~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Monday, September 3, 2012
Pemimpin AMK mengaku reka bendera?
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'
Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Jelasnya, corak tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang diguna pakai oleh negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ia dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.
Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!" katanya yang dipetik daripada tulisan blog bertarikh 30 Ogos 2009.
Pada 30 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadab beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.
Selain dikibarkan di khalayak ramai, beberapa risalah juga diedarkan semasa sambutan ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Mohd. Najwan bukan pemimpin pakatan pembangkang pertama yang mempersoalkan Jalur Gemilang kerana pada September tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera negara jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mempersendakan Jalur Gemilang dengan menggelarkan sebagai jalur malang>
Penang Wasabi ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment