~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, April 19, 2013

PRU-13: Papagomo tarik diri bertanding di Permatang Pauh?


Pemilik blog Papagomo hari ini menarik balik hasratnya untuk menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Papagomo dalam blognya itu berkata, keputusan tersebut bagi memberikan laluan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mazlan Ismail mencipta kemenangan di kubu kuat Ketua Pembangkang itu.

Katanya, walaupun menarik diri sebagai calon Bebas di Permatang Pauh, dia akan tetap meneruskan usaha membongkar tindak-tanduk serta kegiatan-kegiatan tidak bermoral Anwar demi agama, bangsa dan tanah air.

"Saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen calon BN, Dr. Mazlan bagi 'mentalkinkan' Anwar di PRU-13 ini.

"Keputusan saya tidak bertanding bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar.

"Sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya dalam blognya,papagomo.com hari ini.


Papagomo sebelum ini telah disaman oleh penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu kerana menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar sedang bercumbuan dengan seorang lelaki lain.

Pemilik blog itu berkata, hasratnya untuk bertanding di Permatang Pauh sebelum ini semata-mata mahu menumbangkang Anwar sekali gus membersihkan dirinya daripada bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral pemimpin itu sebelum ini.

"Saya berjanji sepanjang kempen PRU-13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon BN dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan," katanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment