~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, December 13, 2011

Ucapkanlah Selamat Jalan Kepada Anwar Ibrahim!



Akhirnya sampai ke bahagian penamat perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang merupakan perbicaraan terpanjang dalam sejarah Malaysia malah memecah rekod perbicaraan yang paling banyak ditangguhkan iaitu 78 kali. Dan ternyata juga penangguhan sebanyak itu masih tidak dapat menafikan memang terdapat aktiviti liwat yang berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.

Para peguambela Anwar seperti sepakat mengatakan bahawa liwat tersebut berlaku atas SUKA SAMA SUKA. Teori SUKA SAMA SUKA sebenarnya telah dimulakan oleh pihak Anwar sendiri apabila pecah berita, Saiful telah membuat laporan polis yang dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun teori itu disenyapkan dan cuba ‘dilupakan’ begitu sahaja oleh juak-juak Anwar kerana teori itu memakan diri sekaligus membenarkan FAKTA Anwar adalah seorang peliwat.

Tiada apa yang menghairankan apabila para barisan peguambela Anwar juga menggunakan teori yang sama dalam mahkamah. Tiga kali mereka meminta agar perbicaraan dijalankan secara tertutup dan kemudiannya menyanggah pendapat pakar dengan pendapat mereka sendiri selain cuba memanipulasikan pemikiran orang ramai dengan membuat ceramah di medan terbuka untuk mempertikaikan segala perjalanan perbicaraan berkenaan tetapi apabila diberikan peluang di mahkamah, yang dipertikaikan hanyalah tentang masalah teknikal dan prosedur, bukannya tentang Anwar meliwat Saiful.

Anwar dan barisan peguamnya seperti sudah menyerah kalah. Anwar tidak langsung memberikan ruang untuk orang ramai membuat persepsi bersih terhadapnya. Sebaliknya Anwar sekadar bermain-main dengan masa dan ingin menundanya. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar sebenarnya mahu bersedia untuk masuk ke penjara dan memulakan kempen baru mirip 1998 iaitu meraih simpati daripada orang ramai.

Penggulungan hujah yang membabitkan pasukan pembela ternyata satu malapetaka apabila ketiga-tiga peguam bela Anwar ‘sepakat’ yang Anwar meliwat Saiful sama ada menerusi kenyataan ala-peguam mereka ataupun tindakan mereka enggan mempertikaikan kewujudan air mani Anwar di dalam rektum Saiful.

Tiga persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pendakwaraya, Datuk Yusof iaitu air mani Anwar di dalam rektum Saiful, keterangan Dr. Hoogland yang kelihatan terlalu ‘diupah’ dan percanggahan keterangan seorang saksi Anwar iaitu Najwan Hilmi, ternyata menjadi buah maut untuk pasukan Anwar Ibrahim meneruskan kerja-kerja jahat mereka memutarbelitkan fakta.

Kebergantungan yang keterlaluan oleh pasukan pembela Anwar Ibrahim terhadap Dr. Osman dari Pusrawi yang membuat pemeriksaan awal tetapi kemudiannya merujukkan Saiful ke Hospital Besar untuk tujuan pemeriksaan yang lebih detail, sebenarnya dilihat lebih kepada membunuh diri.

Dalam keterangannya, Dr. Osman sendiri mengakui dia bukanlah pakar dan pemeriksaan yang dijalankannya adalah secara ‘general’. Dia hanya melihat tiada kesan tusukan tetapi pemeriksaan lanjut oleh pakar di HKL pula membuktikan mangsa Anwar Ibrahim itu sememangnya telah diliwat berdasarkan kesan yang terdapat pada rektum dan air mani yang masih tersimpan dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Kegagalan pihak pembela Anwar untuk menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada di dalam rektum, dilihat sangat melucukan apabila dua orang peguambela Anwar iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal cuba menimbulkan teori ‘planted’. Pun begitu, mereka gagal menerangkan bagaimana air mani Anwar Ibrahim itu boleh tersimpan tanpa Anwar Ibrahim menyedari air maninya telah diperolehi oleh pihak berkuasa untuk ditanam dalam rektum Saiful Bukhari Azlan.

Cubaan Ram Karpal untuk menyangsikan air mani tersebut mempunyai DNA Anwar Ibrahim juga, dilihat gagal. Malah apabila Sankara Nair serta Karpal Singh berterus-terusan cuba mengaitkan pembabitan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak dalam kes tersebut, ia lebih kepada satu cerita dongeng yang terpaksa dikarang untuk memuaskan hati si pengupah mereka.

Berdasarkan kepada perkembangan yang ditunjukkan, Anwar Ibrahim seharusnya sudah diberikan ucap Selamat Jalan memandangkan peguam-peguam yang berharga mahal dan menjadi pembelanya, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah. Penggulungan hujah kedua-dua pihak pada 15 Disember nanti, sebenarnya tidak lebih daripada satu prosedur semata-mata memandangkan Karpal, Sankara dan Ram sudah pun membayangkan kejadian liwat tersebut adalah SUKA SAMA SUKA.
-Selangor Daily

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment