~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, April 29, 2013

PRU-13: Panasss..!!! Anwar berak kapur - 1,200 ahli PKR Permatang Pauh keluar parti?


PERMATANG PAUH - Kira-kira 1,200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Parlimen Permatang Pauh mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).


Cabang PKR 'bakal tutup' kedai dan Anwar sedang memikirkan TALIAN HAYAT sekarang..!!!

Penang Wasabi..

Sunday, April 28, 2013

Hasan Ali: Gesaan tidak teruskan pertikaian isu hudud bukti Pas tunduk kepada DAP?


Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali menyifatkan tindakan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin parti itu agar tidak meneruskan pertikaian isu hudud seolah-olah tunduk kepada DAP.

Hasan berkata perbincangan mengenai isu hudud merupakan hak masing-masing terutama mereka yang beragama Islam.

"Mustafa Ali tidak berhak untuk menyuruh ahli politik sama ada Pas atau di luar Pas berhenti membincangkan hudud kerana berhenti membincangkannya bererti berhenti kita menjadi orang Islam, berhenti kita menjadi orang Melayu, berhenti kita mempertahankan institusi raja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Hasan mengulas laporan akhbar yang memetik Mustafa membuat gesaan tersebut.

"Isu (hudud) ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata Mustafa pada sidang media baru-baru ini.

Hasan berkata Pas kini dilihat berada dalam keadaan defensif dalam isu tersebut dan mungkin akan memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap parti itu. - Bernama

Penang Wasabi..

Wednesday, April 24, 2013

PRU -13 : Pemuda Umno gesa Hadi dedah calon PKR yang didakwa jual pil kuda?


Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan calon PKR yang didakwa terlibat dalam pengedaran pil kuda ketika beliau berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat, Marang semalam.

Ketua Pemuda Umno Negeri Saiful Bahri Baharudin berkata pemimpin Pas itu perlu mengemukakan bukti yang sahih berhubung dakwaan berkenaan.

"Jika benar terdapat calon PKR yang sebegitu, kita minta Presiden Pas kemukakan bukti yang sahih berdasarkan kenyataan yang dibuat itu, dan jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu dan tertanya berita itu.


"Jika dakwaan itu tidak berasas, ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak bersatu dan mereka mempunyai masalah dalaman," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kenyataan Abdul Hadi yang tersebar luas di akhbar hari ini.

Dalam ceramahnya, Abdul Hadi mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

"Ada calon-calon yang kita khuatir, berdasarkan maklumat, adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar Lenin, Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya. - Bernama

Penang Wasabi..

Tuesday, April 23, 2013

GEMPAR...!!! ANWAR RANCANG RUSUHAN MALAM KEPUTUSAN PILIHANRAYA DIUMUMKAN?


Apa maksud Anwar Ibrahim AKAN TIMBUL KEKECOHAN jika pembangkang MENANG TIPIS pada pilihanraya umum kali ini ? ...

Adakah beliau sudah MERANCANG dari awal-awal lagi untuk melakukan RUSUHAN jika KEPUTUSAN yang dilakukan oleh RAKYAT berpihak kepada Barisan Nasional.

Bukankah ini satu bentuk UGUTAN PALING NYATA DAN JELAS keluar dari mulut beliau, selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR.

Dimanakah letaknya RASIONAL pemikiran seorang pemimpin politik yang dianggap 'senior' ini mahu MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA dan RAKYAT, semata-mata tidak mahu menerima kekalahan setelah diumumkan keputusan pilihanraya umum kelak.



Mungkinkah beliau sudah melihat KEKALAHAN yang jelas di depan mata akibat pembangkang mula BERTEMPUR SESAMA SENDIRI dalam merebut kerusi yang dipertandingkan.

CUKUP NYATA seluruh negara menyaksikan KETIDAKSEPAKATAN DAP-PKR-PAS dalam menyelesaikan isu pengagihan kerusi, walaupun seringkali melakonkan adegan persefahaman erat dihadapan ahli dan penyokong parti masing-masing.

Perlukah pihak berkuasa HANYA MEMBIARKAN Anwar Ibrahim terlepas kali ini dengan BENTUK UGUTAN yang ditujukan kepada RAKYAT khususnya. Bukankah kenyataan Anwar ini boleh dianggap sebagai MELANCARKAN PERANG ke atas YANG DIPERTUAN AGONG !

Nak pejam mata lagi kah terhadap PENGKHIANAT ini ...

Sumber : Gelombang WangsaMaju

Penang Wasabi..

Saturday, April 20, 2013

PRU -13 : Blogger akan dedah perangai Husam Juling?


PUTRAJAYA - Calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bakal menerima tamparan hebat apabila beberapa rakan baiknya akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar di atas pentas Barisan Nasional (BN).

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, antara rakan karibnya itu merupakan penulis blog terkenal yang mana salah seorang daripadanya pernah menjadi 'orang kuat' Naib Presiden Pas itu.

Katanya, seorang lagi penulis blog terkenal propembangkang yang kerap menulis cerita politik di peringkat Kelantan dan nasional juga akan berkempen menentang Husam.

"Salah seorang blogger terbabit ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau Kickdefella yang menghubungi saya sendiri dan menyatakan kesediaan mendedahkan siapa Husam di atas pentas ceramah BN.

''Seorang lagi ialah blogger yang hardcore dengan beliau. Dia datang berjumpa sendiri dengan saya kelmarin. Blogger ini bersembang sehingga pukul 2 pagi dan berjanji membantu mendedahkan siapa Husam sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat di rumahnya semalam.

Menurut Tengku Adnan, semua rakan baik pemimpin kanan Pas itu bersetuju bertindak demikian kerana sayangkan negara.

Tambah Tengku Adnan, pihaknya juga akan menjemput seorang usahawan yang pernah terlibat dalam kontroversi projek penternakan kambing bersama Husam beberapa tahun lalu.

"Kita sudah jumpa Datuk Amin yang pernah berurus niaga kambing yang pernah diuar-uarkan oleh Husam satu waktu dulu dengan turut membawa bersama pegawai kewangannya, Fauzi Daud untuk mendedahkan transaksi tersebut," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, April 19, 2013

PRU-13: Papagomo tarik diri bertanding di Permatang Pauh?


Pemilik blog Papagomo hari ini menarik balik hasratnya untuk menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Papagomo dalam blognya itu berkata, keputusan tersebut bagi memberikan laluan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mazlan Ismail mencipta kemenangan di kubu kuat Ketua Pembangkang itu.

Katanya, walaupun menarik diri sebagai calon Bebas di Permatang Pauh, dia akan tetap meneruskan usaha membongkar tindak-tanduk serta kegiatan-kegiatan tidak bermoral Anwar demi agama, bangsa dan tanah air.

"Saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen calon BN, Dr. Mazlan bagi 'mentalkinkan' Anwar di PRU-13 ini.

"Keputusan saya tidak bertanding bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia ini bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar.

"Sehingga ke hari ini dan hingga ke akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin negara ini," katanya dalam blognya,papagomo.com hari ini.


Papagomo sebelum ini telah disaman oleh penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu kerana menyiarkan gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang menyerupai Anwar sedang bercumbuan dengan seorang lelaki lain.

Pemilik blog itu berkata, hasratnya untuk bertanding di Permatang Pauh sebelum ini semata-mata mahu menumbangkang Anwar sekali gus membersihkan dirinya daripada bersubahat dengan perbuatan tidak bermoral pemimpin itu sebelum ini.

"Saya berjanji sepanjang kempen PRU-13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti, saya akan bersama-sama dengan rakyat Permatang Pauh untuk berkempen bagi memenangkan calon BN dan untuk kali ini, saya yakin Anwar boleh ditumbangkan," katanya.

Penang Wasabi..

Tuesday, April 16, 2013

PRU -13 : Di depan Haji Hadi, Mustafa Ali memanglah sakit lutut tapi di belakang Haji Hadi, Mustafa pijak semut pun tak mati..hahahah..!!!


Tipah tertipu. Nampak gayanya Haji Hadi dah 'terkena' dengan permainan Mustafa Ali! Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mempertahankan orang kanannya, Datuk Mustafa Ali dan memberitahu video seks yang menampilkan lelaki mirip setiausaha agung parti itu sebagai tidak tulen.

Abdul Hadi turut mendakwa watak itu dilakonkan oleh orang lain dan membidas pihak yang 'mengarah' video tersebut sebagai tidak tahu latar belakang Mustafa.

Dakwanya, Mustafa sebenarnya sakit lutut dan sudah beberapa tahun terpaksa solat di atas kerusi. ( Penulis pun nak ketawa sikit..hahahaha..!!!)

"Nak cari pelakon, carilah yang gagah dan kuat sikit (ketawa), nak turun tangga pun (Mustafa) sakit (lutut), nak sembahyang pun atas kerusi.

"Apabila kami dapat tahu berita ini kami pun nak tergelak, macam mana orang yang sembahyang di atas kerusi ini boleh jadi pelakon (ketawa).

"Kalau nak iklan ubat (guna Mustafa), tidak laku ubat itu, carilah yang gagah-gagah (ketawa)," katanya dalam sidang akhbar di Markas Pas Kota Samarahan di sini hari ini.


Beliau mengulas penyebaran rakaman video seks lelaki mirip Mustafa bersama seorang wanita dalam sebuah bilik yang dikesan disebarkan menerusi laman blog.

Video berkenaan sebelum ini dikatakan sudah disebarkan dalam bentuk cakera padat video (VCD) di sekitar Besut, Terengganu, pada Khamis lalu.

Haji Hadi memang betul lah dah 'terkena' dengan permainan Mustafa Ali! Di depan Haji Hadi, Mustafa Ali memanglah sakit lutut tapi di belakang Haji Hadi, Mustafa pijak semut pun tak mati..hahahah..!!! ( Penulis ketawa lagi )

Sementara itu, Abdul Hadi yang ditanya tentang kesan penyebaran video itu berkata, ia tidak akan menjejaskan Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya menambahkan sokongan rakyat.

"Rakyat tahu peringkat (hal) yang sebenar, Allahuakhbar," katanya.

Mengulas sama ada video itu perbuatan sabotaj daripada kem Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwarinas di dalam Pas, katanya, beliau tidak tahu perkara yang 'ghaib'.

"Benda yang ghaib ini hanya Allah yang tahu, maka saya hukum apa yang saya tahu sahaja.

"Saya buat kenyataan Jumaat lalu dan serahkan pada Allah yang tentukan," katanya.

Pada Oktober 2009, nama Mustafa pernah disenaraikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin bermasalah yang perlu disingkirkan melalui Muktamar Agung Khas (EGM).

Daripada tiga nama itu, hanya Mustafa yang masih memegang jawatan utama manakala Hassan telah disingkirkan dan Nasharuddin pula hanya kekal sebagai ahli biasa Pas.

Penang Wasabi..

Sunday, April 14, 2013

Guan Eng gagal?


Krisis pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP semakin panas dengan parti itu kelihatan belum dapat mencari penyelesaian.

Ada banyak perkara terus menjadi tanda tanya daripada soal jemputan kepada ahli yang layak mengundi hinggalah kepada isu penyelewengan atau kesilapan kiraan undi.

Penulis juga hairan mengapa Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa campur tangan kebelakangan ini. Sepatutnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala permasalahan.

Pada penulis, ia merupakan satu lagi kegagalan kepimpinan Guan Eng, yang akibatnya terpaksa ditanggung oleh parti. Kini DAP berdepan dengan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan atau digantung oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Relax Guan Eng, I will settle it for you..hahahah..

DAP tidak terkecuali daripada undang-undang. UMNO dan parti politik lain juga pernah dibatalkan pendaftaran. Sekiranya didapati bersalah termasuk melanggar perlembagaan parti, DAP mungkin dilarang menggunakan lambang sendiri pada PRU13. Segala-galanya akan ditentukan sedikit masa lagi dan tidak perlulah DAP memberikan tekanan kepada ROS.

Yang pasti, isu tersebut meninggalkan kotoran hitam yang memalukan dalam sejarah parti itu.

Bagaimana mahu mentadbir negara dengan cekap dan bersih kalau pemilihan parti sendiri kelam kabut? Itupun ghairah mahu mencari salah pihak lain. Bagai ayam kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Penang Wasabi..

Nasib Mustafa?


Selepas apa yang terjadi kepada beberapa pemimpin PKR berkaitan skandal video seks, ia menimpa pula pemimpin Pas. Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dikaitkan dengan adegan video seks yang tersebar panas dalam Internet.

Ahli-ahli Pas gempar. Berlegar desas-desus yang kuat bahawa ia adalah angkara parti dalam pakatan pembangkang. Mustafa melalui peguamnya menafikan pembabitan beliau tetapi rakyat Malaysia termasuk ahli Pas yang menontonnya, boleh menilai siapa orang dalam video itu.

Penulis berpendapat, penjelasan Mustafa berhubung isu itu tidak cukup menyakinkan lalu membuka lebih banyak tanda tanya.

Beliau sepatutnya tampil dengan kenyataan bersama hujah lebih kukuh dalam penafiannya. Atau setidak-tidaknya menyatakan kesanggupan untuk menjalani ujian bercakap bohong, jika pun tidak mahu bersumpah laknat di masjid.

Memandangkan Pas merupakan parti berlabel Islam dan tidak sama dengan PKR maka parti itu perlu mengambil keputusan tepat dan dilihat lebih bertanggungjawab.

Adalah lebih wajar untuk Pas menjalankan siasatan dan mengarahkan Mustafa bercuti sementara daripada tugasnya. Itu salah satu pendekatan bagi meredakan keadaan.

Kini, kepimpinan Pas menghadapi tekanan akar umbi mahu Mustafa meletakkan jawatan demi menjaga maruah parti, lebih-lebih lagi menjelang PRU13 pada 5 Mei ini.

Dalam pada itu, penulis percaya Majlis Syura akan bertindak. Jika badan tertinggi Pas itu menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri kerana isu moral dan biseksual, pertimbangan yang sama juga boleh diguna pakai ke atas Mustafa.

Jika tidak, apa bezanya antara PKR dan Pas. Lagi pun, penulis percaya Mustafa bukan seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Fikir-fikirkanlah..!!!

Penang Wasabi..

Friday, April 12, 2013

Kenyataan terkini Mustafa Ali : SAYA TAK SALAH.., UMNO YANG SALAH !!!

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas Pas Kampung Molek di sini malam ini, beliau berkata, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.


"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

"Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen."

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama

Thursday, April 11, 2013

Kesan iklan ubat kuat di HaprakDaily lebih 'hebat' dari kesan nadir bumi di Lynas?


Mungkin kerana terpengaruh dengan keghairahan Harakahdaily yang terlalu kerap mengiklankan 'Ubat Kuat' di muka hadapan portal tersebut sehingga menyebabkan salah seorang pemimpin tertinggi mereka teringin sangat hendak mencuba? Akibatnya penulis tidak mahu komen banyak-banyak. Lihat dan nilaikanlah sendiri kerosakkan moral para pemimpin Pakatan Rakyat? Selanjutnya sila lihat di sini.

Penang Wasabi

Monday, April 8, 2013

PRU -13 : Karpal hilang kredibiliti, moral?


Pengerusi DAP, Karpal Singh sudah hilang integriti dan kredibiliti apabila tidak bertindak tegas terhadap masalah moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, perkara itu penting kerana Karpal mendakwa mempunyai bukti kukuh Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Karpal pernah membuat tuduhan terhadap Anwar di dalam sidang Parlimen pada tahun 1997 mengatakan ada bukti kukuh Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Tetapi pada Disember 2012, Karpal membuat pusing 'U' apabila menyatakan Anwar layak menjadi Perdana Menteri.

"Saya hendak tanya dimanakah nilai moral dan integriti yang disebut-sebut dalam perlembagaan parti DAP dan Karpal sendiri kerana kita tahu liwat adalah kegiatan tidak bermoral yang salah di sisi agama dan undang-undang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurut Zahrain, sehingga kini, Karpal masih belum menarik balik kenyataan yang telah direkodkan dalam hansard Parlimen itu.

Dalam pada itu, Zahrain turut menyelar Karpal mengenai ketelusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu apabila 752 perwakilan DAP tidak menerima surat kehadiran untuk mengundi dalam pemilihan itu.

"Secara jelas, 752 ahli DAP yang ramai daripada kaum India tidak dapat hadir, di manakah ketelusan parti DAP yang bercakap mengenai prinsip kebebasan dan proses pemilihan yang bersih.

"Dalam isu ini, Karpal wajib menjawab, kalau tindakan pemimpin adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, apa gunanya ada perlembagaan, lebih baik dicampak sahaja ke bakul sampah," katanya.

Jelasnya, sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP berhubung kontroversi CEC itu, tiada pihak boleh melenting kerana kepimpinan DAP perlu bertanggungjawab.

Tegasnya, Pas juga tidak wajar membenarkan DAP mengunakan lambang parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kerana perjuangan DAP tidak pernah memartabatkan kedudukan agama Islam.

Penang Wasabi..

Saturday, April 6, 2013

Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV!



Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebelum ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!

Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.

Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.

Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.

Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seolah-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya walaupun tersebar rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti. Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee.

Penang Wasabi..

Friday, April 5, 2013

Anwar mengamuk tidak diberi peluang oleh PAS berceramah dalam masjid?


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.

Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

Penang Wasabi...

Tuesday, April 2, 2013

Saharudin 'onani' dakwa belum dipecat PKR?



"Itu cerita lama." Itulah kenyataan ringkas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Merbok, Saharudin Hamid yang dikaitkan klip video lucah baru-baru ini.

Walaupun tidak mengesahkan bahawa dialah individu dalam klip tersebut tetapi Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu mengaku bersedia menerima keputusan pucuk pimpinan parti mahupun pihak MPSP berhubung kedudukannya.

Katanya, setakat ini, beliau masih belum dipanggil oleh pucuk pimpinan PKR sama ada di peringkat negeri atau pusat untuk berbincang mengenai perkara terbabit.

"Belum ada apa-apa. Malah, saya belum terima sebarang surat daripada parti dan pihak majlis (perbandaran)," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Khamis lalu, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri.

Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju sedang bersembang maya sebelum melakukan perbuatan lucah.

Klip video 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog "http: //1cilipadi.blogspot.com>1cilipadi.blogspot.com.

Pengerusi badan terbabit, Khairul Anuar Ramli berkata, klip video tersebut dipercayai dirakam melalui satu perbualan maya antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita melalui aplikasi Facebook.

Penang Wasabi..