningkatkan taraf hidup komuniti India dan memberi kuasa eksekutif disamping memberi peruntukan untuk menjalankan piagamnya.

Jelasnya lagi, sebuah sub-unit juga perlu ditubuhkan bagi mengetuai badan audit mengenai kuil Hindu, kawasan pengebumian dan suci di seluruh Malaysia.

"Tengku Adnan, jalan penyelesaiannya sudah ada pada perjanjian yang ditandatangani. 'Gerakkan' Waytha Moorthy. Tujuan beliau di dalam kerajaan khusus bagi tujuan tersebut," katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment