~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, August 31, 2013

Lamb of God: Jakim bantah penganjur?



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kumpulan heavy metal, Lamb of God daripada membuat persembahan di negara ini berdasarkan latar belakang kumpulan itu serta genre muzik yang dibawa mereka.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, pihak bertanggungjawab diharapkan tidak meluluskan kemasukan kumpulan itu dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan itu perlu diambil untuk menjaga kemaslahatan umat dengan tidak membenarkan terciptanya ruang kepada pelbagai krisis akidah, permasalahan moral serta keruntuhan akhlak.

Menurutnya, nama asal kumpulan itu ialah Burn The Priest dan pernah terpalit dengan kontroversi sehingga dituduh sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat serta anti ketuhanan oleh penganut Kristian.


"Pelbagai istilah menunjukkan kumpulan ini sering mempermainkan unsur keagamaan dan ketuhanan dalam lagu dan imej mereka, malah nama kumpulan itu iaitu Lamb of God merujuk kepada Jesus yang difahami penganut Kristian sebagai 'anak Tuhan'.

"Malah, kumpulan itu pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dengan mencampur aduk lagu metal dengan bacaan ayat al-Quran dan menyentuh unsur keagamaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Program Kibar Jalur Gemilang dan Pelepasan Kenderaan Merdeka di pekarangan ibu pejabat Jakim.

Kumpulan berkenaan yang berasal dari Amerika Syarikat dijadualkan membuat persembahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 September ini.

Othman berkata, antara lagu kumpulan itu ialah Walk With Me In Hell (Berjalan denganku dalam neraka); Sacrament (istilah majlis kerahmatan dalam agama Kristian); Resurrection (Kebangkitan) serta menerbitkan album New American Gospel yang jelas bertentangan dengan syariat Islam dan nilai moral.


"Penganjuran ini bukan saja boleh memberi ruang kepada penularan gejala keruntuhan moral, malah turut memberi kesan terhadap akidah.

"Persembahan kumpulan muzik yang keterlaluan biasanya akan menyebabkan penonton hilang kawalan. Kemasukan kumpulan ini dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal," katanya.

Pada masa sama, Othman berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-72 yang bersidang pada 23 Januari 2006 telah membincangkan tentang kumpulan black metal serta langkah untuk menanganinya.

"Muzakarah memutuskan amalan dan perbuatan kumpulan black metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, jadi umat Islam diminta menjauhi kumpulan berkenaan kerana perbuatan serta amalan mereka boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam.

"Selaras dengan keputusan itu, beberapa negeri termasuk Melaka, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Selangor menfatwakan kumpulan black metal sebagai menyeleweng," katanya.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 28, 2013

'Penasihat PM' wajar dipecat!


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.

Cuba fikir dan renongkan...PRU ke-14 nanti cuba buat perubahan besar untuk menang!!! Berani untuk berubah...InsyaAllah?

Penang Wasabi..

Tuesday, August 27, 2013

Sammy Vellu masih anggap dirinya sebagai Presiden MIC?


Datuk Seri S. Samy Vellu diminta supaya berhenti mencampuri urusan parti kerana era pemerintahan bekas Presiden MIC itu telah lama berakhir.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, tindakan Samy yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri G. Palanivel sejak akhir-akhir ini mencetuskan keadaan 'huru-hara' dalam parti.

Menurutnya, campur tangan Samy Vellu dalam hal parti juga menimbulkan tanda tanya sekiranya bermotifkan agenda tersendiri memandangkan pemilihan parti bermula bulan hadapan.

"Saya mohon supaya Samy hentikan perbuatan sia-sianya dengan mengkritik kepimpinan Palanivel. Beliau telah lama mengundur diri daripada jawatan Presiden namun kadang-kadang tindak tanduknya seperti masih menguasai parti.

"Palanivel baru sahaja mula menerajui parti tiga tahun ini manakala Samy sudah menjadi Presiden parti lebih 33 tahun. Sudah tentu Samy boleh bercakap seolah-olah beliau adalah pejuang sebenar," katanya di sini hari ini.

Ramanan mengulas kenyataan Samy Vellu dalam temu bual khas dengan sebuah portal berbahasa Inggeris Ahad lepas yang menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin lemah dan tidak banyak berjuang untuk rakyat.

Samy Vellu turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpeluk tubuh penggantinya itu dalam isu-isu membabitkan kaum India malah menuduh Palanivel seperti lupa diri.

Ramanan turut mempersoalkan sikap Samy Vellu yang sengaja cuba memburukkan Palanivel pada saat-saat akhir pemilihan parti berikutan kekecewaan beliau ekoran pemecatan anak sulungnya, Vel Paari daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan lepas.

"Sebenarnya, Samy bercakap seperti tidak waras, adakah kerana selama ini beliau sibuk berkempen untuk Datuk Seri S. Subramaniam untuk menggantikan Palanivel tidak kesampaian? Adakah juga kerana anaknya telah dipecat dari CWC?

"Walau apapun alasan Samy, kami lebih memerlukan Palanivel daripada beliau. Samy harus sedar perkara ini sebelum terlambat. Janganlah merosakkan keharmonian yang telah terbina ketika ini dalam parti," tegasnya.

Samy Vellu yang menjadi Menteri Kabinet sejak 1974, tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila sokongan kaum India terhadap parti itu merosot di sebalik pelbagai tuduhan-tuduhan terhadap parti itu di bawah teraju beliau.

Sungguhpun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Samy Vellu masih dilihat mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu khususnya dalam kalangan 4,000 pengerusi cawangan MIC yang akan mengundi dalam pemilihan parti berkenaan.

Penang Wasabi..

SIAPAKAH YANG LEBIH CERDIK ANTARA NAMEWEE DAN NAZRI AZIZ?


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas keras penyanyi rap, We Meng Chee (Namewee) sebagaI budak berhingus, bodoh dan buta sejarah kerana mahukan tayangan filem The New Village yang bertujuan untuk membasoh dosa Parti Komunis Malaya (PKM) dan penyokong mereka di Kampong Kampong Baru.

Perlu disebutkan bahawa orang-orang Cina yang dikampongkan di Kampong-Kampong Baru dalam masa dharurat adalah untuk menyekat mereka dari membantu pengganas komunis dan juga untuk melindungi mereka dari ancaman keganasan komunis.

Dalan membuat kecaman ini, Nazri lebih bermotifkan untuk membasoh dosanya kerana telah memberi muka kepada budak berhingus ini di tengah-tengah kemarahan rakyat kerana dia menghina lagu Negaraku dengan mengubah liriknya.


Nazri cuba menunjukkan liberalismenya dengan memberikan sambutan istemewa kepada budak bodoh ini yang datang ke Parlimen dengan berpakaian tidak senonoh. Nazri memberikan betis dan sekarang dia mahukan paha, tidak berjaya menjinakannya sebaliknya dia menjadi semakin berani dan semakin kurang ajar.

Hampir seluruh orang Cina telah memberikan sokongan kepada misi dan inspirasi Namewee dengan menolak BN dalam pilihan raya ke 13.

Siapakah yang lebih cerdik antara Namewee dan Nazri?

Namewee bodoh kerana buta sejarah, Nazri cerdik kerana tahu membasuh dosanya. Dia tahu orang cepat lupa.

Penang Wasabi..

Monday, August 26, 2013

Malaysia perlu tolak TPPA - Dr. Mahathir!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA.

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Penang Wasabi..

Saturday, August 24, 2013

BANGSAT!!! Gengster Kepung Dan Serang Polis Di Perak!!!

Sekadar gambar hiasan

IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

Sekadar gambar hiasan

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya.

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

- Info PDRM

Penang Wasabi..

Friday, August 23, 2013

DAPig tertekan...!!! Tindakan saman alih perhatian CEC DAP?


Tindakan saman yang hendak diambil oleh DAP terhadap akhbar Utusan Malaysia dalam isu buku Laporan Ekuiti oleh Father Augustus Chen dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.

"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.

"Mereka patut sedar bahawa keputusan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemilihan semula CEC diadakan telah menunjukkan secara tidak langsung mereka mengakui terdapat kepincangan dalam pemilihan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.

Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.

Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.

"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.

Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 21, 2013

Apa sudah jadi DAPig Guan Eng...!!! Mengapa pelabur-pelabur sudah mula tinggalkan Pulau Pinang?


Suatu ketika dahulu, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling tinggi menerima pelaburan dari segi pembuatan. Malangnya, setelah lima tahun berada di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, jumlah pelaburan terus menurun dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2010, pelaburan di Pulau Pinang mencatat jumlah RM12.24 billion dan pada 2011 ia jatuh sehingga RM9.11 billion. Akhirnya, pada tahun 2012 jumlah pelaburan di Pulau Pinang terus merudum sehingga RM2.47 billion iaitu penurunan sehingga 73% sekali gus meletakkan negeri itu di tangga ke 6 dari segi jumlah pelaburan di antara semua negeri.


Lebih malang lagi, Syarikat Bosch Solar Energy telah membatalkan hasrat untuk meneruskan pelaburan di negeri itu yang berjumlah RM2.2 billion. Beberapa syarikat lain pula dikhabarkan telah mengeluarkan pelaburan mereka dari Pulau Pinang.

Dengan rekod pelaburan yang mengecewakan ini, Lim Guan Eng yang terlalu angkuh dan gemar memperlekeh pentadbiran Barisan Nasional wajar mencermin muka sendiri. Di manakah ‘cekapnya’ DAP jika jumlah pelaburan terus susut dan hilang dari setahun ke setahun?

Persoalannya apakah punca masalah ini?

Paling menarik, DAP yang terkenal dengan sikap rasis dilihat seolah-olah turut mengamalkan rasisme dalam menarik pelaburan. Ini berdasarkan kenyataan Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah, bahawa Lim Guan Eng hanya berminat untuk menarik pelabur dari Taiwan, China, Hong Kong dan Korea iaitu negara-negara yang ‘sebangsa’ dengannya. Walhal, selama ini Pulau Pinang itu lebih banyak menerima pelaburan dari Amerika, Jepun, Jerman dan Netherland.

Penyelaras BN Batu Uban, Goh Kheng Sneah (gambar, tengah)

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang Ketua Menteri yang bersifat ‘global’ yang mampu duduk setanding dan sebaris dengan para pelabur asing apatah lagi berurusan dengan duta-duta dan juga Menteri-menteri negara lain. Sedangkan, untuk menarik pelaburan langsung asing, seorang Ketua Negeri harus memainkan peranan besar dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang terbabit.

Selain itu, delegasi pelaburan juga perlu mempunyai karisma dan kebolehan untuk membuat promosi melalui media di negara-negara terbabit iaitu perlu menjalinkan hubungan dengan akhbar dan majalah yang berkaitan.

Melihat dari cara DAP mentadbir di mana pembentangan projek mega seperti terowong bawah laut yang kontroversi juga boleh tersalah taip dan mengira undi CEC yang tidak sampai 2000 juga boleh tersalah kira, maka kita memahami kenapa pelaburan di Pulau Pinang merudum.


DAP, khususnya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mempunyai karisma dan kebolehan yang diperlukan untuk meyakinkan para pelabur. Lebih dari itu, reputasi dan imej beliau sebagai samseng, diktator dan penipu semakin tersebar dan terpahat kukuh sehingga menimbulkan rasa ‘cuak’ di kalangan pelabur.

Selain dari pelancongan, Pulau Pinang banyak bergantung kepada pelaburan dari segi ekonomi. Walaupun begitu, Lim Guan Eng nampaknya tidak begitu risau dengan apa yang berlaku. Malah, beliau lebih berminat untuk ‘meraikan’ kuasanya di negeri itu melalui projek merepek seperti membina ‘Burung Ubah’.

Di awal pemerintahannya pula, Lim Guan Eng sibuk mencabar agama Islam sambil memperkukuhkan kedudukan Kristian di negara ini. Beliau juga sibuk berpolitik menyerang UMNO dengan tidak henti-henti membangkitkan isu perkauman.


Kini sikap Guan Eng yang rasis, tidak prihatin dan samseng mula membawa kesan buruk kepada Pulau Pinang. Dengan reputasi Guan Eng yang cukup buruk sebagai Setiausaha Agong Parti, dan kelemahannya sebagai Ketua Menteri, DAP wajar memikirkan semula kedudukannya di dalam parti.

Apakah hanya kerana beliau merupakan anak kepada Lim Kit Siang maka semua orang perlu menutup mata atas segala kebebalan beliau? Atau apakah benar tiada siapa yang lebih layak dari Lim Guan Eng untuk menerajui Pulau Pinang, mahupun memegang jawatan Setiausaha Agong di dalam parti DAP?

Penang Wasabi..

Tuesday, August 20, 2013

Isyarat kuat daripada Hafizh!

Hafizh Syahrin (depan, tengah) diapit Steve Rapp (kiri) dan Travis Wyman selepas memenangi perlumbaan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson di Indianapolis, semalam.

INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat - Hafizh Syahrin Abdullah semakin mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya menjulang gelaran juara dalam perlumbaan AMA Pro Vance & Hines Harley Davidson - perlumbaan sokongan Grand Prix Dunia (MotoGP) Indianapolis, di Litar Indianapolis, Amerika Syarikat, semalam.

Selepas melakar kejayaan di tempat ketiga pada Perlumbaan 1, kelmarin, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu meneruskan aksi bertaraf dunia apabila berjaya menguasai jentera Harley Davidson XR1200 yang pertama kali digunakannya untuk muncul juara dengan mengetepikan pelumba pilihan, Steve Rapp yang telah pun mencatat empat kejuaraan berturut-turut sebelum beraksi di Indianapolis.

Rapp yang turun ke litar dengan hasrat untuk menebus kekecewaan setelah sekadar menamatkan Perlumbaan 1 di belakang Hafizh memberikan cabaran sengit apabila berjaya mendahului pelumba muda berusia 19 tahun itu dari peringkat awal perlumbaan.

Namun, pada saat-saat akhir perlumbaan, Hafizh menggunakan kemahiran yang ada untuk memintas Rapp dari bahagian dalam litar dan seterusnya muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya cuba tampil memberikan yang terbaik walaupun pertama kali beraksi menggunakan jentera ini. Setiap sesi digunakan untuk memahami jentera dan juga litar agar dapat memperbaiki kelemahan dan mencatat masa yang lebih baik.

"Kami berjaya mendapatkan pelarasan yang begitu baik untuk perlumbaan pertama, dan kemudiannya terus dipertingkatkan pada perlumbaan kedua. Saya mengubah sedikit suspensi belakang agar lebih baik dan tidak tergelincir sebagaimana yang kerap berlaku pada perlumbaan pertama."

"Hasilnya cukup memuaskan dan membantu saya untuk berada di hadapan. Hanya saya dan Rapp yang bersaing di hadapan dan saya hanya berada di kedudukan kedua sehingga ke penghujung perlumbaan," ujar Hafizh.

Penang Wasabi..

Monday, August 19, 2013

SIMPATI : Nazri Dibela Teresa Kok Pula!!


Di sebalik kritikan yang diterima Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anak sendiri sebagai pembantu, siapa sangka ia mengundang simpati daripada lawan politiknya sendiri.

Antaranya Ketua DAP Selangor Teresa Kok percaya, walaupun beliau sendiri dan banyak ahli politik tidak melantik anggota keluarga, tetapi kadang-kadang mereka tidak banyak pilihan.

"Tetapi apabila kami ada seseorang yang rapat dengan keluarga kami, yang bagus dalam sesuatu bidang dan dapat membantu karier kamu, apa yang salahnya," katanya lagi.


Kok (kanan) diminta mengupas tulisannya di Facebook pada 16 Ogos yang berkata, ramai wakil rakyat susah menjadi kakitangan yang berdedikasi dan setia.

Kok, exco Selangor antara April 2008 hingga Mei 2012 berkata, beliau sendiri dalam tempoh perkhidmatannya itu terpaksa menukar 10 orang pegawainya ekoran pelbagai masalah, termasuk sabotaj.

Penang Wasabi..

Sunday, August 18, 2013

Awas gerak kerja psywar Pakatan Rakyat?


Maklumat gerak kerja cyber war team Pakatan Rakyat PRU14..codename SNK (seek n kill)..Berikut maklumat gerak kerja mereka.

1. Mewujudkan pasukan disetiap DUN dengan anggota minima 5 orang (kerja tetap dengan party min gaji rm3k)

2. Mempersiap command center disetiap DUN

3. Menyediakan infrastruktur komunikasi server, handphone maxis celcom digi, laptop,digital camera, video recorder, digital line.

4. Melatih pasukan dengan kemahiran komunikasi internet, hacking, attack and defend.

5. Mendengar, mengenalpasti dan memanipulasi segala masalah dalaman parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain secara mingguan dan bulanan.

6. Mewujudkan gerak saraf dgn memanipulasi isu bagi memporak perandakan serta menggoncang kekuatan dalaman UMNO, MIC,MCA.

7. Membangkitkan isu perkauman dan menjadikan UMNO, MIC,MCA sebagai kuda hitam- info

Berikut pula usaha gerak kerja untuk pemilihan UMNO:


PKR sedang memantau mesyuarat cawawangan2 UMNO yang sedang berlangsung untuk mencari kesilapan dalam perlaksanaan mesyuarat.

Komen serta kritikan oleh ahli UMNO sendiri yang dibuat melalui laman sosial akan diguna untuk dilapor kepada pihak ROS.Ini sebagai satu tindakbalas utk memastikan ROS mengambil tindakan terhadap UMNO sama seperti tindakannya terhadap DAP.

Tujuan mereka adalah untuk meletakkan UMNO dalam permasaalahan. .Hal parti kita dan hal masalah kita tak usahlah nak dimasukkan dlm fb, twitter atau blog.

Harap pihak berkuasa tidak melakukan perkara dan agenda mesyuarat yang mencurigakan hingga menimbulkan ketidak puas hati ahli-ahli. Pastikan tiada usaha untuk "bulldozer" sesuatu agenda.

Sumber.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 14, 2013

Penjawat Awam Pukul Isteri Dalam Lif Sedang Dijejaki Pihak Polis?


GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.-Bernama

Penanag Wasabi..

Tuesday, August 13, 2013

Apabila Anwar bercakap Mengenai Jenayah, Ibarat Macam Meludah Ke Langit?


Apabila gagal menjadi PM, otakpun dah jadi BIOL semacam. Tidor pun dah tak lena, makan pun tak kenyang! Setiap hari dok gila meroyan mencari jalan bagaimana nak jadi PM? Tak tahulah samada Anwar faham apa yang dia cakapkan ini. Ataupun Anwar dah jadi macam burung Kakak Tua yang petah bercakap, tetapi tidak faham apa yang dicakapkannya!

Nak dijadikan cerita, apabila sekarang kecoh dengan kadar jenayah yang menjadi-jadi Anwar ni pun tumpang sekaki nak tunjukkan simpati dengan kerajaan yang memerintah sekarang. Kononnya lah!

Samada dia sedar atau tidak, apa yang berlaku sekarang adalah berpunca dari dia sendiri? Lihat apa yang berlaku semasa Anwar dipecat dari UMNO dimana dia mengalakkan pengikut-pengikutnya merusuh dijalanan melaung-laungkan REFORMASI. Anwar mengalakkan supaya rakyat menjadi 'kurang ajar'!

Kita lihat siapa yang menganjurkan BERSIH 1~3, HIMPUNAN HARAM KL112, HIMPUNAN HARAM 505 selepas PRU ke 13 gara-gara kegagalannya menjadi PM?





Tak ke pelik jadinya bila Anwar tiba-tiba bertukar nada mahukan PR diberi ruang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi menangani peningkatan kes tembak yang semakin drastik sejak kebelakangan ini.

Anwar berkata, peningkatan kes tembakan yang berlaku hampir setiap hari begitu membimbangkan masyarakat.

“Cadangan kerjasama telah pun dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya kami diberikan ruang untuk menyumbangkan pendapat.

“Isu ini semakin berat dan kerjasama yang dicadangkan dapat membantu menangani masalah yang berlaku.

“Pihak polis sepatutnya menggunakan lebih ramai anggota cawangan khas untuk mengekang masalah ini, bukannya ditugaskan memantau program-program politik,” katanya.


Anwar berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri di Kampung Simpang Tiga, Kubang Ulu semalam.

Dia berharap peluang dan ruang yang diberikan dapat membantu mengurangkan kerisauan masyarakat.

“Polis kena terima kenyataan dan perlu meningkatkan tahap profesionalisme untuk memerangi jenayah,” katanya.

Itulah Kakak Tua yang pandai bercakap. Bila dah rasa terdesak, akhirnya meludah ke langit, terpercik kemuka sendiri?


Siapa yang mengajar semua ini kalau bukan Mamat Anwar ini? Fikir dan renongkan lah..!!!

Penang Wasabi..

Monday, August 12, 2013

Kerani maut bungkusan atas kereta meletup?

Anggota keluarga di sisi mayat Mohd Yusrizal yang maut akibat terkena bahan letupan di Taman Seri Periuk, Tumpat, semalam.

Tumpat: Seorang kerani sekolah maut apabila bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kereta di halaman rumah mentuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini, meletup, pagi semalam.

Ketika kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, dari Kampung Kenor, Kuala Krai, dikatakan cuba mengambil bungkusan yang ditinggalkan di bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) milik abang iparnya apabila ia tiba-tiba meletup.

Cedera parah di badan

Letupan itu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus, manakala perut terburai. Kenderaan berkenaan turut mengalami kerosakan teruk.

Mohd Yusrizal yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya, malam kelmarin, bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata letupan berlaku apabila mangsa mengambil bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung kereta Naza Citra.
“Sebaik diangkat, bungkusan itu meletup, menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengenai letupan dan bungkusan itu serta berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenainya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, berkata Mohd Yusrizal pulang ke rumah mentuanya untuk beraya, malam kelmarin.

“Mangsa ketika membuka pintu rumah (sebelum kejadian), ternampak sebuah bungkusan hitam di atas bumbung kereta Naza Citra dan pergi mengambilnya.

“Ketika mangsa mengangkat bungkusan itu, ia tiba-tiba meletup. Letupan kuat itu mengejutkan kami sekeluarga yang ketika itu berada di dalam rumah,” katanya.


Dengar letupan kuat

Sementara itu, seorang jiran, Kamaruddin Che Mad, 56, berkata sebelum kejadian, beliau berada di serambi rumahnya yang terletak kira-kira tiga pintu dari rumah mangsa.

“Saya terkejut apabila terdengar letupan kuat dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa sudah terbaring dengan kedua-dua pergelangan tangannya putus serta perut terburai.

“Melihat keadaan mangsa yang parah, saya pada mulanya hendak membantu, namun tidak berbuat demikian kerana ngeri melihat keadaan mangsa dan terus menghubungi polis,” katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, August 11, 2013

DAPig Guan Eng digesa berundur kerana kuat menipu?


Lim Guan Eng digesa segera berundur daripada jawatan Setiausaha Agung DAP selepas dikatakan gagal mengendalikan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjawab beberapa isu termasuk dakwaan terdapat 547 perwakilan 'haram' yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan itu.

"Kini ramai ahli DAP sendiri sudah muak dengan sikap angkuh beliau serta tipu dusta yang digunakan untuk menarik sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Taktik pembohongan yang digunakan Guan Eng untuk kekal berkuasa itu tidak boleh dibiarkan dan adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri secara baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Guan Eng sebelum ini cuba berdolak-dalik dalam menyelesaikan kemelut pemilihan CEC dengan mengenakan dua syarat baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas diberikan arahan agar pemilihan parti tersebut perlu diadakan semula.

Dua syarat berkenaan adalah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Mengulas lanjut, Fakhrul Azman memberitahu, semua orang tahu tentang pembohongan yang dilakukan oleh Guan Eng berhubung isi kandungan sebenar surat ROS bertarikh 17 April 2013.

"Selain itu, dia juga perlu menjelaskan dakwaan bahawa perwakilan haram itu hanya disuruh mengundi enam calon tertentu sahaja dan bukan 20 calon semasa pemilihan CEC," ujarnya.

Penang Wasabi..

Monday, August 5, 2013

Apabila Pak Menteri mula 'tarik handbrake'...!!! The New Village tidak akan ditayangkan?


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.


"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).




Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, filem atau apa jua bentuk penghargaan terhadap pengganas komunis tidak boleh diberikan tempat di negara ini kerana kumpulan itu telah mengisytiharkan perang terhadap negara sehingga menyebabkan darurat dari 1948 hingga 1960.

Katanya, dalam pertempuran sepanjang tempoh darurat dan selepas itu, ramai anggota pasukan keselamatan negara terkorban dan mengalami kecacatan kekal sehingga hari ini.

"Ada antara mereka kehilangan kaki, tangan dan buta kerana jerangkap samar dan banyak keluarga kehilangan bapa, abang dan adik mereka hasil daripada pengisytiharan perang yang dilakukan oleh komunis terhadap kita. Kehilangan dan kecacatan ini tidak boleh dikembalikan," katanya.

Selain itu, kata Mohamed Nazri, fahaman komunis yang tidak bertuhan tidak konsisten dengan prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada tuhan.

Penang Wasabi..

Sunday, August 4, 2013

Zina Bulan Puasa !! Foto Pasangan Di Tangkap Tanpa Pakaian !!


Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim. Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penang Wasabi..