~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, December 30, 2012

Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar dalam Bible!



Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu bukan sahaja menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi turut dikecam pemimpin berketurunan Tionghua.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tanpa berselindung menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana memperalatkan isu agama demi meraih kepentingan politik tanpa memikirkan kesan kepada negara.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi DAP apatah lagi Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih sensitif dan jangan sesekali menyentuh perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan kerana Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang kaum, agama serta budaya.

"Agama bukan alat untuk meraih undi kerana tuntutan sebegini perkara sensitif. Kita kena sedar Malaysia ini negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kalau isu-isu sensitif sebegini terus dimainkan oleh pemimpin seperti Guan Eng, apa akan jadi kepada masa depan negara.

"Kepada Guan Eng, nasihat saya jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Jangan kita sesuka hati menimbulkan perkara sensitif seperti kalimah Allah ini untuk menyinggung hati dan perasaan orang lain khususnya umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kontroversi Guan Eng sempena perutusan Krismas apabila mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Dalam pada itu, Choo Keong mempersoalkan motif sebenar Guan Eng yang berterusan membangkitkan perkara sensitif tersebut, sedangkan penganut Kristian sendiri hidup dalam keadaan aman dan harmoni atas prinsip saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Jelasnya, Guan Eng selaku pemimpin Cina tidak berhak menuntut sesuatu yang dianggap sensitif oleh orang Islam kerana tindakan itu hanya akan mencetuskan suasana tidak stabil dalam masyarakat apatah lagi Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan di negara ini.

"Gesaan ini tidak sesuai apatah lagi untuk diheret ke gelanggang politik kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam, sebab itu saya kata jangan ada mana-mana pihak mempertikai perkara sensitif apatah lagi soal agama jika mahu keamanan ini kekal," katanya.

Penang Wasabi..

Tuesday, December 25, 2012

Nik Abdul Aziz tidak boleh berdiam diri?



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa beliau dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di Kelantan itu.

Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2008.

Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.

Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, Menteri Besar Kelantan tersebut juga perlu menjawab persoalan lebih besar berhubung tindakannya yang cukup bermurah hati memberikan projek pembalakan tersebut sedangkan pemimpin DAP terbabit secara terang-terangan menghina rasul dan Islam dalam isu filem anti-Islam, Innocence of Muslims.

Pemberian projek itu katanya, boleh disifatkan sebagai rasuah jika dilakukan sebagai menentukan hala tuju terhadap keputusan yang akan diambil.

"Persoalannya kenapa Nik Abdul Aziz memberikan projek itu kepada dua pemimpin DAP ini, adakah beliau terlupa inilah manusia yang menghina rasul dan Islam?

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuat siasatan segera tanpa bersikap dwi standard kerana sehingga hari ini kita masih belum mendengar apa-apa tindakan telah dibuat oleh agensi penguatkuasaan ini," katanya.

Penang Wasabi..

Monday, December 24, 2012

SPRM diminta siasat isu tanah balak?



Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat dakwaan bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, siasatan itu perlu dilakukan memandangkan kedua-dua pemimpin DAP tersebut telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu.

Wan Khairul berkata, keluasan tanah yang diluluskan itu sangat besar dan untuk mendapatkan kelulusan tersebut ia pasti memerlukan persetujuan yang istimewa.

Justeru, katanya, beliau percaya ada 'tangan-tangan' yang telah menyalahgunakan kuasa bagi menjayakan proses meluluskan tanah berkenaan.

"Saya yakin kedua-dua pemimpin dari DAP itu telah mendapat kelulusan yang istimewa daripada kerajaan Pas Kelantan dan sudah pasti Menteri Besar adalah individu yang paling tahu mengenainya.

"Saya tidak nampak sekiranya Nik Aziz tidak tahu dan menafikan perkara tersebut. Kelulusan yang luar biasa itu mesti dilakukan oleh Exco berkaitan dan Nik Aziz sudah tentu tahu mengenainya. Jelas telah berlaku penyalahgunaan kuasa," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau bersama Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat itu yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

Baru-baru ini, blog pisau.net mendedahkan dakwaan bahawa kedua-dua pemimpin tersebut telah diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Namun, Nik Abdul Aziz seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia kelmarin menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, berita tersebut adalah fitnah daripada Utusan Malaysia dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya untuk menyaman akhbar ini.

Wan Khairul berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu segera memberi penjelasan mengenai perkara tersebut memandangkan kedua-dua pemimpin DAP itu sudah mengaku mengenai perkara itu. Sila klik di sini.

Penang Wasabi..

Sunday, December 9, 2012

Guan Eng gila meroyan tak dapat halau Melayu dari Pulau Pinang?


Najib Tun Razak memerhatikan Chang Lai See, 49, memasukkan data pengenalan diri bagi permohonan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sempena program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, semalam. Turut hadir Jamaluddin Jarjis, Teng Chang Yeow (kanan) dan Abdul Mutalib Alias (dua dari kiri).

Janji PM kepada rakyat Pulau Pinang

Sebanyak 20,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik serta sistem pengangkutan monorel akan dibina di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak 10,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 10,000 lagi oleh JKP Sdn. Bhd., Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Katanya, projek pembinaan kediaman tersebut bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Rumah yang dibina oleh PR1MA Berhad berharga lebih rendah di pasaran, misalnya kalau harga pasaran sebuah rumah RM500,000, kita akan jual RM300,000 kepada rakyat," katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan beberapa menteri Kabinet.


Hadir sama, Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis dan juga Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Najib berkata, rumah PR1MA itu kini dibuka untuk pendaftaran dalam talian dan akan dicabut undi secara telus.

Menurutnya, janji kerajaan BN itu tidak sama seperti kerajaan DAP Pulau Pinang kerana tiada rumah kos rendah atau mampu milik yang dibina di negeri ini seperti disebut dalam Laporan Audit Negara 2010.

Beliau menambah, pemimpin pembangkang juga hanya pandai berjanji kepada rakyat tetapi tidak ditunaikan.

"Inilah janji saya di depan ribuan rakyat Pulau Pinang dan bukan macam janji Ketua Pembangkang yang mahu mengatasi masalah rumah di Kampung Buah Pala dalam tempoh dua minggu, tetapi mereka tidak tunaikan.

"Semua orang tahu penduduk Kampung Buah Pala tidak dapat rumah seperti yang dijanjikan dan yang selesaikan masalah 26 keluarga India ialah kerajaan BN," ujarnya.

Sementara itu katanya, sistem pengangkutan monorel itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius di negeri ini.

Katanya, penduduk Pulau Pinang berhak disediakan dengan kemudahan pengangkutan moden sedemikian demi menjamin kehidupan lebih selesa.

Penang Wasabi..

Saturday, December 8, 2012

Ahli Pas hadiah kek pahit kepada Guan Eng!


Arif Ibrahim (kiri) menyampaikan kek bersalut krim putih kepada Ong See Fook di Pulau Pinang, semalam.

Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.

Ia sebagai simbolik terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat hanya indah khabar dari rupa.

Ahli Pas Tanjung, Arif Ibrahim yang menghadiahkan kek tersebut berkata, orang luar mungkin melihat negeri ini seronok untuk didiami tetapi pada hakikat rakyatnya hidup menderita.

"DAP dan sekutunya dalam pembangkang terlalu ingin mengejar Putrajaya sehinggakan rakyat seolah-olah terabai. Sepatutnya apabila sudah diberi mandat oleh rakyat, mereka harus melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dengan baik.

"Sepanjang mentadbir negeri ini, mana rumah mampu milik untuk rakyat? Guan Eng sering mencanang mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) tetapi semasa era BN dulu, mereka ada bangunkan projek perumahan rakyat (PPR) sedangkan DAP langsung tiada," katanya selepas menyerahkan kek berkenaan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Ong See Fook di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Tambah Arif, biarpun beliau bukan penyokong BN tetapi daripada pengamatan sebagai rakyat, pendekatan yang digunakan BN adalah lebih baik dalam usaha membangunkan negeri ini.

Selain itu, katanya, pelbagai isu yang timbul gagal dijelaskan oleh Guan Eng seperti Taman Manggis, Bayan Baru, rumah mampu milik, akidah generasi muda terutama orang Islam, kualiti hidup rakyat dan peluang pekerjaan.

"Sepatutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, Guan Eng menyelesaikan isu-isu berkenaan dan bukan sering mengelak.

"Guan Eng juga dilihat terlalu keras hati dan sukar untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang pernah dilakukan," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, December 7, 2012

Perjuangan BN P.Pinang demi PPR Taman Manggis belum berakhir?



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan meneruskan perjuangan bagi mendapatkan tanah Taman Manggis untuk projek perumahan rakyat (PPR) demi kepentingan rakyat.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan, Baljit Singh berkata, perjuangan itu belum berakhir walaupun hasrat untuk membeli tanah tersebut ditolak oleh kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang.

Beliau berkata, BN akan terus menggesa kerajaan pakatan pembangkang itu mengemukakan terma dan syarat dalam perjanjian jual beli serta kaveat pendaftar untuk menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya, satu kaveat pendaftar telah dimohon kepada Jabatan Tanah dan Galian Pulau Pinang pada 28 November tetapi amat mengecewakan kerana sehingga ke hari ini belum mendapat jawapan.

Tanah Taman Manggis itu tidak boleh dibangunkan selagi tidak mendapat kaveat pendaftar demi melindungi kepentingan rakyat Pulau Pinang, kata Baljit kepada pemberita di sini hari ini.

Penang Wasabi..

Thursday, December 6, 2012

Panass..!!! Musa Hasan dedahkan pembohongan kes liwat Anwar!



Sebelum ini nama Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sering dikaitkan dengan kenyataan kontroversi yang seolah-olah berbau parti pembangkang.

Di sebabkan itulah maka pemimpin pembangkang dan media pro-pembangkang memberikan ruang yang sangat luas kepada sebarang kenyataan beliau yang dilihat 'menghentam' kerajaan hari ini. Di antaranya ialah keputusan beliau menarik balik saman terhadap Anwar Ibrahim.

Dan seperti yang kami jangkakan, keputusan Musa Hassan itu telah diputarbelitkan oleh pemimpin pembangkang, kononnya keputusan Musa Hassan itu 'mengesahkan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim hanyalah fabrikasi kerajaan'.

Padahal, kenyataan mereka itu adalah bohong belaka!

Malah, pemimpin pembangkang telah berbohong apabila mengatakan bahawa Musa Hassan yang mahukan kes saman beliau diselesaikan di luar mahkamah. Tetapi hakikatnya, Anwar sendiri yang mahu menyelesaikannya di luar mahkamah!

Lihatlah putar belit dan pembohongan kepimpinan pakatan pembangkang itu! Sanggup mereka menipu rakyat terang-terangan!

Kita tentu bertambah musykhil dan ragu-ragu apabila kepimpinan pembangkang sanggup membohongi rakyat sama seperti isu medical report doktor yang memeriksa Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi.


Pemimpin pembangkang mendakwa bahwa doktor itu mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor itu menulis 'TRO sodomy' atau pun 'to rule out sodomy' . 'To rule out' dan 'confirmed diagnosis' adalah dua perkara yang jauh berbeza tetapi diputarbelit oleh mereka.

Bagi memudahkan anda untuk mengetahui penjelasan bekas Ketua Polis Negara itu, sila baca laporan di bawah :

PETALING JAYA: Former inspector-general of police Musa Hassan has reiterated that the Sodomy I and II cases were not part of a political conspiracy to bring down Opposition Leader Anwar Ibrahim.

Musa who was the investigating officer of the 1998 case and was serving as the IGP when the more recent 2008 allegation by Mohd Saiful Bukhari Azlan surfaced, told FMT that both were “straight forward cases.

"Responding to claims that he was a party to fabrication of evidence in the first sodomy case, Musa stressed:”There was no fabrication of evidence. He [Anwar] was charged in court".

"And then I sued Anwar in court [on his allegation of fabrication] and he wanted me to settle with him. So what fabrication was there? The case was dropped because he wanted us to settle it out of court. So there is nothing more.

Asked why he agreed to a settlement when he claims to be right, Musa replied: “Because to me [if] that person feels that there is no point to [continue with it] then [it shows] that I am not involved. Perhaps he has realised that I am not involved that’s why he wants so settle [out of court].”

Musa was referring to his recent decision to drop a defamation suit against Anwar, who lodged a report against Musa in 2008 accusing him and Attorney-General Abdul Gani Pattail of fabricating evidence in the 1998 ‘black eye’ incident and the Sodomy I trial.

PKR, who had since then insisted that there was no out-of-court settlement and that it was Musa who initiated a withdrawal, had said that Musa’s action was “proof” that there was a government plot to fabricate evidence over the Sodomy I charges.

Musa's lawyers had cited a “misunderstanding” over the ex-IGP’s role in the 1998 “black eye” incident where Anwar was assaulted by the then IGP Abdul Rahim Noor while in police custody.

On his role in Sodomy II, Musa also rubbished claims that he was a “main actor in the script”.

"Why do they say I am doing the script when it is Saiful who lodged the report, not me. I didn’t want to see Saiful even then. He [Saiful] even said in court that I scolded him [when he tried to contact me], that [I told him] if you have a problem, you lodge a police report. So I’m not involved in any conspiracy here. What are they talking about?” he said.

FMT : Do you know any of any of these ‘script writers’ who were involved in the Sodomy II then.

Musa : It is a straight up case. [A police report was] lodged by the complainant.Wouldn’t you say there were political reasons behind it? That you have to ask them because I don’t know the facts about who he [Saiful] saw.I’m sure you would have certain information from your SBs at the time.To me if it is very material that he met someone, then that someone must go to court and give evidence, that’s all. So if a person doesn’t give evidence in court, then is it my conspiracy? Come on.

FMT : Are you referring to Anwar’s position to actually not give evidence in the witness statement but to give a statement at the dock?

Musa : No, not Anwar. There was an allegation to say that they met the prime minister right? Then the prime minister will have to go to court if it is deemed that his evidence is important. Of course as the prime minister anybody can see him to complain, because he is the PM, but what I feel is that he should [have] advised him [Saiful] to lodge a police report, that’s all.


Sumber : MiM

Penang Wasabi..