~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, March 2, 2010

Krisis PKR semakin 'tenat' !

SUATU ketika dahulu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak, Jamaludin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan parti itu, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka.

Hujah mereka bahawa keputusan itu dibuat kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dipandang sinis. Malah mereka juga dikecam oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila menyatakan langkah berkenaan juga kerana kecewa dengan PKR yang terlalu tunduk kepada DAP.

Tetapi kini, hujah mereka semakin menjadi kenyataan apabila satu demi satu wakil rakyat PKR menurut jejak mereka atas alasan yang sama. Mereka ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan ADUN Lunas, Mohd.Radzi Salleh.

Kekalutan dan kepincangan di dalam PKR yang sebelum ini sentiasa digambarkan hanya ibarat 'kocakan dalam cawan' kini sudah meleleh keluar. Ia membabitkan pula pertembungan secara langsung antara ahli-ahli Parlimen PKR dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mereka ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin.

Walaupun mereka sebenarnya mengetengahkan apa yang pernah disuarakan oleh Jamaludin dan Osman sebelum ini, namun akhirnya demi kepentingan politik, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih rela melihat orang-orang yang pernah setia kepadanya dikorbankan.

Anwar terlalu mementingkan kerjasama politik dengan DAP. Jadi, sesiapa sahaja di dalam PKR hatta orang kanannya sekalipun menyerang atau mengkritik parti itu dan Guan Eng, mereka pasti menerima pembalasan.

Berikutan sikap Anwar itulah, ia menjadi faktor utama yang mendorong Zahrain dan Tee Beng menyusul mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, begitu juga dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Apa yang mengejutkan langkah tersebut juga sudah awal-awal lagi dilakukan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Pengunduran diri Tee Beng dan Zahrain menjadikan kedudukan PKR sebagai parti pembangkang paling berkuasa dalam Parlimen semakin luntur. PKR kini han ya menguasai 29 kerusi Parlimen, diikuti oleh DAP (28 kerusi) dan Pas (23 kerusi).

Jika berdasarkan kepada situasi sekarang ,tidak mustahil PKR perlu mengosongkan kerusi ketua pembangkang yang disandang oleh Anwar untuk diserahkan kepada DAP dan sekali gus akan memungkinkan Pas yang kini begitu setia dengan pakatan berkenaan terus menjadi pengikut.

Mungkin kalau kerusi PKR berkurangan, DAP akan melakukan kompromi untuk membiarkan Anwar terus menjadi ketua pembangkang kerana DAP seperti Pas, bergantung kepada Penasihat PKR itu dalam memastikan pembangkang tidak berpecah-belah.

DAP lebih rela membenarkan Anwar menjadi ketua pembangkang berbanding melantik pemimpin Pas berada di kerusi tersebut.

Tetapi apa pun keadaannya, kemelut yang berlaku di dalam PKR kini sudah jelas membuktikan bahawa parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan kemarahan itu serta ingin memperjuangkan nasib politik seorang insan semakin berada di penghujungnya.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat PKR meninggalkan parti berkenaan boleh berkata apa sahaja. Ia termasuklah juga kononnya wakil rakyat yang berbuat demikian menghadapi pelbagai masalah tetapi fakta tetap fakta. Bagaimana pula dengan tindakan sebahagian ahli PKR yang melakukan langkah yang sama, apakah mereka juga ada masalah?

Pemimpin pembangkang terus mengamalkan sikap kononnya wakil rakyat yang keluar itu akan membersihkan parti tetapi mereka sengaja melupakan bahawa sebenarnya tindakan sedemikian dilakukan kerana bak kata Zahrain, ''Merasakan perjuangan dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.''

Kalaulah benar pemimpin pembangkang mengaku diri dan parti mereka adalah parti terbaik maka berjiwa besarlah untuk mengakui bahawa hakikatnya PKR sememangnya sedang menghadapi krisis kepercayaan. Politik dominan yang diamalkan oleh DAP telah memburukkan lagi keadaan. Inilah dua fakta yang tidak harus dinafikan oleh parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meninggalkan parti. Ia kerana pemimpin utamanya bukan memikirkan bagaimana hendak memperkukuhkan parti, sebaliknya sedang bergelut dengan masalah peribadi di mahkamah dan bersedia melakukan apa sahaja demi mengaut secebis kuasa.

Malahan demi untuk mempertahankan dirinya, Anwar juga begitu bangga mendabik dada bahawa kuasa-kuasa besar dunia kini menyokongnya pada ketika beliau berhadapan dengan tuduhan liwat di mahkamah. Sikap Anwar itulah yang memungkinkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Mungkin mereka tidak sehaluan dalam politik dengan kerajaan tetapi ia tidak bermakna mereka akan merelakan negara ini diperkotak-katikkan oleh negara luar. Selain itu, mereka juga bertindak demikian kerana memahami betapa bahayanya politik dominan yang diamalkan oleh DAP yang sentiasa mahu semua parti pembangkang mengakui kehebatan mereka.

Dengan pelbagai kekalutan yang berlaku dalam PKR sekarang, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah pendirian Pas? Adakah mereka akan terus kekal dalam gabungan pembangkang atau sudah memikirkan untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian?

Tetapi ramai yakin bahawa Pas tidak akan bertindak meninggalkan pakatan pembangkang kerana parti itu semakin terhakis keyakinan diri untuk berjuang sendirian. Pas lebih rela diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP kerana mereka terlalu percaya dengan kewibawaan Anwar dan pengaruh DAP yang dipimpin oleh Guan Eng.

Apa pun Pas harus ingat berikutan kedudukan PKR yang semakin rapuh akan membuka laluan untuk DAP mengukuhkan cengkaman dalam pakatan pembangkang. Ia bermakna dalam pilihan raya umum nanti DAP berkemungkinan akan memastikan pembahagian kerusi untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN lebih memihak kepada mereka, ketika itu apa yang boleh Pas lakukan?

Terserahlah kepada kepimpinan Pas untuk memikirkannya tetapi dalam menilai krisis yang berlaku kepada PKR, satu perkara yang boleh dinyatakan adalah inilah akibatnya kalau sesebuah parti itu dipimpin oleh individu yang bermasalah, sudah pasti 'badinya' akan terpalit sama.

Penang Wasabi

Monday, March 1, 2010

Guan Eng Terlupa : Kalau Tiada Angin Masa kan Pokok Bergoyang!

Agak menarik apabila Guan Eng masih lagi tidak mahu mengaku akan kesalahan dan kelemahan diri sendiri yang mengakibatkan bekas pemimpin PKR meninggalkan PKR dan seterusnya Pakatan Rakyat! Beliau di lihat masih cuba hendak menegakkan benang yang basah apabila menyuruh rakyat sendiri menilai prestasi bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti ini. Padahal masalah sebenar adalah dari cara beliau mentadbir negeri Pulau Pinang sendiri!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta penduduk Pulau Pinang menilai sendiri tindakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, dan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin, keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Rakyat sudah bijak untuk menilai mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tan dan Mohammad Fairus itu. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata tindakan kedua-dua anggota PKR itu tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri. "Kita akan terus berkhidmat dengan mandat yang diberikan kepada kita dan kita tidak akan terganggu dengan perkara itu," katanya.

Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno manakala Tan yang mengumumkan keluar parti itu pagi ini, akan menjadi wakil rakyat Bebas.

Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya. Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Manakala Ahli Parlimen Nibong Tebal dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menjadi wakil Bebas.

Tan berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendapati kepimpinan PKR tidak menyelesaikan masalah dalaman parti, manakala Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula menjalankan pentabiran diktator di Pulau Pinang. "Tak ada saluran untuk kemukaka masalah dan tidakan disiplin diambil tanpa siasat. Saya kesal dengan sikap kepimpinan PKR, saya juga tak sanggup tunduk kepada sikap diktator dan cara kerja Guan Eng," katanya.

Seorang lagi bekas pemimpin PKR iaitu Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim menjangkakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar dari parti itu tidak lama lagi. Beliau berkata, langkah itu yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat adalah kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan parti itu yang kebudak-budakan.

"Anda sendiri boleh menjangkakan siapa mereka ini kerana wakil rakyat terbabit adalah terdiri daripada mereka yang bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Datuk Sallehuddin Hashim yang juga mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR. Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.

Adakah pemimpin PKR masih memikirkan mereka yang keluar parti ini sebenarnya adalah duri di dalam daging kerana memberi masalah kepada parti? Tidakkah mereka memikirkan dengan keluarnya bekas pemimpin-pemimpin PKR ini akan menyebabkan mereka bakal kehilangan kerusi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen? Wallahuallam.

Penang Wasabi

Sunday, February 28, 2010

77 ahli PKR, Pas masuk UMNO!

Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.

Penang Wasabi

Friday, February 26, 2010

Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru!
















Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.

“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.

“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.

“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

Sementara itu : ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010’, Rakyat lebih layak menilainya

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melepasi dahulu perbicaraan kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum layak ‘dianugerahkan’ oscar atau ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, isteri Anwar itu sepatutnya mencari peguam-peguam terhebat dan bukti-bukti untuk menangkis hujah semasa perbicaraan kes liwat suaminya.

‘‘Sama ada Wan Azizah layak dianugerahkan ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' atau mampu terima oscar atau tidak bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh rakyat sendiri.

‘‘Namun bagi saya perbuatan beliau memandang hina sistem kehakiman negara dengan membuat telahan bahawa perbicaraan kes liwat suaminya sebagai usaha untuk membunuh karier politik Anwar adalah satu skrip lakonan yang sangat murah harganya dengan jawatan Ketua Pembangkang yang selama ini mempunyai kedudukan yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais ditanya mengenai kenyataan Datuk S.Nallakaruppan yang ada menyebut nama beliau, apabila secara sinis mencadangkan pengurniaan anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010' kepada Wan Azizah atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Menurut Nallakaruppan, beliau bersedia mengemukakannya kepada Rais untuk dipertimbangkan.

Sebelum itu, Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia kelmarin yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripda usaha untuk menamatkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

Rais berkata, sepatutnya Wan Azizah tidak terlalu cepat membuat kenyataan itu kerana ia perbicaraan kes liwat suaminya merupakan soal jenayah di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, ia sama dengan status pendakwaan dan perbicaraan kes rasuah, penipuan dan pembunuhan.

‘‘Dulupun ramai pemimpin dalam kerajaan sendiri menghadapi perbicaraan di bawah undang-undang negara, tanpa helah dan politiking. Antaranya pada 1982 apabila Datuk Mokhtar Hashim dihadapkan ke mahkamah, Datuk Muslim iaitu Exco Kedah serta Tan Sri Kasitah Gaddam begitu juga dan pada era 80-an melibatkan Ketua Menteri Melaka.

‘‘Jadi, kenapa perlu Anwar ‘diistimewakan’. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kesamarataan di sisi undang-undang,” katanya. Tegas Rais: ‘‘Sebaik-baiknya kes liwat Anwar tidak didebatkan di luar mahkamah. ‘‘Anwar sendiripun telah lepas dari cengkaman mahkamah pada 2004, apa nak ditakutkan menghadapi perbicaraan, takut kerana salah, berani kerana benar.”

Penang Wasabi

Thursday, February 25, 2010

PKR semakin terdesak , lagi sabotaj ke atas program UMNO??


Kita sudah mendapat info mengenai puak-puak PKR harami ini akan membuat sabotaj di program 27 Feb 2010 ini nanti di Kg Guar Jering dalam Dun Penanti . Semalam pencacai-pencacai mereka telah gantung banner haram jadah ini dan poster-poster ceramah fitnah ini semalam di pokok-pokok dan simpang jalan di seluruh Permatang Pauh . Ceramah Tolak Fitnah ini akan diadakan secara besar-besaran hingga terpaksa membawa Anwar Ibrahim sendiri bagi bertujuan untuk mensabotaj Ceramah Pentas Pemuda di sebelah malamnya anjuran Pemuda UMNO Malaysia yang menampilkan penceramah hebat iaitu Lokman Nor Adam ( Exco Pemuda UMNO ) dan Zaidi Mohd Said ( Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh ) .

Tetapi yang menariknya menurut sumber dari Kg Guar Jering , permit ceramah fitnah mereka yang baru saja dihantar sebenarnya belum diluluskan pun oleh pihak polis lagi tetapi yang syoknya poster dan banner sudah berlambak diletakkan di sekitar Permatang Pauh . Program ceramah Pentas Pemuda telah pun diluluskan permitnya kerana ia telah dipohon lebih awal oleh UMNO Permatang Pauh . Ini menunjukkan program ceramah mereka ini kerja last minute dan maklumlah kerja jahat .

Menurutnya lagi, juak-juak PAS di situ sebenarnya seperti cacing kepanasan dan cukup marah dengan program UMNO yang bakal dianjurkan oleh UMNO di Kg Guar Jering berikutan seramai 64 orang ahli PKR di situ telah membubarkan PKR Kg Guar Jering untuk menyertai UMNO . Program yang dinamakan Majlis Selamat Kembali Kepangkuan UMNO ini akan turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO Malaysia , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Seperti mahu melepas geram kerana PKR di situ dibubarkan dan menunjukkan PKR masih lagi kuat , Dr Mansor yang merupakan Adun Penanti yang berhati busuk ini bersama geng PKR nya terus merancang untuk mengadakan satu Ceramah besar-besaran di situ serentak dengan ceramah Pentas Pemuda .

Persoalannya , mengapa perlu ceramah politik diadakan di tempat yang sama dan waktu yang sama ?? Ini bukan PRK Penanti untuk diadakan ceramah politik serentak sekali gus. Kita harap pihak polis tidak meluluskan permit ceramah haram jadah wal fitnah ini berdasarkan kepada faktor keselamatan di kawasan itu .

Dalam masa terdekat ini saja Pakatan harami ini sudah menganjurkan 3 ceramah besar di Pulau Pinang iaitu di Tapak Pesta Sg Nibong , Markas PAS Kg Pelet dan Dewan Millenium Kepala Batas . Mungkin tak cukup lagi kot pembohongan kepada juak-juak penyokong PAS - PKR dan kepala otak mereka perlu ditambah lagi dengan input-input terbaru .

Kita sudah cukup masak sangat dengan cara gerakan real politik PKR dan PAS di Permatang Pauh selepas melihat tindak tanduk mereka dalam banyak siri pilihanraya di sini . Strategi pertama mereka untuk tahun 2010 ini ialah mensabotaj program UMNO Juara Rakyat di Sek Keb Bukit Indera Muda pada minggu lepas. Mereka buat demo kononnya membantah penggunaan program UMNO di sekolah itu sebenarnya adalah bertujuan untuk menghalang orang ramai dari menghadiri program UMNO .

Pendekatan ini sama juga digunakan di dalam Ceramah Tolak Fitnah Pakatan di Kg Guar Jering ini iaitu bertujuan mengganggu dan menghalang orang ramai ke program Ceramah Pentas Pemuda yang jaraknya lebih kurang 50 m sahaja dari tempat cerama mereka itu padang bola Kg Guar Jering .

Ceramah mereka pastinya akan dihadiri ribuan geng kopiah putih dari Permatang Pauh dan sudah tentu provokasi jahat mereka pasti akan berlaku . Speaker besar mereka pulak memang wajib akan dihalakan ke ceramah UMNO bagi menganggu yang jaraknya tidak jauh daripada situ berserta teriakan makanan utama mereka itu kutuk dan maki oleh juak-juak kopiah putih akan berdiri di sepanjang jalan di situ .

Kita juga hairan apa yang puak-puak takut sangat dengan UMNO Prmtg Pauh ?? Dulu mereka cakap UMNO Prmtg Pauh bergolak , gila duit saja dan sebagainya. Tetapi hari ini mengapa PKR takut pulak hingga terpaksa buat strategi sabotaj seperti ini ?? Bukankah Permatang Pauh adalah kubu kuat Pakatan Rakyat ??

Yang pasti , PKR sudah semakin terdesak dan panas pungkok !! Isu kediktatoran Guan Eng dan pembohongan kerajaan negeri pun tak habis dijawab lagi .. ini mai pulak lagi satu bala iaitu satu Ranting PKR telah ditalqinkan ...

Perjuangan Bangsa

Penang Wasabi

Sunday, February 21, 2010

Salah pilih atau keyakinan palsu?

Anwar mengaku silap memilih calun bagi menjawab kritikan terhadapnya atas pengunduran orang kuat Anwar dan AP Bayan Baru, Dato Zaharain Hashim dan kritikan terbuka terhadapnya.

Beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional menyatakan pengakuan itu menunjukkan kelemahan Pakatan Rakyat. Hujah ini banyak kebenaran tetapi usah pula kita terima bulat-bulat pengakuan Anwar.

Saifuddin Nasution cuba menjawab balas bahawa ini adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Macam mana Saifuddin boleh anggap seorang pemimpin berhadapan dengan pertuduhan liwat kali kedua hingga menjejaskan kepercayaan terhadap kepimpinannya sebagai perkara biasa?

Keseorangan

Cuba difikirkan betul-betul. Siapa pemimpin awal reformasi yang masih ada bersama Anwar lagi? Selain dari kaum keluarganya, mereka yang tinggal hanya Azmin Ali dan Saifuddin Nasution.

Mereka yang membantu Anwar pada tahun 1998 seterusnya sudah tidak bersama Anwar lagi. Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa masaalah Awnar bukan kerana dia salah pilih tetapi dia sudah tiada pilihan.

Dia terpaksa pilih dari penyokong-penyokongnya yang masih tinggal dan muka-muka baru yang tidak boleh dipastikan. Benarkah yang meninggalkan dan bakal meninggalkan Anwar dari muka-muka baru yang boleh dijadikan alasan salah pilih? Zaharain bukan muka baru. Realitinya mereka yang meninggalkan Anwar bukan sedikit tapi sudah menjadi ramai. Tentu sekali kesilapan salah pilih bukan alasan yang wajar lagu.

Mula-mula sekali meninggalkan adalah dua ADUN Perak; Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) yang meninggalkan PKR pada 30 Januari 2009. Kemudian, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan DAP.

Selepas itu, lain wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pucuk pimpinan ialah ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah; ADUN Lunas, Mohd Radzi Salleh dan ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam.

Pengunduran Zahrain adalah kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pembangkang. Pengunduran Zaharain adalah jelas kelemahan kepimpinan Anwar gagal mengawal kemaraan api dalam sekam yang wujud dalam PKR selama ini.

Kepimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pun memperlihatkan nama-nama besar yang meninggalkan Anwar seperti bekas Timbalan Presiden, Dr Chandra Muzaffar; bekas Naib Presiden, Marina Yusof; bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor dan bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim.

Selain mereka, ada pula ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR seperti Zainur Zakaria dan S. Nallakaruppan, dua bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir dan Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari dan bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman.

Bukan itu sahaja, kesilapan Anwar memilih Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua PKR Sabah selepas Azmin Ali ditolak menyebabkan PKR Sabah berdepan dengan masaalah dengan perletakan jawatan Naib Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew.

Anwar tidak boleh anggap perkara ini sebagai perkara biasa. Bukan suatu perkara biasa untuk Ketua PKR Negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh berhadapan dengan pengunduran 13 AJK Cabang sendiri di Kuala Selangor.

Keyakinan palsu

Anwar memang diperakui sebagai seorang yang ada karisma dan pandai meyakinkan orang. Masaalahnya sampai bila keyakinan seorang itu boleh bertahan dengan hanya mengharapkan kepada karisma dan janji palsu?

Zahrain mendedahkan bahawa dia cukup percaya dengan penubuhan kerajaan alternatif 16 september yang dijanjikan. Mungkin dia pernah diberitahu nama-nama MP Barisan Nasional yang akan lompat parti. Kesudahannya seorang pun tidak melompat ke Pakatan rakyat.

Lama-lama kelamaan, Zahrain dan lain-lain rakan menyedari bahawa kepimpinan Anwar hanya berkarismakan kepada keyakinan palsu. Mereka sedar Anwar sendiri gagal membuktikan kemampuannya mengurus kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Akhirnya yang kelihatan adalah Anwar digunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Apabila sudah berkuasa, ‘kongsi kuasa’ tidak wujud sebagaimana yang disebut ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, wakil rakyat PKR dilayan seperti anjing.

Nada kritikan Zulkifli Nordin yang mendakwa wujud Firaun kecil dalam PKR boleh ditafsir sebagai tidak lagi percaya kepada Anwar. Berapa lama Awnar boleh berharap untuk terus berbohong dan menggunakan karisma untuk mendapatkan keyakinan palsu untuk selamatkan diri dari kes liwat?

Anwar mungkin berjaya meyakinkan 50 orang ahli parlimen Australia untuk mendesak tuduhan kes liwatnya digugurkan. Adakah dia yakin rakyat Malaysia boleh sedia menerima negara luar campurtangan dalam hal ehwal kehakiman Malaysia?

Terbaru, Anwar baru balik daripada Persidangan Dialog Islam di Doha dan berkesempatan berjumpa dengan Hillary Clinton, Perdana Menteri Turki dan Dr Yusof Qardawi untuk mendapatkan simpati dan meyakinkan mereka kes liwatnya adalah satu konspirasi.

Sesampai di Malaysia, dia akan temberang kepada pengikutnya seolah-olah ketiga-tiga tokoh itu menyokongnya dan tidak percaya tuduhan liwat tersebut. Baik siasat betul-betul. Adakah dia setakat jumpa dengan mereka? Adakah mereak terang-terang memberi sokongan dan percaya teori konspirasi yang dikatakan oleh seorang yang digambarkan akhbar barat sebagai “chameleon”?

Sekrang mungkin baik ditanya kembali pada Saifuddin samada ini perkara baisa dalam politik? Pemimpin dihadapi pertuduhan meliwat kali kedua bukan perkara biasa. Jika benar ia perkara biasa dan tidak ada masaalah, kenapa PAS menolak tawaran untuk bersama dengan Anwar dalam roadshow PKR? Kenapa PKR menangguhkan pemilihan parti yang dijangkakan pada bulan Mei 2010.

Ini hanya menunjukkan Anwar sedang berhadapan dengan pelbagai kerisauan dan takut menghadapi pelbagai kemungkinan yang bukan perkara biasa.

Penang Wasabi

Saturday, February 20, 2010

Program UMNO Juara Rakyat UMNO Bahagian Permatang Pauh



BULAN KEBAJIKAN

PERLANCARAN PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT PARLIMEN PERMATANG PAUH

Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat : Sekolah Keb Bukit Indera Muda , Bukit Mertajam
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Anjura : UMNO Bahagian Permatang Pauh


** Orang ramai djemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini