~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, December 30, 2012
Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar dalam Bible!
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi turut dikecam pemimpin berketurunan Tionghua.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tanpa berselindung menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana memperalatkan isu agama demi meraih kepentingan politik tanpa memikirkan kesan kepada negara.
Katanya, sebagai pemimpin tertinggi DAP apatah lagi Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih sensitif dan jangan sesekali menyentuh perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan kerana Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama serta budaya.
"Agama bukan alat untuk meraih undi kerana tuntutan sebegini perkara sensitif. Kita kena sedar Malaysia ini negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kalau isu-isu sensitif sebegini terus dimainkan oleh pemimpin seperti Guan Eng, apa akan jadi kepada masa depan negara.
"Kepada Guan Eng, nasihat saya jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan kita sesuka hati menimbulkan perkara sensitif seperti kalimah Allah ini untuk menyinggung hati dan perasaan orang lain khususnya umat Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi Guan Eng sempena perutusan Krismas apabila mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.
Dalam pada itu, Choo Keong mempersoalkan motif sebenar Guan Eng yang berterusan membangkitkan perkara sensitif tersebut, sedangkan penganut Kristian sendiri hidup dalam keadaan aman dan harmoni atas prinsip saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Jelasnya, Guan Eng selaku pemimpin Cina tidak berhak menuntut sesuatu yang dianggap sensitif oleh orang Islam kerana tindakan itu hanya akan mencetuskan suasana tidak stabil dalam masyarakat apatah lagi Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan di negara ini.
"Gesaan ini tidak sesuai apatah lagi untuk diheret ke gelanggang politik kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam, sebab itu saya kata jangan ada mana-mana pihak mempertikai perkara sensitif apatah lagi soal agama jika mahu keamanan ini kekal," katanya.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment