~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, December 7, 2012

Perjuangan BN P.Pinang demi PPR Taman Manggis belum berakhir?



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan meneruskan perjuangan bagi mendapatkan tanah Taman Manggis untuk projek perumahan rakyat (PPR) demi kepentingan rakyat.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Baljit Singh berkata, perjuangan itu belum berakhir walaupun hasrat untuk membeli tanah tersebut ditolak oleh kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang.

Beliau berkata, BN akan terus menggesa kerajaan pakatan pembangkang itu mengemukakan terma dan syarat dalam perjanjian jual beli serta kaveat pendaftar untuk menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, satu kaveat pendaftar telah dimohon kepada Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang pada 28 November tetapi amat mengecewakan kerana sehingga ke hari ini belum mendapat jawapan.

Tanah Taman Manggis itu tidak boleh dibangunkan selagi tidak mendapat kaveat pendaftar demi melindungi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kata Baljit kepada pemberita di sini hari ini.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment