~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Friday, March 22, 2013

Saya lakukan demi rakyat, kebenaran - Pengendali blog papagomo.com!



Pengendali blog papagomo.com menegaskan beliau memuat naik klip video terbaharu seorang lelaki menyerupai pemimpin pembangkang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik demi kebenaran.

Menurutnya, walaupun diancam saman bernilai jutaan ringgit, rakyat Malaysia perlu sedar moral sebenar lelaki yang menyerupai pemimpin pembangkang tersebut agar berupaya membuat keputusan tepat dalam memilih pemimpin.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, cubaan pihak tertentu menawarkannya bayaran jutaan ringgit agar jangan mendedahkan video tersebut juga tidak akan berjaya kerana wang tidak mampu membeli kebenaran.

"Gomo menolak pelawaan tersebut. Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ia bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 bilion cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat, agama, bangsa dan negara.

"Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar, tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik," kata pengendali blog itu.

Tepat pukul 4 petang hari ini sebagaimana dijanjikan laman blog tersebut memuat naik rakaman video perbualan mesra lelaki berkenaan dipercayai dengan seorang lelaki lain yang tidak kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai bilik hotel.

Video berwarna yang lengkap dengan audio sepanjang satu minit 20 saat itu dipercayai sebahagian daripada sedutan satu rakaman video penuh.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment