~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Tuesday, December 24, 2013
RM49j rebat Touch 'n Go tidak dituntut pengguna?
Apakah anda salah seorang daripada pengguna kemudahan Touch 'n Go?
Kalau jawapannya 'ya', apakah anda pernah menebus rebat daripada pihak berkaitan sejak tawaran itu diperkenalkan di seluruh negara lima tahun lalu?
Kaji selidik yang dibuat Sinar Harian menunjukkan ramai dalam kalangan pengguna kemudahan Touch 'n Go tidak sedar wujudnya tawaran rebat ini dan kalau ada yang sedar pun, mereka tidak menebus rebat itu kerana berpendapat prosesnya rumit.
Apa yang mengejutkan adalah, lebih RM49 juta wang rebat masih belum dituntut pengguna lebuh raya yang mengguna Touch 'n Go.
Jumlah RM49 juta itu sebenarnya adalah anggaran konservatif, yang dikira berdasarkan tuntutan purata RM10 untuk sebahagian besar daripada kira-kira lima juta pemegang Touch 'n Go.
Menurut sumber, ada 100,000 pengguna yang pernah membuat tuntutan tetapi hanya 70,000 yang membuat tuntutan secara konsisten.
Kiraan itu berdasarkan rebat 20 peratus bagi pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung.
Rebat itu termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.
Tawaran itu diperkenalkan pada 1 September 2009.
Pada tahun itu sahaja, kerajaan memperuntukkan RM61 juta sebagai hadiah rebat kepada 85,000 pengguna kad Touch 'n Go.
Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas mengenai peruntukan rebat untuk tahun-tahun seterusnya, tetapi dipercayai jumlah itu terus meningkat dari tahun ke tahun disebabkan pengguna aktif Touch 'n Go kini mencecah kira-kira lima juta.
Masih ramai dalam kalangan pengguna kad prabayar ini tidak mengetahui mengenai tawaran rebat itu kerana kurangnya promosi iklan.
Ada juga dalam kalangan pengguna merungut mengenai syarat kelayakan tuntutan, iaitu mesti tidak kurang daripada 80 kali penggunaan kad setiap bulan.
Tidak kurang juga yang mengeluh rumit membuat tuntutan kerana kaunter yang disediakan agak terhad.
Penang Wasabi..
Sunday, December 22, 2013
Ada yang tak kena pelantikan Mat Sabu?
Pelantikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas negeri menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man dilihat seperti wujud agenda tersirat.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, seolah-olah ada yang tidak kena berhubung pelantikan tersebut memandangkan Mohamad atau Mat Sabu sendiri sebelum ini menamakan Mohd. Salleh sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.
Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh.
Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan Syiah," katanya di sini hari ini.
Macam pernah nampak, tapi dimana ya?
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.
Mohammad Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) dalam pada itu menggesa kepimpinan Pas negeri sedia ada supaya tampil memberikan pandangan terhadap pelantikan berkenaan.
Sebagai pemimpin yang dilantik ahli di peringkat bahagian, mereka perlu tampil memberikan maklum balas sama ada menerima atau menolak pelantikan Mat Sabu," ujarnya.
Selain itu mengulas mengenai kemelut yang melanda Pas negeri, tegasnya, pelantikan Mat Sabu juga dilihat tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan kepimpinan Pas negeri.
Penang Wasabi..
Friday, December 20, 2013
Perbuatan biadap..!!! Puluhan al-Quran dibuang di Arab Saudi?
Puluhan al-Quran ini ditemui di dalam saluran sistem pembetungan di bandar Taif.
RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.
Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.
Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam.
Penang Wasabi..
Tuesday, December 17, 2013
'Tuhan Harun' berdepan hukuman mati?
'Tuhan Harun' bersama isteri ketiga dan 2 pengikut dituduh terbabit kes bunuh pegawai kanan Jabatan Agama Islam Pahang
Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu.
Berkerusi roda
Semalam, pengasas kumpulan ‘Tuhan Harun’ itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.
Penang Wasabi..
Saturday, December 14, 2013
Rekod dunia: Suntik semangat pertahan pingat emas Hoki Wanita Sukan SEA?
YANGON - Kejayaan skuad hoki wanita mencipta rekod dunia dengan menghasilkan 36 gol ketika menentang Kemboja pada perlawanan kedua pusingan awal semalam memberikan suntikan semangat untuk mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA ke-27, Myanmar.
Kapten pasukan Nadia Abdul Rahman berkata kejayaan skuad kebangsaan itu adalah hasil kerjasama sepasukan yang tidak pernah mengambil mudah dalam setiap perlawanan dan mahu pasukannya tetap fokus mencari mata kemenangan pada saingan seterusnya nanti.
"Memang satu kejayaan buat pasukan, dulu kami pernah dibelasah 18-0 dengan Australia, kekalahan itu memberi pengajaran kepada kami untuk beraksi dengan lebih baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu pemain hoki wanita kebangsaan Noor Hasliza Md Ali yang menjaringkan tujuh gol pada perlawanan semalam berkata beliau berazam untuk menghasilkan lebih banyak gol pada perlawanan ketiga menentang Singapura esok.
"Saya terkejut juga dapat menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan, memang sangat bangga skuad negara dapat menandingi rekod dunia dengan 36 gol.
"Semestinya, dalam setiap perlawanan kita mahu menjaringkan banyak gol, jadi saya akan cuba untuk mencari peluang meraih lebih banyak gol pada perlawanan seterusnya nanti" katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam skuad kebangsaan melakar kejayaan dengan mencipta rekod dunia apabila menghasilkan jaringan gol sebanyak 36-0 ketika menewaskan Kemboja pada perlawanan pusingan awal di Stadium Hoki Theinphyu, Yangon.
Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Kemudian Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.
Selaku juara bertahan, Malaysia akan menentang Singapura esok, kemudian Thailand pada hari berikutnya dan melengkapkan jadual pusingan awal dengan bertemu Indonesia, Khamis ini. - Bernama
Penang Wasabi..
Akhirnya kehebatan tentera Malaydia di Somalia diiktiraf Amerika @NajibRazak!
Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.
Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.
Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.
“Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.
“Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,” katanya,
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini.
Al-Fatihah buat anggota tentera Malaysia yang terkorban.
Penang Wasabi..
Friday, December 13, 2013
Proton Perdana Baru!
Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.
Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:
1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?
4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.
5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”
Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.
Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.
Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina
Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.
Penang Wasabi..
Thursday, December 12, 2013
Melayu ditindas lagi di Pulau Pinang?
Inilah nasib peniaga Melayu di Pulau Pinang..Gerai melayu diroboh tanpa notis, gerai apek cinabeng dibiarkan beroperasi tanpa lesen..DAP ternyata racist ke atas orang Melayu! Babi punya Lim Guan Eng!!!
Dua peniaga gerai makan di Persiaran Gurney Georgetown kecewa apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai makan yang terletak di halaman rumah mereka di Georgetown hari ini tanpa notis pemberitahuan.
Ramlah Ahmad, 75, berkata pada kejadian 10 pagi itu dia terperanjat apabila lebih 20 pekerja MPPP meranapkan gerai yang diusahakan bersama anak lelakinya, Mohamad Zambri Mohd Said, 36, dan gerai jirannya.
"Saya berniaga di sini sudah lama sejak tahun 1980-an...gerai kami dok dalam kawasan halaman rumah bukannya kacau ruang pejalan kaki depa mai roboh sat sahaja apa pun tak tinggal," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Ibu tunggal itu berkata gerai itu menjual sarapan pada sebelah pagi dan menyediakan pelbagai masakan bergoreng pada sebelah malam.
Dia tidak menyangka berniaga di halaman rumah adalah kesalahan dan tidak pernah menerima aduan atau surat amaran daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti perniagaannya.
Ramlah mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila perabot, bumbung, dan peralatan elektrik di dalam gerai itu rosak dan berkata perniagaan itulah satu-satunya punca pendapatannya.
"Kalau diberi notis kami boleh bersiap sedia, buat rayuan kepada kerajaan negeri paling kurang pun bagi peluang kami pindahkan apa barangan yang patut," katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohd Fairus Saad, 33, berkata dia telah enam tahun berniaga makanan di situ dan pernah memohon tapak perniagaan daripada MPPP namun permohonannya tidak diluluskan.
Katanya tindakan MPPP meroboh gerainya hanya memburukkan keadaan kerana dia dan jirannya sentiasa memastikan kebersihan persekitaran premis mereka memandangkan kawasan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai.
"Sisa gerai yang kena roboh ni siapa nak kemas? Kami memang tak terdaya lagi. Hancur rasa hati apabila tengok apa yang kita usahakan bertahun-tahun musnah begitu sahaja," katanya.
Sementara itu Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Penang Wasabi..
Monday, December 9, 2013
Rusuhan Di Little India Singapura?
Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.
Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.
Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.
Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.
Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.
Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.
Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean berkata: “Ini kejadian serius yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan terhadap harta awam.
“Keadaan kini terkawal. Polis sedang berusaha mengesan dan memberkas mereka yang terlibat dalam rusuhan itu,” katanya – BERNAMA
Penang Wasabi..
Friday, December 6, 2013
Pemecatan saya tidak adil - Norman?
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha mempertikaikan ketelusan Pas apabila parti itu tidak berlaku adil ketika mengambil keputusan memecatnya sebagai ahli parti pada 25 Ogos lalu.
Tegasnya, proses pemecatannya itu tidak mengikut prosedur parti serta kaedah keadilan di dalam Islam apabila beliau langsung tidak diberi ruang untuk membela diri.
Ujar Norman, beliau hanya mengetahui berita tentang pemecatannya itu melalui satu kenyataan di dalam harakahdaily bertarikh semalam (3 Disember 2013), walaupun tarikh pemecatannya itu telah berlaku lebih tiga bulan lalu.
"Seandainya tarikh pemecatan itu berlaku pada 25 Ogos 2013 dan saya hanya mengetahuinya melalui kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di dalam harakahdaily bertarikh 3 Disember 2013, maka tempoh 30 hari yang terkandung di dalam Perlembagaan parti untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut juga telah dinafikan.
"Saya juga dimaklumkan perkara yang sama turut berlaku ke atas bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
"Tidak mustahil perkara sama juga bakal berlaku ke atas Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan Pas Selangor," katanya di sini hari ini.
Untuk rekod, Norman merupakan ahli Pas sejak 1992 dengan nombor keahlian 332686.
Norman berkata, beliau juga tidak menerima surat yang didakwa oleh Mustafa telah dihantar melalui Poslaju keesokan harinya berhubung pemecatannya itu.
"Mengikut kaedah Poslaju, seseorang itu perlu menandatangani pada surat berkenaan tanda penerimaannya. Saya meminta Setiausaha Agung (Pas) untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar.
"Saya juga meminta Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil perhatian serius mengenai kecuaian yang telah dilakukan oleh Setiausaha Agung (Mustafa. Jika perkara ini diadukan kepada Pendaftar Pertubuhan ia mungkin akan membawa masalah kepada Pas," ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Norman turut menjelaskan dua bulan lepas beliau telah menghubungi Setiausaha Pas Selangor bertanyakan isu yang sama selepas kedengaran desas-desus beliau akan dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin parti.
"Namun beliau menyatakan bahawa saya sudah lama dipecat walaupun tiada salinan surat pemecatan yang saya terima di peringkat negeri setakat ini. Saya meminta beliau memastikan hal tersebut.
"Apabila timbul kes Ustaz Mohammad Kazim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mustafa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mohammad Kazim telah dipecat daripada parti pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 25 Ogos 2013, bersama sama tiga individu lain termasuk saya," kata Norman.
Turut menimbulkan kehairanan, kata beliau, sebelum itu terdapat kenyataan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Sinar Harian Online berhubung tarikh pemecatannya.
"Tuan Ibrahim berkata pemecatan itu dibuat pada bulan Mei 2013 selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Masalah yang timbul, mengapa ada dua tarikh pemecatan yang berlainan?" soalnya.
Penang Wasabi..
Tuesday, December 3, 2013
Sambutlah pelawaan Pas wahai Umno?
Berakhir sudah muktamar Pas ke-59. Saya teruja dengan pelawaan Presiden Pas mengajak Umno untuk bermuzakarah bagi melaksanakan hukum Islam, jika sekiranya Umno benar-benar ikhlas dan bersungguh.
Wahai Umno, sahut pelawaan tersebut. Panggil mesyuarat tergempar. Segera bincangkan agenda ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tunjukkan kesungguhan.
Saya sangat ingin melihat Presiden Pas dan Umno duduk semeja. Tidak mengapalah kalau tidak bersetuju buat kali pertama. Tetapi duduklah dahulu, demi masa depan Islam tercinta.
Jika hukum Islam yang menjadi keutamaan, apa salahnya berbincang? Lagipun ia hukum ALLAH. Umat Islam berhak untuk mendapatkan haknya dalam negara kepunyaannya. Apakah itu salah dan tidak boleh dilaksanakan?
Presiden Pas menegaskan, Pas bersedia dengan barisan pakar untuk muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam. Umno pun tidak kurang dengan pakar-pakarnya. Apa lagi? Mulakan langkah pertama. Kalau tidak ada moderatornya, saya menawarkan diri.
Saya neutral, walaupun ultra kiasu menuduh saya tali barut Umno. Sejak bila saya masuk Umno dan Umno membayar saya? Hidup saya serba sederhana sebagai penjawat awam.
Inilah jahatnya tuduhan ultra kiasu untuk mematikan karakter seseorang yang mahu memastikan agama dan umatnya terdaulat. Saya tidak kisah, saya serahkan kepada ALLAH, walaupun diugut dan dihina. Selagi ALLAH ada, jangan sekali kita menyerah kalah.
Presiden Pas berkata, mereka telah berbincang dengan ultra kiasu, walaupun ditentang, tetapi dengan Umno masih belum. Pas mendakwa Umno paling kuat menentang Islam, bukannya DAP. Persoalan saya, sejak bila Umno menentang hukum ALLAH?
Alasan Pas, Umno tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa Pas. Wahai Pas, alasan ini bukan bermakna Umno menolak hukum ALLAH.
Wahai Umno buktikanlah, bahawa kamu tidak menentang Islam. Terus-terang saya katakan, banyak perkara telah dilakukan oleh Umno dalam meninggikan syiar Islam, cuma hukumNya sahaja masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, tunggu apa lagi!
Kata Presiden Pas lagi; “DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP boleh dibawa berbincang walaupun tidak setuju. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan Kristian, Buddha, Sikh datang, Umno yang tidak datang”.
Wahai umat Islam dalam Umno, Perdana Menteri telah menyambut seruan Pas. Yakinkanlah Perdana Menteri. Jangan terus membodek dia untuk menolak pelawaan ini.
Jika ditakdirkan, kalah pun dalam perbincangan. Yakinlah di mata ALLAH kita menang, kerana niat kita betul. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa betul, siapa salah. Saya yakin, pasti ada titik pertemuan. Persetankan parti ultra kiasu kafir dan parti ultra kiasu Melayu. Sejak dahulu mereka tidak mahu kepada Islam.
Ambillah iktibar hati-hati datuk nenek-moyang Melayu Islam terdahulu? Hati mereka bersih. Sanggup mempertahankan nyawa, bergolok bergadai memastikan negara ini terus berdaulat hingga ke hari ini.
Pejuang seperti Tok Janggut, Dato Sagor, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Abdul Rahman Limbong dan Mat Salleh berjuang tanpa kepentingan untuk kita hari ini. Kini, kita tidak dijajah lagi.
Jika masih buntu, marilah kita renungi bersama kata-kata Imam Al-Ghazali untuk beroleh petunjuk bagi memulakan langkah pertama. Semuanya bermula dengan membersihkan hati: “Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH SWT, pinta hati yang baharu kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.”
Inilah hati Melayu yang sebenar. Bebaskan dari dendam dan hasad dengki. Carilah hati itu. Mudah-mudahan Melayu dan Islam akan menjadi kuat. Sebagai mualaf, saya sentiasa berdoa mudah-mudahan umat Islam kembali sedar bahawa masa sudah terlalu suntuk.
Lakukanlah untuk generasi akan datang, meskipun kita tidak dapat merasainya hari ini. Perkara ini penting, sebelum kita hilang kuasa. Selamatkanlah umat Islam di bumi tercinta ini.
Penang Wasabi..
Monday, December 2, 2013
PM selar penafian Anwar?
Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap pembangkang yang kini membuat pusingan U dengan menafikan mereka pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perdana Menteri berkata, Anwar Ibrahim tidak boleh cuba mengelak apabila tidak mahu mengakui membuat tuduhan itu kerana banyak sumber telah memetik ucapan Ketua Pembangkang itu termasuk turut dilaporkan oleh media milik mereka sendiri.
Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu.
Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina.
Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula, katanya ketika berucap merasmikan seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional kali pertama di auditorium Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Anwar dikatakan membuat pusingan U baru-baru ini apabila cuba menafikan pernah membuat tuduhan itu, sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari mengundi.
Penafian Anwar itu dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO turut menyelar sikap pembangkang yang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan pembaziran penggunaan elektrik di kediaman rasmi Perdana Menteri yang didakwa dibelanjakan sehingga RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.
Beliau berkata, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah milik rakyat yang mempunyai bilik penganjuran sesuatu majlis demi meraikan tetamu kerajaan.
Kediaman rasmi Perdana Menteri itu rakyat punya, ada bilik majlis, kalau ketua kerajaan datang, adakah kita nak makan dalam gelap? Kalau Presiden China datang, kita nak makan secara candle light dinner, dan saya akan kata pada dia, ini romantik.
Ini milik rakyat, saya tumpang sahaja, saya penghuni ketiga, saya banyak hari duduk di rumah sendiri, maka jimat belanja rumah kediaman rasmi.
Kita boleh berjimat tetapi jangan tuduh benda tidak realistik, keterlaluan seolah-olah 1,000 kebaikan yang kita buat dilupakan, kelemahan diperbesarkan, ini bukan pertimbangan yang adil, katanya.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Posts (Atom)