~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, December 22, 2013

Ada yang tak kena pelantikan Mat Sabu?


Pelantikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas negeri menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man dilihat seperti wujud agenda tersirat.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, seolah-olah ada yang tidak kena berhubung pelantikan tersebut memandangkan Mohamad atau Mat Sabu sendiri sebelum ini menamakan Mohd. Salleh sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

“Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.

“Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya di sini hari ini.

Macam pernah nampak, tapi dimana ya?

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.

Mohammad Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) dalam pada itu menggesa kepimpinan Pas negeri sedia ada supaya tampil memberikan pandangan terhadap pelantikan berkenaan.

“Sebagai pemimpin yang dilantik ahli di peringkat bahagian, mereka perlu tampil memberikan maklum balas sama ada menerima atau menolak pelantikan Mat Sabu," ujarnya.

Selain itu mengulas mengenai kemelut yang melanda Pas negeri, tegasnya, pelantikan Mat Sabu juga dilihat tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan kepimpinan Pas negeri.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment