~ PENANG WASABI ~
FEEL THE HEAT
Sunday, September 30, 2012
Nakoula dipenjara bukan kerana filem anti-Islam?
Akhirnya semalam Nakoula Basseley Nakoula dipenjarakan.
Namun jangan salah sangka. Dia bukannya dipenjarakan kerana menerbitkan filem Innocence of Muslims, tetapi di atas tuduhan melanggar syarat-syarat pengawasan atau parol kerana menipu bank.
Lelaki berusia 55 tahun dan penganut Kristian Qibti itu menjadi terkenal kerana menerbit filem anti-Islam yang mendapat kecaman seluruh dunia Islam.
Segalanya bermula pada 11 September apabila filem tersebut dimuatkan dalam Youtube milik Google Inc. sehingga menyebabkan empat rakyat AS dibunuh termasuklah Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Chris Stevens.
Tunjuk perasaan yang bertukar menjadi ganas membantah filem itu telah mencederakan berpuluh-puluh yang lain dalam beberapa siri serangan di Kedutaan AS di Tunisia, manakala di Sudan pula kedutaan AS, Jerman dan Britain diserang pada 14 September.
Pada awalnya, filem selama 14 minit itu didakwa diterbitkan oleh kumpulan agama di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Media for Christ, tetapi akhirnya kumpulan itu mengakui ditipu oleh Nakoula.
Laman gosip Gawker yang menemubual pelakon filem itu sebelum ini menyatakan bahawa senarai watak utama dalam filem itu adalah George, Condalisa dan Hillary tetapi dalam versi akhir filem, skrip diubah untuk menjadikan mereka sebagai Nabi Muhammad dan tokoh-tokoh Islam lain.
Usaha mendapatkan pelakon-pelakon dan krew bagi filem itu yang pada mulanya diberi nama Desert Warrior telah dibuat dalam majalah Backstage yang berpangkalan di Los Angeles dan New York sejak Mei dan Jun 2009.
Iklan dalam majalah itu menyifatkan projek filem itu sebagai satu filem 'sejarah pengembaraan orang Arab di padang pasir' dan menyenaraikan nama "Sam Bassiel" sebagai penerbit.
Semasa temubual dengan AP, Nakoula menafikan dia adalah Sam Bassiele, tetapi mengaku mengenali lelaki itu.
Malah, apabila tercetusnya bantahan terhadap filem itu telah menyebabkan para pelakon filem tersebut mengakui telah ditipu oleh Nakoula.
Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.
Nakoula pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank.
Terdapat rekod menunjukkan pembikinan filem Innocence of Muslims mungkin dijalankan ketika Nakoula berada dalam tahanan lagi.
Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman dan P.J Tobacco.
Walaupun dikecam hebat hingga menjejaskan imej AS, namun Nakoula tetap bongkak dengan menyatakan dia tidak pernah menyesal dalam menerbit filem tersebut.
Malah, dia cuba mencetuskan kontroversi lagi apabila mahu menyiarkan filem penuh Innocence of Muslims ketika diwawancara dalam siaran radio bahasa Arab AS, Radio Sawa pada 14 September lalu.
Setelah Nakoula dipenjarakan, walaupun bukan kerana menerbit filem itu, yang tinggal ialah Google Inc, pemilik Youtube yang sehingga kini mempertahankan filem tersebut atas dasar kebebasan bersuara.
Jangan lupa, di AS kebebasan bersuara dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang.
Penang Wasabi..
Wednesday, September 26, 2012
Kontrak banglo sewa Guan Eng tidak disambung..bakal ditendang keluar?
Pergerakan Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menyatakan kesediaan membantu mencari sebuah rumah baru untuk disewa oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng jika benar beliau menghadapi masalah rumah ekoran perjanjian sewa banglo yang didudukinya masih belum diperbaharui.
Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Kah Leong berkata pemilik banglo itu yang hanya dikenali sebagai 'Cik P' didakwa enggan memperbaharui perjanjian sewa itu atas alasan Barisan Nasional (BN) negeri sering 'menyerang' dan mengaitkannya (Cik P) dengan pembelian tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini.
Beliau berkata setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik sebelum ini membuat kenyataan bahawa disebabkan alasan itu, Lim diarah keluar dari banglo berkenaan.
"Kalau Lim Guan Eng betul-betul tak dapat rumah untuk duduk, saya Tan Kah Leong 'volunteer' cari satu rumah bagi dia sewa. Kita akan bantu dia cari rumah untuk sewa.
"Tidak perlulah 'berlakon' untuk mendapatkan belas kasihan rakyat dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan. Sebagai pemimpin politik apabila memberikan alasan tiada lagi tempat tinggal hingga terpaksa tidur di luar rumah nampak seperti budak-budak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sabtu lepas, Ng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar mendedahkan dokumen perjanjian sewa sebanyak enam muka surat antara Lim dan pemilik banglo kepada orang awam.
Perjanjian itu menyatakan Lim menyewa banglo itu sejak 1 Julai 2009 dengan sewaan sebanyak RM5,000 sebulan bagi tempoh tiga tahun sehingga 30 Jun 2012.
Bagaimanapun, Ng berkata pemilik banglo itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu memperbaharui perjanjian itu dan ketua menteri masih tinggal di banglo tersebut walaupun perjanjian sewaan telahpun tamat.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata dakwaan Ng itu ternyata tidak berasas memandangkan BN negeri mula membangkitkan isu 'Cik P' pada 25 Ogos 2012, sedangkan berdasarkan perjanjian penyewaan itu, ia sepatutnya diperbaharui dua bulan sebelum tarikh tamat iaitu selewat-lewatnya 1 Mei lalu. - Bernama
Penang Wasabi..
Sunday, September 23, 2012
Filem hina Nabi - Sengaja bangkit isu?
Nakoula Basseley Nakoula (kiri) dan Anna Gurji.
Pendedahan para pelakon filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims yang mengakui ditipu penerbit Nakoula Basseley Nakoula, memperlihatkan agenda anti-Islam yang sengaja direkanya.
Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.
Sepanjang berlakon dalam filem bajet rendah itu, semua pelakon juga langsung tidak menyebut nama Nabi Muhammad, sebaliknya filem itu menceritakan tentang watak utamanya, George, yang kemudian diubah kepada karakter Nabi Muhammad.
Sesiapa yang pernah menonton filem itu juga jelas boleh melihat ia telah dialih suara dengan semua nama watak dan skripnya telah diubah. Nakoula juga telah menyunting filem itu sendiri.
Tindakan lelaki itu yang menggunakan nama samaran Sam Bacile sebagai penerbit filem Innocence of Muslims, turut membangkitkan persoalan.
Nakoula, 55, yang tinggal di Los Angeles dan beragama Kristian Qibti, pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank.
Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman dan P.J Tobacco.
Beberapa hari selepas bantahan dunia tercetus berikutan penyiaran sedutan filem anti-Islam berkenaan, Nakoula pada mulanya enggan mengakui menerbitkannya, namun kemudian mendedahkan ia diterbitkan bersama anak lelakinya, Abanob Basseley, 21.
Bagaimanapun, dia tidak pernah menyatakan kesal dengan tindakan itu, sekali gus memarakkan lagi kemarahan masyarakat Islam.
Tujuan Nakoula menerbitkan filem anti-Islam itu juga sebenarnya dilihat sengaja untuk mencetuskan huru-hara dan bukannya mengenai kebebasan bersuara.
Penang wasabi..
Saturday, September 22, 2012
Ada komplot mahu 'tendang' Mansor keluar dari PKR?
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri berkenaan dipercayai berkomplot untuk menjatuhkan beliau.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kumpulan tersebut kurang senang dengan pencalonan Mansor untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada Mei 2009.
Menurut beliau, Mansor juga kurang disenangi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas mengetahui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu menggelarnya sebagai sombong, angkuh dan dianggap tokong oleh masyarakat Cina.
''Persoalan yang timbul ialah bagaimana Guan Eng memperolehi maklumat yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR pada Mac lalu?
''Mungkin ada dalam kalangan pemimpin kanan PKR Pulau Pinang sendiri menyampaikan maklumat berkenaan kepada Guan Eng sebagai satu cara untuk menghancurkan kerjaya politik Mansor," katanya di sini hari ini.
Zamil memberitahu, gerakan menjatuhkan Mansor bermula sebaik sahaja Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan namanya bertanding untuk mempertahankan kerusi parti berkenaan di DUN Penanti.
''Pimpinan PKR Pulau Pinang berpandangan ada calon lain dari negeri itu yang lebih layak daripada Mansor, namun mereka terpaksa akur dengan keputusan Anwar," ujarnya.
Beliau turut mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tahu tentang komplot tersebut kerana pada masa itu, beliau masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang.
Penang Wasabi..
Wednesday, September 19, 2012
Maka dengan ini benarlah PAS itu Parti Ajaran Sesat?
Masyaallah ! Sesat....Sesat....Ketua Pemuda Pas Kata Dijemput Nabi SAW Untuk Turun Berdemo?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan kisah seorang khatib yang membaca khutbah menyatakan bahawa sekumpulan pemimpin Ikhwanul Muslimin telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan bertanyakan beberapa soalan mengenai kebangkitan Islam di akhir zaman ini.
" Lalu diberitahunya Rasulullah telah SAW telah bersabda bahawa Islam akan bangkit di Malaysia di zaman Anwar Ibrahim ".
Maka hari ini pula berlaku sekali lagi cerita yang hampir sama. Tetapi kali ini pula melibatkan Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar buah kelapa. Tapi sayangnya kadang-kadang tinggal juga serban yang besarnya untuk 'bersosial'!
Kenyataan yang dibuat olehnya hari ini boleh tahan jugalah sesatnya. Dah setaraf dengan 'Ayah Pin'.
Isu sama ada Pemuda PAS dijemput oleh Pemuda Umno juga tidak wujud memandangkan pihaknya lebih awal membuat pengumuman untuk berdemo iaitu sebelum jemputan diterima.
“Kami telah umumkan kepada media program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So (Jadi) apa polemiknya ?
“Tiba-tiba Isnin lepas (17 Sept) saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.
Nampaknya puak-puak sesat ini main politik sampai sudah tidak ada batasan lagi. Habis agama dan bangsa dilacurkannya, hinggakan Nabi pun turut diheret sama.
MasyaAllah.
Penang wasabi..
Sunday, September 16, 2012
Nik Aziz terus bela Anwar?
Meskipun pelbagai pendedahan mengenai salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat terus mempertahankan Ketua Pembangkang tersebut.
Sikapnya dapat dilihat apabila beliau sekali lagi mengingatkan pihak media supaya tidak berterusan membuat laporan yang didakwanya bersifat fitnah dan tuduhan tidak benar kepada Anwar, agar berwaspada dengan balasan yang menanti mereka.
Nik Abdul Aziz berkata, orang yang mengumpat tidak akan diampun dosa mereka selagi tidak mendapat kemaafan pihak yang dituduh dan akan dibalas dengan azab seksa sejak di alam kubur.
"Saya pun tidak faham dengan akhbar ini, asyik menuduh, tuduh Anwar macam-macam, kenapalah sampai begitu.
"Rasulullah pernah melalui dua kubur dan memberitahu tuan kubur ini sedang diazab seksa, seorang kerana kencing tapi tidak bersuci dengan sempurna dan seorang lagi diazab kerana mengumpat.
"Sekarang orang guna akhbar, internet dan telefon untuk mengumpat orang. Mereka tidak akan masuk syurga selagi tidak minta maaf dengan orang yang mereka umpat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Perasmian Jambatan Penghulu Haji Ismail Lepan Pari bernilai RM2.8 juta di Pengkalan Chepa hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, pembinaan jambatan konkrit tersebut menjadi salah satu jawapan kepada pihak yang sering menuduh Kerajaan Pas Kelantan tidak melakukan apa-apa pembangunan di negeri ini.
"Mereka kata Kelantan tidak buat apa satu, kalau nak kata mereka buta padahal ada mata, nak kata tuli mereka ada telinga. Kalau nak menipu orang pun berpada-padalah, agak-agaklah kalau kalau mahu orang percaya," katanya.
Selama 20 tahun memerintah, baru buat satu sahaja jambatan ke Pok Nik? Tak malu ke..!!!
Wasabi Oyabun..
Monday, September 3, 2012
Pemimpin AMK mengaku reka bendera?
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai Sang Saka Malaya.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'
Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Jelasnya, corak tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang diguna pakai oleh negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ia dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.
Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!" katanya yang dipetik daripada tulisan blog bertarikh 30 Ogos 2009.
Pada 30 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadab beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.
Selain dikibarkan di khalayak ramai, beberapa risalah juga diedarkan semasa sambutan ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Mohd. Najwan bukan pemimpin pakatan pembangkang pertama yang mempersoalkan Jalur Gemilang kerana pada September tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera negara jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mempersendakan Jalur Gemilang dengan menggelarkan sebagai jalur malang>
Penang Wasabi ..
Saturday, September 1, 2012
PANASS!! Budak yang Tunjuk Punggung dan Cuba Berak Keatas Gambar PM, Di Kenal Pasti!! #JanjiBersih!
Tempohari kita dikejutkan dengan sikap kurang ajar penyokong Janji Demokrasi atau Janji Bersih yang cuba berak keatas gambar PM. Itulah contoh terbaik akal puak Pakatan Haram, kurang ajar dan sangat biadap!! Baca di sini.
Inilah budak hingusan biadap yang dimaksudkan...budak yang berkelakuan tidak senonoh yang membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar pada muka YAB Perdana Menteri.
Nama budak ini ialah : Ammar
Facebook : Alice Sakai
Asal : Johor
Belajar di Cybernetic International College of Technology. Ambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3.
Muka stok jambu macam ni, lepas tu suka tunjuk punggung pulak. Memang ada harapan nak jadi anak ikan Anwar ni. Anwar pun dah lama memendam rasa tu. Dalam bas pun dah ada bilik khas dengan mesin urut lagi. Lebih baik pergi apply kerja pada Anwar si juboq tu, dia akan bagi kamu tugasan menjadi Pegawai Khas untuk tugas-tugas khas!
Belajar tinggi pun tak guna, langsung tak beradap. Bodoh melampau-lampau.. teruk budak-budak Pakatan ni.. suka berak merata!! Sama juga dengan para pemimpin mereka suka 'kencing rakyat'...dan sesuailah dengan nama mereka PKR : Pakatan Kencing Rakyat?
Harap pihak berkuasa dan Kementerian Pendidikan Tinggi dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap budak-budak hingusan ini sebelum keadaan menjadi parah..!!!
Sumber : Gossip Rakyat dan Kedah Ke KL
Penang Wasabi..
Memerdekakan diri daripada ketaksuban?
Sambutan Kemerdekaan Ke-55 negara ini sepatutnya membuka mata kita untuk bersikap lebih matang dalam tindakan. Tema 'Janji Ditepati' walaupun tidak disenangi sesetengah pihak sewajarnya menjadi sumber muhasabah diri dalam menilai kematangan diri dan kesediaan kita untuk bergerak ke hadapan dalam mencapai apa jua yang dicita-citakan.
Muhasabah diri hanya boleh dilakukan jika kita berupaya keluar dari sikap taksub yang keterlaluan terhadap banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Sikap taksub atau sesetengah orang menganggap sebagai kepercayaan ekstrem menyebabkan kita gagal membuka mata hati dalam membuat penilaian sewajarnya.
Dalam soal pendidikan misalnya, ketaksuban terhadap apa yang dianggap hebat oleh orang lain, menyebabkan kita gagal membuka mata kepada kejayaan yang kita capai selama ini. Kita hanya menganggap apa yang kita capai itu hebat, hanya apabila pihak lain mengatakan yang kita hebat.
Kerana itulah, apabila universiti kita tidak ditarafkan sebagai antara yang terbaik maka kita menganggap sistem pendidikan apatah pengajian tinggi kita bukan yang terbaik. Sedangkan hakikatnya negara kita membangunkan dalam tempoh 55 tahun ini sebahagian besarnya dilahirkan daripada cerdik pandai kita, sama ada yang mendapat pendidikan dari dalam mahu pun dari luar negara.
Mereka yang banyak mengkritik pengajian dan pendidikan kita pun sebenarnya lahir dari sistem pendidikan negara yang memberi peluang dan ruang yang amat jelas dalam memberikan kebebasan untuk menerokai segala yang kita ada dalam acuan dan dunia kita sendiri tanpa mengetepikan dunia luar dan proses globalisasi yang membawa kepada pelbagai cabaran yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Dalam tempoh 55 tahun ini juga, banyak pencapaian besar yang hanya boleh diakui jika kita tidak taksub kepada apa yang kita percayai semata-mata, atau taksub kepada perspektif yang berteraskan kepada kumpulan atau mazhab yang kita anuti.
Kemerdekaan sebenar adalah apabila kita berupaya bersikap lebih terbuka, bersedia menerima pandangan orang lain dan pada masa sama mempertahankan nilai-nilai yang kita miliki dan yakini sebagai teras pembangunan negara bangsa yang bersifat mandiri dan mempunyai kedaulatannya yang tersendiri.
Kita patut bersyukur, kerana dalam tempoh 55 tahun ini, banyak janji yang dilakarkan sejak 1957, kemudiannya diperbaharui melalui pelbagai dasar utama negara dari Rancangan Malaysia Pertama membawa kepada Wawasan 2020 dan teras Rukun Negara yang mencari citra bangsa yang berdaulat dan merdeka, jelas berupaya menjadikan kita satu bangsa progresif, berbudaya dan memandang jauh ke hadapan.
Walaupun pada asasnya bumiputera diberikan keutamaan dalam pembangunan negara, namun hakikatnya kaum-kaum lain tidak pernah diketepikan. Malah, dalam tempoh 55 tahun ini, tidak juga menunjukkan orang Melayu atau mana-mana bumiputera yang berada pada kedudukan tertinggi dalam senarai mereka yang terkaya, namun ini tidak pula bermakna yang terdapat kumpulan tertentu yang disisihkan.
Oleh sedemikian janji-janji yang diberikan oleh mana-mana pihak yang kerap pula bijak menaburkannya, haruslah dilihat dengan realistik. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, janji-janji manis mudah ditaburkan untuk memenangi hati orang ramai, golongan muda dan pihak-pihak tertentu, namun hakikatnya, apa yang kita capai selama ini tidak harus dikorbankan hanya kerana mengejar pelangi yang tidak tercapai tangan.
Sikap taksub yang keterlaluan kerap menutup pandangan mata kita terhadap erti sebenar kejayaan dan pencapaian. Sikap taksub juga boleh merosakkan pembangunan negara disebabkan oleh sikap mengikut dan percaya secara buta tuli malah juga akan menjahanamkan satu bangsa dan mewujudkan penjajahan baru yang lebih berbahaya. Apatah lagi jika pihak atau individu yang diikut mempunyai kepentingan diri dan didalangi pihak tertentu yang mempunyai kepentingan.
Kita telah pun melihat banyak negara yang hancur hanya kerana kesilapan yang dibuat akibat percayakan pihak tertentu. Walaupun pemimpin negara dijatuhkan disebabkan oleh pelbagai alasan, namun yang menderita akhirnya ialah rakyat apabila negara menjadi kucar kacir.
Tidak salah untuk membuat teguran terhadap kelemahan sesuatu sistem, namun teguran yang dibuat biarlah berhemah dan bersikap objektif tanpa dipengaruhi oleh sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan tertentu. Rakyat dan masyarakat berhak melakukan perubahan dalam sesuatu sistem dan proses kerja yang ternyata perlu dilakukan penambahbaikan berterusan.
Tetapi ia tidak wajar dilakukan atas kepentingan tertentu yang di luar batas agama, moral dan etika yang ada. Anak-anak muda kita pula tidak mudah dipengaruhi oleh segala yang ideal dan janji-janji manis yang hanya bermain dengan perasaan dan darah muda yang sentiasa inginkan perubahan dan sesuatu yang baru dan segar.
Misalnya, apabila terdapat gesaan mewujudkan proses demokrasi yang lebih bebas atau sistem yang dilakukan lebih "bersih", ia harus dilihat dengan berhati-hati. Kebebasan keterlaluan tidak akan menguntungkan sesiapa. Tiada kebebasan hakiki dalam apa jua yang dilakukan, sebaliknya ia harus terkawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
Malah, hakikat sebenar dalam mana-mana sistem pun, terdapat kelemahan dan kekurangan yang tidak mungkin bersih sepenuhnya, namun kitalah yang akan menentukan apa yang dianggap bersih atau tidak. Biar secantik mana pun sesuatu sistem, jika manusia yang melaksanakannya tidak mempunyai integriti tinggi dan akauntabiliti, maka ia sukar dilaksanakan.
Proses penambahbaikan dalam apa jua pun yang mempunyai kepentingan masyarakat dan negara boleh dilakukan tetapi bukan berasaskan ketaksuban kepada pegangan politik atau untuk pemimpin tertentu tetapi mestilah berteraskan kepada kebaikan bersama dan kepentingan masyarakat, orang ramai dan negara.
Seorang pemimpin dihormati kerana kepimpinannya yang terbukti jelas dan berupaya membawa masyarakat dan negara ke hadapan menghadapi segala cabaran, bukannya mereka yang hanya bijak berkata-kata, berani menabur janji dan bercakap berkobar-kobar membakar semangat dengan segala retorik, tetapi tidak berteraskan kepada realiti, tidak realistik dan hanya kata-kata manis yang payah diterjemahkan dalam tindakan.
Kerana itu, demi memastikan kelangsungan masa depan rakyat dan negara, adalah wajar kita memerdekakan diri dari segala ketaksuban, hingga menjadikan kita buta walaupun mampu melihat, pekak walaupun mampu mendengar kerana pada akhirnya sesebuah negara hanya berupaya mengekalkan kemerdekaannya dengan keupayaan menghadapi segala cabaran jika mempunyai jati diri, bersatu padu dan rakyat yang berilmu pengetahuan, bijaksana dalam pertimbangan dan tidak mudah kalah dengan segala hasutan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55.
Penang Wasabi..
Subscribe to:
Posts (Atom)