~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, March 19, 2014

#MH370: Bila Kantoi, Semua Pakat-Pakat Jauh Diri?


Jika semua masih ingat pada Jun 2008, bila Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis mendakwa telah diliwat Anwar Ibrahim, perkataan pertama yang disebut Anwar ialah “Saya tidak kenal siapa budak itu”, malah turut menafikan Saiful pernah bekerja dengannya.

Bagaimanapun, kes mahkamah yang berjalan selepas itu menunjukkan bahawa Anwar sememangnya kenal Saiful Bukhari, bukan setakat itu sahaja, Saiful juga memang bekerja dengan Anwar dan pernah mengikut lawatannya di luar negara beberapa kali.

Seterusnya menjadikan penafian sebagai salah satu modus operandi Anwar Ibrahim bila terperangkap dengan masalah.

Begitu jugalah kisahnya dalam kes juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sekarang. Setelah terbukti bahawa juruterbang tersebut antara suspek utama yang disyaki terlibat melarikan pesawat tersebut entah kemana, Anwar dan PKR berusaha keras menafikan ada hubungan dengan duda anak tiga tersebut.

Selain mengesahkan statusnya sebagai ahli seumur hidup PKR, tidak ada hubungan lain didakwa PKR wujud antara parti tersebut dengan Zaharie.

Umpama Zaharie ini bukanlah sesiapa walaupun Daily Mail di UK melaporkan yang dia berada di Istana Keadilan menunggu keputusan pertuduhan liwat Anwar pada 7hb Mac – beberapa jam sebelum MH370 yang dipandu Zaharie didapati hilang.

Akhbar sama turut menyatakan ketaksuban Zaharie terhadap Anwar.

Maka tidak hairanlah kenapa bagi sesiapa yang celik politik, kelihatannya penafian PKR dalam soal Zaharie ini begitu bersungguh-sungguh sekali, seolah-olah ada sesuatu yang nak disorokkan.

Semalam, sidang media oleh Tian Chua mengenai PRK Kajang, bertukar menjadi tempat PKR menafikan sebarang kaitan dengan kehilangan pesawat tersebut, terutama kaitan dengan juruterbangnya.

Wan Azizah sendiri pun petang tadi, menafikan Anwar mengenali Zaharie dan sekadar mengulangi fakta yang Zaharie memang ahli PKR tapi setakat itu sajalah.

Penulis yakin, sama seperti kes Saiful Bukhari dulu, kaitan Zaharie dengan Pakatan ini akan lebih terserlah selepas ini. Sekarang ini pun sudah bertebaran gambar-gambar Zaharie menyertai demonstrasi yang dianjurkan pakatan pembangkang.

Apa yang lain, kita sama-sama tunggu keputusan siasatan polis dan penulis yakin adalah yang gegabah dan gelabah tu nanti.

p/s Peliknya Anwar kalau boleh nak kaitkan semua yang tak baik dengan UMNO, walaupun sekadar pakai lencana 1Malaysia, tapi bila kena batang hidungnya sendiri, pandai pulak nak mengelak-elak.-MyKMU

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment