~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, March 15, 2015

Medan terbaik singkir kumpulan Anwarinas?


Pas memba­yangkan Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat pada Muktamar Tahunan Pas Ke-61 Jun ini bakal menjadi medan terbaik kepada para perwakilan parti itu untuk menyingkirkan segelintir individu dalam kumpulan Anwarinas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, setiap perwakilan sudah pasti akan membuat penilaian terbaik dalam memilih kepemimpinan parti itu yang benar-benar layak pada pemilihan nanti.

“Perwakilan dia tahu siapa yang dia hendak pilih berdasarkan kepada prestasi individu pemimpin.

“Mereka (perwakilan) tahu nilai. Saya tidak khuatir, mereka akan buat pilihan apa yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Pas Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan segelintir individu di dalam Pas yang dilihat pro-DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain berterusan menentang kepemimpinan ulama termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Krisis dalaman Pas semakin hangat menjelang Muktamar Pas Jun ini termasuk terdapat komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanan Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama seperti didedahkan Ketua Dewan Pemu­da Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim baru-baru ini.

Malah, sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad turut membuat kenyataan bahawa jawatan Presiden parti tidak semestinya disandang oleh golongan ulama.

Dijangkakan, pemilihan Pas itu akan memperlihatkan pertembu­ngan daripada tiga kumpulan iaitu kumpulan penyokong ulama, kumpulan Anwarinas dan kumpulan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesediaan Abdul Hadi untuk dicabar bagi jawatan Presiden pada pemilihan nanti, Mustafa berkata, mengikut Perlembagaan parti, semua jawatan terbuka untuk dipertandingkan.

“Satu kenyataan yang positif daripada Presiden yang menunjukkan sikap terbuka selain dapat memperlihatkan demokrasi di dalam Pas berjalan dengan baik.

“Bagaimanapun, setakat ini saya nampak tidak ada cabaran bagi jawatan itu (Presiden),” katanya.

Penang Wasabi..

1 comment:

  1. I must say, I thought this was a pretty interesting read when it comes to this topic. Liked the material. wordpress web

    ReplyDelete