~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, June 29, 2013

Anwar gila kuasa, berkhayal?


Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.

Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.

"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.


Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.

"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.

Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.

Penang Wasabi..

Friday, June 28, 2013

DAPig Penang fobia dengan Utusan...!!! Halang wartawan buat liputan sidang Dewan?

Wartawan Utusan biro Pulau Pinang, Firdaus Ismail membuat bantahan secara bersendirian selepas dihalang membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis “Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baharu untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baharu dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baharu Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA

Penang Wasabi..

Tuesday, June 25, 2013

JONKER STREET DAH DITUTUP, CHINABENG MENGAMUK... PETALING STREET BILA PULAK NAK DILUPUSKAN?


Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Harun menutup Jonker Street dan mengembalikan fungsi jalan di kawasan tersebut sebagai laluan kenderaan, menimbulkan kemarahan kepada chinabeng yang melihat isu berkenaan sebagai salah satu agenda yang boleh dipolitikkan.

DAP yang suatu masa dahulu cukup marah apabila Jonker Street diwujudkan sebagai sebuah kawasan tarikan pelancong, hari ini berubah pula sikapnya. Tidak lagi mementingkan keselesaan pengguna lalu lintas, sebaliknya menyatakan tindakan Ketua Menteri Melaka itu sebagai satu kaedah membalas dendam kerana Chinabeng telah menolak Barisan Nasional.

Ketua Menteri Melaka, Idris Harun juga tidak berselindung dengan menyatakan, walaupun wakil atau pemimpin MCA-BN telah memberikan perkhidmatan terbaik mereka di kawasan berkenaan, bahkan menjadi tempat mengadu nasib, tetapi apabila tiba pilihanraya, maka yang dipilih adalah chinabeng, maka sewajarnya mereka perlu meminta wakil yang dipilih itu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Itu di Melaka...

Bagaimana pula dengan di Kuala Lumpur?

Dari awal lagi kerusi bandaran Kuala Lumpur atau sekarang ini Bukit Bintang, tidak pernah jatuh ke tangan Barisan Nasional walaupun ada sekali, MCA menang kerana perintah mahkamah. Biarpun Kuala Lumpur telah bertukar wajah daripada sebuah pekan perlombongan bijih timah yang dibuka oleh Raja Abdullah dengan bantuan kongsi China seramai 200 orang menerusi laluan pertemuan Sungai Kelang-Sungai Gombak menuju ke Ampang, dengan pentadbiran Kerajaan Melayu Selangor yang kemudiannya diteruskan oleh Perikatan dan kemudian Barisan Nasional, Kuala Lumpur berdiri tegak sebagai sebuah Bandaraya bertaraf dunia.

Namun segala yang perubahan yang berlaku di Kuala Lumpur tidak disandarkan kepada pentadbiran dan pengurusan negara, sebaliknya dikatakan 'berdiri dengan sendirinya'. Justeru, tiada sokongan untuk Barisan Nasional semenjak awal pilihanraya umum diadakan.


Nah, sekarang inilah masanya untuk mengajar populasi di Kuala Lumpur terutama sekali di Petaling Street peri pentingnya kehidupan majmuk. Jangan hanya bab Melayu sahaja yang perlu diajar bersikap majmuk tetapi untuk chinabeng, mereka hanya tahu tentang china, cina dan chinese!

Lupuskan Petaling Street! Kembalikan Petaling Street sebagai sebuah laluan kenderaan! Tidak perlu ada imej China di Petaling Street terutama sekali dengan lambakan barangan tiruan, ciplakan dan penipuan serta kesamsengan di kawasan berkenaan!

Masalahnya... MAMPU KE kalau penguatkuasa sendiri pun, lemah lutut dengan pujuk rayu bersama beberapa keping not seringgit yang dihulurkan bersama-sama sekotak rokok dan sekotak minuman ringan?

Sumber : theflyingkick

Penang Wasabi..

Monday, June 24, 2013

Hot ! Ostazah Eby Pas dah hilang akal pertahankan penghina Islam Sally Yeh !!



Apa punya bangang la tweet minah kesayangan Pas , Ostazah Ebby..! Penghina Agama Islam & Rasulullah dari Red Bean Army bernama Sallu Yeh Red Bean dipertahankan ..! Inikah cara baru pejuang Islam Pas?

Orang Cina seperti Huan Cheng Guan lebih tahu hormat agama Islam dengan membuat laporan polis terhadap Sally Yeh.

Penang Wasabi..

Pandikar Amin Sah Speaker, Dewan Buang Masa Kerana Orang Bodoh Bernama Khalid Ibrahim?


Tan Sri Pandikar Amin Mulia sah dilantik Speaker Dewan Rakyat dengan 133 undi berbanding 89 undi diterima oleh Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Ini bermakna kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional mengundi cadangan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak dan kesemua ahli Parlimen DAP, PAS dan PKR mengundi cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebenarnya proses Dewan Rakyat ini boleh berjalan lancar jika Menteri Besar Selangor, yang tertidur semasa sidang akhbar minggu lalu, memahami konsep politik demokrasi. Tidak mungkin mereka akan menang dalam pemilihan Speaker Dewan dan tidak ada sebab mereka sebagai parti yang kalah mahu mencalonkan Speaker. Sebaliknya mereka berbuat demikian juga untuk mewujudkan kekecohan dan menjadi bahan berita.



Mereka tahu akan kalah, sebab itu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak bangun mencadangkan nama speaker. Beliau sebaliknya menyuruh orang yang paling bermasalah minggu ini, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bangun mencadangkan speaker pilihan Pakatan Rakyat.

Jika minggu lalu Khalid menjadi bahan jenaka kerana tertidur dalam sidang akhbar, minggu ini beliau menjadi lawak jenaka kerana mencadangkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Sudah kalah, kalah lah!

Penang Wasabi..

Friday, June 21, 2013

PANASS!! Menarik, Rahsia Di Sebalik Binaan 'Pelik' Ayah Pin!


Pengalaman Hj Lokman ‘Membersihkan’ Jin Di Kawasan Ayah Pin. Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama.

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin. Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.

Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut laporan, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980an tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970an lagi.

Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa.

Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.

Terlebih dahulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustaz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.

Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut.

Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.

Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka.

Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu.

Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block” bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain.

Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.

Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.

Setelah membuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.

Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Lokman
19 November 2010

Sumber : Rahsia Istana Ayah Pin

Penang Wasabi

Wednesday, June 19, 2013

Mat Sabu bermain api?


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bukan sahaja berbohong mengenai fakta kematian ketika dalam tahanan polis malah sengaja mahu 'bermain dengan api' apabila menghasut kaum India membenci kerajaan dan pasukan keselamatan itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kenyataan dikeluarkan adalah keterlaluan kerana kaum India bukan golongan yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi berhubung perkara tersebut.

"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa.

"Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.

Wan Junaidi menegaskan, pihaknya kesal dengan tindakan mempermain-mainkan sentimen perkauman untuk memburukkan kerajaan dan profesionalisme polis.

"Dalam hal ini, tindakan telah diambil supaya kematian-kematian dalam tahanan polis itu disiasat dan saya juga telah bertemu dengan Ketua Polis Negara berhubung perkara ini.

"Selain itu, saya sendiri telah memberitahu Perdana Menteri yang kita kena kukuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan," katanya.

Berdasarkan perangkaan, jumlah kematian tahanan polis yang dicatatkan adalah 64 orang Melayu, 30 orang Cina dan 28 orang India.

Penang Wasabi..

Saturday, June 15, 2013

Anwar terimalah ketentuan Allah, usah buat kerja tiada faedah?


Apabila hasrat untuk memiliki Putrajaya tidak kesampaian menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti orang hilang akal. Anwar sepatutnya pasrah dengan apa yang telah ditakdirkan dan bukannya bertindak menentang arus akibat tidak puas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anwar sanggup mengheret rakyat untuk membuat perhimpunan tanda protes kerana tidak boleh terima kekalahan. Sebagai rakyat yang matang serta berfikiran terbuka, tidak perlulah mengikut telunjuk Anwar membuat kerja yang tidak mendatangkan apa-apa faedah, hanya menyusahkan rakyat sahaja.

Apa yang menghairankan kita semua, mengapa Anwar tidak boleh terima kenyataan? Jika rezeki itu bukan milik kita, ia tetap tidak akan menjadi hak kita. Percayalah pada qada dan qadar kerana ini semuanya adalah ketentuan Allah.


Berdemonstrasi bukanlah satu jalan penyelesaian, malah ia akan menambahkan kebencian rakyat kepada Anwar. Beliau sepatutnya bersyukur kerana kemenangannya di Permatang Pauh dan gembira kerana warga Permatang Pauh masih lagi menjadi penyokong setianya.

Berbaktilah dengan bersungguh-sungguh untuk membalas jasa orang Permatang Pauh. Buangkan sifat ego serta takbur yang masih tebal dalam diri memandangkan usia telah memasuki ke era warga emas.

Bertaubatlah sebelum terlambat. Selagi nafas masih berfungsi, Allah Maha Pengasih. Ingatlah setiap apa yang kita jangka tidak semudah yang kita harapkan. Fikir-fikirkanlah.

Penang Wasabi..

Friday, June 14, 2013

Selepas kes sambungan Jambatan Kedua runtuh, kini ribut pula melanda Pulau Pinang...!!! Dua maut, lapan cedera parah?

Dua kenderaan rosak teruk akibat serpihan bangunan pecah selepas ribut yang melanda di Jalan Macalister, Pulau Pinang, petang semalam.

Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.

Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.

“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.

Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.

“Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat," ujarnya.

Penang Wasabi..

Thursday, June 13, 2013

Menyabit kesalahan hina Raja?


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shabi (empat dari kanan) bersama sebahagian pemimpin daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan menunjukkan laporan polis mengenai individu yang didakwa menghina titah Yang di-Pertuan Agong menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitter masing-masing di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh pada 3 Jun lalu.

KEBELAKANGAN ini saya sering ditanya soalan mengenai: "Andainya seorang itu menghina Raja, apa hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang itu?"

Saya kira soalan ini timbul ekoran berita baru-baru ini mengenai seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang ditahan polis di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor, dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Selain dia, khabarnya ada 4 individu lain yang sedang dicari polis untuk membantu siasatan. Wanita berkenaan dikatakan telah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman facebooknya.

Jawapan saya kepada soalan tersebut adalah, "Apakah yang sebenarnya dilakukan orang itu sehingga dia dikatakan telah menghina Raja?"

Dengan bahasa mudah, kita perlu faham dimensi dan sempadan undang-undang mengenai kesalahan yang dikatakan "menghina Raja" itu. Kita tidak akan dapat bertindak dengan betul sekiranya kefahaman kita masih samar-samar lagi mengenainya.

Andainya apa yang dilakukan oleh orang itu adalah sekadar membuat posting dalam akaun facebook, misalnya satu ayat biadab yang berbunyi "Aku memang meluat dengan Raja X. Dia seorang Raja yang bodoh", apakah itu satu kesalahan jenayah yang (jika disabitkan di akhir perbicaraan) boleh dikenakan hukuman penjara atau denda?

Sebelum kita pergi jauh lagi, perlu kita ingat bahawa mengikut prinsip am undang-undang jenayah negara, setiap kesalahan itu mesti ada dua elemen penting, iaitu perbuatan yang salah (actus reus), dan niat yang salah (mens rea).

Dalam contoh tersebut, actus reus-nya adalah membuat posting dalam akaun facebook supaya boleh dibaca oleh orang lain. Tetapi bagaimana dengan mens rea orang itu?

Sekiranya pasukan pendakwa dapat mengemukakan keterangan yang kukuh ke tahap melampaui keraguan yang munasabah bahawa apabila orang itu membuat posting berkenaan di akaun facebooknya, dia memang ada menyimpan niat salah satu atau lebih dari berikut:

* Niat "mendatangkan kebencian atau penghinaan" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "membangkitkan perasaan tidak setia" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "menimbulkan perasaan tidak puas hati" terhadap Raja berkenaan; atau

* Niat "menimbulkan perasaan tidak setia dalam kalangan rakyat" Raja berkenaan;

Orang itu boleh (setelah disabitkan) dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun dan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, hukuman penjara adalah tidak lebih daripada 5 tahun - s. 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Mungkin ramai yang berpendapat membuktikan tindakan salah pengguna facebook itu mudah sahaja. Hakikatnya tidak semudah itu, kerana pasukan pendakwa perlu mengemukakan kepada hakim bicara keterangan ke tahap melampaui keraguan yang munasabah bahawa akaun facebook berkenaan adalah milik orang yang dituduh, dan memang dialah orang yang memuat naik posting berkenaan, bukan orang lain. Pastinya pihak pendakwa memerlukan kerjasama dan bantuan daripada beberapa pihak agensi kerajaan yang berkenaan.

Andainya sukar bagi pasukan pendakwa membuktikan melampaui keraguan yang munasabah bahawa orang itu ada menyimpan niat salah seperti yang disebutkan dalam Akta Hasutan tersebut, orang itu masih boleh dikenakan pertuduhan di bawah s, 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Di bawah peruntukan undang-undang ini, adalah satu kesalahan menyatakan di ruang siber (termasuk dalam emel, akaun facebook, twitter, pesanan ringkas dan lain-lain) apa-apa kenyataan atau komen yang lucah, tidak sopan, palsu, menakutkan atau menyakitkan pada sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati, memaki hamun, mengugut atau mengganggu gugat mana-mana orang lain (obscene, indecent, false, menacing, or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person).

Jika sabit kesalahan di bawah peruntukan ini, orang itu boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 atau kedua-dua sekali. Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan selepas sabitan, orang itu boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.

Barangkali disebabkan kurang faham mengenai undang-undang yang sedia ada ini (satu Akta lama dan satu lagi Akta baru) maka kini timbul cadangan agar diwujudkan satu undang-undang baru, bernama Akta Derhaka, untuk menangani masalah perbuatan menghina Raja.

Pada hemat saya, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk membanteras kesalahan menghina Raja. Masalahnya bukan tiada undang-undang. Masalahnya tidak ada pelaksanaan yang segera dan tegas, tidak teragak-agak dan tidak memilih bulu.

Andainya berlaku gerakan militan, tindakan ganas atau yang lebih serius lagi, misalnya sehingga ke tahap memerangi Raja (seperti peristiwa Al-Maunah di masa lampau), peruntukan yang sedia ada dalam Kanun Keseksaan (khususnya seksyen 121, 121A, 121B, 121C) sudah memadai dan masih boleh digunakan. Andainya terdapat lompong atau kesamaran dalam undang-undang ini, ia masih boleh dipinda.

Andainya satu undang-undang khusus (Akta Derhaka) hendak diwujudkan, maksud sebenar dan dimensi kesalahan "menderhaka" itu perlu terlebih dahulu diperincikan dengan tepat dan kemas sekali, difahami semua pihak agar tidak timbul kesamaran.

Andainya ada individu meluahkan rasa tidak setuju dengan apa yang dititahkan oleh Raja, tetapi tidak melakukan apa-apa tindakan lain selebihnya selepas itu, individu ini belum lagi melakukan apa-apa kesalahan. Seperti ditegaskan, dua elemen kesalahan (actus reus dan mens rea itu) mesti wujud sebelum seorang itu boleh diheret ke mahkamah.

Pada hemat saya, andainya Akta Derhaka ini hendak diwujudkan, terlebih dahulu cadangan awal ini mesti dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja, agar pandangan dan nasihat Majlis Raja diperolehi sebelum Rang Undang-Undang ini digubal oleh Jabatan Peguam Negara.

Penang Wasabi..

Sunday, June 9, 2013

Jambatan Runtuh: Apa Kata SPRM Siasat @CMLimGuanEng Lulus Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd ?


Jambatan Runtuh: SPRM Perlu Siasat Lim Guan Eng!

RUNTUHAN struktur jambatan kedua di Pulau Pinang semalam setakat ini telah mengorbankan satu nyawa, sementara beberapa orang yang lain mengalami kecederaan. Dalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.

Biasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu.

Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Siasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010.

Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.


Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Guan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.

Tak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.

Dan sememangnya itupun tujuan penulis semasa menyiapkan artikel ini, pihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.

Kita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.

Walaupun kita tak main game itu, tapi plotnya lebih kurang sama dan Guan Eng perlu tampil menjawab serta membenarkan siasatan dijalankan ke atasnya bagi menentukan semuanya mengikut peraturan yang disediakan.

Penang Wasabi..

Saturday, June 8, 2013

Friday, June 7, 2013

Mangsa runtuhan jambatan dikebumi awal pagi ini..Al-Fatihah!

MANGSA... Tajudin Zainal Abidin

Mangsa yang maut dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan akan dikebumikan awal pagi ini juga.

Isterinya, Shariffah Ramli,40, berkata, jenazah suaminya, Tajudin Zainal Abidin,45, akan dibawa pulang ke kampung di Bukit Merah, Perak sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.

ISTERI mangsa, Shariffah Ramli (tengah) ditenangkan oleh sanak saudara ketika beliau menunggu mayat suaminya, Tajudin Zainal Abidin di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang malam ini.

"Saya akan bawa pulang jenazah suami ke kampung saya di Kampung Batu 39, Bukit Merah," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah mayat, Hospital Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Mayat Zainal yang terperangkap dalam kejadian runtuhan yang berlaku lewat petang semalam itu berjaya di keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Salam takziah daripada admin Penang Wasabi buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah..!!!

Penang Wasabi..

Lelaki yang terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua adalah bekas Polis..?



Mayat lelaki yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada pukul 8.45 malam Jumaat.

Mayat dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa dikenali sebagai Tajuddin Zainal Abidin, 45 dan tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas.

Beliau berkata mayat itu dicam oleh isteri dan abang mangsa di tempat kejadian setelah Tajuddin yang menaiki kereta jenis Kelisa tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Mayatnya ditemui dalam keadaan tunduk di tempat duduk pemandu dan keretanya remuk akibat dihempap tanjakan konkrit itu.


"Pada sebelah petang tadi, abang mangsa ada datang ke lokasi dan membuat pengecaman berdasarkan pakaian yang dipakainya itu adalah adiknya dan selepas mayat dikeluarkan, isteri mangsa sekali membuat pengecaman dan mengaku lelaki yang memakai pakaian itu adalah suaminya," katanya pada sidang media di sini.

Abdul Rahim berkata bagaimanapun pengecaman bagi mengenal pasti identiti mangsa akan dibuat di bilik mayat HPP dan bedah siasat dijalankan pada pukul 10.30 malam ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat diteruskan berikutan beberapa maklumat yang di perolehi memaklumkan ada mangsa lain terlibat dalam kejadian runtuhan berkenaan.

"Kita tidak pasti sama ada maklumat (ada beberapa mangsa lain terlibat)yang dapat itu tepat atau tidak tetapi operasi akan diteruskan. Setakat ini hanya satu laporan polis yang kita terima kehilangan anggota keluarga iaitu dari keluarga mangsa (Tajuddin)," katanya ~ mStar

Laporan dari The Star pada pukul 11.00 malam tadi mengatakan lelaki yang terbunuh itu adalah bekas Polis, Tajudin Zainal Abidin, 45 tahun..!

Penang Wasabi..

Pengguguran Dr. Xavier Simbol PKR Tidak Mengiktiraf Kaum India?


Pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah simbol PKR tidak mengiktiraf sokongan kaum India di negeri itu.

“Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang isu pengguguran Dr Xavier sebagai Exco Negeri Selangor baru-baru ini,” kata Abdul Razak Ismail, bekas pembantu khas Xavier kepada FMT, sambil menambah gelombang bantahan ahli-ahli PKR dari kalangan masyarakat India mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar berbahasa Tamil, media sosial dan laman-laman web tempatan.

Penyerahan memorandum dan perhimpunan secara aman oleh ahli-ahli parti dari kalangan masyarakat India di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya jelas menunjukkan ketidakpuasan hati kaum India terhadap pengguguran Xavier yang dilihat sebagai peminggiran seorang pemimpin India oleh pucuk pimpinan PKR.

“Lantaran, kita mencadangkan satu panel jawatankuasa ditubuh di mana perlu dianggotai oleh individu-individu bebas dan bukannya dari kalangan pimpinan parti bagi mengelakkan prasangka dan pertindihan kepentingan (conflict of interest),” katanya.

Menurut Abdul Razak, tiga perkara utama yang perlu diberi penjelasan berkaitan isu pengguguran Xavier itu.

Pertama : Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dalam pertemuannya dengan enam orang wakil NGO dan parti pada malam 27 Mei 2013 di kediamannya di Segambut mengatakan bahawa Biro Politik PKR telah menyenaraikan nama Dr Xavier sebagai salah seorang calon Exco dan senarai tersebut telah diserahkan ke pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Persoalannya apa jadi seterusnya dengan senarai tersebut?

Kedua : Sumber-sumber yang layak dipercayai mengatakan bahawa satu senarai nama calon PKR telah diserahkan ke pihak Istana Sultan Selangor semasa “ketiadaan” Abdul Khalid yang menjalani pembedahan lutut di Jerman.

Persoalannya adakah isi kandungan senarai tersebut sama dengan salinan yang telah diputuskan oleh Biro Politik parti?

Ketiga : Ada juga laporan mengatakan bahawa pihak Istana menolak nama Dr Xavier ekoran terdapatnya memorandum bantahan yang diserahkan oleh segelintir “ahli-ahli PKR” sendiri yang tidak mahu beliau kekal sebagai Exco bagi penggal kedua.

Sekiranya ia benar, persoalan kenapa Abdul Khalid tidak melakukan penjelasan kepada pihak Istana untuk mempertahankan Dr Xavier dari tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau?

Adakah parti juga turut merestui tindakan segelintir ahli-ahli tersebut?

“Ramai yang beranggapan bahawa upacara pelantikan 10 orang Exco pada 30 Mei lalu di Istana Klang baru-baru ini bukan jalan penyelesaian dan bertegas mengatakan, bahawa isu perlantikan Exco ini belum selesai dan tidak boleh ditutup begitu sahaja.

“Ianya ibarat menyapu sampai ke bawah permaidani (sweeping the problem under the carpet). Ada masa dan ketika ianya bakal meletup,” tambah beliau.

Penang Wasabi..

Thursday, June 6, 2013

Akta Derhaka perlu diwujudkan!


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan supaya Akta Derhaka diwujudkan bagi membendung penularan gejala menghina institusi diraja yang semakin serius kebelakangan ini.

Malah, beliau turut mencadangkan agar hukuman minimum kepada pesalah jenayah menderhaka kepada raja itu nanti mestilah ditetapkan tidak kurang daripada dua tahun penjara.

Katanya, undang-undang derhaka kini terletak di bawah cabang Akta Hasutan 1948 sedangkan perbuatan menghasut dan menderhaka adalah dua perkara yang berbeza.

Penang Wasabi..

Wednesday, June 5, 2013

Tindakan pengecut Ketua Menteri Pulau Pinang alih isu Red Bean Army?


Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cuba mengalihkan isu yang mengaitkan parti itu dengan tentera siber, Red Bean Army disifatkan sebagai pengecut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Zulkifli Sharif berkata, Guan Eng tidak perlu takut untuk mengakuinya jika beliau berpegang kepada kebenaran.

Menurutnya, sikap Guan Eng mengecam Utusan Malaysia menggunakan sentimen perkauman itu turut menunjukkan sikap sebenar pemimpin pembangkang tersebut yang berdolak-dalik.

"Guan Eng tidak perlu menafikan hakikat penglibatan DAP sebagai penaja Red Bean Army kerana sudah ramai tampil dan membuktikannya.

"Hentikan sikap 'baling batu sembunyi tangan', sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya malu terhadap sikap tidak bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Guan Eng seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan Red Bean Army dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman.

Sambil menunjukkan laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan Sabtu dan Ahad lalu, Guan Eng menegaskan, laporan-laporan tersebut sangat bahaya dan mampu merugikan negara kerana melibatkan keyakinan pelabur asing.

Zulkifli menambah, operasi tentera siber itu yang sering menimbulkan kemarahan, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu perlu dikenakan tindakan segera oleh pihak berkuasa.

"Ini demi keselamatan negara serta keamanan penduduk supaya tidak timbul isu perkauman yang sering dilaung-laungkan mereka," katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Guan Eng tidak menyedari tindakannya yang cuba untuk menipu rakyat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya, sikap tersebut tidak sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin yang bercita-cita untuk mengetuai rakyat di negara ini.

"Guan Eng seperti cuba menutup bangkai gajah, tindakan itu tidak mampu menyembunyikan perbuatannya," kata beliau.

Penang Wasabi..

Tuesday, June 4, 2013

Gempar...!!! Cegah sebelum parah - Penghapusan Etnik Islam Rohingya BERLAKU DI MALAYSIA?


Polis bimbang berikutan empat kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di ibu negara dalam tempoh lima hari lalu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara penduduk beragama Islam dan Buddha negara itu.

Menurut sumber, sehubungan itu, polis kini sedang menyiasat satu kumpulan dikenali sebagai '969' terdiri daripada warga Myanmar beragama Buddha yang mempunyai misi untuk menghapuskan penganut agama Islam Rohingya yang menetap di negara ini.

Difahamkan, sehingga kini polis telah membuat tangkapan melibatkan 78 orang berhubung kes itu.

"Beberapa kematian membabitkan warga Islam Myanmar di ibu negara sejak beberapa hari lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan penghapusan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar.


"Warga Myanmar di sini didakwa telah dihasut untuk bangkit menghapuskan penganut Islam dari Myanmar yang tinggal di negara ini menerusi beberapa cara seperti pengedaran cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman pembunuhan umat Islam Rohingya oleh tentera Myanmar," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber, untuk mengenali kumpulan anti-Islam Myanmar tersebut, mereka kerap memakai kemeja-T yang bertulis 969 dan setiap aktiviti dan pergerakan mereka dikatakan berpusat di tokong sekitar Puchong dan Kepong.

Faktor utama kawasan Selayang sering menjadi lokasi serangan dan pembunuhan warga Myanmar, sumber itu berkata, ia adalah disebabkan kawasan tersebut merupakan penempatan paling ramai warga Islam Myanmar dan Rohingya.


Dalam kejadian terbaharu, dua lelaki warga Myanmar maut dibunuh di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini dan di Pasar Borong Kuala Lumpur, kira-kira 3 petang ini

Dalam kejadian di Ampang, mangsa ditetak sekumpulan lelaki yang dipercayai rakyat negara itu di sebuah pusat cucian kereta di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini.

Mangsa berusia 20-an mati akibat ditetak di belakang badan serta leher oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai lebih daripada 10 orang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, ketika kejadian, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan sedang tidur di dalam pusat mencuci kereta tempatnya bekerja sebelum didatangi lebih 10 lelaki lalu menyerangnya.

"Mangsa telah cuba lari untuk menyelamatkan diri namun dia rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Dalam kejadian itu, dua rakan mangsa turut cedera di jari dan lengan," katanya di sini hari ini.


Di Pasar Borong Kuala Lumpur pula, mangsa diserang sekumpulan lelaki warga Myanmar dengan senjata tajam dan kayu sehingga cedera parah di perut dan kepala.

Menurut saksi, mangsa yang rebah di tempat kejadian kemudian ditemui orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur seterusnya disahkan mati di hospital berkenaan.

Sementara itu, pada Khamis lalu, seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menaiki motosikal bersama seorang rakannya di pekarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.

Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemukan dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang.

Penang Wasabi...

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan, empat yang lain dicari?


Seorang suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.

Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya dalam satu kenyataan.

Polis turut meminta individu bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil membantu siasatan.


Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berasingan berkata wanita berkenaan ditahan hasil kerjasama suruhanjaya itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata suruhanjaya itu yang turut meminta rakan-rakan suspek tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa menurut Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

SKMM menegaskan suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis dibuat selepas komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena hari keputeraan ketua negara itu pada Sabtu.

Penang Wasabi..

Monday, June 3, 2013

Mengambil iktibar daripada PRU-13!


Situasi selepas Pilihan Raya Umum (PRU-13) berbeza daripada dua belas pilihan raya sebelum ini atas satu sebab. Perhimpunan diadakan di beberapa tempat di Semenanjung untuk menentang keputusan PRU-13 kerana kononnya penipuan besar-besaran dilakukan" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Barisan Nasional (BN).

Tuduhan

Setakat ini pemimpin-pemimpin pembangkang tertentu yang membuat tuduhan ini gagal mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.

Setiap tuduhan liar yang direka - dari 40,000 rakyat Bangladesh yang diterbangkan ke Malaysia sebagai "pengundi hantu" ke peristiwa blackout di Bentong - hanya mengesahkan bahawa kita berdepan dengan pembohong-pembohong bertaraf dunia.

SPR serta beberapa pakar undang-undang telah berulang kali menekankan bahawa sekiranya pembangkang memiliki bukti tentang penipuan di mana-mana kawasan pilihan raya, di peringkat negeri mahupun di peringkat Parlimen, petisyen boleh dikemukakan di mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Ini adalah saluran undang-undang yang digunapakai sejak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959. Sekiranya ada cara tertib berdasarkan Perlembagaan untuk menyelesaikan isu-isu pilihan raya, kenapa sebahagian daripada pembangkang terus memprotes?

Jelas bahawa protes merupakan agenda ketua mereka, Anwar Ibrahim, untuk mencapai cita-cita besar beliau iaitu, menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau berharap bahawa siri perhimpunan akan menjejas kredibiliti kerajaan BN dan ini mungkin dapat memujuk beberapa ahli parlimen BN melompat masuk pakatan pembangkang.


Kemerosotan kredibiliti BN juga mungkin mendorong lobi-lobi tertentu di negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) memesatkan kempen mereka untuk menekan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib menyahut tuntutan-tuntutan Anwar tentang pilihan raya.

Tetapi, Anwar tidak akan mencapai matlamatnya. Majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa keputusan PRU-13 adalah adil dan mencerminkan realiti sentimen dan kecenderungan politik kini. Pembangkang sebagai contoh telah memperolehi 89 kerusi Parlimen - yang terbanyak dalam sejarah politik negara, selain daripada mengekalkan kuasa dalam tiga buah negeri dengan majoriti besar!

Kerajaan-kerajaan Barat, termasuk kerajaan AS, menerima keputusan PRU-13 secara rasmi dan liputan dalam media Barat yang pro-Anwar pun sudah berkurangan.

Pendekatan kerajaan BN juga membantu BN menguasai keadaan. Polis tidak cuba menyuraikan perhimpunan-perhimpunan dengan gas pemedih mata dan sebagainya. Cuma beberapa aktivis didakwa kerana melanggar undang-undang tertentu.

Kerajaan BN yang dipilih secara demokratik harus terus memerintah secara normal. Kabinet peringkat pusat dan sepuluh buah negeri yang dikuasai BN harus melaksanakan dasar-dasar dan program-program mereka. Bertindak secara normal adalah respons yang paling sesuai terhadap mereka yang ghairah dengan perhimpunan dan demonstrasi.

Cabaran

Pada masa yang sama BN perlu memberi fokus kepada cabaran-cabaran yang masih belum diatasi. Kos hidup yang meningkat yang memberi dampak pada golongan yang kurang berada, terutamanya di kawasan bandar - sebahagian daripada mereka menolak BN dalam PRU-13 - harus ditangani dengan langkah-langkah yang lebih berkesan.

Pengawalan terhadap harga barangan; perumahan mampu milik oleh golongan kurang berada; penyediaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh dan struktur gaji yang adil adalah antara perubahan-perubahan yang harus dilaksanakan melalui penyusunan semula ekonomi.

Pembanterasan rasuah, yang juga merupakan isu besar dalam PRU-13, memerlukan iltizam yang lebih kuat dari kepimpinan politik.


Dalam hubungan ini, cadangan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah disyorkan oleh NGO-NGO sebelum ini, untuk melarang sanak-saudara ahli-ahli Kabinet, Exco negeri atau pegawai-pegawai tinggi perkhidmatan awam daripada membidakan kontrak atau projek kerajaan semasa mereka memegang jawatan, harus dikuatkuasakan dengan serta-merta.

Begitu juga, suatu mekanisme perlu dibentuk untuk mempertingkatkan akses masyarakat kepada aset dan liabiliti semua ahli Parlimen dan Dewan Undangan dan keluarga terdekat mereka, seperti mana terdapat di beberapa negara yang lain.

Tahap insiden jenayah yang membimbangkan adalah satu lagi cabaran yang menghadapi kepimpinan BN dewasa ini. Dalam PRU-13, isu ini diperalatkan oleh pembangkang untuk menunjukkan pengundi bahawa BN gagal melindungi keselamatan khalayak ramai.

Pendekatan yang lebih berkesan adalah pra-syarat untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah.

Dalam suasana politik pasca PRU-13, BN juga memberi perhatian kepada struktur BN. Dalam keadaan dimana prestasi parti-parti Cina merosot sama sekali, kita faham kenapa pemimpin-pemimpin BN tertentu bertanya sama ada sudah tiba masanya untuk membubarkan semua parti komponen dan digantikan dengan satu parti tunggal.

Ini adalah persoalan yang kompleks yang perlu dikaji secara mendalam. Yang lebih penting dan lebih mencabar, adalah sikap dan nilai-nilai kepimpinan dan keahlian parti-parti komponen BN.

Oleh kerana UMNO dan BN sudah berkuasa selama beberapa dasawarsa dan hidup dalam zon selesa, apakah semangat perjuangan, semangat pengorbanan pemimpin dan ahli mereka sudah luntur?

Apakah ini iktibar daripada PRU-12 dan 13? Apakah benar BN kini lebih mengutamakan wang, kuasa dan kedudukan jika dibandingkan dengan Perikatan pada peringkat awal perjuangannya? Apakah penyakit materialisme ini yang merupakan tragedi BN yang sukar diubati?

Sentimen

Bagaimana pula dengan parti-parti pembangkang yang menggelarkan diri sebagai "pakatan rakyat" yang masih belum mewujudkan suatu gabungan yang mantap yang mempunyai struktur kepimpinan, simbol dan misi perjuangan yang sama khususnya dalam soal agama dan kaum?

Sebenarnya, jurang ideologi yang membezakan Pas dan DAP amat ketara: Pas dengan idea negara Islamnya yang ditakrifkan melalui hudud dan DAP dengan fahaman 'Malaysian Malaysianya' yang meminggirkan sejarah dan latarbelakang politik negara ini.

Dapatkah pemimpin dua parti ini mengurangkan jurang ini dalam tempoh lima tahun akan datang ini?


Cabaran yang jauh lebih serius yang dihadapi ketiga-tiga parti pembangkang adalah keikhlasan mereka dalam membendung sentimen-sentimen politik tertentu yang akan memudaratkan negara kita sekiranya tindakan tidak diambil dari sekarang.

DAP, sejak ditubuhkan pada 1966, mengeksploitasi sentimen marah dan kecewa di kalangan sebahagian besar daripada kaum Cina dan sebahagian daripada kaum India yang berhubungkait dengan kedudukan istimewa bangsa Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Gambaran yang diberikan kepada bukan Melayu dan bukan bumiputra adalah bahawa kerajaan menganugerahkan segala-galanya kepada Melayu dan bumiputra manakala bukan Melayu dan bukan Bumiputra dianaktirikan dan dilayani sebagai 'warga kelas dua'.

Keadaan sebenar ekonomi, budaya dan politik masyarakat kita jauh berbeza daripada persepsi yang dibentuk oleh DAP. Tidak dapat dinafikan bahawa kaum Cina yang paling kukuh kedudukannya di peringkat atasan dan pertengahan dalam hierarki ekonomi negara.

Pengamalan budaya dan bahasa Cina yang disokong oleh sistem pendidikan Cina, berleluasa di negara ini - suatu fenomena yang tidak wujud di mana-mana negara lain di luar Republik China dan Taiwan.

Begitu juga, penglibatan kaum Cina dalam politik negara, jika dilihat dari segi sejarah politik Malaysia yang berakar umbi dalam sistem politik Melayu, adalah luar biasa.

Jelas bahawa kaum Cina tidak dianaktirikan dan bukan warga kelas dua - walaupun dalam pelaksanaan kedudukan istimewa dan DEB, adakalanya bukan Melayu dan bukan bumiputra yang layak gagal mendapat tempat di universiti atau biasiswa atau pun kontrak dan lesen perniagaan.

Tetapi kes-kes khusus - ketidakadilan sedemikian rupa - tidak boleh dijadikan asas untuk membuat kesimpulan palsu bahawa kaum Cina pada keseluruhannya dianiaya!

Kesimpulan palsu inilah yang mengghairahkan hampir keseluruhan kaum Cina untuk mengakhiri apa yang disifatkan mereka sebagai dominasi Melayu/UMNO dan mencapai "kesamaan" dalam PRU 13.

Ini yang dimaksudkan dengan 'Ubah' - cogankata DAP dalam PRU-13. Oleh kerana DAP dan kaum Cina gagal ubah kerajaan, mereka harus merenungkan secara dalam tentang kedudukan mereka, sejarah dan konteks masyarakat berbilang kaum di negara kita, dan masa depan hubungan kaum di Malaysia.

Secara ikhlas, cuba memahami realiti ekonomi, budaya dan politik masyarakat kita dan bertindak dengan seimbang berdasarkan realiti ini. Ini adalah tanggungjawab besar pemimpin-pemimpin DAP, malah cendekiawan Cina amnya.

Sekiranya renungan ini tidak berlaku dan majoriti kaum Cina terus dipengaruhi oleh persepsi yang bertentangan dengan realiti, sudah tentu masyarakat Melayu akan menjadi lebih renggang daripada kaum Cina.

Polarisasi kaum akan bertambah buruk. Polarisasi kaum yang diiringi oleh ketegangan kaum mengundang pada ketidakstabilan politik yang akan menjejaskan persekitaran ekonomi.

Sama seperti DAP, Pas juga harus membetulkan persepsi yang disebarluas dalam kalangan golongan muda Islam bahawa pendekatannya kepada Islam adalah Islam yang tulen serta mujarab kepada segala cabaran dihadapi di negara kita.

Pendekatan Pas yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan beberapa negara yang mengisytiharkan diri sebagai "Negara Islam" serta pergerakan Islam di tempat-tempat lain, dipersoalkan oleh pemikir-pemikir Islam kerana lebih mementingkan kulit daripada isi agama.

Itulah sebabnya negara-negara tersebut gagal memberi makna yang konkrit kepada keadilan sosial dan kemuliaan insan (termasuk kemuliaan wanita) yang menjadi cita-cita unggul al-Quran al-Karim.

Lagi pun, Pas perlu menyelami persoalan yang masih mencetuskan perbahasan tentang peranan sebuah parti Islam dalam masyarakat berbilang agama yang berfungsi dalam persekitaran politik abad 21.

Ini membawa kita kepada PKR. Parti ini juga dibawa oleh arus sentimen yang dangkal yang berkisar pada ketaksuban terhadap seorang individu. Sudah tentu ketaksuban sedemikian rupa bertentangan sama sekali dengan suasana abad 21.

Ahli-ahli PKR harus membebaskan diri mereka daripada belenggu jumud ini. Parti-parti pembangkang, seperti mana dengan BN, menghadapi banyak cabaran dalam landskap politik pasca PRU 13.

Mereka harus ambil iktibar daripada cabaran-cabaran ini. Mereka yang belajar dan buat perubahan yang berkesan secara ikhlas akan berjaya - Insya-Allah.

Penang Wasabi..

Sunday, June 2, 2013

Lim Kit Siang cuma pemandu MP DAP dan bukannya pengasas DAP?


DAP perguna masyarakat India untuk kepentingan tertentu

Masyarakat India perlu sedar DAP tidak pernah bersungguh-sungguh membela nasib kaum itu sebaliknya hanya mempergunakan mereka untuk kepentingan tertentu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Rakyat Malaysia (Perkemas), N. Gobalakrishnan berkata, DAP juga tidak pernah menghargai sumbangan masyarakat India terhadap parti itu meskipun kaum tersebut selama ini banyak menyokong dan membantu parti berkenaan.

"Seperti dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu, perwakilan India yang boleh mengundi tidak dijemput. Pemimpin DAP khususnya Setiausaha Agung, Lim Guan Eng hanya jemput ketika beliau mahu sahaja, kalau tidak mahu, tidak dijemput.

"Ini tidak betul. Guan Eng sepatutnya memberi penghargaan tinggi kepada perwakilan kaum India yang telah banyak membantu parti itu. Mereka tidak sepatutnya dipinggir serta diabaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sebelum ini, Gobalakrishnan pernah mendesak Guan Eng memohon maaf kepada masyarakat India ekoran tindakannya mengetepikan lebih 700 perwakilan DAP yang majoritinya berketurunan India daripada mengundi dalam pemilihan CEC parti itu Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Gobalakrishnan secara sinis mengingatkan Guan Eng, DAP bukan parti yang ditubuh atau diasas bapanya, Lim Kit Siang.

Katanya, pengasas parti itu ialah Devan Nair manakala Kit Siang hanya pembantu yang kadang-kala menjadi pemandu kepada bekas Ahli Parlimen DAP berkenaan.

"Kit Siang bukan pengasas DAP, jadi Guan Eng tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan sesuatu demi kepentingan peribadi beliau.

"Parti ini bukan bapa beliau yang tubuhkan," katanya.

Penang Wasabi..

Saturday, June 1, 2013

Saifuddin 'Politik Baru' berani kat belakang PM aje, tapi depan PM takut macam tikus mondok?



Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati .

Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap.....

Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa.



Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha. Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap.

Tak ke celaka namanya itu ?

Sumber : RBF Online

Penang Wasabi..