PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku anak Allahyarham Ahmed Al-Jafari yang terbunuh dalam serangan udara Israel sambil diperhatikan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh semasa mengunjungi rumah keluarga Komander Hamas itu di bandar Gaza pada 22 Januari lalu.
Lawatan singkat Perdana Menteri Malaysia ke wilayah bergolak Gaza, Palestin minggu lalu menjadi satu sejarah baru kepada rakyat Malaysia. Ia sebagai tanda sokongan berterusan rakyat Malaysia ke atas kemerdekaan negara Palestin. Lawatan tersebut dapat memberikan gambaran sebenar tentang kekejaman Zionis Israel.
Pergerakan Hamas menyambut baik lawatan tersebut. Hamas adalah sebahagian aspirasi rakyat Palestin selain pertubuhan Fatah. Dua pertubuhan tersebut membawa perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Hamas dan Fatah mampu berkerjasama. Jika mereka boleh bersatu padu akan banyak lagi pemimpin negara Islam lain akan memberikan bantuan. Syarat utama mencapai kemerdekaan, rakyat Palestin mestilah bersatu padu mewujudkan kerajaan yang kukuh.
Jika Israel boleh bersatu kenapa tidak Palestin? Penulis amat teringin melihat kewujudan negara Palestin. Ini kerana di sana banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati seperti Baitulmaqdis, kiblat pertama orang Islam.
Namun begitu, Israel banyak melakukan sekatan dan kesusahan kepada orang Islam melawat Palestin. Inilah masalahnya. Inilah juga puncanya ibu segala keganasan mula muncul di dunia ini.
Sampai bila Israel hendak menakluk dan menindas tanah Palestin?
Penang Wasabi..
No comments:
Post a Comment